Sunday, March 6, 2011

MENJAWAB TUDUHAN ORIENTALIS TERHADAP AL QURAN TENTANG KESALAHAN GRAMATIK






Sebenarnya apa yang dikatakan sebagai kesalahan gramatik di dalam Al Quran tidak perlu ditanggapi kerana jelas mereka yang membuat tuduhan tersebut tidak mempunyai kewibawaan di dalam bahasa arab.Dan mereka pun tau apa yang mereka tuduhkan itu tidak benar adanya.Tapi mengapa mereka membuat tuduhan itu?Jawabnya adalah para orientalis dan para penginjil sudah kehabisan modal untuk melecehkan Al Quran oleh itu mereka terpaksa membuat akal-akalan yang berkedok kononnya ilmiah utk mengicuh mereka yang tidak mengerti bahasa Arab dari kalangan non Arab.Tambahan pula para penginjil dan orientalis kebanyakannya telah terbiasa menipu di dalam menjayakan matlamat mereka.Lihatlah penginjilan yang berlaku di seluruh dunia.Penuh dengan tipu daya dan muslihat termasukalah penggunaan unsur-unsur sihir dan barang-barang kotor.Penipuan-penipuan ini bukan perkara baru malah bermula dan dimulakan oleh pengasas agama kristian sendiri iaitu Paulus yg dianggap suci oleh orang-orang kristian.Dan penipuan dalam menyebarkan injil terus berjalan hingga saat ini di dalam pelbagai bentuk.Salah satu contoh penipuan itu ialah kononnya Al Quran mengandungi kesalahan gramatik???Untuk membuktikan penipuan mereka tentang kesalahan gramatik Al Quran ini cukup kita mendatangkan beberapa bukti seperti berikut yang mana dikatakan Al Quran mengandungi kesalahan grammatik padahal tidak.

1)Rafa’ ma’thuf atas mansub.Firman Allah di dalam surah al maidah ayat 69





إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالصَّابِئِونَ وَالنَّصَارَى مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ








Ertinya:Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan Assoibun dan orang-orang nasrani yg beriman dengan Allah dan hari akherat serta beramal saleh maka bagi mereka pahala di sisi Tuhan mereka dan mereka tidak merasa bimbang dan tidak merasa berduka cita.

Dakyah kristian:Seharusnya perkataan assobiun di dalam ayat di atas hendaklah dimansubkan karena ianya adalah athaf kepada isim inna.Seperti firman Allah di dalam surah al baqarah ayat 62 dan surah al hajj ayat 17.

Jawab:Jikalau di dalam ayat di atas perkataan assobiun berada selepas isim mausul yang pertama barulah perkataan assobiun itu wajib dinasabkan.Tetapi perkataan assobiun itu adalah selepas isim mausul yang kedua dan isim mausul yang kedua itu adalah merupakan mubtada kepada ayat yang baru dan huruf wau sebelum isim mausul yang kedua itu adalah wau isti’naf bukan wau athaf.Ini adalah termasuk di dalam bab “idhafatul jumlah lil jumlah” yang terpakai di dalam kaedah bahasa Arab yang berarti menyandarkan ayat kepada ayat lain.Kesimpulannya lafaz assobiun marfu’ karena isti’naf.Merupakan isim mubtada khabarnya makhzuf (dihilangkan) dalam sebutan tetapi ada secara takdir iaitu [turut sama-sama mendapat keampunan Allah dan aman dari rasa takut dan dukacita].Adapun hikmah tidak diathafkan lafaz assobiun itu kepada isim inna ialah karena kaum sobiun itu adalah kaum yang paling banyak kesesatannya daripada lain –lain golongan yg disebutkan oleh Allah di dalam ayat tersebut.Maka seakan-akan ayat tersbut mengatakan bahwa semua yang disebutkan di dalam ayat di atas akan diterima taubat mereka oleh Allah jika mereka beriman dan beramal saleh sehingga kaum assobiun sekalipun akan diampunkan oleh Allah!Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

2)Nasab fa’il.Firman Allah di dalam surah al baqarah ayat 124








وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ.









Ertinya:Dan (ingatlah)ketika Allah menguji nabi Ibarahim dengan beberapa kalimah(perintah) lalu baginda menyempurnakannya.Allah berfirman Aku akan menjadikan engkau sebagai ikutan bagi umat manusia.Nabi Ibrahim berkata dan begitu juga keturunanku.Allah berfirman janjiKu tidak akan mencapai orang-orang yg zalim.
Dakyah kristian:Perkataan الظَّالِمِين adalah fa’il dan seharusnya dibaca marfu’.

