Friday, October 31, 2014

MUQADDIMAH TAFSIR IBNU KATHIR 5


Di antara mereka yang ahli di dalam ilmu tafsir dari kalangan sahabat juga adalah Abdullah ibnu Abbas sepupu RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam sendiri yang bergelar penterjemah Al Quran dan lautan ilmu dengan berkat doa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam ke atasnya di mana RasuluLlah pernah bersabda mendoakan beliau
اللّهُمّ فَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Ertinya:Ya Allah!Berilah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarkanlah kepadanya ilmu takwil

Berkata Ibnu  Jarir:Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar,telah menceritakan kepada kami Waki’ telah menceritakan kepada kami Sufyan daripada Al A’masy daripada Muslim katanya bahawa AbduLlah Ibnu Mas’ud mengatakan:
نِعْمَ تُرْجُمَانُ الْقُرْءانِ ابْنُ عَبَّاس

Ertinya:Sebaik-baik penafsir Al Quran itu adalah AbduLlah Ibnu Abbas

Kemudian Ibnu Jarir juga meriwayatkan daripada Yahya bin Daud daripada Ishak Al Azraq daripada Sufyan daripada Al A’masy daripada Muslim bin Sabih Abi Al Dhuha daripada Masruq daripada AbduLlah Ibnu Mas’ud katanya:
نِعْمَ تُرْجُمَانُ لِلْقُرْءَانِ ابْنُ عَبَّاس

Ertinya :Sebaik-baik penafsir Al Quran itu ialah AbduLlah Ibnu Abbas.

Demikian juga yang diriwayatkan daripada Bandar daripada Ja’far bin Aun  daripada Al A’masy seperti itu.Isnad-isnadnya adalah sahih sampai kepada AbduLlah bin Mas’ud bahawa dia berbicara sedemikian berkenaan AbduLlah bin Abbas.AbduLlah bin Mas’ud wafat pada tahun 32H menurut pendapat yang sahih dan AbduLlah bin Abbas terus hidup selepas tempoh tersebut selama 36 tahun.Bayangkanlah betapa banyak ilmu yang beliau usahakan selepas AbduLlah bin Mas’ud.Berkata Al A’masy  daripada Abi Wail:
اسْتَخْلَفَ عَلِيٌّ عَبْدَ اللّهِ بْنَ عَبَّاسٍ عَلى الْمَوْسِمِ فَخَطَبَ النَّاسَ فَقَرَأَ فِي خُطْبَتِهِ سُورَةَ
 
الْبَقَرَةِ وَ فِي رِوَايَةٍ سُورَةَ النُّورِ فَفَسَّرَهَا تَفْسِيْرًا لَوْ سَمِعَتْهُ لرُّوْمُ
و التُّرُك والدَّيْلَمُ لَأَسْلَمُواْ
 




Ertinya:Sayidina Ali pernah melantik AbduLlah bin Abbas sebagai amir dalam satu musim haji lalu dia berkhutbah kepada orang ramai dan dia membaca di dalam khutbah tersebut surah Al Baqarah dan di dalam satu riwayat dikatakan surah Al Nur lalu dia mentafsirkan sehingga kalaulah mendengarnya orang-orang Rom,Turki dan Dailam nescaya semuanya masuk Islam.

Inilah sebabnya mengapa Ismail Ibnu Abdul Rahman Al Suddi Al Kabir banyak meriwayatkan tafsir daripada dua orang tokoh sahabat yang tersebut iaitu AbduLlah bin Mas’ud dan AbduLlah bin Abbas.Namun demikian ,kadang-kadang beliau juga meriwayatkan perkataan ahli-ahli kitab di mana RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam membenarkan untuk berbuat demikian dengan sabdanya:
 
بَلِّغُواْ عَنِّيْ وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُواْ عَنْ بَنِيْ إسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ


 عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

 
Ertinya:Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat dan ceritakanlah dari Bani Israil dan ianya bukan suatu dosa dan barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja nmaka hendaklah dia menempah tempatnya di dalam neraka.

