Monday, May 17, 2010

TA'ALUK SIFAT-SIFAT ALLAH

Erti ta’aluk
Di dalam kitab – kitab lama , diterangkan bahawa ta’aluk ertinya “menuntut sifat akan perkara yang lain selain daripada berdirinya pada zat”.Bolehlah kita simpulkan dengan bahasa kita yang mudah pada hari ini sebagai bertindaknya sesuatu sifat itu ke atas perkara – perkara lain.Contohnya sifat kudrat bertindak bagi menjadikan mumkin.Sifat iradat bertindak bagi menentukan mumkin.Sifat ilmu bertindak menyingkap hakikat sekelian yang wajib , mustahil dan harus.Sifat sama’ dan basar bertindak menyingkap sekelian yang maujudat (yang ada).Sifat kalam bertindak bagi menunjukkan apa – apa yang dalam ilmu Allah.Tindakan sifat itulah yang dikatakan ta’aluk.Bukanlah semua sifat – sifat Allah itu mempunyai ta’aluk.Sifat – sifat yang berta’aluk hanyalah sifat – sifat ma’ani sahaja.Sifat nafsiah , salbiah dan ma’nawiah tidak berta’aluk atas perkara lain kerana sifat – sifat tersebut bukan berfungsi bagi sesuatu tindakan samada untuk menjadikan sesuatu atau menentukan sesuatu atau menyingkap sesuatu atau menunjukkan sesuatu.

Sifat – sifat Allah yang berta’aluk
Sifat – sifat Allah yang berta’aluk itu ada enam iaitu semua sifat – sifat ma’ani kecuali sifat hayat.Keenam – enamnya adalah seperti berikut :-
1)kudrat berta’aluk pada mengadakan mumkin.
2)Iradat berta’aluk bagi menentukan mumkin yang akan diadakan.
3)ilmu berta’aluk bagi menyingkap segala sesuatu.
4)sama’ berta’aluk bagi menyingkap sekelian yang maujudat.
5)Basar berta’aluk bagi menyingkap sekelian yang maujudat.
6)Kalam berta’aluk bagi menunjukkan barang yang ada dalam ilmu Allah.
Sifat hayat walaupun termasuk sifat ma’ani tetapi tidak berta’aluk ke atas sesuatu kerana sifat hayat bukanlah suatu sifat yang berfungsi untuk bertindak ke atas perkara lain tetapi ia hanya menjadi syarat bagi mengesahkan wujudnya sifat ma’ani sebagai syarat akli jua kerana tidak sah dihukumkan sesuatu zat itu berkuasa , berkehendak , berilmu , mendengar , melihat dan berkata – kata pada akal melainkan jika ada padanya sifat hayat.

Tujuan mengetahui tentang ta’aluk sifat Allah
Tujuan kita mempelajari ta’aluk sifat – sifat Allah ialah dengan cara kita membahaskan ta’aluk sifat – sifat Allah kita akan dapat memahami dengan jelas keadaan sifat Allah yang sebenarnya dan dapat membezakannya dengan sifat – sifat makhluk supaya tidak ada lagi iltibas (kekeliruan) dan syubhat (kesamaran) sehingga akhirnya melakukan kesalahan dengan menyamakan sifat Tuhan dan sifat makhluk seperti yang terjadi ke atas orang – orang musyrikin (yang menyengutukan Allah).Bagi setiap satu sifat yang berta’aluk di atas ada bahasan ta’aluknya sepertimana berikut :-
1)Cara ta’aluk
2)Tempat ta’aluk
3)Bahagian ta’aluk.

