Tuesday, March 29, 2011

MENJAWAB SOAL PEMBUNUHAN UMMU QIRFAH

Di antara perkara-perkara yang dijadikan modal oleh orang-orang kafir untuk menghina Islam ialah dengan menjaja kisah-kisah yang palsu yang ditulis di dalam kitab-kitab sejarah tanpa mempedulikan bahawa metod ahli-ahli sejarah dalam menulis ialah dengan mencatat apa sahaja cerita yang sampai kepada mereka tanpa mempedulikan samada sesuatu kisah itu palsu atau tidak.Mereka tidak meminta orang ramai mempercayai semua yang mereka tuliskan.Merka mengaharapkan orang ramai yang membaca kisah yang mereka tulislkan itu supaya bersikap matang dan menilainya dengan neraca ilmu hadis(ilmu riwayat).Salah satu dari kisah itu ialah kisah pembunuhan ke atas seorang tua yang bernama Ummu Qirfah yang mana kisah itu adalah palsu sama sekali.Ahli -ahli sejarah itu sendiri bukan saksi mata kejadian-kejadian yang berlaku pada zaman nabi.Mereka hanya mendengar dari cerita-cerita orang,Berbeza dengan hadis setiap riwayat akan diteliti kesahihannya yang mana sanadnya dipastikan tidak terputus dan perawi-perawi pula dipastikan orang yang mempunyai kewibawaan yang teguh.Berhubung peristiwa pembunuhan Ummu Qirfah,jelas cerita tersebut sangat rosak.Sanadnya juga terputus(tidak diketahui cerita tersebut darimana diperolehi) dan orang yang meriwayatkannya jelas seorang yang tidak boleh dipercayai. Riwayat tentang pembunuhan Ummu Qirfah disebutkan di dalam Thabaqat Ibnu Saad.Ibnu Al Jauzi mengambil riwayat Ibnu Saad ini dan dimasukkan kedalam kitab beliau yang berjudul Al Muntazham.Perbahasan tentang orang yang meriwayatkan kisah ini adalah berkisar kepada Muhammad Umar Al Waqidi yaitu seorang tokoh yang dicap sebagai pendusta oleh kalangan ahli-ahli hadis.Kisah tentang Ummul Qirfah ini juga disebutkan oleh Ibnu Katsir di dalam kitabnya Al Bidayah wal Nihayah secara ringkas.Ibnu Katsir tidak membuat sebarang komentar berhubung kisah ini.Kisah ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam sirahnya yang diambil dari riwayat Muhammad ibnu Ishak yang mana Muhammad ibnu Ishak tidak menyebutkan sumber pengambilannya.Jadi jelaslah riwayat tersebut tidak sahih dan tidak layak untuk dipercayai. Nama sebenar Al Waqidi ialah Muhammad bin Umar bin Waqid Al Waqidi Al Aslami Al Madani.Beliau adalah bekas hamba kepada Abdullah bin Buraidah Al Aslami. Imam Bukhari berkata: “Al Waqidi adalah seseorang yang ditinggalkan hadis-hadisnya.Ulama-ulama yang tidak mengambil hadis daripadanya ialah Imam Ahmad,Ibnu Numair,Ibnu Al Mubarak, dan Ismail bin Zakaria”(Tahzibul Kummal Jilid 26 hlm 185-186). Berkata Imam Ahmad: “Dia (AL Waqidi adalah seorang yang sangat pendusta” Berkata Yahya: “Dia adalah seorang yang dhaif(tidak dapat dipercayai hadis-hadisnya)” Di tempat yang lain dia berkata Al Waqidi seseorang yang tidak dapat di andalkan” Abu Daud berkata: “telah menceritakan kepadaku oleh orang yang telah mendengar dari Ali Al Madini bahawa dia mengatakan :Al Waqidi meriwayatkan 30 000 hadis yang ganjil”. Berkata Abu Bakar Ibnu Khaithamah: “Aku mendengar Yahya Ibnu Mu’in mengatakan :Janganlah ditulis..hadis-hadis Al Waqidi tidak bernilai apa-apa” Berkata Abdurrahman Ibnu Abi Hatim: “Aku bertanya kepada Ali Ibnu Al Madini tentang Al Waqidi lalu dia menjawab:Dia itu ialah seorang yang ditinggalkan hadis-hadisnya” Berkata Annasaai di dalam kitabnya yang berjudul Addhu’afa’ wal Matrukin: “Yang terkenal dalam berdusta terhadap Rasulullah itu empat orang termasuk daripadanya Al Waqidi,Muqatil dan Muhammad bin Sa’id.” Jadi jelaslah riwayat tentang pembunuhan Ibnu Qirfah itu hanyalah dusta semata-mata.

