Kedapatan setengah-setengah ahli zikir yang menghadirkan wajah guru sebelum memulakan zikir.Amalan ini dipanggil menghadirkan rabithah dan dianggap penting untuk dilakukan terutama kepada pelajar-pelajar yang baru menceburi pelajaran suluk untuk memperolehi berkat guru sebagai wasilah yang menyampaikan kepada keredaan Allah.Namun,sesetengah ulama mengatakan bahawa amalan menghadirkan wajah guru itu bertentangan dengan syarak malahan boleh membawa kepada perbuatan mensyirikkan Allah dengan guru.Saya tidak bersependapat dengan ulama-ulama yang melarang kerana amalan tersebut ada disebutkan di dalam kitab -kitab yang muktabar,misalnya kitab Siarussalikin yang dikarang oleh Syeikh Abdul Samad Al Falembani.Masakan ulama sehebat Syeikh Abdul Samad Al Falembani menyebarkan ajaran yang menyalahi ajaran Islam di dalam kitabnya.Para ulama yang melarang amalan tersebut beralasan bahawa amalan tersebut tidak ada sandaran daripada Al Quran dan hadis dan dalil syarak yang lain.Alasan tersebut tertolak kerana setelah diteliti bahawa amalan menghadirkan rabithah guru sebenarnya memang berasaskan kepada dalil syarak yang mencapai darjat "yufiidul ibaahah bizzon"yakni memberi faedah harus secara zan dan adalah maklum kita diwajibkan menerima pakai dan mengamalkan dalil-dalil zanni.Di antara dalil-dalil yang dikemukakan oleh ulama yang mengharuskan itu adalah secara ringkasnya seperti berikut:
1)Firman Allah swt di dalam surah Yusuf yang berbunyi "walaqad hammat bihi wahamma bihaa lau laa arra aa burhaana rabbih" yang bererti sesungguhnya dia (Zulaikhah) mengingini Yusuf dan Yusuf pun (hampir-hampir)mengingini Zulaikhah kalaulah dia tidak melihat (tanda) keterangan daripada Tuhannya.Terdapat dua pendapat ulama di dalam mentafsirkan makna "tanda keterangan daripada Tuhannya" di dalam ayat di atas.Ibnu Abbas,Mujahid,Said bin Jubair,Muhammad bin Sirrin,Al Hassan,Qatadah,Muhammad bin Ishak dan lain-lain berpendapat yang dimaksudkan dengan tanda keterangan daripada Tuhannya di dalam ayat di atas ialah ketika nabi Yusuf digoda oleh Zulaikhah,baginda telah terbayang wajah nabi Yaakub yang mana dengan berkat membayangkan wajah nabi Yaakub itu baginda terselamat daripada melakukan larangan Allah.Satu pendapat lagi menyatakan bahawa baginda terbayangkan wajah suami Zulaikhah.Ayat ini menunjukkan bahawa dengan membayangkan wajah orang yang salih dapat menghasilkan berkat untuk menghasilkan keredaan Allah sehingga dapat memperoleh kurniaNya dan terselamat daripada malapetaka khususnya malapetaka maksiat.Walaupun ayat ini merujuk kepada kisah nabi Yusuf namun hukumnya boleh dipakai oleh umat nabi Muhammad kerana kaedah menyatakan "syar'u man qablana syar'ullanaa"iaitu syariat umat sebelum kita secara automatik menjadi syariat bagi kita selagi tidak ada dalil yang menasakhkan.
2)Firman Allah di dalam surah Al Kahfi "washbir nafsaka ma'allaziina yad'uuna rabbahum bil ghadaati wal 'asyiyyi yuriiduuna wajhahuu" yang bererti dan hendaklah kamu sabarkan diri kamu dengan duduk bersama-sama orang-orang yang menyeru(mengingati) Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang semata-mata mengharapkan keredaanNya.Di dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada nabi secara khusus dan seluruh umat baginda secara umum untuk bersama-sama dengan orang-orang yang mengingati Allah.Al ma'iyah atau kebersamaan ini boleh dilakukan samada secara fizikal atau secara mengingati dengan fikiran.
3)Sabda Rasulullah saw "solluu kamaa ra aitumuunii usollii"yang bererti solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku bersolat.Sudah pasti untuk melakukan solat seperti mana nabi bersolat kita terpaksa membayangkan terlebih dahulu.Ini menunjukkan membayangkan wajah orang lain sebelum dan semasa beribadah itu tidak dilarang malah kadang-kadang dituntut.
Sekian Allahu a'lam.
wah, dah pandai ustaz...
ReplyDeletehehe...cume blok ni kena solek sikit la