Friday, May 14, 2010

PEMBAHAGIAN SIFAT-SIFAT ALLAH

Sifat – sifat Allah yang wajib bagi Allah yang dua puluh yang telah dihuraikan di dalam bab yang kelima yang lalu terbahagi kepada empat bahagian seperti berikut :-
1)Sifat nafsiah.Ertinya sifat yang terbangsa kepada diri zat.Sifat yang termasuk di dalam sifat nafsiah hanya satu iaitu wujud.Dikatakan wujud itu sifat nafsiah yakni sifat yang terbangsa kepada diri zat kerana tidak dikatakan wujud itu melainkan kepada zat.Sifat nafsiah itu wujud pada zihin (dalam fikiran) tetapi tiada wujud pada kharij (di luar fikiran).Dikatakan ianya wujud pada zihin kerana sifat itu ada bagi zat Allah.Dikatakan pula tiada wujud pada kharij kerana sifat itu tidak berta’aluk terhadap sesuatu pun , sebab ia bukannya dari jenis sifat yang berta’aluk.
2)Sifat salbiah.Ertinya sifat yang menolak dan menafikan sifat – sifat kekurangan yang tidak layak bagi zat Allah.Sifat – sifatnya ada lima :-
i)Kidam ertinya sedia – Menafikan ada permulaan bagi wujud Allah.
ii)Baqa’ ertinya kekal – Menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah.
iii)Mukhalafatuhu Taala lil hawadis ertinya tidak serupa Allah Taala dengan segala yang baharu – Menafikan serupa zat Allah dengan yang baharu.
iv)Qiamuhu Taala binafsihi ertinya berdiri Allah dengan sendirinya – Menafikan Allah itu berhajat kepada yang lain.
v)Wahdaniah ertinya esa Allah Taala – Menafikan berbilang – bilang Allah Taala itu.
Sifat salbiah merupakan sifat yang tiada wujud pada zihin dan tiada wujud pada kharij.Dikatakan tiada wujud pada zihin kerana ia bukannya sifat yang ada bagi zat Allah tetapi ia hanya ibarat daripada ternafinya kekurangan bagi Allah.Maka dengan sebab itu sifat salbiah adalah termasuk daripada amrun i’tibari (perkara yang diibaratkan).Misalnya sifat kidam itu adalah ibarat daripada tiada permulaan bagi wujud Allah.Sifat baqa’ adalah ibarat daripada tiada kesudahan bagi wujud Allah dan begitulah seterusnya dengan lain – lain sifat salbiah.Dikatakan pula sifat salbiah itu tiada wujud pada kharij kerana sifat salbiah itu tidak berta’aluk kepada sesuatu pun kerana seperti nafsiah , ia juga bukan dari jenis sifat yang berta’aluk.
3)Sifat ma’ani.Ertinya sifat yang wujud pada zihin (dalam fikiran) dan wujud pada kharij (di luar fikiran) yang mewajibkan sifat ma’nawiah.Dikatakan sifat ma’ani itu wujud pada zihin kerana sifat tersebut ada pada zat Allah.Dikatakan sifat ma’ani itu wujud pada kharij kerana sifat ma’ani tersebut berta’aluk pada yang lain.Dikatakan sifat maani itu mewajibkan sifat ma’nawiah kerana dengan sebab ada ma’ani maka adalah sifat ma’nawiah.Sifat ma’ani itu ada tujuh iaitu :-
i)Kudrat ertinya kuasa – Berta’aluk kepada sekelian mumkin dan mewajibkan sifat kaunuhu kadiran iaitu keadaan Allah yang berkuasa.
ii)Iradat ertinya berkehendak – Berta’aluk kepada sekelian mumkin dan mewajibkan sifat kaunuhu muridan iaitu keadaan Allah yang berkehendak.
iii)Ilmu ertinya mengetahui – Berta’aluk kepada sekelian yang wajib , mustahil dan harus dan mewajibkan kaunuhu aliman iaitu keadaan Allah yang mengetahui.
iv)Hayat ertinya hidup – Tidak berta’aluk kepada sesuatu.Tetapi merupakan salah satu daripada sifat – sifat ma’ani kerana ia menjadi syarat kepada sifat – sifat ma’ani yang lain.Mewajibkan kaunuhu hayyan iaitu keadaan Allah yang hidup.
v)Sama’ ertinya mendengar – Berta’aluk kepada sekelian yang maujudat (yang wujud) dan mewajibkan kaunuhu sami’an iaitu keadaan Allah yang mendengar.
vi)Basar ertinya melihat – Berta’aluk kepada sekelian yang maujudat dan mewajibkan kaunuhu basiran iaitu keadaan Allah yang melihat.
vii)Kalam ertinya berkata – kata – Berta’aluk kepada yang wajib , mustahil dan harus dan mewajibkan kaunuhu mutakalliman iaitu keadaan Allah yang berkata – kata.
4)Sifat ma’nawiahErtinya sifat yang ada bagi zat Allah dan adanya itu dikeranakan oleh sifat – sifat ma’ani.Sifat ma’nawiah wujud pada zihin yakni ada bagi zat Allah tetapi tiada wujud pada kharij kerana sifat ini tidak berta’aluk kepada sesuatu.Sifat ma’nawiah ada tujuh iaitu :-
i)Kaunuhu kadiran ertinya keadaan Allah yang berkuasa dikeranakan adanya sifat kudrat iaitu kuasa.
ii)Kaunuhu muridan ertinya keadaan Allah yang berkehendak dikeranakan adanya sifat iradat iaitu berkehendak.
iii)Kaunuhu aliman ertinya keadaan Allah yang mengetahui dikeranakan adanya sifat ilmu ertinya mengetahui.
iv)Kaunuhu hayyan ertinya keadaan Allah yang hidup dikeranakan adanya sifat hayat iaitu hidup.
v)Kaunuhu sami’an ertinya keadaan Allah yang mendengar dikeranakan adanya sifat sama’ iaitu mendengar.
vi)Kaunuhu basiran ertinya keadaan Allah yang melihat dikeranakan adanya sifat basar iaitu melihat.
vii)Kaunuhu mutakalliman ertinya keadaan Allah yang berkata – kata dikeranakan adanya sifat kalam iaitu berkata – kata.

Ungkapan adanya sifat ma’nawiah dikeranakan adanya sifat ma’ani itu hanya pada lafaz jua bukan pada hakikat memandangkan bahawa dari sudut lughawi (bahasa) apabila dikatakan seseorang itu berniaga misalnya , maka disebutlah dia itu peniaga.Maka dia disebut peniaga adalah dikeranakan oleh kerja berniaga yang dilakukannya.Maka demikianlah keadaan Allah yang berkuasa misalnya adalah dikeranakan adanya sifat kuasa itu bagi zat Allah.Adapun dari segi hakikatnya sifat maknawiah dan ma’ani itu sama – sama kadim lagi azali dan tidak berdahulu kemudian antara satu sama lain dan yang satu tidak menjadi sebab bagi adanya yang lain.