 

Hadis di atas diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari daripada AbduLlah bin Amru.Itulah sebabnya AbduLlah bin Amru radhiaLlahu anhuma di dalam peperangan Yarmuk di mana beliau memperolehi dua muatankitab kepunyaan ahli kitab lalu beliau menceritakan daripada kitab tersebut hasil kefahamannya daripada hadis di atas yang mengizinkan hal yang demikian.Namun demikian hadis-hadis Israiliat tersebut dipakai sebagai penguat dan penyokong dan tidak dijadikan sebagai dasar pegangan.





Berhubung dengan hal ini riwayat-riwayat Israiliat dapat dibahagikan kepada tiga bahagian:


i)Riwayat israiliat yang kita ketahui benarnya berdasarkan kepada Al Quran dan Al Hadis (yang sahih) yang ada di sisi kita.Maka ianya dianggap sahih.


ii)Riwayat israiliat yang menyalahi Al Quran dan hadis yang sahih maka ianya dihukumkan dusta.

iii)Riwayat israiliat yang mana Allah dan rasulNya mendiamkan perkara tersebut tidak mengiyakan atau menafikan maka hukumnya adalah kita tidak boleh menerima atau menolak tetapi diharuskan kita meriwayatkannya berdasarkan kepada keizinan RasuluLlah di dalam hadis baginda yang lalu.Biasanya riwayat-riwayat begini adalah berhubung dengan isu-isu yang tidak penting dari segi agama yang mana menjelaskan perkara-perkara seperti ini tidak mendatangkan sebarang faedah.
..bersambung...
 

 

Rujukan:
1)Tafsir Ibnu Kathir
2)http://tanzil.net/
 
 
 









 

 

Thursday, October 30, 2014

MUQADDIMAH TAFSIR IBNU KATHIR 4


Jika seseorang bertanya apakah sebaik-baik tafsir itu?Maka jawapannya adalah sebaik-baik jalan di dalam mentafsirkan itu adalah Al Quran sendiri yang mentafsirkan Al Quran.Maka sebarang ayat Al Quran yang mujmal (bersifat umum) hendaklah dicari maknanya di dalam ayat Al Quran yang lain.Jika tidak ditemui maka hendaklah dirujuk kepada sunnah kerana sunnah adalah penjelas kepada Al Quran.Berkata Al Imam Abu Abdillah Muhammad bin Idris As Syafii rahimahullahu taala “Setiap yang dihukumkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam maka itu adalah hasil kefahaman baginda daripada Al Quran” Firman Allah Taala:
إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّـهُ ۚ وَلَا تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا

Ertinya:Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu sebuah kitab dengan sebenar-benarnya supaya engkau menghukum di antara manusia berdasarkan kepada apa yang telah diperlihatkan Allah bagimu dan janganlah engkau menjadi pembela kepada orang-orang yang khianat (An Nisaa:105)

Firman Allah lagi:
وَمَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Ertinya:Dan tidaklah Kami menurunkan ke atasmu kitab Al Quran itu melainkan supaya engkau menjelaskan kepada mereka tentang perkara yang mereka perselisihkan di dalamnya dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman (An Nahl:64)

Firman Allah lagi:
ۗ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Ertinya:Dan Kami telah menurunkan kepadamu Al Quran ini supaya engkau memberi penjelasan kepada mereka apa-apa yang diturunkan kepada mereka dan mudah-mudahan mereka memikirkan (An Nahl :44)
Berhubung dengan perkara inilah maka itulah sebabnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
اَلَا إنِّي أُوتِيتُ الْقُرْءانَ وَمِثْلَهُ مَعَهُ

Ertinya:Ketahuilah sesungguhnya aku telah diberikan Al Quran dan yang seumpamanya bersertanya.
Baginda maksudkan adalah Assunnah.Adalah Assunnah itu juga telah diturunkan ke atas baginda dengan cara wahyu sepertimana diturunkan Al Quran.Bezanya hanyalah Assunnah tidak dibaca sebagai ibadat sepertimana kita membaca Al Quran.Imam As Syafii rahimahullahu taala dan lain-lain imam telah mengemukakan banyak dalil yang menunjukkan yang demikian itu dan bukan tempatnya untuk kami bahaskan di sini.