Sunday, March 6, 2011

KEINDAHAN BAHASA AL QURAN

SEBAGAI SEBUAH MUKJIZAT SEMEMANGNYA AL QURAN ITU TIDAK AKAN SESEKALI DAPAT DISAINGI OLEH SESIAPAPUN.DIDLAM SEJARAH TERCATAT BEBERAPA NAMA YG KONONNYA MENGARANG BEBERAPA PERKATAAN UTK MENYAINGI AL QURAN.DI SINI KITA MESTI MEMBEZAKAN ANTARA ‘MENYAINGI’ DENGAN ‘COBA MENYAINGI’.COBAAN MENYAINGI MEMANG ADA TETAPI SEMUANYA GAGAL.KETIKA RASULULLAH MEMBACAKAN SURAH AL QARI’AH YG BERBUNYI:

القارعة ماالقارعة وما أدراك ماالقارعة يوم يكون الناس كالفراش المبثوث

YANG BUNYINYA:(AL QAARI’AH .()MAL QAARI’AH .()WAMAA ADRAAKA MAL QAARI’AH)(YAUMA YAKUUNUN NAASU KAL FARAASYIL MABTHUUTH)

YG BERARTI :GEGARAN!APAKAH GEGARAN ITU?TAHUKAH ENGKAU APAKAH GEGARAN ITU?ITULAH HARINYA MANUSIA AKAN BERTEBARAN SEPERTI KELKATU YG BERTERBANGAN(MERUJUK KEPADA HURU HARA HARI KIAMAT).LANTAS SALAH SEORANG DARIPADA OTRANG-ORANG KAFIR ARAB COBA MENANTANG DENGAN MEMBACA SAJAKNYA YG BERBUNYI

الفيل ما الفيل للفيل خرطوم طويل


YG BUNYINYA:(AL FIIL)(MAL FIIL)LIL FIIL KHURTUUMUN TOWIIL)YG BERARTI:GAJAH!APAKAH GAJAH ITU?TAHUKAH ENGKAU APAKAH GAJAH ITU?GAJAH MEMPUNYAI BELALAI YG PANJANG…..


DEMIKIAN LELAKI ITU MENGUCAPKAN SAJAKNYA.LANTAS APA YG TERJADI?WALAUPUN KATA-KATANYA FASIH NAMUN DIA DITERTAWAKAN OLEH RAKAN-RAKANNYA SENDIRI.MENGAPA?KERANA AL QURAN YG DIBACAKAN OLEH NABI SELAIN KATA-KATANYA FASIH TURUT MEMPUNYAI MAKNA YG LUAS DAN MENDALAM SERTA MERUNTUN RASA INGIN TAHU ORANG RAMAI UTK MENDENGAR SELANJUTNYA.SEDANGKAN SAJAK YG DIUCAPKAN OLEH LELAKI TERSEBUT TIDAK MENGANDUNGI ARTI YG MENDALAM DAN TIDAK MENGGUGAH PERASAAN INGIN TAHU.OLEH ITU KATA-KATANYA BERNADA HAMBAR DAN TERASA MELUCUKAN.TENTANG KONONNYA MUSAILAMAH YG MENGARANG WAHYU UTK MENYAINGI ALQURAN SEHINGGA RAMAI ORANG MENINGGALKAN ISLAM ITU ADALAH KENYATAAN YG TERLALU BERLEBIHAN.SEJARAH MENCATATKAN BHAWA AMRU BIN AL AS SEBELUM MEMELUK ISLAM TELAH DATANG KEPADA MUSAILAMAH .MUSAILAMAH BERTANYA KEADA AMRU WAHYU APA YG DITERIMA OLEH NABI MUHAMMAD KETIKA ITU.AMRU MENJAWAB SURAH YG PENDEK DAN PADAT IAITU SURAH AL ASRI YG BERBUNYI:

والعصر إن الإنسان لفي خسر إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر

YG BERARTI:DEMI MASA!SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DI DALAM KERUGIANMELAINKAN MEREKA YG BERIMAN DAN BERAMAL SALEHDAN YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARANDAN BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN…LANTAS MUSAILAMAH PUN MENGARANG AYAT2 UTK MENYAINGI SURAH TERSEBUT YG BUNYINYA:



يا وبر يا وبر إنما أنت أذنان وصدر وسائرك حقر فقر



YG ARTINYA:HAI WABAR!HAI WABAR!KAMU HANYALAH DUA TELINGA DAN SATU DADADAN SELURUH JASADMU ITU MISKIN DAN HINA…..


SEBAIK SAJA AMRU MENDENGAR SAJAK MUSAILAMAH TERSBUT LANTAS DIA BERKATA “DEMI ALLAH!SESUNGGUHNYA ENGKAU PUN TAHU BAHAWA KAU INI HANYA MENIPU DUSTA.”


Menurut Abu Bakr Al-Khara’iti dalam bukunya Masawi’ ul-Akhlaq, Wabr itu adalah menyerupai kucing, dan benda paling besar pada Wabr adalah kedua telinganya, torsonya. Musailamah cuba meyakinkan orang lain, namun seorang penyembah berhala pun tidak mempercayai segala kata-katanya. Semua itu adalah antara sebab dia digelar Al Kazzab iaitu seorang pendusta dan penipu.DIA MENGUMPULKAN PENGIKUT HANYALAH DISEBABKAN BELIAU MEMBAWA SATU AJARAN YG MEMBEBASKAN ORANG RAMAI DARIPADA TANGGUNGJAWAB HUKUM AGAMA SEPERTI MEMBEBASKAN ORANG RAMAI DARIPADA KEWAJIBAN MEMBAYAR ZAKAT DAN MEMBERI CUTI KEPADA PENDUDUK BANI TAMIM DARIPADA SOLAT ASAR.OLEH SEBAB ITULAH BELIAU BEGITU POPULAR DI KALANGAN ORANG-ORANG JAHIL DAN LEMAH IMAN.HAL INI MENGINGATKAN KITA KEPADA ULAH SANG RASUL PAULUS DALAM SEJARAH AGAMA NASRANI YG MERAIH PENGIKUT DENGAN MEMBEBASKAN ORANG RAMAI DARI HUKUM TAURAT.SESUNGGUHNYA COBAAN MENYAINGI AL QURAN SENTIASA ADA NAMUN SEMUANYA GAGAL MALAHAN TIDAK LAYAK SAMASEKALI JIKA HENDAK DIBANDINGKAN DENGAN KEINDAHAN AL QURAN!