Jawab:Yang sebenarnya lafaz عهدي itulah fa’il dibaca kasrah sebagai ganti rafa’ kerana berhubung dengan dhamir muttasil lil mutakallim dan lafaz الظَّالِمِين adalah maf’ul bih di baca mansub.Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

3)Dhamir yg kembali kepada lafz mufrad(singular) bertukar menjadi jamak.Firman Allah di dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 17 :








مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الذِي اسْتَوْقَدَ نَاراً فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللهُ بِنُورِهِمْ








Artinya:Perumpamaan mereka itu adalah seumpama seseorang yg menyalakan api maka apabila api itu menerangi di sekelilingnya Allah menghilangkan akan cahaya mereka.

Dakyah kristian:Sepatutnya dhamir yg kembali kepada diri mufrad adalah juga mufrad yaitu semestinya بنوره (cahayanya) bukan بِنُورِهِمْ (cahaya mereka).

Jawab:Yang sebenarnya di sini Allah tidak membuat perumpamaan dari segi ‘orangnya’ tetapi perumpamaan di sini adalah dari segi ‘pengisahan’.Perhatikan Allah membuat perumpamaan dengan satu kaum yang salah seorang dari mereka menyalakan api lalu apabila api itu telah menerangi mereka semua maka jadilah cahayanya itu cahaya mereka dan apabila Allah menghilangkan cahaya tersebut berarti Allah menghilangkan cahaya mereka semua.Jadi munasabah kalau yg digunakan adalah perkataan بِنُورِهِم (cahaya mereka) bukan بنوره (cahayanya).Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

4)Khabar isim muannasFirman Allah di dalam Al A’raaf ayat 56 :








وَلاَ تُفْسِدُوا فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا وَادْعُوهُ








خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِين









Artinya:Janganlah kalian melakukan kerusakan di atas mukabumi selepas ianya telah diperelokkan dan berdoalah kepada Tuhan dengan rasa takut dan harap.Sesungguhnya rahmat Allah itu hampir kepada orang-orang yg melakukan kebaikan.

Dakyah kristian:Sepatutnya lafaz قَرِيبٌ dibaca قريبة kerana ianya merupakan khabar kepada رَحْمَتَ yg merupakan muannas.

Jawab:Yg sebenarnya lafaz قَرِيبٌ adalah mengikut timbangan فعيل dan adalah maklum bahawa lafaz yg binaan perkataannya mengikut timbangan فعيل bersamaan padanya samada muannas atau muzakkar.Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

5)Muannas isim adad(bilangan) dan jamak isim ma’dud(yg dibilang).Firman Allah di dalam surah al a’raaf ayat 160.








(وَقَطَّعْنَاهُمْ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ أَسْبَاطاً أُمَما








Ertinya:Dan kami kelompokkan mereka kepada 12 belas kelompok (suku) terdiri daripada keturunan umat yg ramai.

Dakyah kristian:Adad (bilangan)sepatutnya dijadikan muzakkar dan diikuti dengan mufrad (singular) bagi makdud (yg dibilang).Oleh itu ayat yg sepatutnya berbunyi اثني عشر سبطاً.

Jawab: Yang sebenarnya tamyiz bagi اثنتي عشرة bukanlah أسباطا kerana tamyiz bilangan daripada nilai 11 hingga 99 adalah mufrad mansub.Bahkan ianya adalah maf’ul daripada fiil madhi و قطعناهم yg berarti “dan kami kelompokkan” mereka(Bani Israel) menjadi 12 kelompok.Susunan ayat yg sedemikian rupa merupakan ketinggian Bahasa Al Quran yg mana dihilangkan tamyiznya dan digantikan dengan menyebut sifat yg melazimi bagi Bani Israel yaitu bersuku-suku(12 suku).Menurut Qurthubi apabila selepas perkataan السبط perkataan أمما maka sifat muannas kalimah itu pergi kepada أمما.Dan kalimah أسباطا menjadi badal bagi kalimah اثنتي عشرة.Dan kalimah أمما menjadi na’at kepada kalimah أسباط.Sekiranya dijadikan kalimah الأسباط itu tamyiz bagi bilangan seperti dikatakan اثني عشر سبطا seperti dituntut oleh penuduh kristian nescaya jadilah perkataan itu cacat dari segi ilmu balaghah kerana ianya akan mendatangkan kesan bahawa keturunan suku-suku Israel yg merupakan keturunan Yaakub hanya 12 orang sahaja???Sebab itulah disebut أسباط dengan lafaz jamak kemudian diikuti dengan lafaz أمما kerana realitasnya keturunan Yaakub itu ramai dan merupakan dari beberapa ummat.Adapun perkataan اثني di sini merupakan maf’ul thani dan adalah maf’ul awalnya adalah lafaz هم. Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

6)Jamak dhamir yg kembali kepada muthanna.Firman Allah Taala di dalam surah al hajj ayat 19 :








هذانِ خَصْمَانِ اخْتَصَمُوا فِي رَبِّهِمْ









Ertinya:Mereka adalah dua golongan yg berbantah-bantah tentang Tuhan mereka.
Dakyah kristian:Sepatutnya dhamir yg kembali kepada muthanna merupakan muthanna sehingga ayat di atas semestinya berbunyi beginiفيقول خصمان اختصما في ربهما.

