Tuesday, August 9, 2011

MENJAWAB SYUBHAT SYIAH TERHADAP SAHABAT RASULULLAH SAMURRAH BIN JUNDAB SEBAGAI AHLI NERAKA.

Terdapat beberapa hadis yang telah dijadikan modal oleh kaum Syiah kononnya Samurrah bin Jundab seorang sahabat Nabi adalah termasuk sabagai ahli neraka.Mereka juga telah mengemukakan hadis-hadis yang menunjukkan bahawa Samurrah adalah seorang yang zalim dan merupakan seorang pembunuh yang kejam.Bahkan hadis daripada Bukhari juga dikemukakan bagi menunjukkan kejahatan Samurrah ra kononnya dia pernah menjual khamar pada zaman sayidina Umar.Namun demikian setelah diteliti didapati semua hadis-hadis tersebut tidak layak untuk dijadikan pegangan kerana tidak ada satu pun yang sahih samada hadis-hadis tersebut bersifat dhaif,majhul atau mursal.Oleh itu hadis-hadis tersebut tidak layak menjadi hujjah bagi menentang nas-nas Al Quran dan hadis-hadis yang sahih tentang keadilan para sahabat nabi sallaLlahu alaihi wasallam.Berikut adalah hadis-hadis tersebut dan bantahan terhadap hadis-hadis tersebut:
HADIS YANG PERTAMA

معاذ بن معاذ : حدثنا شعبة ، عن أبي مسلمة ، عن أبي نضرة ، عن أبي هريرة ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال لعشرة – في بيت – من أصحابه : ” آخركم موتا في النار ” فيهم سمرة بن جندب .قال أبو نضرة : فكان سمرة آخرهم موتا .هذا حديث غريب جدا ، ولم يصح لابي نضرة سماع من أبي هريرة ، وله شويهد

Telah menceritakan kepada kami Syu’bah,daripada Abi Salamah,daripada Abi Nadhrah,daripada Abi Hurairah,sesungguhnya Nabi sallaLlah alaihi wasallam pernah bersabda terhadap 10 orang di dalam sebuah rumah yaitu dari kalangan sahabat-sahabat baginda “Orang terakhir dari kalian yang meninggal adalah dalam neraka”.Di kalangan sahabat itu terdapat Samurrah bin Jundab.Telah berkata Abu Nadhrah:Adalah Samurrah adalah orang yang terakhir meninggal dunia.

Bantahan:Hadis ini gharib.Tidak sah Abu Nadhrah mendengarnya daripada Abu Hurairah










HADIS YANG KEDUA


روى إسماعيل بن حكيم ، عن يونس ، عن الحسن ، عن أنس بن حكيم ، قال : كنت أمر بالمدينة ، فألقى أبا هريرة ، فلا يبدأ بشئ حتى يسألني عن سمرة ، فإذا أخبرته بحياته ، فرح ، فقال : إنا كنا عشرة في بيت ، فنظر رسول الله صلى الله عليه وسلم في وجوهنا ، ثم قال : ” آخركم موتا في النار ” فقد مات منا ثمانية ، فليس شئ أحب إلي من الموت .


Telah meriwayatkan Ismail bin Hakim daripada Yunus, daripada Al Hasan,daripada Anas bin Hakim ia berkata:Aku pernah menjadi amir di Madinah dan bertemu dengan Abu Hurairah.Dia tidak memulakan bicaranya kepadaku sehingga dia bertanya tentang Samurrah.Apabila aku mengkhabarkannya bahawa Samurrah masih hidup dia merasa gembira.Dia berkata:Sesungguhnya kami berjumlah 10 orang pernah berada dalam sebuah rumah maka RasululLah sallaLlahu alaihi wasallam telah memandang kepada wajah-wajah kami dan bersabda:Orang yang terakhir diantara kalian yang meninggal dunia akan berada di neraka.Dia (Abu Hurairah) berkata sesungguhnya 8 orang dari kami telah pun meninggal dunia.(Maka sekarang)Tidak ada perkara yang terlebih aku sukai daripada maut.

Bantahan:Hadis ini tidak sah. Ismail bin Hakim yakni Ismail bin Hakim Al Khuza’i pengarang pengarang kitab Azziyadi telah dibicarakan oleh Ibnu Abi Hatim 2/165 tetapi beliau tidak menyebutkan apa-apa samada tajrih atau ta’dil.Adapun Anas bin Hakim orangnya majhul.(Siyaru A’lam Annubalaa’ 35-Sirah Samurrah bin Jundab)










HADIS YANG KETIGA



وروى نحوه حماد بن سلمة ، عن علي بن جدعان ، عن أوس بن خالد ، قال : كنت إذا قدمت على أبي محذورة ، سألني عن سمرة ، وإذا قدمت على سمرة ، سألني عن أبي محذورة ، فقلت لابي محذورة في ذلك ، فقال : إني كنت أنا وهو وأبو هريرة في بيت ، فجاء النبي صلى الله عليه وسلم ، فقال : ” آخركم موتا في النار ” فمات أبو هريرة ، ثم مات أبو محذورة .

Telah meriwayatkan seumpamanya oleh Hammad bin Salamah daripada Ali bin Jad’an,daripada Aus bin Khalid,dia berkata aku telah menemui Abu Mahzurah,dia bertanya kepadaku tentang Samurrah dan (padahal)apabila aku menemui Samurrah dia telah bertanya kepadaku tentang Abu Mahzurah.Maka aku(Aus) pun bertanya tentang hal ini kepada Abu Mahzurah lalu dia pun berkata:Aku dan Abu Hurairah pernah berada di dalam sebuah rumah lalu datanglah Nabi SallaLlahu alaihi wasallam dan bersabda:”Orang yang terakhir mati di antara kalian akan berada di neraka”.(Kata perawi)Selepas itu meninggallah Abu Hurairah dan meninggal juga Abu Mahzurah.
Bantahan:Hadis ini tidak sah.Ali bin Jad’an adalah Ibnu Zaid bin Jad’an orangnya dhaif.Aus bin Khalid adalah Ibnu Abi Aus seorang yang majhul(tidak dikenal)-Hamasy Kitab Siyaru A’laam Annubalaa’ 35 (Sirah Samurrah bin Jundab

HADIS YANG KEEMPAT
عن ابن طاووس وغيره ، قال النبي صلى الله عليه وسلم لابي هريرة ، وسمرة بن جندب ، وآخر : ” آخركم موتا في النار ” فمات


الرجل قبلهما ، فكان إذا أراد الرجل أن يغيظ أبا هريرة ، يقول : مات سمرة ، فيغشى عليه ، ويصعق . فمات قبل سمرة .وقتل سمرة بشرا كثيرا .

Daripada Ibnu Thawuus dan lain-lainnya telah bersabda RasuluLlah kepada Abi Hurairah dan Samurrah bin Jundab dan seorang lelaki lain dengan sabda baginda “Orang yang terakhir mati di antara kalian akan berada di dalam neraka.(Lalu kata perawi) maka telah meninggal lelaki yang lain itu sebelum mereka berdua(Abu Hurairah dan Samurrah).Kemudian terdapat seorang lelaki yang marah dengan Abu Hurairah sehingga ia mengatakan kepadanya bahawa Samurrah telah meninggal.Ini menyebabkan Abu Hurairah jatuh tersungkur dan pengsan lalu meninggal dunia sebelum Samurrah.Dan adalah Samurrah telah membunuh ramai manusia.

Bantahan:Riwayat ini mursal makanya tidak sahih kerana Ibnu Thawuus bukan seorang sahabat dan dia tidak mendengar dan bertemu Nabi sallaLlahu alaihi wasallam.Maka riwayatnya daripada Nabi itu adalah tidak sah sebab tidak dinyatakan dari mana dia mendengar hadis tersebut.










HADIS YANG KELIMA


سليمان بن حرب : حدثنا عامر بن أبي عامر ، قال : كنا في مجلس يونس بن عبيد ، فقالوا : ما في الارض بقعة نشفت من الدم ما

نشفت هذه ، يعنون دار الامارة ، قتل بها سبعون ألفا ، فسألت يونس ، فقال : نعم من بين قتيل وقطيع ، قيل : من فعل ذلك ؟ قال : زياد ، وابنه ، وسمرة .

Diriwayatkan oleh Sulaiman bin Harb:Telah menceritakan kepada kami Amir Ibni Amir,dia berkata:Kami pernah berada di dalam majlis Yunus bin Ubaid lalu orang-orang mengatakan:Tidak ada satu tempat pun di atas mukabumi ini yang banyak menumpahkan darah seperti yang ditumpahkan oleh rumah ini yang dimaksudkan adalah bangunan menghukum para pesalah yang mana telah dibunuh padanya seramai 70,000 jiwa.Lalu aku(Amir bin Abi Amir) bertanya kepada Yunus siapakah yang melakukannya?Dia berkata;Zaid dan anaknya Samurrah.

Bantahan:Riwayat ini bukannya hadis RasuluLlah.Ia hanyalah kata-kata Yunus maka tidak dapat dijadikan hujjah menentang Samurrah.Kemudian tentang orang-orang yang dibunuh oleh Samurrah jikalau benar sekalipun, mereka kemungkinan sekali adalah orang-orang Khawarij seperti yang diceritakan tentang peribadi beliau yang menyebutkan “adalah Samurrah bin Jundab adalah seorang yang tersangat tegas dan keras terhadap orang-orang Khawarij”










HADIS YANG KEENAM


وقال هلال بن العلاء : حدثنا عبدالله بن معاوية ، عن رجل ، أن سمرة استجمر ، فغفل عن نفسه ، حتى احترق . فهذا إن صح ، فهو

مراد النبي صلى الله عليه وسلم ، يعني نار الدنيا

Telah berkata Hilal bin Al Alaa’:telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muawiah daripada seorang lelaki sesungguhnya Samurrah ketika sedang menyalakan bara api lalu dia lalai terhadap dirinya sendiri sehingga terbakar.

Bantahan:Ini adalah sebuah riwayat yang dhaif dari segala seginya kerana di dalam riwayat ini terdapat seorang perawi yang hanya disebut ‘daripada seorang lelaki’ yang tidak diketahui siapakah orangnya.Oleh itu riwayatnya adalah terbilang majhul dan riwayat yang majhul tidak sah(untuk dijadikan hujjah).Adapun riwayat ini dan riwayat-riwayat yang sebelumnya jika sahih sekalipun barangkali itulah yang dimaksudkan nabi iaitu Samurrah akan wafat dengan cara terbakar oleh api di dunia ini dan bukanlah yang dimaksudkan oleh nabi itu api neraka.










HADIS YANG KETUJUH


قال الطبري في تاريخه ج 4 ص 176- فحدثني عمر قال حدثنى إسحاق بن إدريس قال حدثنى محمد بن سليم قال سألت أنس بن سيرين هل كان سمرة قتل أحدا قال وهل يحصى من قتل سمرة بن جندب استخلفه زياد على البصرة وأتى الكوفة فجاء وقد قتل ثمانية آلاف من الناس .


Telah berkata Athabari di dalam Tarikhnya vol 4 halaman 176Maka telah menceritakan kepada kami Umar dia berkata telah menceritakan kepada kami Ishak bin Idris dia berkata telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Salim dia berkata aku telah bertanya kepada Anas bin Sirin adakah Samurrah pernah membunuh seseorang?Dia menjawab adakah dapat dikira berapa rami yang telah dibunuh oleh Samurrah bin Jundab?Ziyad telah melantiknya memerintah Basrah dan dia telah mendatangi Kufah lalu membunuh 8,000 jiwa.

Bantahan:Riwayat tersebut adalah dhaif dan tidak sahih.Di dalamnya terdapat seorang perawi yang dhaif iaitu Muhammad bin Salim.

Abdullah bin Ahmad mengatakan telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Isa katanya:telah berkata Abdullah bin Al Mubarak “Muhammad bin Salim, Assirri bin Ismail dan Ubaidah ditinggalkan hadis-hadis mereka”

Disebutkan dalam kitab Addhu’afaa ul kabiir seperti berikut:

Telah menceritakan kepada kami AbduLlah bin Imam Ahmad dia berkata aku mendengar bapaku berkata “Adalah Hafas bin Ghiyas mendhaifkan Aba Sahal Muhammad bin Salim.”Telah menceritakan kepada kami Zakaria bin Yahya telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnul Muthanna dia berkata:Aku tidak pernah mendengar Yahya dan Abdul Rahman meriwayatkan daripada Sufyan dan Muhammad bin Salim.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Isa telah menceritakan kepada kami Abbas dia berkata aku mendengar Yahya mengatakan Muhammad bin Salim itu orangnya dhaif.Telah menceritakan kepadaku Adam dia berkata aku mendengar Bukhari mengatakan “Muhammad bin Salim yaitu Abu Sahal diperkatakan padanya.Adalah Ibnu Al Mubarak tidak mengambil hadis daripadanya.Berkata Ali:Aku tidak mengambil hadis daripada Muhammad bin Salim.(Addhuafaa ‘ul kabir oleh Imam Uqaili)

