Thursday, February 18, 2010

kaifiat solat hajat dan berdoa selepas solat hajat

1)Lakukanlah solat sunnat hajat dua rakaat pada bila-bila masa yang dikehendakki asalkan bukan pada waktu yang diharamkan.Bacalah di dalam rakaat yang pertama selepas Al Fatihah surah Al Kafiruun dan pada rakaat yang kedua surah Al ikhlas.Atau apa-apa surah mengikut kemampuan.
2)Selepas memberi salam bacalah Yasiin sekali.
3)Kemudian buat tahlil ringkas dan bacalah doa tahlil.Selepas membaca doa tahlil jangan ditutup dahulu dengan selawat sebaliknya sambunglah terus dengan doa berikut iaitu
Laa ilaaha illallahul haliimul kariim.Subhaanallahi rabbil 'arsyil 'azhiim.Alhamdulillahi rabbil 'aalamin.As aluka mimmuujibaati rahmatik.Wal 'azaa ima maghfiratik wal ghaniimata minkulli birr wassalaamata minkulli ithm.Laa tada' lii zamban illaa ghafartah walaa hamman illa farrajtah walaa haajatan hia laka ridhan illa qadahaitah yaa arhamarraahimiin.
4)Kemudian disambung dengan membaca doa al asmaa ul husna iaitu nas aluka yaa man huallahullazii laa ilaaha illaa huarrahmaanurrahiim al malikul qudduus.....hingga akhir asma ul husna.
5)Kemudian mintalah apa-apa sahaja hajat kita kepada Allah dengan diulang-ulang sebanyak sepuluh kali dengan hati yang tawajjuh dan mantap dan ditutup pula dengan bacaan rabbanaa aatinaa fiddun ya hasanah wafil aakhirati hasinah wa qinaa 'azaabannaar.Ulang-ulang waqinaa 'azaabannaar itu sebanyak tiga kali dan teruslah menutup doa dengan salawat wasallallahu 'alaa sayyidina muhammadin wa 'alaa aalihii wasohbihii wasallam.
6)Bacalah Fatihah sekali dan diniatkan pahalanya kepada mereka yang baru kita salawati itu iaitu Nabi Muhammad,keluarga dan para sahabat baginda.Kemudian bacalah salawat ini iaitu
Allaahumma solli solaatan kaamilatan wasallim salaaman taamman 'alaa Sayyidinaa Muhammadinillazii tanhallu bihil 'uqad wa tanfariju bihil kurab wa tuqdha bihil hawaa ij wa tunaalu bihirraghaa ib wa husnul khawaatiimi wayustasqal ghamaamu bi wajhihil kariim wa 'alaa aalihii wasohbihii fii kulli lamhatin wanafasin bi 'adadi kulli ma'luumillak.
7)Kemudian bacalah doa penutup.Insyaa allah pasti berhasil.

2 comments:

  1. mana ustaz dapat kaifiat solat hajat ni

    ReplyDelete
  2. Adapun tentang solat hajat itu diambil dari Al Quran seperti firman Allah "wasta'iinu bisobri wassolaah"yang bererti dan mintalah pertolongan (dari Tuhanmu)dengan sabar dan solat.Adapun tentang membaca Yasiin kemudiannya itu adalah sebagai penguat kepada permohonan kita yang diambil dari hadis "yaasiin limaa quri alhuu"yang bererti yasiin itu ialah bagi apa saja ia dibaca (bagi menghasilkan hajat).Adapun tentang tahlil itu adalah dari maksud hadis bahawa laa ilaha illallah itu dapat menolak daripada 99 bencana sekurang-kurangnya duka cita.Tentang asmaa ul husna dari Al Quran "qulid'ullaha awid'urrahman ayyamma tad'uu lahuu falahul asmaa ul husna"yang bererti katakanlah olehmu wahai Muhammad berdoalah dengan menyebut nama Allah atau dengan menyebut nama Arrahmaan dan bagi nama apa sahaja(dari nama-nama Allah)yang kamu serukan itu maka bagi Allah itu nama-nama yang elok.Adapun tentang doa-doa dan salawat saya petik dari beberapa karangan ulama seperti fadhilat solat oleh Maulana Zakaria Al kandahlawi dan juga dari buku-buku salawat.

    ReplyDelete