Jawab:Ayat di atas merupakan lanjutan kepada kisah yg terjadi pada hari Badar tentang perbalahan Sayidina Hamzah,Ali bin Abi Talib dan Ubaidah bin Al Haris di satu golongan sementara Utbah dan Syaibah kedua-duanya anak lelaki kepada Rabi’ah serta Al Walid bin Utbah di satu golongan yg lain.Di satu pihak mewakili golongan orang-orang yg beriman dan di satu pihak mewakili golongan kafir dan jumlah kedua-dua golongan itu mencecah ratusan orang.Jadi yg berbantah-bantah itu ramai! Jadi jelaslah dakyah kristian itu tidak benar.

7)Isim mausul yg kembali kepada isim jamak adalah mufrad.Firman Allah swt di dalam surah attaubah ayat 69:








وَخُضْتُمْ كَالذِي خَاضُوا








Ertinya..dan kamu pula telah memperkatakan (perkhabaran yg dusta) sebagaimana mereka (orang yg dahulu) memperkatakannya.

Dakyah kristian:Isim mausul الذِي di dalam ayat di atas sepatutnya menggunakan sighah jamak kerana kembalinya kepada dhamir jamak.Maka ayat yg sepatutnya menurut ‘bualan’ orientalis kita yg arif lagi bijaksana itu sepatutnya berbunyi خضتم كالذين خاضوا.

Jawab:Yg sebenarnya isim mausul الذِي di dalam ayat tidak kembali dhamir jamak seperti yg disangkakan tetapi kembali kepada muta’alliq jar majrur makhzuf takdiruhu كالحديث الذى خاضوا فيه.Firman Tuhan di atas bermaksud “kamu (orang-orang munafik) telah memberitakan khabar dusta seperti khabar yg diceritakan oleh orang-orang dahulu(sebelum kamu). Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

8)Jazam fi’il yg ma’tuf atas mansub.Firman Allah di dalam surah al munafikun ayat10:








وَأَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ المَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلاَ أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِين








Ertinya:Dan belanjakanlah(sedekahkan)apa2 yg telah Kami rezekikan kepada kalian sebelum datangnya kematian kepada seseorang dari kalian lalu dia berkata wahai Tuhanku mengapa tidak engkau tangguhkan aku kepada waktu yg hampir maka aku akan bersedekah dan nescaya aku akan menjadi orang yg saleh.

Dakyah kristian:Sepatutnya dinasabkan وَأَكُنْ sehingga jadilah ayat tersebut berbunyi فأَصدق وأَكون .

Jawab:Yg sebenarnya tidak ada kesalahan karena kalimah وَأَكُن boleh dibaca dengan dua wajah nasab dan jazam dan kedua-duanya benar berdasarkan kaedah bahasa Arab.Adapun bacaan nasab terbilang benar kerana ataf atas lafaz فأَصدق yg ianya adalah mansub.Adapun bacaan jazam juga benar karena lafaz فأَصدق meski secara lafzinya adalah mansub namun fi mahal jazam dengan syarat mafhum bagi jawab لولا أخرتني .Yg mana ayat tersebut menempati sama seperti dikatakan إن أخرتني أصدق وأكن. Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

9)Firman Allah di dalam surah Annisaa’ ayat 162:








لَكِنِ الرَّاسِخُونَ فِي العِلْمِ مِنْهُمْ وَالمُؤْمِنُونَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَالمُقِيمِينَ الصَّلَاةَ وَالمُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالمُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ أُولَئِكَ سَنُؤْتِيهِمْ أَجْراً عَظِيماً








Ertinya:Tetapi orang-orang yg teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yg beriman,sekaliannya beriman dengan apa yg telah diturunkan kepadamu (Al Quran),dan kepada apa yg telah diturunkan dahulu daripadamu,-khasnya orang-orang yg mendirikan sembahyang,dan orang-orang yg menunaikan zakat,serta yg beriman kepada Allah dan hari akherat mereka itulah yg akan kami berikan pahala yg amat besar.

Dakyah kristian:Ataf kepada marfu’ adalah marfu’.Oleh itu yg benarnya والمقيمون الصلاة .Jawab:Ini disebut jumlah I’tiradhiah dengan makna وأخص وأمدح yg berarti aku mengkhususkan dan aku memuji.Oleh itu jadilah perkataan المقيمين itu maf’ul bih bagi fi’il makhzuf yg mana takdirnya adalah أمدح.Daripada susunan yg demikian dapat difahami bahawa solat adalah sepenting-penting amalan dalam Islam.Dengan susunan demikian juga terdapat keindahan balaghah Al Quran apabila memalingkan dan mengkhususkan telinga pendengar kepada perkara yg paling penting. Jadi jelas dakyah kristian itu tidak benar.

No comments:

Post a Comment