SESIAPAPUN YG MEMPELAJARI BAHASA ARAB DAN TERBIASA DENGAN BAHASA-BAHASA YG INDAH DI DALAM KESUSASTRAAN ARAB PASTI DAPAT MEMBEZAKAN DENGAN JELAS KEINDAHAN AL QURAN ITU DIBANDINGKAN DENGAN SAJAK-SAJAK BIKINAN MANUSIA.SEPERTI LANGIT DENGAN BUMI.JAUH…TERSANGAT JAUH….BAGI MEMBUKTIKAN CUKUP SAYA BAWAKAN SATU AYAT SAJA DALAM AL QURAN IAITUFIRMAN ALLAH SWT DIDALAM SURAH HUD AYAT 41 YANG BERBUNYI:

وقيل يا أرض

ابلعي ماءك ويا سماء أقلعي وغيظ الماء وقضي الأمر

واستوت على الجودي وقيل بعدا للقوم الظالمين

ERTINYA:DAN DIKATAKAN WAHAI BUMI HISAPLAH AIRMU DAN WAHAI LANGIT TAHANLAH AIRMU LALU SURUTLAH AIR DAN SELESAILAH URUSAN (PEMUSNAHAN KAUM NABI NUH) DAN BERHENTILAH KAPAL NABI NUH DI ATAS BUKIT JUDI LALU DIKATAKAN BINASALAH KAUM YG ZALIM ITU.BERIKUT DISENARAIKAN BENTUK-BENTUK KEINDAHAN BAHASA AL QURAN DARIPADA HANYA SATU AYAT DI ATAS SAHAJA.


1)ADA KESEIMBANGAN KATA:IAITU PADA PERKATAAN ابلعي (ABLI’II) YG BERARTI HISAPLAH DAN PERKATAAN أقلعي (AQLI’II) YG BERARTI TAHANLAH.

2)PENCOCOKAN VERBAL:IAITU PADA PERKATAAN سماء YG BERARTI LANGIT DAN PERKATAAN أرض YG BERARTI BUMI. KEDUANYA DARIPADA PERKATAAN YG BERLAWANAN DISEBUT SECARA BERSAMA MAKA MENGHASILKAN KEMANISAN DAN KELEZATAN PADA TELINGA YG MENDENGAR.


3)METAFORA:PENYIFATAN BENDA MATI DENGAN SIFAT-SIFAT HIDUP IAITU LANGIT DISIFATKAN DENGAN ‘MENAHAN’ DAN BUMI DISIFATKAN DENGAN ‘MENGHISAP’.INI LEBIH BERKESAN KEPADA MENGGUGAH PERASAAN.


4)TERDAPAT UNSUR MAJAZ(KIASAN):IAITU PADA PERKATAAN WAHAI LANGIT DAN YG DIMAKSUDKAN AIR HUJAN DI LANGIT.AYAT DAPAT DIRINGKASKAN DENGAN TIDAK MENGURANGKAN MAKNA.


5-TERDAPAT ISYARAT KEPADA ARTI TERSEMBUNYI:DI DALAM PERKATAAN ( وغيض الماء ) YG BERARTI ‘LALU SURUTLAH AIR’ MENGANDUNGI MAKNA YG BANYAK.SEBAB AIR ITU TIDAK SURUT HINGGA LANGIT MENGHENTIKAN HUJANNYA DAN SEHINGGA BUMI MENHISAP AIR YG KELUAR DARI PERUTNYA SEHINGGA AIR DI BUMI MENJADI BERKURANGAN.


6)SATU KALIMAH MERANGKUMI SEMUA:ALLAH MENGGUNAKAN PERKATAAN واستوت YG BERARTI ‘MENETAP’ UTK MENERANGKAN KAPAL NABI NUH BERLABUH DI ATAS BUKIT JUDI KERANA PERKATAAN ‘MENETAP’ SELAIN MEMBERI KESAN BAHAWA KAPAL TERSEBUT BERLABUH DENGAN MANTAP TANPA BERGERAK-GERAK ATAU CONDONG KE SANA ATAU KE SINI JUGA UTK MENERANGKAN AHWAL PENUMPANG-PENUMPANG KAPAL YG TENANG JIWA DAN RAGA KETIKA KAPAL ITU BERLABUH.


7)TERDAPAT TAMTHIL:ALLAH MENERANGKAN BAHAWA DIA MENYELAMATKAN ORANG-ORANG YG BERIMAN DENGAN NABI NUH DAN MENGHANCURKAN ORANG-ORANG DURHAKA HANYA DENGAN UNGKAPAN وقضي الأمر YG BERARTI ‘SELESAILAH URUSAN’.RINGKAS TAPI BERNUANSA LUAS.


8)ADA UNSUR SEBAB DAN AKIBAT:SURUTNYA AIR ADALAH SEBAB BAGI MENDARATNYA KAPAL.


9)PEMBAHAGIAN YG SAHIH:DI DALAM MENERANGKAN BERKURANGNYA AIR TERDAPATNYA DUA SEBAB YG SAMA SEIMBANG YAITU TERTAHANNYA HUJAN DAN TERSERAPNYA AIR KE DALAM BUMI.