Disebut dalam Thabaqat Ibnu Saad:

أبو هلال الراسبي واسمه محمد بن سليم وفيه ضعف.أخبرنا موسى بن

إسماعيل قال: كان أبو هلال أعمى فكان لا يحدث حتى ينسب من عنده، قالوا: وتوفي أبو هلال سنة خمس وستين ومائة في خلافة المهدي. الطبقات الكبري لابن سعد

Abu Hilal Arrasibi.Adalah namanya Muhammad bin Salim.Padanya kedhaifan.Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail dia berkata adalah Abu Hilal(Muhammad bin Salim) adalah seorang yang buta dan dia tidak meriwayatkan hadis melainkan dengan menisbatkan kepada orang-orang yang di sisinya.Mereka(ulama-ulama rijal) berkata Abu Hilal wafat pada tahun 165 hijrah semasa kekuasaan Al Mahdi(Atthabaqatul Kubra Ibnu Saad).
Imam Bukhari pula menyebutkan:


محمد بن سليم أبو هلال يقال له الراسبى ولم يكن من بنى راسب انما كان
نازلا فيهم، كان يحيى بن سعيد لا يروى عنه وابن مهدى يروى عنه وهو مولى سامة بن لؤى من قريش بصرى سمع الحسن وابن سيرين، قال لى محمد بن محبوب مات في ذى الحجة سنة سبع وستين ومائة. التاريخ الكبير للبخاري جزء1


Muhammad bin Salim Abu Hilal dibangsakan kepadanya dengan panggilan Arrasibi padahal dia bukan dari Bani Rasib.Hanyasanya dia itu tinggal bersama mereka.Adalah Yahya bin Saeed tidak meriwayatkan daripadanya padahal Ibnu Mahdi meriwayatkan daripadanya.Adalah dia mawla Saamah bin Luay dari suku Quraisy dan berasal dari Basrah.Dia mendengar (hadis) daripada Al Hasan dan Ibnu Sirrin.Muhammad bin Mahbub mengatakan kepadaku Muhammad bin Salim wafat pada tahun 167 hijrah(Attarikhul Kabir oleh Imam Bukhari vol 1)

Disebut dalam kitab Addhuafaat wal matrukin


محمد بن سليم أبو هلال الراسبي ليس بالقوي . الضعفاء والمتروكين
Muhammad bin Salim Abu Hilal Arrasibi seorang yang tidak kuat(tidak tsiqah).

SYUBHAT SAMURRAH RA MENJUAL KHAMAR

Berkenaan kononnya Samurrah bin Jundab pernah menjual khamar pada zaman Sayidina Umar ianya diambil daripada dua sumber.

Sumber pertama:

قال البيهقي في السنن الكبرى ج 6 ص 12( أخبرنا ) أبو محمد عبد الله بن يوسف الاصبهاني أنبأ أبو سعيد احمد بن زياد البصري بمكة ثنا الحسن بن محمد بن الصباح الزعفراني ثنا سفيان بن عيينة عن عمرو بن دينار عن طاوس عن ابن عباس قال قال عمر إن سمرة بن جندب باع خمرا قاتل الله سمرة الم يعلم ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لعن اليهود حرمت عليهم الشحوم فحملوها فباعوها .ثم قال البيهقي: رواه البخاري في الصحيح عن الحميدى ورواه مسلم عن أبى بكر بن أبى شيبة وغيره كلهم عن سفيان .

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Muhammad Abdullah bin Yusuf Al Asbahani telah memberitakan Abu Saeed Ahmad bin Ziyad Al Basri di Mekah telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Muhammad bin Assabah Azza’farani telah menceritakan kepada kami Sufyan bi Uyainah daripada Amru bin Dinar daripada Thawuus daripada Ibnu Abbas katanya telah berkata Umar “Sesungguhnya Samurrah bin Jundab telah menjual khamar.Semoga Allah memerangi Samurrah.Tidakkah dia tahu sesungguhnya RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam telah bersabda:Kaum Yahudi telah dilaknati.Diharamkan atas mereka itu lemak lalu mereka mencairkannya dan menjualnya.Kemudian Al Baihaqi mengatakan hadis tersbut diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sahihnya daripada Al Humaidi.Imam Muslim meriwayatkannya daripada Abu Bakar Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain kesemuanya daripada Sufyan.