Maksud dari semuanya itu hendaklah engkau mencari tafsiran Al Quran itu daripada Al Quran sendiri dan sekiranya tidak diperolehi maka hendaklah dicari di dalam Assunnah.Sepertimana sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam kepada Muaz ketika baginda mengutusnya ke Yaman.
فَبِمَ تَحْكُمُ؟ قَالَ بِكِتَابِ اللّهِ  قَالَ فَإِنْ لَّمْ تَجِدْ ؟ قَالَ بِسُنَّةِ رَسُوْلِ اللّهِ قَالَ فَإِنْ لَّمْ تَجِدْ؟  قَالَ أَجْتَهِدُ رَأْيِيْ  قَالَ فَضَرَبَ رَسُوْلُ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْ صَدْرِهِ وقَالَ الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِيْ وَفَّقَ رَسُوْلَ  رَسُوْلِ اللّهِ لِمَا يَرْضَى  رَسُوْلُ اللّهِ

Ertinya:Dengan apa engkau menghukum?Jawabnya dengan Kitab Allah (Al Quran).Rasulullah sallallahu alaihi wasallam jika engkau tidak menemui?Muaz menjawab: dengan sunnah Rasulullah.Rasulullah bersabda:Jika engkau tidak menemui?Muaz menjawab: Aku akan berijtihad dengan fikiranku.Perawi berkata:Maka Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menepuk dada Muaz seraya bersabda:Segala pujian bagi Allah yang telah memberi taufik kepada utusan Rasulullah dengan sesuatu yang diredai oleh Rasululllah.
Hadis ini terdapat di dalam catatan kitab-kitab musnad dan kitab-kitab sunan dengan sanad yang jayyid sepertimana yang dinyatakan pada tempatnya.Apabila kita tidak menemukan tafsiran di dalam Al Quran dan Assunnah,maka hendaklah kita merujuk kepada perkataan para sahabat kerana mereka lebih mengetahui tentang tafsir Al Quran disebabkan mereka menyaksikan sendiri sesuatu sebab dan hal ehwal yang tertentu bagi sesuatu ayat Al Quran.Dan lagi kerana mereka juga mempunyai kefahaman yang sempurna dan ilmu yang sahih serta amal yang saleh terutama para ulama di kalangan mereka seperti para khalifah yang empat iaitu khulafa’ Arrasyidin serta Abdullah bin Mas’ud radhiallahu anhum.Berkata Al Imam Abu Ja’far bin Jarir:Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib ,telah menceritakan kepada kami Jabir bin Nuh,telah menceritakan kepada kami Al A’masy daripada Abi Ad Dhuha daripada Masruq telah berkata Abdullah ibnu Mas’ud:
وَالَّذِيْ  لَا إِلهَ غَيْرُهُ مَا نَزَلَتْ آيَةٌ مِنْ كِتَابِ اللّهِ إِلَّا وَأَنَا أعْلَمُ فِيْمَنْ نَزَلَتْ وَأيْنَ نَزَلَتْ وَلَوْ أعْلَمُ أحَدًا  أعْلَمُ بِكِتَابِ اللّهِ  مِنِّيْ تَنَالُهُ الْمَطَايَا لَأتَيْتُهُ

Ertinya:Demi Tuhan yang tidak ada ilah selainNya tidaklah turun suatu ayat daripada Kitabullah melainkan aku ketahui tentang berkenaan siapa ianya diturunkan dan di mana ianya diturunkan.Dan seandainya aku mengetahui ada orang yang lebih mengetahui tentang Kitabullah daripadaku yang aku boleh pergi kepadanya nescaya aku pergi kepadanya.