10)TERDAPAT PENJAGAAN DARI SALAH PAHAM:PADA AYAT وقيل بعدا للقوم الظالمين YG BERARTI “DAN DIKATAKAN BINASALAH KAUM YG ZALIM ITU” TERDAPAT PENJAGAAN TERHADAP SALAH PAHAM YG MUNGKIN TERLINTAS DI BENAK SESEORANG BAHAWA KEBINASAAN ITU UMUM SEHINGGA TERMASUK ORANG-ORANG YG TIDAK BERSALAH.MAKANYA ALLAH MENYATAKAN KUTUKAN KE ATAS HANYA ORANG YG ZALIM SAHAJA UTK MENUNJUKKAN BAHAWA HANYA MEREKALAH SAJA YG BERHAK DIBINASAKAN.SESUNGGUHNYA KEADILAN ALLAH ITU TIDAK MEMUNGKINKAN ORANG-ORANG YG TIDAK BERSALAH DIBINASAKAN.


11)DI DALAM AYAT TERSEBUT JUGA TERDAPAT TIMBANGAN MAKNA KERANA LAFAZ-LAFAZ YG DIPILIH OLEH ALLAH DI DALAM AYAT TERSEBUT TERNYATA TIDAK MENGURANGKAN MAKSUD DAN TIDAK MEMBELOKKANNYA DARI MAKSUD PENGISAHAN.


12)RINGKAS TETAPI PADAT:PERKATAAN YG DIGUNAKAN OLEH ALLAH DI DALAM AYAT TERSEBUT MEMPUNYAI MAKNA YG MERANGKUMI DAN TIDAK PERLU MENGGUNAKAN PERKATAAN YG PANJANG-PANJANG.
13)AL TAHZIB:SEMUA PERKATAAN YG DIGUNAKAN OLEH ALLAH DI DALAM AYAT DI ATAS DAPAT DISEBUT DENGAN MUDAH (RINGAN PADA LIDAH) DAN SEDAP DIDENGAR OLEH TELINGA YG MENDENGAR.


14)HUSNUL BAYAN:JELAS DAN PUAS.TIDAK MENINGGALKAN SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU MEMERLUKAN PERTANYAAN LANJUT LAGI


15)ATTAMKIN:TIDAK ADA KEGONCANGAN DARI SEGI SUSUNAN AYAT.


16)INSIJAM:KALIMAH DEMI KALIMAH TERLUNCUR MUDAH SEUMPAMA MELUNCURNYA AIR SERTA LEBAT LAFAZNYA.
LIHATLAH PARA PEMBACA.HANYA SATU AYAT YG MENGANDUNGI


17 PERKATAAN MENGANDUNGI SEHINGGA 16 RETORIKA BAHASA DAN INI HANYALAH DARI PEMERHATIAN SEPINTAS LALU SAJA.MUNGKIN MASIH BANYAK LAGI JIKA DIGALI OLEH ORANG-ORANG YG LEBIH TELITI.MENURUT AL ALLAMAH ASSAKAKI DI DALAM AYAT DI ATAS UMUMNYA ADA 4 SEGI KEINDAHAN YAITU:


A)DARI SEGI ILMU BAYAN.


B)DARI SEGI ILMU MAANI


C)DARI SEGI ILMU ILMU FASAHAH MAKNAWI


D)DARI SEGI ILMU FASAHAH LAFZI.


ORIENTALIS MELAUNG-LAUNGKAN KONONNYA AL KITAB BERJAYA MENYAINGI AL QURAN DARI SEGI KEINDAHAN BAHASA.TAPI COBA LIHAT DUA AYAT YG MENGGELIKAN HATI DI BAWAH


…Alkitab Funny retoris teks(خروج8:15) وبريح أنفك تراكمت المياه(Keluaran 8:15)


DAN DARIPADA HEMBUSAN HIDUNGMU AIR TERSEJATI.HA HA HA …AIR TERSEJAT ATAU HIDUNGNYA SELSEMA???
(أيوب10:35) الله صانعي، مؤتي الأغاني في الليل، الذي يعلمنا أكثر من وحوش الأرض، ويجعلنا أحكم من طيور السماء .


ALLAH PENCIPTAKU,YANG MENDATANGKAN LAGU2 DI MALAM HARI,YG MENGAJARKAN KAMI LEBIH DARIPADA BINATANG YG MELATA DI PERMUKAAN BUMI DAN MENJADIKAN KAMI LEBIH BIJAKSANA DARI BURUNG-BURUNG DI LANGIT.


HA HA HA…ILMU APAKAH AGAKNYA YG DIAJAR ALLAH TAALA LEBIH DARIPADA BINATANG YG MELATA???HIKMAH APALAH AGAKNYA YG MELEBIHI BURUNG-BURUNG???SAYA TIDAK DAPAT MELIHAT DI MANA LETAKNYA KEINDAHAN DAN KETINGGIAN BAHASA SEPERTI YG DIKUMANDANGKAN ITU.TIDAK ADA KEINDAHAN SAMASEKALI DARI SEGI BAHASA APA LAGI DARI SEGI MAKNA.SAMASEKALI TIDAK MENGGUGAH PERASAAN.LAFAZ-LAFAZNYA PUN TIDAK TERASA KEMANISAN.BEDA AL QURAN-LEMAK DAN MANIS DI DENGAR!MAKANYA INI MENJELASKAN LAGI BAHAWA SEMEMANGNYA AL QURAN ITU TIDAK BOLEH DITIRU ATAU DISAINGI.HANYA ORANG YG TIDAK MENGERTI SAHAJA YG DAPAT DITIPU.

