Thursday, May 13, 2010

HURAIAN SIFAT KAUNUHU KADIRAN HINGGA KAUNUHU MUTAKALLIMAN

Kaunuhu kadiran
Sifat Allah yang keempat belas yang wajib bagi Allah itu ialah kaunuhu kadiran ertinya keadaan Allah yang berkuasa.Ianya adalah hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan oleh adanya sifat kudrat (kuasa) pada zat Allah.Adalah kaunuhu kadiran ini berlainan dari sifat kudrat kerana kudrat bererti berkuasa Allah Taala sedangkan kaunuhu kadiran adalah sifat yang memperihalkan adanya kudrat (kuasa) Allah itu pada zat Allah.Lawannya ialah kaunuhu ajizan yang bererti keadannya yang lemah.Mustahil Allah bersifat dengan keadaan yang lemah wajib kita percaya keadaanNya yang berkuasa.Dalilnya adalah sama dengan dalil sifat kudrat.

Kaunuhu muridan
Kaunuhu muridan ertinya keadaan Allah yang berkehendak iaitu hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan adanya sifat iradat bagi zat Allah.Lain dari sifat iradat.Lawannya kaunuhu karihan ertinya keadaan Allah yang terpaksa.Mustahil keadaan Allah itu terpaksa wajib kita percaya keadaanNya yang berkehendak.Dalilnya sama seperti dalil iradat.

Kaunuhu aliman
Ertinya keadaan Allah yang mengetahui iaitu hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan adanya sifat ilmu bagi zat Allah.Lain dari sifat ilmu.Lawannya kaunuhu jahilan ertinya keadaanNya yang bodoh.Mustahil keadaan Allah itu bodoh wajib kita percaya keadaanNya mengetahui.Dalilnya sama seperti dalil ilmu.

Kaunuhu hayyan
Ertinya keadaan Allah yang hidup iaitu hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan adanya sifat hayat bagi zat Allah.Lain dari sifat hayat.Lawannya kaunuhu mayitan ertinya keadaan Allah yang mati.Mustahil keadaan Allah itu mati wajib kita percaya keadaanNya itu hidup.Dalilnya seperti dalil hayat.

Kaunuhu sami’an
Keadaan Allah yang mendengar iaitu hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan adanya sifat sama’ bagi zat Allah.Lain dari sifat sama’.Lawannya kaunuhu asomma ertinya keadaan Allah yang tuli.Mustahil keadaan Allah itu tuli wajib kita percaya keadaan Allah itu mendengar.Dalilnya seperti dalil sama’.

Kaunuhu basiran
Keadaan Allah yang melihat iaitu hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan adanya sifat basar bagi zat Allah.Lain dari sifat basar.Lawannya kaunuhu a’ma ertinya keadaan Allah yang buta.Mustahil keadaan Allah itu buta wajib kita percaya keadaan Allah itu melihat.Dalilnya sama dengan dalil sifat basar.

Kaunuhu mutakalliman
Keadaan Allah yang berkata – kata iaitu hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan adanya sifat kalam bagi zat Allah.Lain dari sifat kalam.Lawannya kaunuhu abkama ertinya keadaan Allah yang bisu.Mustahil keadaan Allah itu bisu wajib kita percaya keadaan Allah itu berkata – kata.Dalilnya sama seperti dalil kalam.

No comments:

Post a Comment