Sunday, March 6, 2011

MENGAPA MESTI SALAWAT KEPADA NABI

Firman Allah swt:
ان الله وملئكته يصلون على النبييا أيها الذين أمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما
Ertinya:Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah bersalawat ke atas nabi.Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah ke atasnya dan ucapkanlah salam dengan sebaik-baik salam.Rasulullah saw bersabda yang maksudnya sesiapa yang bersalawat kepada ku sekali,Allah akan bersalawat kepadanya 10 kali.Dan sesiapa yang bersalawat kepada ku 100 kali,Allah akan bersalawat kepadanya 1000 kali dan sesiapa yang bersalawat kepada. ku 1000 kali,Allah akan memberikan kepadanya dua kelepasan yaitu kelepasan dari api neraka dan kelepasan dari sifat2 munafik.Lafaz salawat:
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آل محمد
Ertinya:Ya Allah ya Tuhanku limpahilah rahmat(agar dinaikkan darjat) dan kesejahteraan ke atas nabi kami nabi Muhammad dan juga ke atas keluarga baginda.Salawat jika dari Allah bererti rahmat yang mana rahmat itu dalam bentuk kenaikan darjat nabi di akhirat dan bertambahnya penghampiran baginda kepada Allah.Walaupun nabi orang yang paling hampir kepada Allah dan insan kamil namun,di sisi Allah tidak ada suatu makam penghampiran itu melainkan ada makam yang lebih hampir lagi dan tidak ada suatu kesmpurnaan seseorang makhluk itu melainkan ada lagi darjat kesempuraan yang lebih tinggi sehingga tiada kesudahan kerana di sisi Allah tidak ada makam penghampiran dan kesempurnaan yang mutlak oleh makhluknya.Adapun salawat jika dari malaikat bererti mohon pengampunan.Bukan bererti nabi itu berdosa.Tetapi percampuran baginda dengan masyarakat jahiliah sebelum baginda menjadi rasul dan selepas baginda menjadi rasul dan masih ada org yang tidak beriman menyebabkan nabi merasakan dirinya berdosa seolah-olah suatu beban atas diri baginda.Seperti kata pepatah
حسنات الأبرار سيئات المقربين
ُErtinya kebaikan orang yang (hanya) baik adalah dianggap suatu kesalahan di sisi orang yang hampir kepada Allah sehingga dia menganggap seolah-olahnya dosa.Adapun salawat jika datang dari manusia bererti doa yaitu doa supaya nabi dinaikkan darjatnya di sisi Allah.Adapun salam ertinya kesejahteraan atau keamanan.Dalam koteks nabi masih hidup,agar nabi itu aman daripada gangguan orang-orang kafir dan dalam konteks akhirat supaya nabi itu aman daripada ketakutan atas umat baginda.Kerana kebimbangan nabi atas umatnya itu akan dibawa hingga ke akhirat.Inilah kasihnya nabi.Hikmah dianjurkan bersalawat:1)Memberi peluang kepada umat untuk berbakti kepada baginda lebih-lebih lagi yang datang belakangan yang tidak kesempatan bertemu baginda secara langsung.2)Supaya manusia terus-terusan sedar bahawa baginda hanyalah manusia biasa dan cara memuliakan baginda adalah selayaknya sebagai manusia dengan cara didoakan dan bukan dituhankan.Kesimpulan:Anjuran bersalawat kepada baginda bukan bukti untuk menunjukkan baginda bukan nabi.Logik ngawur ini hanya akan dipertahankan oleh orang-orang yang jahil dengan hakikat kenabian, tetapi tidak memberi kesan kepada orang.-orang yang betul- betul tahu kenabian itu apa.

No comments:

Post a Comment