MENJAWAB TUDUHAN ORIENTALIS TERHADAP AL QURAN TENTANG KESALAHAN GRAMATIK






Sebenarnya apa yang dikatakan sebagai kesalahan gramatik di dalam Al Quran tidak perlu ditanggapi kerana jelas mereka yang membuat tuduhan tersebut tidak mempunyai kewibawaan di dalam bahasa arab.Dan mereka pun tau apa yang mereka tuduhkan itu tidak benar adanya.Tapi mengapa mereka membuat tuduhan itu?Jawabnya adalah para orientalis dan para penginjil sudah kehabisan modal untuk melecehkan Al Quran oleh itu mereka terpaksa membuat akal-akalan yang berkedok kononnya ilmiah utk mengicuh mereka yang tidak mengerti bahasa Arab dari kalangan non Arab.Tambahan pula para penginjil dan orientalis kebanyakannya telah terbiasa menipu di dalam menjayakan matlamat mereka.Lihatlah penginjilan yang berlaku di seluruh dunia.Penuh dengan tipu daya dan muslihat termasukalah penggunaan unsur-unsur sihir dan barang-barang kotor.Penipuan-penipuan ini bukan perkara baru malah bermula dan dimulakan oleh pengasas agama kristian sendiri iaitu Paulus yg dianggap suci oleh orang-orang kristian.Dan penipuan dalam menyebarkan injil terus berjalan hingga saat ini di dalam pelbagai bentuk.Salah satu contoh penipuan itu ialah kononnya Al Quran mengandungi kesalahan gramatik???Untuk membuktikan penipuan mereka tentang kesalahan gramatik Al Quran ini cukup kita mendatangkan beberapa bukti seperti berikut yang mana dikatakan Al Quran mengandungi kesalahan grammatik padahal tidak.

1)Rafa’ ma’thuf atas mansub.Firman Allah di dalam surah al maidah ayat 69





إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالصَّابِئِونَ وَالنَّصَارَى مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ








Ertinya:Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan Assoibun dan orang-orang nasrani yg beriman dengan Allah dan hari akherat serta beramal saleh maka bagi mereka pahala di sisi Tuhan mereka dan mereka tidak merasa bimbang dan tidak merasa berduka cita.

Dakyah kristian:Seharusnya perkataan assobiun di dalam ayat di atas hendaklah dimansubkan karena ianya adalah athaf kepada isim inna.Seperti firman Allah di dalam surah al baqarah ayat 62 dan surah al hajj ayat 17.

Jawab:Jikalau di dalam ayat di atas perkataan assobiun berada selepas isim mausul yang pertama barulah perkataan assobiun itu wajib dinasabkan.Tetapi perkataan assobiun itu adalah selepas isim mausul yang kedua dan isim mausul yang kedua itu adalah merupakan mubtada kepada ayat yang baru dan huruf wau sebelum isim mausul yang kedua itu adalah wau isti’naf bukan wau athaf.Ini adalah termasuk di dalam bab “idhafatul jumlah lil jumlah” yang terpakai di dalam kaedah bahasa Arab yang berarti menyandarkan ayat kepada ayat lain.Kesimpulannya lafaz assobiun marfu’ karena isti’naf.Merupakan isim mubtada khabarnya makhzuf (dihilangkan) dalam sebutan tetapi ada secara takdir iaitu [turut sama-sama mendapat keampunan Allah dan aman dari rasa takut dan dukacita].Adapun hikmah tidak diathafkan lafaz assobiun itu kepada isim inna ialah karena kaum sobiun itu adalah kaum yang paling banyak kesesatannya daripada lain –lain golongan yg disebutkan oleh Allah di dalam ayat tersebut.Maka seakan-akan ayat tersbut mengatakan bahwa semua yang disebutkan di dalam ayat di atas akan diterima taubat mereka oleh Allah jika mereka beriman dan beramal saleh sehingga kaum assobiun sekalipun akan diampunkan oleh Allah!Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

2)Nasab fa’il.Firman Allah di dalam surah al baqarah ayat 124








وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ.









Ertinya:Dan (ingatlah)ketika Allah menguji nabi Ibarahim dengan beberapa kalimah(perintah) lalu baginda menyempurnakannya.Allah berfirman Aku akan menjadikan engkau sebagai ikutan bagi umat manusia.Nabi Ibrahim berkata dan begitu juga keturunanku.Allah berfirman janjiKu tidak akan mencapai orang-orang yg zalim.
Dakyah kristian:Perkataan الظَّالِمِين adalah fa’il dan seharusnya dibaca marfu’.

Jawab:Yang sebenarnya lafaz عهدي itulah fa’il dibaca kasrah sebagai ganti rafa’ kerana berhubung dengan dhamir muttasil lil mutakallim dan lafaz الظَّالِمِين adalah maf’ul bih di baca mansub.Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

3)Dhamir yg kembali kepada lafz mufrad(singular) bertukar menjadi jamak.Firman Allah di dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 17 :








مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الذِي اسْتَوْقَدَ نَاراً فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللهُ بِنُورِهِمْ








Artinya:Perumpamaan mereka itu adalah seumpama seseorang yg menyalakan api maka apabila api itu menerangi di sekelilingnya Allah menghilangkan akan cahaya mereka.