Pertikaian tentang sifat ma’ani.Mazhab muktazilah iaitu suatu firqah (kumpulan) yang sesat di dalam Islam yang lebih mengutamakan akal daripada wahyu telah menafikan adanya sifat ma’ani bagi Allah.Mereka berkata tiada bagi Allah itu sifat kudrat (kuasa) bahkan Allah itu kadirun bizatihi yakni berkuasa dengan zatnya tanpa sifat kudrat.Tiada bagi Allah itu sifat iradat tetapi Allah itu muridun bizatihi yakni berkehendak dengan zatNya tanpa sifat iradat dan begitulah seterusnya dengan sifat – sifat ma’ani yang lain.Pendekata mereka menafikan adanya sifat – sifat ma’ani bagi zat Allah.Dan lagi menurut dakwaan mereka bahawa dengan mengakui adanya sifat ma’ani adalah bertentangan dengan keesaan Allah kerana dengan itu bererti wujud dua yang kadim (yang bersifat kidam) iaitu kadimnya zat Allah dan kadim pula sifat – sifatnya.Kita menolak dakwaan yang pertama itu dengan mengatakan bahawa sesuatu zat itu tidak dikatakan kadir (zat yang berkuasa) melainkan jika ada padanya sifat kudrat (kuasa).Tidak dikatakan ia itu murid (zat yang berkehendak) melainkan jika ada padanya sifat iradat (kehendak).Tidak dikatakan ia itu alim (zat yang berilmu) melainkan jika ada padanya sifat ilmu.Dan begitulah seterusnya.Oleh itu sesiapa yang mengatakan bahawa Allah itu kadir (zat yang berkuasa) tetapi tidak ada padanya sifat kuasa , murid (zat yang berkehendak) tetapi tidak ada padanya sifat kehendak , alim (zat yang mengetahui) tetapi tidak ada padanya sifat mengetahui dan seterusnya sudah sangat terang salahnya dan tidak ada yang akan mengatakan demikian melainkan orang itu adalah orang yang tersangat bodoh atau gila.Tentang dakwaan mereka kononnya jika Allah bersifat dengan sifat – sifat ma’ani maka akan bertentangan dengan keesaan Allah kerana akan ada dua yang kadim iaitu kadim zat Allah dan kadim sifatnya maka kita tolak dakwaan itu dengan kita katakan bahawa wujud sifat ma’ani itu hanya khabariah jua yakni wujud dari segi bahasa dan bukan pada hakikat kerana pada hakikatnya perhimpunan semua sifat itulah zat dan zat itu tidak lain adalah perhimpunan semua sifat yakni merujuk kepada perkara yang sama.Perbezaan antara zat dan sifat hanyalah perbezaan dari segi takrif sahaja yakni dari segi bahasa bukan dari segi hakikat wujud.Kalau kita berbalik kepada takrif zat dan sifat sebelum ini , maka zat bererti sesuatu yang dikenali menerusi sifat.Sifat pula ialah keadaan sesuatu zat.Misalnya kapur itu zat.Sementara putih , bulat , panjang dan digunakan untuk menulis itu adalah sifat – sifatnya.Jika kita hendak mengungkapkan kapur itu dengan iktibar zatnya maka kita katakanlah ianya kapur.Jika kita hendak mengungkapkan kapur dengan iktibar sifat – sifatnya maka kita katakanlah bahawa ianya adalah sesuatu yang putih , bulat , panjang dan digunakan untuk menulis.Kedua ibarat tadi tidak lain merujuk kepada benda yang sama.Oleh kerana sifat ma’ani hanya wujud dari segi bahasa sahaja , maka wujudnya itu bukan wujud istiqlal (wujud yang asing sendiri) , maka dengan sebab itu tidaklah dengan kewujudannya itu menafikan keesaan zat Allah.Dengan lain perkataan sifat ma’ani itu hanya dikatakan wujud pada makam ‘bercerita’ semata - mata.Tetapi tidak wujud secara hakiki sebaliknya yang wujud secara hakiki hanya zat.Dimisalkan (sebagai misal yang menghampirkan kepada kefahaman) bahawa orang Malaysia yang belum pernah ke Mekah dan belum pernah melihat hajarul aswad maka tatkala dia mendengar cerita orang bahawa hajarul aswad itu bersifat hitam.Ketika itu tergambarlah dalam fikirannya bahawa hajarul aswad itu ada padanya sifat hitam.Ini hanyalah pada makam cerita dan khabar iaitu seolah-olah ada dua perkara batu(zat) dan hitam(sifat).Tetapi apabila dia sendiri telah pergi ke Mekah dan melihat sendiri hajarul aswad itu secara berpandangan maka ketika itu hilanglah gambarannya selama ini bahawa hajarul aswad itu ada padanya sifat hitam sebaliknya ia menyaksikan bahawa yang hitam itulah hajarul aswad.Adapun kaum muktazilah menentang pendapat ahli sunnah yang mengakui wujudnya sifat ma’ani sebab mereka menyangkakan bahawa kita golongan ahli sunnah mengiktikadkan sifat ma’ani itu mempunyai wujud istiqlal (wujud yang asing sendiri) , dan zat juga mempunyai wujud istiqlal , lalu sifat itu bersebati dengan zat Allah seperti bersebatinya gula yang larut di dalam air.Sangkaan yang demikian adalah semata – mata jahil dan salah kerana bukan begitu yang kita iktikadkan.Walaupun kaum muktazilah mengingkari sifat ma’ani bagi Allah seperti berkuasa , berkehendak , hidup , mendengar dan melihat tetapi fahaman itu tidak menjadikan mereka kafir menurut ittifaq ulama kerana mereka tidak menafikan asalnya dan masih tetap percaya kepada sifat ma’nawiah iaitu Allah berkuasa dengan zatNya , berkehendak dengan zatNya , hidup dengan zatNya , mendengar dengan zatNya dan melihat dengan zatNya.Namun demikia.

Masalah sifat ma’nawiah.Telah berlaku khilaf (perselisihan) antara dua mazhab ahli sunnah di dalam ilmu kalam tentang sifat – sifat ma’nawiah.Mazhab Maturidiah berpegang bahawa sifat ma’nawiah itu pada hakikatnya bukanlah sifat yang lain dari sifat ma’ani kerana menurut mereka hakikat sifat ma’nawiah itu adalah ibarat daripada adanya sifat ma’ani bagi zat Allah.Oleh sebab itu mereka menafikan bahawa ada sifat lain bagi Allah yang dinamakan ma’nawiah selain daripada sifat ma’ani.Oleh itu menurut mazhab ini , bahagian sifat – sifat Allah yang wajib diketahui itu hanya tiga sahaja iaitu nafsiah , salbiah dan ma’ani.Walaubagaimanapun mereka bukanlah menafikan adanya sifat ma’nawiah sekali – kali kerana sesiapa yang menafikan samasekali sifat ma’nawiah jadi kafir dengan ittifaq ulama.Wal iyazubillahi min zalik.Mereka hanya mengatakan sifat ma’nawiah itu bukanlah suatu sifat yang lain dari sifat ma’ani kerana hakikat ma’nawiah itu adalah ibarat daripada adanya ma’ani bagi zat Allah.Jadi apabila ada ma’ani maka adalah ma’nawiah bersama dengan ma’ani itu.Adapun menurut Asya’irah sifat maknawiah itu adalah sifat yang memperihalkan adanya sifat ma’ani bagi zat Allah oleh itu ianya berlainan dari sifat ma’ani.Misalnya sifat kudrat lain dari sifat kaunuhu kadiran kerana kudrat ertinya kuasa sedangkan kaunuhu kadiran ialah sifat yang memperihalkan adanya kuasa itu bagi zat Allah.Berdasarkan hujah daripada kedua – dua pihak ternyata kedua – duanya berada di atas landasan yang benar kerana mereka tidak berselisih tentang hakikat adanya sifat ma’nawiah hanyasanya perselisihan tersebut hanyalah dari segi metod perbahasan sahaja iaitu bagaimana kedua – dua mazhab dalam memahami hakikat ma’nawiah sahaja.Wallahu a’lam.

SIFAT YANG HARUS BAGI ALLAH TAALA

Harus ertinya sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada.Sifat yang harus bagi Allah ialah sifat yang boleh ada dan boleh tiada bagi Allah.Sifat yang harus bagi Allah ada satu sahaja iaitu harus bagi Allah menjadikan mumkin atau tidak menjadikan mumkin.Mumkin ertinya sesuatu yang boleh menerima ada dan tiada di dalam ilmu Allah.Apabila Allah tidak berkehendak untuk menjadikannya kekallah ia sebagai mumkin.Dan apabila telah dijadikan oleh Allah maka itulah yang dinamakan makhluk.Perkara mumkin adalah tersangat banyak iaitu apa sahaja selain yang wajib dan mustahil.Yang wajib itu hanya satu iaitu Allah Taala dan sekelian sifat – sifatnya.Yang mustahil pula tuhan selain daripada Allah.Selain daripada keduanya itulah yang dinamakan mumkin.Ini termasuklah buruk atau baik , kaya atau miskin , masuk syurga atau masuk neraka , bahagia atau celaka , menafaat atau mudarat , hidup atau mati , dan seterusnya apa sahaja selain dari yang wajib dan yang mustahil yang telah diterangkan tadi.