Sumber kedua:
صحيح البخارى ج 3 ص 40حدثنا الحميدى حدثنا سفيان حدثنا عمرو بن دينار قال أخبرني طاوس انه سمع ابن عباس رضى الله عنهما يقول بلغ عمر ان فلانا باع خمرا فقال قاتل الله فلانا الم يعلم ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال قاتل الله اليهود حرمت عليهم الشحوم فجملوها فباعوها .

Telah menceritakan kepada kami oleh Al Humaidi telah menceritakan kepada kami Sufyan telah menceritakan kepada kami Amru bin Dinar dia berkata telah mengkhabarkan kepada kami Thawuus sesungguhnya dia mendengar Ibnu Abbas ra.huma berkata telah sampai kepada Umar sesungguhnya terdapat si fulan yang menjual khamar lalu Umar berkata moga-moga Allah memerangi si fulan tersbut.Tidakkah dia tahu sesungguhnya Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam telah bersabda moga-moga Allah memerangi kaum Yahudi diharamkan ke atas mereka lemak lalu mereka mencairkannya dan menjualnya..

Bantahan:Pertama sekali yang mesti kita faham daripada hadis-hadis di atas ialah Samurrah bukanlah meminum khamar itu.Hanya telah sampai ke pengetahuan Umar bahawa dia menjualkannya.Di dalam riwayat itu Umar berkata “..tidakkah dia mengetahui….”menunjukkan ada kemungkinan Samurrah tidak mengetahui tentang haramnya menjual khamar sehingga perbuatannya itu dapat diuzurkan karena ketidaktahuannya itu.Ketegasan Umar adalah terserlah dari kata-katanya “…semoga Allah memerangi si fulan…” menunjukkan Umar tidak mungkin akan tinggal diam di dalam soal ini kerana sudah pasti dia akan mencegah perbuatan Samurrah atau dia menghantar seseorang yang mencegah Samurrah daripada melakukannya.Adalah tidak masuk akal kalau kita menyangkakan bahawa Umar akan mendiamkan perkara tersebut padahal Umar adalah terkenal dengan ketegasannya dan dia pula adalah amirul mukminin pada waktu itu-Intaha

Telah terjadi perselisihan tentang cara-cara Samurrah menjual khamar atas tiga pendapat seperti berikut:

1)Dia mengambilnya daripada ahlil kitab sebagai bayaran jizyah lalu dia menjualnya dalam keadaan dia menyangka perkara tersebut adalah diharuskan.

2)Barangkali juga dia menjual perahan anggur karena perahan anggur kadang-kadang disebut khamar dalam majaz bahasa Arab seperti disebut dalam Al Quran:
إني أراني أعصر خمرًا

Ertinya:Aku telah bermimpi memerah khamar…-(surah Yusuf)
(Yang dimaksudkan adalah memerah anggur karena tidak masuk akal kalau diertikan ayat di atas sebagai memerah khamar.Ini masuk dalam bab “menyebutkan hasil tapi yang dikehendakki adalah asalnya” Barangkali Umar telah tersalah dengan menyangkakan bahawa Samurrah menjual khamar sungguhan.)

3)Barangkali dia menjadikan khamar itu menjadi khall(cuka).Barangkali Umar mengiktikadkan tidak boleh hukumnya khamar dijadikan cuka seperti mazhab sesetengah ahli-ahli ilmu.Walaubagaimanapun dua pendapat yang terakhir itu sangat jauh.Yang terlebih hampir kepada yang benar adalah pendapat yang pertama.(Dipetik dari: Al Mufhim li maa asykala min talkhis kitab Muslim)

Semoga dengan penjelasan ini kita diberi taufiq oleh Allah untuk tetap bersangka baik terhadap semua sahabat-sahabat nabi radhiaLlahu anhum dan menjauhi cerita-cerita palsu yang direka-reka oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam menjatuhkan kredibiliti para sahabat nabi.

Sumber: http://al-shaaba.net/vb/showthread.php?t=5524




No comments:

Post a Comment