Dakyah kristian:Sepatutnya dhamir yg kembali kepada diri mufrad adalah juga mufrad yaitu semestinya بنوره (cahayanya) bukan بِنُورِهِمْ (cahaya mereka).

Jawab:Yang sebenarnya di sini Allah tidak membuat perumpamaan dari segi ‘orangnya’ tetapi perumpamaan di sini adalah dari segi ‘pengisahan’.Perhatikan Allah membuat perumpamaan dengan satu kaum yang salah seorang dari mereka menyalakan api lalu apabila api itu telah menerangi mereka semua maka jadilah cahayanya itu cahaya mereka dan apabila Allah menghilangkan cahaya tersebut berarti Allah menghilangkan cahaya mereka semua.Jadi munasabah kalau yg digunakan adalah perkataan بِنُورِهِم (cahaya mereka) bukan بنوره (cahayanya).Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

4)Khabar isim muannasFirman Allah di dalam Al A’raaf ayat 56 :








وَلاَ تُفْسِدُوا فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا وَادْعُوهُ








خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِين









Artinya:Janganlah kalian melakukan kerusakan di atas mukabumi selepas ianya telah diperelokkan dan berdoalah kepada Tuhan dengan rasa takut dan harap.Sesungguhnya rahmat Allah itu hampir kepada orang-orang yg melakukan kebaikan.

Dakyah kristian:Sepatutnya lafaz قَرِيبٌ dibaca قريبة kerana ianya merupakan khabar kepada رَحْمَتَ yg merupakan muannas.

Jawab:Yg sebenarnya lafaz قَرِيبٌ adalah mengikut timbangan فعيل dan adalah maklum bahawa lafaz yg binaan perkataannya mengikut timbangan فعيل bersamaan padanya samada muannas atau muzakkar.Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

5)Muannas isim adad(bilangan) dan jamak isim ma’dud(yg dibilang).Firman Allah di dalam surah al a’raaf ayat 160.








(وَقَطَّعْنَاهُمْ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ أَسْبَاطاً أُمَما








Ertinya:Dan kami kelompokkan mereka kepada 12 belas kelompok (suku) terdiri daripada keturunan umat yg ramai.

Dakyah kristian:Adad (bilangan)sepatutnya dijadikan muzakkar dan diikuti dengan mufrad (singular) bagi makdud (yg dibilang).Oleh itu ayat yg sepatutnya berbunyi اثني عشر سبطاً.

Jawab: Yang sebenarnya tamyiz bagi اثنتي عشرة bukanlah أسباطا kerana tamyiz bilangan daripada nilai 11 hingga 99 adalah mufrad mansub.Bahkan ianya adalah maf’ul daripada fiil madhi و قطعناهم yg berarti “dan kami kelompokkan” mereka(Bani Israel) menjadi 12 kelompok.Susunan ayat yg sedemikian rupa merupakan ketinggian Bahasa Al Quran yg mana dihilangkan tamyiznya dan digantikan dengan menyebut sifat yg melazimi bagi Bani Israel yaitu bersuku-suku(12 suku).Menurut Qurthubi apabila selepas perkataan السبط perkataan أمما maka sifat muannas kalimah itu pergi kepada أمما.Dan kalimah أسباطا menjadi badal bagi kalimah اثنتي عشرة.Dan kalimah أمما menjadi na’at kepada kalimah أسباط.Sekiranya dijadikan kalimah الأسباط itu tamyiz bagi bilangan seperti dikatakan اثني عشر سبطا seperti dituntut oleh penuduh kristian nescaya jadilah perkataan itu cacat dari segi ilmu balaghah kerana ianya akan mendatangkan kesan bahawa keturunan suku-suku Israel yg merupakan keturunan Yaakub hanya 12 orang sahaja???Sebab itulah disebut أسباط dengan lafaz jamak kemudian diikuti dengan lafaz أمما kerana realitasnya keturunan Yaakub itu ramai dan merupakan dari beberapa ummat.Adapun perkataan اثني di sini merupakan maf’ul thani dan adalah maf’ul awalnya adalah lafaz هم. Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

6)Jamak dhamir yg kembali kepada muthanna.Firman Allah Taala di dalam surah al hajj ayat 19 :








هذانِ خَصْمَانِ اخْتَصَمُوا فِي رَبِّهِمْ









Ertinya:Mereka adalah dua golongan yg berbantah-bantah tentang Tuhan mereka.
Dakyah kristian:Sepatutnya dhamir yg kembali kepada muthanna merupakan muthanna sehingga ayat di atas semestinya berbunyi beginiفيقول خصمان اختصما في ربهما.

Jawab:Ayat di atas merupakan lanjutan kepada kisah yg terjadi pada hari Badar tentang perbalahan Sayidina Hamzah,Ali bin Abi Talib dan Ubaidah bin Al Haris di satu golongan sementara Utbah dan Syaibah kedua-duanya anak lelaki kepada Rabi’ah serta Al Walid bin Utbah di satu golongan yg lain.Di satu pihak mewakili golongan orang-orang yg beriman dan di satu pihak mewakili golongan kafir dan jumlah kedua-dua golongan itu mencecah ratusan orang.Jadi yg berbantah-bantah itu ramai! Jadi jelaslah dakyah kristian itu tidak benar.

7)Isim mausul yg kembali kepada isim jamak adalah mufrad.Firman Allah swt di dalam surah attaubah ayat 69:








وَخُضْتُمْ كَالذِي خَاضُوا








Ertinya..dan kamu pula telah memperkatakan (perkhabaran yg dusta) sebagaimana mereka (orang yg dahulu) memperkatakannya.

Dakyah kristian:Isim mausul الذِي di dalam ayat di atas sepatutnya menggunakan sighah jamak kerana kembalinya kepada dhamir jamak.Maka ayat yg sepatutnya menurut ‘bualan’ orientalis kita yg arif lagi bijaksana itu sepatutnya berbunyi خضتم كالذين خاضوا.

Jawab:Yg sebenarnya isim mausul الذِي di dalam ayat tidak kembali dhamir jamak seperti yg disangkakan tetapi kembali kepada muta’alliq jar majrur makhzuf takdiruhu كالحديث الذى خاضوا فيه.Firman Tuhan di atas bermaksud “kamu (orang-orang munafik) telah memberitakan khabar dusta seperti khabar yg diceritakan oleh orang-orang dahulu(sebelum kamu). Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

8)Jazam fi’il yg ma’tuf atas mansub.Firman Allah di dalam surah al munafikun ayat10:








وَأَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ المَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلاَ أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِين








Ertinya:Dan belanjakanlah(sedekahkan)apa2 yg telah Kami rezekikan kepada kalian sebelum datangnya kematian kepada seseorang dari kalian lalu dia berkata wahai Tuhanku mengapa tidak engkau tangguhkan aku kepada waktu yg hampir maka aku akan bersedekah dan nescaya aku akan menjadi orang yg saleh.

Dakyah kristian:Sepatutnya dinasabkan وَأَكُنْ sehingga jadilah ayat tersebut berbunyi فأَصدق وأَكون .

Jawab:Yg sebenarnya tidak ada kesalahan karena kalimah وَأَكُن boleh dibaca dengan dua wajah nasab dan jazam dan kedua-duanya benar berdasarkan kaedah bahasa Arab.Adapun bacaan nasab terbilang benar kerana ataf atas lafaz فأَصدق yg ianya adalah mansub.Adapun bacaan jazam juga benar karena lafaz فأَصدق meski secara lafzinya adalah mansub namun fi mahal jazam dengan syarat mafhum bagi jawab لولا أخرتني .Yg mana ayat tersebut menempati sama seperti dikatakan إن أخرتني أصدق وأكن. Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

9)Firman Allah di dalam surah Annisaa’ ayat 162:








لَكِنِ الرَّاسِخُونَ فِي العِلْمِ مِنْهُمْ وَالمُؤْمِنُونَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَالمُقِيمِينَ الصَّلَاةَ وَالمُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالمُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ أُولَئِكَ سَنُؤْتِيهِمْ أَجْراً عَظِيماً








Ertinya:Tetapi orang-orang yg teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yg beriman,sekaliannya beriman dengan apa yg telah diturunkan kepadamu (Al Quran),dan kepada apa yg telah diturunkan dahulu daripadamu,-khasnya orang-orang yg mendirikan sembahyang,dan orang-orang yg menunaikan zakat,serta yg beriman kepada Allah dan hari akherat mereka itulah yg akan kami berikan pahala yg amat besar.

Dakyah kristian:Ataf kepada marfu’ adalah marfu’.Oleh itu yg benarnya والمقيمون الصلاة .Jawab:Ini disebut jumlah I’tiradhiah dengan makna وأخص وأمدح yg berarti aku mengkhususkan dan aku memuji.Oleh itu jadilah perkataan المقيمين itu maf’ul bih bagi fi’il makhzuf yg mana takdirnya adalah أمدح.Daripada susunan yg demikian dapat difahami bahawa solat adalah sepenting-penting amalan dalam Islam.Dengan susunan demikian juga terdapat keindahan balaghah Al Quran apabila memalingkan dan mengkhususkan telinga pendengar kepada perkara yg paling penting. Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

