Wednesday, February 17, 2010

HUKUM MENGHISAP ROKOK

Para ulama telah berselisih pendapat tentang hukum menghisap rokok.Kebanyakan ulama tradisional lebih cenderung kepada hukum makruh,sementara ulama asariyyin yang mutakhir cenderung kepada hukum haram.Masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri.Walaubagaimanapun saya secara peribadi,berpendapat bahawa pendapat yang menghukumkan makruh itulah yang rajih(kuat) sementara pendapat yang menghukumkan rokok adalah haram merupakan pendapat yang marjuh(lemah).Ini adalah berdasarkan firman Allah:

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الْأَرْ‌ضِ جَمِيعًا

Ertinya Dan Dialah(Allah) yang menjadikan bagi kamu apa sahaja yang ada di atas muka bumi ini kesemuanya.(Al Baqarah 2:29)

Berdasarkan kepada umum ayat di atas menunjukkan bahawa tiap-tiap sesuatu itu asalnya adalah dijadikan Allah untuk manusia maka bererti tiap-tiap sesuatu itu menurut hukum asalnya adalah harus melainkan ada dalil yang menunjukkan haram.Kaedah Syafiiah juga mengatakan "Al haraamu ma dalladdaliilu ala tahriimihi" yang bererti perkara yang haram itu adalah perkara yang ada dalil pengharamannya.Adapun yang selain daripada itu maka hukumnya halal.Di dalam hal ini memang tidak ada dalil khusus(spesifik)yang menunjukkan menghisap rokok itu adalah haram.Oleh itu kesimpulannya menghisap rokok itu hukumnya mubah(harus).Pihak yang mengatakan bahawa menghisap rokok itu hukumnya haram membinakan hujjah mereka sekurang-kurangnya berdasarkan dua premis utama iaitu:

i)Menghisap rokok adalah bahaya kepada kesihatan.Mereka mengemukakan firman Allah yang melarang manusia melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan seperti firman Allah yang berbunyi :

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِالتَّهْلُكَةِ


Ertinya janganlah kamu menjatuhkan diri kamu dengan tangan kamu kepada kebinasaan.(Al Baqarah 2:195)

Mereka juga berhujjah dengan hadis nabi saw yang berbunyi :

لا ضرر ولا ضِرار


Ertinya:Tidak (boleh ada) bahaya dan tidak boleh membahayakan.(Hadis Hasan riwayat Ibnu Majah dan Dar Qutni)

Tetapi hujjah tersebut daif kerana kedua -dua nas di atas berbentuk umum dan adalah maklum tidak boleh memakai hujjah yang umum ke atas suatu perkara yang khusus melainkan dengan jalan qias.Di dalam hal ini tidak ada satu perkara pun yang menyamai rokok pada zaman nabi dahulu yang dihukumkan haram untuk dilakukan qias ke atasnya.Berbeza dengan racun bahaya rokok tidak zahir,kerana bahaya rokok hanya diketahui setelah dilakukan kajian berdasarkan ilmu perubatan dan kesannya juga hanya diketahui selepas bertahun - tahun.Oleh itu mengharamkan rokok dengan berdasarkan kepada kajian tersebut dan berdasarkan kepada kesan yang hanya dapat dilihat selepas bertahun-tahun adalah bertentangan dengan kaedah perlaksanaan hukum dalam Islam yang mana rasulullah saw bersabda :

نحن نحكم بالظواهر فالله يتولى السرائر

Ertinya: kami hanya menghukum berdasarkan kepada yang zahir adapun Allah menguruskan hal-hal yang batin.

Zahir bererti yang dapat dilihat dengan mata kepala secara segera.Oleh itu mengkiaskan rokok dengan racun, arak dan seumpamanya merupakan "qias ma'al fariq" yang tidak sah dilakukan kias.Satu-satunya kias yang dapat dilakukan ialah dengan mengkiaskan rokok dengan memakan bawang putih iaitu dikiaskan kepada baunya yang kuat sehingga menghasilkan hukum makruh.

ii)Mereka yang mengharamkan rokok juga membinakan hujjah mereka berdasarkan kepada premis bahawa merokok adalah suatu perbuatan membazir sedangkan pembaziran adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam.Mereka mendasarkan hujjah mereka kepada firman Allah yang berbunyi "Innal mubazziriina kaanuu ikhwanassyayathiin" yang ertinya sesungguhnya orang-orang yang membazir itu merupakan saudara-saudara syaithan.Hujjah ini tertolak kerana erti membazir menurut syarak ialah "bazlul maal biduunil manfaah" yang bererti menghabiskan harta tanpa faedah.Di dalam hal ini kita mesti memahami bahawa faedah-faedah yang muktabar di sisi syarak daripada sesuatu yang math'uumaat(yang dimakan) atau yang masyruubaat(diminum termasuklah yang dihisap) ada tiga iaitu:

i)al isybaa'(mengenyangkan)

ii)attadaawi(perubatan)

iii)attamattu'(bersedap-sedap)

Sehubungan itu merokok mengandungi faedah untuk bersedap-sedap dan bersenang-senang dan adalah mengeluarkan belanja untuk bersedap-sedap dan bersenang-senang di dalam perkara yang mubah(harus) itu hukumnya adalah mubah dan tidak boleh disifatkan sebagai membazir.
Demikianlah serba ringkas catatan tentang hukum merokok.Kesimpulannya merokok dihukumkan makruh dan pengharamannya merupakan pengharaman tanpa dalil.Wallahua'lam.







3 comments:

  1. Salam,

    Saya tak puashati dengan tulisan saudara.
    Saudara telah melanggar fatwa para ulama Malaysia tau tak..
    Saya tau kamu ni kaki rokok, hahaha

    ReplyDelete
  2. jangan tuduh sembarangan ya.saya bukannya kaki rokok.oklah saya memang hisap rokok.tapi saya hisap sikit-sikit je.

    ReplyDelete
  3. btul3x... pengharaman tanpa dalil. sengal...

    ReplyDelete