Friday, May 14, 2010

SIFAT YANG HARUS BAGI ALLAH TAALA

Harus ertinya sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada.Sifat yang harus bagi Allah ialah sifat yang boleh ada dan boleh tiada bagi Allah.Sifat yang harus bagi Allah ada satu sahaja iaitu harus bagi Allah menjadikan mumkin atau tidak menjadikan mumkin.Mumkin ertinya sesuatu yang boleh menerima ada dan tiada di dalam ilmu Allah.Apabila Allah tidak berkehendak untuk menjadikannya kekallah ia sebagai mumkin.Dan apabila telah dijadikan oleh Allah maka itulah yang dinamakan makhluk.Perkara mumkin adalah tersangat banyak iaitu apa sahaja selain yang wajib dan mustahil.Yang wajib itu hanya satu iaitu Allah Taala dan sekelian sifat – sifatnya.Yang mustahil pula tuhan selain daripada Allah.Selain daripada keduanya itulah yang dinamakan mumkin.Ini termasuklah buruk atau baik , kaya atau miskin , masuk syurga atau masuk neraka , bahagia atau celaka , menafaat atau mudarat , hidup atau mati , dan seterusnya apa sahaja selain dari yang wajib dan yang mustahil yang telah diterangkan tadi.

Lawan sifat harus.
Lawan sifat harus bagi Allah pada menjadikan mumkin ialah wajib Allah Taala menjadikan mumkin atau mustahil Allah menjadikan mumkin.Yang demikian adalah mustahil bagi Allah.Bahkan wajib kita iktikadkan bahawa tidak wajib atau tidak mustahil bagi Allah pada menjadikan mumkin hanya harus jua.

Dalil sifat harus
Dalil naklinya firman Allah Taala
ﺇﻦ ﺭﺑﻚﻴﺧﻠﻖ ﻤﺎ ﻴﺷﺍﺀ ﻮﻴﺧﺗﺎﺭ
Ertinya : Dan Tuhanmu menciptakan apa Yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga Yang memilih
Dalil aklinya ialah jika Allah tidak bersifat harus memperbuat mumkin nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu wajib Allah memperbuat mumkin atau mustahil Allah menjadikan mumkin.Sekiranya wajib Allah memperbuat mumkin nescaya bertukar hakikat mumkin itu daripada suatu yang harus boleh ada dan boleh tiada , menjadi wajib adanya.Bertukar hakikat mumkin itu daripada harus menjadi wajib hukumnya mustahil.Kerana yang dikatakan mumkin itu sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada.Sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada itu adalah diketahui bahawa asalnya tiada semenjak azali.Jika bertukar hakikat mumkin itu menjadi wajib nescaya menjadilah wujudnya itu tidak berpermulaan dan tidak berkesudahan sama seperti Allah Taala maka yang demikan adalah batal dan mustahil.Oleh itu tetaplah tidak wajib Allah menjadikan mumkin bahkan wajib kita percaya bahawa menjadikan mumkin harus bagi Allah Taala.Adapun jika mustahil bagi Allah menjadikan mumkin nescaya membawa kepada tidak wujud satu makhluk pun maka yang demikian itu batal dengan nyata dipandang bahawa makhluk telah pun wujud.

No comments:

Post a Comment