Sifat Allah yang kesepuluh yang wajib diketahui satu persatu ialah hayat ertinya hidup Allah Taala.Iaitu satu sifat bagi Allah yang mengesahkan bahawa Allah itu bersifat dengan sifat – sifat idrak.Adalah sifat – sifat idrak itu enam perkara :-
i)Berkuasa
ii)Berkehendak
iii)Mengetahui
iv)Mendengar
v)Melihat
vi)Berkata – kata
Dengan adanya sifat hayat maka sahlah dikatakan Allah itu berkuasa , berkehendak , mengetahui , mendengar , melihat dan berkata – kata.Perlu difahami bahawa bukanlah bererti sifat – sifat tersebut lahir dari sifat hayat kerana semua sifat – sifat Allah itu sama – sama kadim lagi azali hal keadaannya serentak dengan tidak ada permulaan dan tidak berdahulu kemudian antara satu sama lain dan yang satu tidak menjadi sebab adanya yang lain hanya sanya sifat hayat itu mengesahkan sifat - sifat idrak semata – mata kerana tidak sah dikatakan Allah itu berkuasa , berkehendak , mendengar , melihat dan berkata – kata jika tidak ada padanya sifat hayat iaitu hidup.
Lawan sifat hayat itu maut iaitu mati.
Mustahil Allah itu bersifat mati wajib kita iktikadkan Allah itu hidup.Termasuk dalam ertikata mati itu ialah hidup yang bersyarat seperti hidup makhluk dengan syarat makan minum dan ada udara.Atau hidup dengan adanya ruh.Kesemua itu mustahil bagi Allah kerana hidup Allah itu hidup yang hakiki.Wajib kita percaya bahawa hidup Allah itu tidak dengan syarat makan minum atau udara dan tidak juga dengan ruh kerana yang demikian itu adalah termasuk di dalam makna mati pada hakikatnya.
Dalil hayat.
Dalil naklinya firman Allah Taala
ﻮﺗﻮﻜﻞ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺤﻲ ﺍﻟﺬﻱﻻ ﻴﻤﻮﺖ
Ertinya : Dan berserahlah Engkau kepada Allah Tuhan Yang hidup, Yang tidak mati
Dalil aklinya ialah jika Allah tidak bersifat hidup nescaya Dia bersifat mati sedangkan mati itu menafikan sifat idrak seperti berkuasa , berkehendak , mengetahui dan lain – lain.Maka tidak dapatlah Dia menjadikan alam padahal alam telah ada.Oleh itu wajiblah Dia bersifat hidup dan mustahil baginya bersifat mati.
No comments:
Post a Comment