...bersambung...

 


 


Rujukan:
1)Tafsir Ibnu Kathir
2)http://tanzil.net/
 
 
 
 











 

 

Wednesday, October 29, 2014

MUQADDIMAH TAFSIR IBNU KATHIR BAHAGIAN 3


Perkara yang wajib atas ulama adalah berusaha untuk menyingkap makna-makna kalam Allah dan tafsirannya.Mereka juga hendaklah berusaha mencari makna –makna yang zanni (yang paling berkemungkinan) bagi Al Quran itu dan mempelajarinya di samping mengajarkannya kepada orang lain sepertimana firman Allah:
 
وَإِذْ أَخَذَ اللَّـهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ
 

Ertinya:Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian daripada mereka yang telah diberikan kitab (sebelum Al Quran)  supaya mereka menjelaskannya kepada manusia dan hendaklah mereka jangan menyembunyikannya lalu mereka melontarkan janji tersebut ke belakang dan menjualnya dengan harga yang sedikit maka sangat buruklah apa yang mereka beli itu.(Aali Imran:187)

Firman Allah lagi:
 
إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّـهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَـٰئِكَ لَا خَلَاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّـهُ وَلَا يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang menukarkan janji Allah sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit ,mereka itulah orang yang tidak medapat apa-apa kebaikan di akherat dan Allah tidak akan berkata-kata dengan  mereka dan tidak akan memandang mereka dengan pandangan rahmat pada hari kiamat dan Allah tidak akan mensucikan mereka daripada dosa-dosa mereka  dan mereka akan mendapat azab yang pedih (Aali Imran :77)

Allah Taala telah mencaci golongan ahlul kitab di dalam Al Quran kerana mereka berpaling daripada kitab yang telah diturunkan kepada mereka malahan mereka mencintai kehidupan dunia dan mengumpulkan harta kekayaan duniawi dan sibuk dengan perkara-perkara keduniaan dengan tidak mempedulikan segala perintah-perintah Allah ke atas mereka supaya mentaati titah perintahNya yang terdapat di dalam kitabNya.
Maka wajiblah ke atas kita wahai kaum muslimin supaya tidak melakukan amalan-amalan  yang telah dicela oleh Allah,dan hendaklah kita menuruti segala yang diperintahkan oleh Allah ke atas bahu kita semua yaitu mempelajari kitab Allah yang diturunkan kepada kita dan mengajarkannya kepada orang lain.Berusaha untuk memahaminya dan memberi kefahaman kepada orang lain.Firman Allah Taala:
 
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّـهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

Ertinya:Belum sampaikah masanya lagi bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mengingati Allah dan kebenaran yang diturunkan ke atas mereka dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diturunkan kepada mereka Al Kitab daripada sebelumnya,maka apabila berpanjangan atas mereka tempoh masa hati mereka menjadi keras dan ramai daripada mereka itu adalah orang-orang fasik.( Al Hadid :16)

Firman Allah Taala dalam ayat yang berikutnya:
اعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Ertinya:Ketahuilah olehmu sekelian sesungguhnya Allah lah yang telah menghidupkan bumi kemudian daripada matinya.Sesungguhnya Allah telah menjelaskan bagi  kamu ayat-ayatNya mudah-mudahan kalian memahami.(Al Hadid :17)

 

Melalui ayat di atas dan ayat yang sebelumnya merupakan suatu peringatan bahawa Allah itu sepertimana Dia menghidupkan bumi kemudian daripada matinya maka demikianlah juga Dia melunakkan hati seseorang dengan iman dan petunjuk selepas hati itu keras oleh sebab dosa dan maksiat.Allah jualah tempat digantungkan harapan dan dimintakan permohonan agar Dia berkenan melakukan perkara tersebut (melembut dan melunakkan hati) sesungguhnya Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia.
 

 

 

Rujukan:
1)Tafsir Ibnu Kathir
2)http://tanzil.net/