Saturday, March 5, 2011

7) SALAWAT JIKA DATANG DARI ALLAH






Al Quran mengatakan:
{إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيّ} [الأحزاب:56]
Ertinya:Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi(Al Ahzab:56).
Begitu juga pada ayat:
{هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّور} [الأحزاب:43]
Ertinya:Dialah yang telah berselawat ke atas kamu dan begitu juga dengan malaikatNya untuk mengeluarkan kamu sekelian daripada kegelapan kepada nur(cahaya)-(Al Ahzab:43).
Adakah Allah juga berselawat?

Asal makna salawat itu ialah doa.Iaitu suatu bentuk perhubungan di antara hamba dengan Tuhan.Dan jika salawat itu datangnya dari hamba yang bersifat lemah lagi berhajat kepada Tuhan ianya merupakan satu ibadat dalam bentuk permohonan,tanda kerendahan diri dan pecah egonya di hadapan Allah.Adapun salawat itu jika datang dari Allah sudah tentu ianya bukan salawat seperti yang dilakukan oleh seseorang hamba seperti menadah tangan,rukuk,sujud dan sebagainya.Perhatikan perkataan solah/salawat yang digunakan oleh Allah di dalam ayat berikut:
{خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ} [التوبة:103]
Ertinya:Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai zakat untuk membersihkan mereka dan mensucikan mereka dengannya dan bersalawatlah atas mereka kerana sesungguhnya salawat itu akan menjadi sumber ketenangan bagi mereka.(Attaubah:103)
Di sini salawat maksudnya doa.Adapun jika salawat itu datangnya dari pihak Allah terhadap hambaNya ianya adalah berarti satu anugerah dan pemberian dalam bentuk rahmat.Sebagai contoh yang dapat menghampirkan kepada kefahaman,andaikata seorang yang miskin mendatangi orang kaya sudah tentu tujuannya adalah untuk meminta pertolongan.Tetapi jika orang kaya mendatangi orang miskin sudah tentu tujuannya ialah untuk memberi pertolongan.
Salawat pula jika datangnya dari pihak malaikat ianya bererti doa iaitu para malaikat mendoakan rasulullah.Firman Allah:
{إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيّ} [الأحزاب:56]
Ertinya:Sesungguhnya Allah dan para malaikat bersalawat ke atas nabi(Al Ahzab:56)
Di dalam ayat di atas salawat oleh malaikat itu bererti doa oleh malaikat.Jadilah makna ayat di atas Allah memberi rahmat kepada nabi dan malaikat pun mendoakan.Bahkan para malaikat juga mendoakan untuk sekelia orang-orang yang beriman juga seperti di dalam firman Allah:
{هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّور} [الأحزاب:43]
Ertinya:Dialah (Allah) yang bersalawat ke atas kamu dan begitu juga para malaikatnya(turut bersalawat) untuk mengeluarkan kamu sekelian dari kegelapan kepada cahaya.(Al Ahzab:43)
Di dalam ayat di atas makna salawat dari Allah itu ialah pemberian rahmat dan hidayah dan makna salawat jika dari malaikat itu bererti doa iaitu doa malaikat ke atas orang mukmin.
Samalah juga jika salawat itu datangnya dari manusia biasa seperti kita maka ianya bererti doa seperti yang diperintahkan kepada kita untuk bersalawat memohon wasilah dan fadhilah setiap kali selepas azan,dan bersalawat ke atas nabi setiap kali nama baginda disebut.Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment