Erti ta’aluk
Di dalam kitab – kitab lama , diterangkan bahawa ta’aluk ertinya “menuntut sifat akan perkara yang lain selain daripada berdirinya pada zat”.Bolehlah kita simpulkan dengan bahasa kita yang mudah pada hari ini sebagai bertindaknya sesuatu sifat itu ke atas perkara – perkara lain.Contohnya sifat kudrat bertindak bagi menjadikan mumkin.Sifat iradat bertindak bagi menentukan mumkin.Sifat ilmu bertindak menyingkap hakikat sekelian yang wajib , mustahil dan harus.Sifat sama’ dan basar bertindak menyingkap sekelian yang maujudat (yang ada).Sifat kalam bertindak bagi menunjukkan apa – apa yang dalam ilmu Allah.Tindakan sifat itulah yang dikatakan ta’aluk.Bukanlah semua sifat – sifat Allah itu mempunyai ta’aluk.Sifat – sifat yang berta’aluk hanyalah sifat – sifat ma’ani sahaja.Sifat nafsiah , salbiah dan ma’nawiah tidak berta’aluk atas perkara lain kerana sifat – sifat tersebut bukan berfungsi bagi sesuatu tindakan samada untuk menjadikan sesuatu atau menentukan sesuatu atau menyingkap sesuatu atau menunjukkan sesuatu.
Sifat – sifat Allah yang berta’aluk
Sifat – sifat Allah yang berta’aluk itu ada enam iaitu semua sifat – sifat ma’ani kecuali sifat hayat.Keenam – enamnya adalah seperti berikut :-
1)kudrat berta’aluk pada mengadakan mumkin.
2)Iradat berta’aluk bagi menentukan mumkin yang akan diadakan.
3)ilmu berta’aluk bagi menyingkap segala sesuatu.
4)sama’ berta’aluk bagi menyingkap sekelian yang maujudat.
5)Basar berta’aluk bagi menyingkap sekelian yang maujudat.
6)Kalam berta’aluk bagi menunjukkan barang yang ada dalam ilmu Allah.
Sifat hayat walaupun termasuk sifat ma’ani tetapi tidak berta’aluk ke atas sesuatu kerana sifat hayat bukanlah suatu sifat yang berfungsi untuk bertindak ke atas perkara lain tetapi ia hanya menjadi syarat bagi mengesahkan wujudnya sifat ma’ani sebagai syarat akli jua kerana tidak sah dihukumkan sesuatu zat itu berkuasa , berkehendak , berilmu , mendengar , melihat dan berkata – kata pada akal melainkan jika ada padanya sifat hayat.
Tujuan mengetahui tentang ta’aluk sifat Allah
Tujuan kita mempelajari ta’aluk sifat – sifat Allah ialah dengan cara kita membahaskan ta’aluk sifat – sifat Allah kita akan dapat memahami dengan jelas keadaan sifat Allah yang sebenarnya dan dapat membezakannya dengan sifat – sifat makhluk supaya tidak ada lagi iltibas (kekeliruan) dan syubhat (kesamaran) sehingga akhirnya melakukan kesalahan dengan menyamakan sifat Tuhan dan sifat makhluk seperti yang terjadi ke atas orang – orang musyrikin (yang menyengutukan Allah).Bagi setiap satu sifat yang berta’aluk di atas ada bahasan ta’aluknya sepertimana berikut :-
1)Cara ta’aluk
2)Tempat ta’aluk
3)Bahagian ta’aluk.
No comments:
Post a Comment