MENGAPA MESTI SALAWAT KEPADA NABI

Firman Allah swt:
ان الله وملئكته يصلون على النبييا أيها الذين أمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما
Ertinya:Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah bersalawat ke atas nabi.Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah ke atasnya dan ucapkanlah salam dengan sebaik-baik salam.Rasulullah saw bersabda yang maksudnya sesiapa yang bersalawat kepada ku sekali,Allah akan bersalawat kepadanya 10 kali.Dan sesiapa yang bersalawat kepada ku 100 kali,Allah akan bersalawat kepadanya 1000 kali dan sesiapa yang bersalawat kepada. ku 1000 kali,Allah akan memberikan kepadanya dua kelepasan yaitu kelepasan dari api neraka dan kelepasan dari sifat2 munafik.Lafaz salawat:
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آل محمد
Ertinya:Ya Allah ya Tuhanku limpahilah rahmat(agar dinaikkan darjat) dan kesejahteraan ke atas nabi kami nabi Muhammad dan juga ke atas keluarga baginda.Salawat jika dari Allah bererti rahmat yang mana rahmat itu dalam bentuk kenaikan darjat nabi di akhirat dan bertambahnya penghampiran baginda kepada Allah.Walaupun nabi orang yang paling hampir kepada Allah dan insan kamil namun,di sisi Allah tidak ada suatu makam penghampiran itu melainkan ada makam yang lebih hampir lagi dan tidak ada suatu kesmpurnaan seseorang makhluk itu melainkan ada lagi darjat kesempuraan yang lebih tinggi sehingga tiada kesudahan kerana di sisi Allah tidak ada makam penghampiran dan kesempurnaan yang mutlak oleh makhluknya.Adapun salawat jika dari malaikat bererti mohon pengampunan.Bukan bererti nabi itu berdosa.Tetapi percampuran baginda dengan masyarakat jahiliah sebelum baginda menjadi rasul dan selepas baginda menjadi rasul dan masih ada org yang tidak beriman menyebabkan nabi merasakan dirinya berdosa seolah-olah suatu beban atas diri baginda.Seperti kata pepatah
حسنات الأبرار سيئات المقربين
ُErtinya kebaikan orang yang (hanya) baik adalah dianggap suatu kesalahan di sisi orang yang hampir kepada Allah sehingga dia menganggap seolah-olahnya dosa.Adapun salawat jika datang dari manusia bererti doa yaitu doa supaya nabi dinaikkan darjatnya di sisi Allah.Adapun salam ertinya kesejahteraan atau keamanan.Dalam koteks nabi masih hidup,agar nabi itu aman daripada gangguan orang-orang kafir dan dalam konteks akhirat supaya nabi itu aman daripada ketakutan atas umat baginda.Kerana kebimbangan nabi atas umatnya itu akan dibawa hingga ke akhirat.Inilah kasihnya nabi.Hikmah dianjurkan bersalawat:1)Memberi peluang kepada umat untuk berbakti kepada baginda lebih-lebih lagi yang datang belakangan yang tidak kesempatan bertemu baginda secara langsung.2)Supaya manusia terus-terusan sedar bahawa baginda hanyalah manusia biasa dan cara memuliakan baginda adalah selayaknya sebagai manusia dengan cara didoakan dan bukan dituhankan.Kesimpulan:Anjuran bersalawat kepada baginda bukan bukti untuk menunjukkan baginda bukan nabi.Logik ngawur ini hanya akan dipertahankan oleh orang-orang yang jahil dengan hakikat kenabian, tetapi tidak memberi kesan kepada orang.-orang yang betul- betul tahu kenabian itu apa.

Saturday, March 5, 2011

7) SALAWAT JIKA DATANG DARI ALLAH






Al Quran mengatakan:
{إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيّ} [الأحزاب:56]
Ertinya:Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi(Al Ahzab:56).
Begitu juga pada ayat:
{هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّور} [الأحزاب:43]
Ertinya:Dialah yang telah berselawat ke atas kamu dan begitu juga dengan malaikatNya untuk mengeluarkan kamu sekelian daripada kegelapan kepada nur(cahaya)-(Al Ahzab:43).
Adakah Allah juga berselawat?

Asal makna salawat itu ialah doa.Iaitu suatu bentuk perhubungan di antara hamba dengan Tuhan.Dan jika salawat itu datangnya dari hamba yang bersifat lemah lagi berhajat kepada Tuhan ianya merupakan satu ibadat dalam bentuk permohonan,tanda kerendahan diri dan pecah egonya di hadapan Allah.Adapun salawat itu jika datang dari Allah sudah tentu ianya bukan salawat seperti yang dilakukan oleh seseorang hamba seperti menadah tangan,rukuk,sujud dan sebagainya.Perhatikan perkataan solah/salawat yang digunakan oleh Allah di dalam ayat berikut:
{خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ} [التوبة:103]
Ertinya:Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai zakat untuk membersihkan mereka dan mensucikan mereka dengannya dan bersalawatlah atas mereka kerana sesungguhnya salawat itu akan menjadi sumber ketenangan bagi mereka.(Attaubah:103)
Di sini salawat maksudnya doa.Adapun jika salawat itu datangnya dari pihak Allah terhadap hambaNya ianya adalah berarti satu anugerah dan pemberian dalam bentuk rahmat.Sebagai contoh yang dapat menghampirkan kepada kefahaman,andaikata seorang yang miskin mendatangi orang kaya sudah tentu tujuannya adalah untuk meminta pertolongan.Tetapi jika orang kaya mendatangi orang miskin sudah tentu tujuannya ialah untuk memberi pertolongan.
Salawat pula jika datangnya dari pihak malaikat ianya bererti doa iaitu para malaikat mendoakan rasulullah.Firman Allah:
{إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيّ} [الأحزاب:56]
Ertinya:Sesungguhnya Allah dan para malaikat bersalawat ke atas nabi(Al Ahzab:56)
Di dalam ayat di atas salawat oleh malaikat itu bererti doa oleh malaikat.Jadilah makna ayat di atas Allah memberi rahmat kepada nabi dan malaikat pun mendoakan.Bahkan para malaikat juga mendoakan untuk sekelia orang-orang yang beriman juga seperti di dalam firman Allah:
{هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّور} [الأحزاب:43]
Ertinya:Dialah (Allah) yang bersalawat ke atas kamu dan begitu juga para malaikatnya(turut bersalawat) untuk mengeluarkan kamu sekelian dari kegelapan kepada cahaya.(Al Ahzab:43)
Di dalam ayat di atas makna salawat dari Allah itu ialah pemberian rahmat dan hidayah dan makna salawat jika dari malaikat itu bererti doa iaitu doa malaikat ke atas orang mukmin.
Samalah juga jika salawat itu datangnya dari manusia biasa seperti kita maka ianya bererti doa seperti yang diperintahkan kepada kita untuk bersalawat memohon wasilah dan fadhilah setiap kali selepas azan,dan bersalawat ke atas nabi setiap kali nama baginda disebut.Wallahu a’lam.