Lawan sifat harus.
Lawan sifat harus bagi Allah pada menjadikan mumkin ialah wajib Allah Taala menjadikan mumkin atau mustahil Allah menjadikan mumkin.Yang demikian adalah mustahil bagi Allah.Bahkan wajib kita iktikadkan bahawa tidak wajib atau tidak mustahil bagi Allah pada menjadikan mumkin hanya harus jua.

Dalil sifat harus
Dalil naklinya firman Allah Taala
ﺇﻦ ﺭﺑﻚﻴﺧﻠﻖ ﻤﺎ ﻴﺷﺍﺀ ﻮﻴﺧﺗﺎﺭ
Ertinya : Dan Tuhanmu menciptakan apa Yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga Yang memilih
Dalil aklinya ialah jika Allah tidak bersifat harus memperbuat mumkin nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu wajib Allah memperbuat mumkin atau mustahil Allah menjadikan mumkin.Sekiranya wajib Allah memperbuat mumkin nescaya bertukar hakikat mumkin itu daripada suatu yang harus boleh ada dan boleh tiada , menjadi wajib adanya.Bertukar hakikat mumkin itu daripada harus menjadi wajib hukumnya mustahil.Kerana yang dikatakan mumkin itu sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada.Sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada itu adalah diketahui bahawa asalnya tiada semenjak azali.Jika bertukar hakikat mumkin itu menjadi wajib nescaya menjadilah wujudnya itu tidak berpermulaan dan tidak berkesudahan sama seperti Allah Taala maka yang demikan adalah batal dan mustahil.Oleh itu tetaplah tidak wajib Allah menjadikan mumkin bahkan wajib kita percaya bahawa menjadikan mumkin harus bagi Allah Taala.Adapun jika mustahil bagi Allah menjadikan mumkin nescaya membawa kepada tidak wujud satu makhluk pun maka yang demikian itu batal dengan nyata dipandang bahawa makhluk telah pun wujud.

Thursday, May 13, 2010

HURAIAN SIFAT KAUNUHU KADIRAN HINGGA KAUNUHU MUTAKALLIMAN

Kaunuhu kadiran
Sifat Allah yang keempat belas yang wajib bagi Allah itu ialah kaunuhu kadiran ertinya keadaan Allah yang berkuasa.Ianya adalah hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan oleh adanya sifat kudrat (kuasa) pada zat Allah.Adalah kaunuhu kadiran ini berlainan dari sifat kudrat kerana kudrat bererti berkuasa Allah Taala sedangkan kaunuhu kadiran adalah sifat yang memperihalkan adanya kudrat (kuasa) Allah itu pada zat Allah.Lawannya ialah kaunuhu ajizan yang bererti keadannya yang lemah.Mustahil Allah bersifat dengan keadaan yang lemah wajib kita percaya keadaanNya yang berkuasa.Dalilnya adalah sama dengan dalil sifat kudrat.

Kaunuhu muridan
Kaunuhu muridan ertinya keadaan Allah yang berkehendak iaitu hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan adanya sifat iradat bagi zat Allah.Lain dari sifat iradat.Lawannya kaunuhu karihan ertinya keadaan Allah yang terpaksa.Mustahil keadaan Allah itu terpaksa wajib kita percaya keadaanNya yang berkehendak.Dalilnya sama seperti dalil iradat.

Kaunuhu aliman
Ertinya keadaan Allah yang mengetahui iaitu hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan adanya sifat ilmu bagi zat Allah.Lain dari sifat ilmu.Lawannya kaunuhu jahilan ertinya keadaanNya yang bodoh.Mustahil keadaan Allah itu bodoh wajib kita percaya keadaanNya mengetahui.Dalilnya sama seperti dalil ilmu.

Kaunuhu hayyan
Ertinya keadaan Allah yang hidup iaitu hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan adanya sifat hayat bagi zat Allah.Lain dari sifat hayat.Lawannya kaunuhu mayitan ertinya keadaan Allah yang mati.Mustahil keadaan Allah itu mati wajib kita percaya keadaanNya itu hidup.Dalilnya seperti dalil hayat.

Kaunuhu sami’an
Keadaan Allah yang mendengar iaitu hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan adanya sifat sama’ bagi zat Allah.Lain dari sifat sama’.Lawannya kaunuhu asomma ertinya keadaan Allah yang tuli.Mustahil keadaan Allah itu tuli wajib kita percaya keadaan Allah itu mendengar.Dalilnya seperti dalil sama’.

Kaunuhu basiran
Keadaan Allah yang melihat iaitu hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan adanya sifat basar bagi zat Allah.Lain dari sifat basar.Lawannya kaunuhu a’ma ertinya keadaan Allah yang buta.Mustahil keadaan Allah itu buta wajib kita percaya keadaan Allah itu melihat.Dalilnya sama dengan dalil sifat basar.

Kaunuhu mutakalliman
Keadaan Allah yang berkata – kata iaitu hal yang wajib bagi Allah yang dikeranakan adanya sifat kalam bagi zat Allah.Lain dari sifat kalam.Lawannya kaunuhu abkama ertinya keadaan Allah yang bisu.Mustahil keadaan Allah itu bisu wajib kita percaya keadaan Allah itu berkata – kata.Dalilnya sama seperti dalil kalam.

HURAIAN SIFAT KALAM

Sifat Allah yang ketiga belas wajib diketahui oleh mukallaf itu ialah kalam ertinya berkata – berkata iaitu satu sifat yang wajib bagi Allah dengannya menunjukkan dan menzahirkan apa – apa yang di dalam ilmu Allah.Adalah kalam Allah itu tidak berhuruf dan bersuara dan tidak di dalam perkataan yang berdahulu kemudian antara satu sama lain.Bagi menghampirkan kepada kefahaman bagaimana yang dikatakan kalam Allah itu tidak berhuruf , tidak bersuara dan tidak dengan perkataan yang berdahulu kemudian antara sama lain maka dibuat perbandingan sebagai perbandingan yang menghampirkan kepada kefahaman seperti berikut :-
Ditakdirkan anda memandu kereta untuk pergi ke suatu tempat yang jauh dari kediaman anda untuk berkursus di tempat itu selama beberapa hari.Setelah anda memandu sebegitu jauh , tiba – tiba anda dapati di hadapan ada sekatan jalan raya oleh pegawai JPJ dan ketika itulah baru anda teringat bahawa dompet anda yang di dalamnya wang anda , kad pengenalan , kad ATM , kad kredit dan lesen memandu telah tertinggal.Di dalam keadaan begitu anda tidak dapat berpatah balik kerana anda telah begitu jauh memandu dan kereta anda pula sedang kekurangan petrol.Di samping itu juga anda telah terperangkap di dalam kesesakan yang mana di hadapan, belakang , kiri dan kanan anda terdapat kenderaan yang menghalang.Ketika itu timbullah perasaan bimbang.Maka perasaan bimbang anda itu adakah berhuruf?Atau ada suaranya?Atau adakah datang dalam bentuk ayat?Tidak bukan?Pada hal kebimbangan anda itu jika hendak diungkapkan dalam bentuk ayat, mungkin memakan ruang sebanyak beberapa halaman untuk diungkapkan seperti bimbang akan disaman , bimbang kehabisan petrol , di mana hendak bermalam , kepada siapa hendak diminta pertolongan , bimbang tidak dapat menghadiri kursus , dimarahi majikan , diturunkan pangkat dan seterusnya.Namun semua kebimbangan anda yang berjela – jela itu anda rasakan dan fahami di dalam sekelip mata sahaja tanpa huruf , tanpa suara , tanpa ayat – ayat dan tidak berdahulu kemudian satu sama lain.Demikianlah tamsilan bagi kalam Allah yang tidak berhuruf , tidak bersuara , tidak dengan ayat dan tidak dengan perkataan yang berdahulu kemudian antara satu sama lain.
Walaupun demikian perumpamaan di atas masih belum tepat untuk menjelaskan hakikat kalam Allah kerana perumpamaan di atas hanyalah sebagai ‘tamsil’ yang hanya menghampirkan kefahaman jua dan bukan dimaksudkan sebagai ‘tasybih’ iaitu menyerupakan kerana kalam Allah itu maha suci daripada dapat diserupakan dengan apa – apa bandingan sekalipun.

Lawan sifat kalam itu ialah bukmun ertinya bisu
Mustahil Allah itu bersifat bisu atau pada maknanya seperti Allah berkata dengan suara , berhuruf dan dengan perkataan yang berdahulu kemudian kerana itu semua sifat – sifat baharu (makhluk).Wajiblah kita percaya Allah bersifat dengan sifat kalam dan sesungguhnya kalam Allah itu maha sempurna.

Dalil sifat kalam
Dalil naklinya firman Allah Taala
ﻭﻜﻟﻢ ﺍﷲ ﻤﻭﺴﻰ ﺘﻜﻟﻴﻤﺎ
Ertinya :dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).
Dalil aklinya ialah sekiranya Allah itu tidak bersifat dengan sifat kalam nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu bisu.Bisu itu sifat kekurangan.Mustahil Allah bersifat dengan kekurangan wajiblah kita percaya Dia bersifat dengan kesempurnaan iaitu berkata – kata.
Jika dipertikaikan adalah Al Quran itu kalam Allah tetapi ada baginya huruf , perkataan dan ayat.Ini bertentangan dengan kata kamu bahawa kalam Allah itu tidak mempunyai huruf dan ayat?Bagi menjawabnya maka kita katakan bahawa kalam Allah itu terbahagi dua:-
i)Kalam Allah yang nafsi - Inilah kalam Allah yang tidak berhuruf dan bersuara dan merupakan kalam yang hakiki.Keadaannya sentiasa bagi Allah dan tidak pernah berpindah dari zat Allah kerana ia merupakan sifat Allah yang kadim lagi azali dan bukannya makhluk.
ii)Kalam Allah yang lafzi – Iaitu kalam Allah yang tersurat di dalam mushaf , berhuruf dan bersuara dan yang dituturkan oleh malaikat Jibril kepada nabi Muhammad saw.
Kalam Allah yang nafsi itulah kalamNya yang hakiki yang tidak berhuruf dan tidak bersuara.Selama – lamanya bagi Allah dan tidak berpindah kepada yang lain.Adalah Al Quran itu disebut kalam Allah kerana ianya menunjukkan kepada makna kalam Allah yang hakiki yang ada pada zat Allah yang mana Al Quran itu berasal daripada kalam Allah yang nafsi yang hakiki itu , dan malaikat Jibril memahaminya daripada Allah hal keadaannya tidak berhuruf dan bersuara.Kemudian malaikat Jibril menuturkan kalam Allah yang telah difahaminya itu kepada malaikat hafazah maka menjadilah ia kalam lafzi lalu dituliskan di luh mahfuz dan diberi huruf satu – persatu sehingga selesai tiga puluh juzuk sekali gus.Kemudian diturunkan sekali lagi ke Baitul Izzah di langit dunia juga keadaannya sekali gus.Kemudian baharulah diturunkan kepada nabi kita Muhammad saw sedikit demi sedikit di dalam tempoh dua puluh dua tahun , dua bulan , dua puluh dua hari.Adalah suara Al Quran yang dituturkan oleh malaikat Jibril , yang ditulis di luh mahfuz , juga yang ditulis di Baitul Izzah dan yang ditulis di mashaf – mashaf di atas dunia ini , kertasnya , huruf – hurufnya , dakwatnya dan bunyi suara qari yang membacanya itu adalah kalam lafzi dan ianya makhluk dengan tiada syak namun demikian haram kita menyatakan Al Quran yang lafzi yakni yang ada di dalam mashaf (suratan) itu makhluk tujuannya ialah untuk beradab kepada kalam Allah yang hakiki kerana ditakuti mendatangkan sangkaan kepada khalayak ramai seolah – olah kalam Allah yang nafsi yang qaim pada zat Allah itu makhluk kerana kalam Allah yang nafsi itu adalah asal dan makna kepada Al Quran yang lafzi yang ada di atas dunia ini melainkan di dalam majlis belajar dan mengajar untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.Ini samalah seperti seseorang yang menunjukkan kalimah “Allah” kepada khalayak ramai lalu berkata ini bukan Tuhan kita.Walaupun dia bermaksud benar kerana yang dimaksudkan ialah tulisannya itu bukan Tuhan namun perbuatannya tetap haram dan biadab.Maka dengan sebab itu haram kita mengatakan Al Quran yang ada di dalam mashaf itu makhluk walaupun yang kita maksudkan adalah tulisannya kerana dapat mendatangkan sangkaan seolah - olah Al Quran kalam yang nafsi itu makhluk kerana ianya adalah asal dan makna bagi Al Quran yang lafzi , bahkan wajiblah kita mengatakan secara umum bahawa Al Quran itu kalam Allah dan bukan makhluk.Melainkan di dalam majlis mengajar dan belajar baharulah boleh diterangkan perincian yang sebenarnya.

HURAIAN SIFAT BASAR

Sifat Allah yang keduabelas yang wajib diketahui ialah basar.Basar ertinya melihat iaitu satu sifat yang wajib bagi Allah dengannya terang dan nyata atas tiap – tiap sesuatu.Terang dan nyata sifat basar Allah itu lain daripada terang dan nyata sifat sama’ dan ilmu.Sama sahaja terang dan nyata bagi sifat basar Allah samada sesuatu itu jauh atau dekat , samada besar atau kecil dan lagi Allah melihat tidak dengan syarat ada cahaya seperti penglihatan makhluk.Penglihatan Allah juga tidak terhalang oleh jauh atau apa sahaja penghalang.Allah juga melihat tidak dengan anggota mata atau apa jua alat penglihatan.Pendekata penglihatan Allah itu tidak sama dengan penglihatan makhluk kerana penglihatan Allah itu adalah penglihatan yang hakiki dan bersifat maha sempurna.

Lawan sifat basar itu umyun ertinya buta.
Mustahil Allah itu bersifat buta atau yang semakna dengannya seperti melihat Allah itu yang hampir sahaja tidak yang jauh.Atau penglihatan Allah itu dapat dihalang oleh sesuatu penghalang.Atau penglihatan Allah itu dengan syarat ada cahaya atau dengan anggota mata dan lain – lain alat penglihatan.Yang demikian itu semuanya mustahil bagi Allah.

Dalil sifat basar.
Dalil naklinya firman Allah
ﺇﻦ ﺍﷲ ﺑﺼﻴﺮ ﺑﺎ ﺍﻟﻌﺑﺎﺪ
Ertinya : Sesungguhnya Allah Maha melihat akan keadaan hamba-hambaNya".
Dalil aklinya ialah jika Allah itu tidak bersifat dengan melihat nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu buta dan adalah buta itu sifat kekurangan.Mustahil Allah itu bersifat dengan kekurangan wajib kita percaya Allah bersifat dengan sifat kesempurnaan iaitu melihat.

HURAIAN SIFAT SAMA'

Sifat yang kesebelas daripada sifat-sifat Allah yang wajib kita tahu secara terperinci itu ialah sifat sama'.Sama’ itu ertinya mendengar iaitu satu sifat yang wajib bagi Allah dengannya terang dan nyata bagi Allah tiap – tiap sesuatu samada sesuatu itu bersuara atau tiada.Terang dan nyata sifat sama’ (pendengaran) Allah itu lain dari terang dan nyata sifat ilmu.Pendengaran Allah itu tidak dapat dihalang oleh jauh atau oleh sesuatu penghalang.Bahkan sama sahaja bagi Allah terang dan nyata samada jauh atau dekat , samada ada penghalang atau tidak.Allah mendengar tidak dengan menggunakan anggota atau alat pendengaran seperti telinga dan lain – lain.Pendekata pendengaran Allah itu adalah pendengaran yang hakiki dan maha sempurna.

Lawan sama’ ialah summun ertinya tuli (pekak)
Lawan kepada sifat sama’ itu ialah summun ertinya tuli atau pekak atau yang semakna dengannya seperti Allah mendengar dengan telinga atau pendengaran Allah dapat dihalang oleh penghalang seperti jauh dan sebagainya.Mustahil Allah itu bersifat dengan segala yang demikian itu wajib kita percaya Allah bersifat mendengar dengan pendengaran yang sempurna.

Dalil sama’
Dalil naklinya firman Allah Taala
ﻗﺎﻞ ﻻ ﺘﺧﺎﻔﺎ ﺇﻨﻨﻲ ﻤﻌﻜﻤﺎﺃﺴﻤﻊ ﻭﺃﺮﻯ
Ertinya : Allah berfirman: "Janganlah kamu berdua takut, Sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu berdua; Aku mendengar dan melihat segala-galanya.
Dalil aklinya ialah jika Allah tidak bersifat mendengar nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu pekak.Adalah pekak itu sifat kekurangan.Mustahil Allah itu bersifat kekurangan wajib kita percaya Allah itu bersifat kesempurnaan iaitu mendengar.

Wednesday, May 12, 2010

HURAIAN SIFAT HAYAT

Sifat Allah yang kesepuluh yang wajib diketahui satu persatu ialah hayat ertinya hidup Allah Taala.Iaitu satu sifat bagi Allah yang mengesahkan bahawa Allah itu bersifat dengan sifat – sifat idrak.Adalah sifat – sifat idrak itu enam perkara :-
i)Berkuasa
ii)Berkehendak
iii)Mengetahui
iv)Mendengar
v)Melihat
vi)Berkata – kata
Dengan adanya sifat hayat maka sahlah dikatakan Allah itu berkuasa , berkehendak , mengetahui , mendengar , melihat dan berkata – kata.Perlu difahami bahawa bukanlah bererti sifat – sifat tersebut lahir dari sifat hayat kerana semua sifat – sifat Allah itu sama – sama kadim lagi azali hal keadaannya serentak dengan tidak ada permulaan dan tidak berdahulu kemudian antara satu sama lain dan yang satu tidak menjadi sebab adanya yang lain hanya sanya sifat hayat itu mengesahkan sifat - sifat idrak semata – mata kerana tidak sah dikatakan Allah itu berkuasa , berkehendak , mendengar , melihat dan berkata – kata jika tidak ada padanya sifat hayat iaitu hidup.

Lawan sifat hayat itu maut iaitu mati.
Mustahil Allah itu bersifat mati wajib kita iktikadkan Allah itu hidup.Termasuk dalam ertikata mati itu ialah hidup yang bersyarat seperti hidup makhluk dengan syarat makan minum dan ada udara.Atau hidup dengan adanya ruh.Kesemua itu mustahil bagi Allah kerana hidup Allah itu hidup yang hakiki.Wajib kita percaya bahawa hidup Allah itu tidak dengan syarat makan minum atau udara dan tidak juga dengan ruh kerana yang demikian itu adalah termasuk di dalam makna mati pada hakikatnya.

Dalil hayat.
Dalil naklinya firman Allah Taala
ﻮﺗﻮﻜﻞ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺤﻲ ﺍﻟﺬﻱﻻ ﻴﻤﻮﺖ
Ertinya : Dan berserahlah Engkau kepada Allah Tuhan Yang hidup, Yang tidak mati

Dalil aklinya ialah jika Allah tidak bersifat hidup nescaya Dia bersifat mati sedangkan mati itu menafikan sifat idrak seperti berkuasa , berkehendak , mengetahui dan lain – lain.Maka tidak dapatlah Dia menjadikan alam padahal alam telah ada.Oleh itu wajiblah Dia bersifat hidup dan mustahil baginya bersifat mati.

HURAIAN SIFAT ILMU

Sifat yang kesembilan dari sifat – sifat Allah yang wajib diketahui oleh mukallaf secara satu persatu itu ialah ilmu ertinya mengetahui Allah Taala.Hakikatnya iaitu satu sifat bagi Allah dengannya terang dan nyata bagi Allah tiap – tiap sesuatu.

Lawan ilmu itu jahil ertinya bodoh.
Mustahil Allah itu bersifat jahil samada sedikit atau banyak bahkan wajib kita percaya Allah itu bersifat ilmu.Termasuk di dalam ertikata jahil itu ialah lalai dan lupa.Mustahil bagi Allah itu bersifat lalai dan lupa.

Dalil sifat ilmu
Dalil naklinya firman Allah Taala
ﻮﻋﻨﺪﻩ ﻤﻔﺎﺗﺢ ﺍﻟﻐﻴﺐ ﻻﻴﻌﻟﻤﻬﺎﺇﻻ ﻫﻮ ﻮﻴﻌﻟﻢ ﻤﺎ ﻔﻲ ﺍﻟﺒﺮ ﻮﺍﻟﺒﺤﺮ ﻮﻤﺎ ﻴﺴﻘﻄ ﻤﻦﻮﺮﻘﺔ ﺇﻻ ﻴﻌﻟﻤﻬﺎ
Ertinya : Di sisi Allah adalah kunci perkara-perkara ghaib,tidak ada yang mengetahuinya selain dari Dia sendiri.Allah maha mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia pasti mengetahuinyaDalil aklinya ialah sekiranya Allah tidak bersifat ilmu nescaya Dia bersifat jahil atau yang semakna dengannya seperti lalai dan lupa.Yang demikian itu sifat kekurangan dan kekurangan itu sifat baharu.Sekiranya Allah bersifat dengan sifat baharu nescaya Dia baharu sedangkan telah sabit dengan dalil nakli dan akli Allah itu bersifat kidam

HURAIAN SIFAT ILMU

Sifat yang kesembilan dari sifat – sifat Allah yang wajib diketahui oleh mukallaf secara satu persatu itu ialah ilmu ertinya mengetahui Allah Taala.Hakikatnya iaitu satu sifat bagi Allah dengannya terang dan nyata bagi Allah tiap – tiap sesuatu.

Lawan ilmu itu jahil ertinya bodoh.
Mustahil Allah itu bersifat jahil samada sedikit atau banyak bahkan wajib kita percaya Allah itu bersifat ilmu.Termasuk di dalam ertikata jahil itu ialah lalai dan lupa.Mustahil bagi Allah itu bersifat lalai dan lupa.

Dalil sifat ilmu
Dalil naklinya firman Allah Taala
ﻮﻋﻨﺪﻩ ﻤﻔﺎﺗﺢ ﺍﻟﻐﻴﺐ ﻻﻴﻌﻟﻤﻬﺎﺇﻻ ﻫﻮ ﻮﻴﻌﻟﻢ ﻤﺎ ﻔﻲ ﺍﻟﺒﺮ ﻮﺍﻟﺒﺤﺮ ﻮﻤﺎ ﻴﺴﻘﻄ ﻤﻦﻮﺮﻘﺔ ﺇﻻ ﻴﻌﻟﻤﻬﺎ
Ertinya : Di sisi Allah adalah kunci perkara-perkara ghaib,tidak ada yang mengetahuinya selain dari Dia sendiri.Allah maha mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia pasti mengetahuinyaDalil aklinya ialah sekiranya Allah tidak bersifat ilmu nescaya Dia bersifat jahil atau yang semakna dengannya seperti lalai dan lupa.Yang demikian itu sifat kekurangan dan kekurangan itu sifat baharu.Sekiranya Allah bersifat dengan sifat baharu nescaya Dia baharu sedangkan telah sabit dengan dalil nakli dan akli Allah itu bersifat kidam

HURAIAN SIFAT IRADAT

Iradat ertinya berkehendak Allah Taala iaitu satu sifat yang wajib bagi Allah yang dengannya Dia menentukan segala mumkin yang akan dijadikan.

Lawan iradat itu karahah ertinya terpaksa.
Karahah ertinya terpaksa dengan ertikata Allah Taala menjadikan alam ini bukan dengan kehendakNya.Termasuk di dalam erti menjadikan alam ini bukan dengan kehendaknya itu empat perkara iaitu :-
i)Zuhul ertinya lalai iaitu Allah menjadikan alam ini di dalam keadaan lalai.Mustahil Allah menjadikan alam ini di dalam keadaan lalai wajib kita percaya Allah menjadikan alam ini dengan kehendakNya.
ii)Ghaflah ertinya lupa iaitu Allah menjadikan alam ini di dalam keadaan lupa.Mustahil Allah menjadikan alam dalam keadaan lupa wajib kita percaya Allah menjadikan alam dengan kehendakNya
iii)Ta’lil iaitu sebab - musabab.Iaitu Allah menjadikan sebahagian alam ini dengan memakai asbab.Contohnya tercampak batu dari tangan yang melontar.Maka perbuatan melontar itu dinamakan ‘mubasyarah’ sementara tercampaknya batu itu dinamakan ‘tawallud’ iaitu yang terhasil dari sebab perbuatan mubasyarah.Maka wajib kita percaya bahawa perbuatan mubasyarah itu dijadikan oleh Allah dengan kehendakNya dan tawallud pun dijadikan oleh Allah dengan kehendakNya dan sesekali tidak dapat dikatakan mubasyarah itu menjadi ta’lil (sebab yang melazimkan) akan tawallud.Adapun yang kita pandang tercampaknya batu dari tangan yang melontar oleh sebab perbuatan melontar itu hanyalah semata – mata zahir hukum adat sahaja dan bukannya hakikat kerana pada hakikatnya Allah menjadikan sesuatu tidak dengan ta’lil.
iv)Tabiat iaitu kebiasaan.Iaitu Allah menjadikan sebahagian alam ini dengan asbab tabiat setengah makhluknya.Contohnya tabiat api itu menghanguskan.Maka wajib kita percaya bahawa Allahlah yang menjadikan api dengan kehendaknya dan Allah jugalah yang menjadikan hangus pun dengan kehendaknya bukan dengan sebab api.Hanya sanya tabiat api yang menghanguskan itu juga hanyalah sebab yang diadatkan oleh Allah iaitu apabila ada api maka diadatkan oleh Allah ada hangus tetapi bukan api itu yang menghanguskan pada hakikatnya.
Keempat – empat perkara tersebut wajib dinafikan daripada Allah iaitu Allah menjadikan sesuatu itu tidak dengan zuhul , tidak dengan ghaflah , tidak dengan ta’lil perbuatan makhluk dan tidak dengan tabiat sesetengah makhluknya.Tetapi semuanya berlaku hanya dengan kehendakNya semata – mata.

Dalil iradat
Dalil naklinya firman Allah Taala
ﺇﻦ ﺭﺑﻚ ﻴﺧﻠﻖ ﻤﺎ ﻴﺷﺍﺀﻮﻴﺧﺗﺎﺭ
Ertinya : Dan Tuhanmu menciptakan apa Yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga Yang memilih
Dalil aklinya sekiranya Allah menjadikan alam ini kesemua atau sebahagiannya bukan dengan kehendaknya samada kerana terpaksa atau zuhul atau ghaflah atau ta’lil atau tabiat nescaya Allah itu lemah dan jika Allah itu lemah nescaya Dia tidak dapat menjadikan alam ini sedangkan alam ini telah ada.Oleh itu wajiblah Allah bersifat berkehendak dan mustahil baginya bersifat karahiah yakni terpaksa atau yang semakna dengannya.

HURAIAN SIFAT IRADAT

Iradat ertinya berkehendak Allah Taala iaitu satu sifat yang wajib bagi Allah yang dengannya Dia menentukan segala mumkin yang akan dijadikan.

Lawan iradat itu karahah ertinya terpaksa.
Karahah ertinya terpaksa dengan ertikata Allah Taala menjadikan alam ini bukan dengan kehendakNya.Termasuk di dalam erti menjadikan alam ini bukan dengan kehendaknya itu empat perkara iaitu :-
i)Zuhul ertinya lalai iaitu Allah menjadikan alam ini di dalam keadaan lalai.Mustahil Allah menjadikan alam ini di dalam keadaan lalai wajib kita percaya Allah menjadikan alam ini dengan kehendakNya.
ii)Ghaflah ertinya lupa iaitu Allah menjadikan alam ini di dalam keadaan lupa.Mustahil Allah menjadikan alam dalam keadaan lupa wajib kita percaya Allah menjadikan alam dengan kehendakNya
iii)Ta’lil iaitu sebab - musabab.Iaitu Allah menjadikan sebahagian alam ini dengan memakai asbab.Contohnya tercampak batu dari tangan yang melontar.Maka perbuatan melontar itu dinamakan ‘mubasyarah’ sementara tercampaknya batu itu dinamakan ‘tawallud’ iaitu yang terhasil dari sebab perbuatan mubasyarah.Maka wajib kita percaya bahawa perbuatan mubasyarah itu dijadikan oleh Allah dengan kehendakNya dan tawallud pun dijadikan oleh Allah dengan kehendakNya dan sesekali tidak dapat dikatakan mubasyarah itu menjadi ta’lil (sebab yang melazimkan) akan tawallud.Adapun yang kita pandang tercampaknya batu dari tangan yang melontar oleh sebab perbuatan melontar itu hanyalah semata – mata zahir hukum adat sahaja dan bukannya hakikat kerana pada hakikatnya Allah menjadikan sesuatu tidak dengan ta’lil.
iv)Tabiat iaitu kebiasaan.Iaitu Allah menjadikan sebahagian alam ini dengan asbab tabiat setengah makhluknya.Contohnya tabiat api itu menghanguskan.Maka wajib kita percaya bahawa Allahlah yang menjadikan api dengan kehendaknya dan Allah jugalah yang menjadikan hangus pun dengan kehendaknya bukan dengan sebab api.Hanya sanya tabiat api yang menghanguskan itu juga hanyalah sebab yang diadatkan oleh Allah iaitu apabila ada api maka diadatkan oleh Allah ada hangus tetapi bukan api itu yang menghanguskan pada hakikatnya.
Keempat – empat perkara tersebut wajib dinafikan daripada Allah iaitu Allah menjadikan sesuatu itu tidak dengan zuhul , tidak dengan ghaflah , tidak dengan ta’lil perbuatan makhluk dan tidak dengan tabiat sesetengah makhluknya.Tetapi semuanya berlaku hanya dengan kehendakNya semata – mata.

Dalil iradat
Dalil naklinya firman Allah Taala
ﺇﻦ ﺭﺑﻚ ﻴﺧﻠﻖ ﻤﺎ ﻴﺷﺍﺀﻮﻴﺧﺗﺎﺭ
Ertinya : Dan Tuhanmu menciptakan apa Yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga Yang memilih
Dalil aklinya sekiranya Allah menjadikan alam ini kesemua atau sebahagiannya bukan dengan kehendaknya samada kerana terpaksa atau zuhul atau ghaflah atau ta’lil atau tabiat nescaya Allah itu lemah dan jika Allah itu lemah nescaya Dia tidak dapat menjadikan alam ini sedangkan alam ini telah ada.Oleh itu wajiblah Allah bersifat berkehendak dan mustahil baginya bersifat karahiah yakni terpaksa atau yang semakna dengannya.

HURAIAN SIFAT QUDRAT

Sifat Allah yang ketujuh yang wajib kita ketahui satu – persatu itu ialah kudrat yang bererti kuasa Allah Taala.Kudrat adalah satu sifat yang wajib bagi zat Allah yang dengannyalah Allah mengadakan mumkin atau mentiadakan mumkin.Mumkin ertinya sesuatu yang harus boleh menerima ada dan tiada.

Lawan sifat kudrat itu ajzun ertinya lemah
Ajzun ertinya lemah daripada mengadakan atau mentiadakan mumkin.Mustahil Allah itu bersifat lemah wajib kita percaya Allah itu bersifat kudrat yakni berkuasa.

Dalil kudrat.
Dalil naklinya firman Allah Taala
ﺇﻦ ﺍﷲ ﻋﻠﻰ ﻜﻞ ﺷﻴﺊ ﻘﺪﻴﺭ
Ertinya : Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dalil aklinya ialah sekiranya Allah itu tidak bersifat kudrat nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu lemah.Sekiranya Dia bersifat lemah nescaya tidak berkuasa menjadikan alam ini padahal alam ini telah ada.Oleh itu wajiblah ia bersifat kudrat yakni berkuasa.