Di sini saya ingin menulis berkenaan dengan hukum berkongsi raya.Kita hendaklah sedar,bahawa perayaan sesuatu kaum berkait rapat dengan akidah dan ibadat kaum tersebut.Tiada siapa yang boleh menafikannya melainkan orang yang jahil dengan ilmu kebudayaan atau ia berpura-pura tidak menyedari dan mengambil sikap memejamkan sebelah mata.Sebagai contoh,perayaan hari Natal disambut oleh orang Keristian,kerana meraikan kelahiran anak tuhan iaitu Jesus yang menebus dosa manusia.Adakah boleh kita berkongsi bersama-sama meraikan kelahiran anak tuhan,lalu tidak menjejaskan akidah kita sebagai orang Islam?Perayaan Deepavali umpamanya,disambut oleh orang-orang Hindu untuk meraikan kemenangan dewa kebaikan menetang dewa kejahatan.Adakah meraikan kemenangan dewa tidak menjejaskan akidah kita sebagai orang Islam?Adakah Islam mengiktiraf kepercayaan kepada dewa dan dewi?Walaupun Perayaan Tahun Baru Cina,tidak dirayakan atas dasar akidah,tetapi perayaan tersebut tidak sunyi daripada bermacam-macam kepercayaan yang berbentuk khurafat yang wajib diengkari oleh bukan sahaja orang-orang yang beriman bahkan oleh seluruh manusia yang berakal.Kita malahan bukan sahaja tidak mengengkari,sebaliknya sama-sama meraikan.Inikah iman?
Terdapat juga orang-orang Islam mengatakan tidak ada dalil qat’i yang mengharamkan kongsi raya.Ini menunjukkan mereka kurang faham berkenaan selok belok qat’i dan zanni.Sebenarnya bukan tidak ada dalil qat’i,tetapi tidak ada dalil khusus tetapi hukumnya qat’i.Sebagai contoh,hukum haram membunuh si Zaid umpamanya,tidak ada dalil khusus di dalam Al Quran mahu pun hadis,tetapi pengharamannya adalah qat’i dengan umum ayat Quran dan hadis yang mengharamkan membunuh manusia.Di dalam kes yang kita bincangkan ini bukankah Al Quran mengharamkan kita duduk semajlis dengan orang kafir yang menghina Allah?(Annisak 140).Bukankah percaya tuhan itu beranak,merupakan penghinaan kepada Allah.Bukankah,percaya kepada dewa dan dewi itu penghinaan kepada Allah?Hadis juga mengkhabarkan kepada kita dengan khabar yang membawa maksud larangan(haram) di mana Rasulullah saw bersabda barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk di dalam kaum tersebut.Apabila khabar disertai tahdid(ancaman)maka maksudnya adalah larangan.Tidakkah bersama-sama menyambut perayaan sesuatu kaum merupakan satu penyerupaan yang nyata?Terdapat juga yang berkata, bahawa pendapat ulama yang mengharamkan kongsi raya kononnya tidak muktamad.Jika begitu,adakah pendapat mereka yang berkata demikian itu muktamad.Mana lebih aula,berpegang kepada ulama atau berpegang kepada mereka?
Kadang-kadang dikatakan bahawa meraikan perayaan orang-orang kafir bukan bererti mengiktiraf agama mereka.Itu benar,tapi tidak menjadi alasan untuk menghalalkan kongsi raya.Kita fikir logik.Satu kumpulan manusia menghisap dadah,walaupun kita tidak menghisap dadah,tetapi kita datang ucapkan tahniah.Adakah itu baik?Satu kumpulan mat rempit belasah satu orang tua,tiba-tiba kita datang ucapkan syabas,lalu kita katakan itu adalah toleransi.Satu kumpulan ajaran sesat mencampakkan diri ke dalam api,lalu kita datang ucapkan selamat.Adakah itu muhibbah?Bukankah orang-orang kafir itu sedang mencampakkan diri mereka ke dalam api neraka dengan sebab kekafiran mereka?Adakah layak bagi kita mengucapkan selamat kepada mereka dan sama-sama meraikan agama mereka?Sejak bila kita menjadi murjiah,yang mengatakan iman itu semata-mata di hati dan tidak ada sangkut pautnya dengan amal dan tindakan?Terdapat ramai orang sering memperalatkan perpaduan untuk menghalalkan kongsi raya.Soalnya perpaduan yang bagaimana yang dituntut oleh Islam.Intergerasi?Asimilasi atau apa?Kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa dengan beralaskan kepada sesuatu konsep yang kabur kelak nanti binasa diri.Kalau kita betul-betul mengasihani orang-orang kafir itu,sepatutnya kita tolong selamatkan mereka dari neraka dan kita wajib mengeluarkan mereka daripada akidah mereka yang sesat itu.Bukannya dengan berkongsi bersama-sama meraikan akidah mereka yang sesat tersebut.Ada pun dalam perkara-perkara yang lain yang tidak ada sangkut pautnya dengan akidah tidak salah kita berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka,bahkan wajib kita berlaku adil kepada orang kafir.Sabda nabi yang maksudnya, “Tiga perkara yang tidak boleh dibeza-bezakan samada Islam atau kafir iaitu berbuat ihsan,menunaikan amanah dan menunaikan janji.”Banyak ayat-ayat Al Quran yang menyuruh umat Islam berlaku adil terhadap orang kafir.Sepatutnya perkara-perkara beginilah yang perlu kita beri tumpuan untuk mewujudkan perpaduan.Jadi tidak perlulah sampai menggadaikan akidah,kononnya untuk mengambil hati orang-orang kafir.Sesungguhnya di dalam perkara kebenaran dan kebatilan Islam bersikap objektif dan tidak bertolak ansur.Mengapakah sampai perkara-perkara begini,tidak diketahui oleh kebanyakan orang Islam ?Jadi tidak hairanlah jika berleluasanya fenomena murtad di kalangan orang-orang Islam,kerana dengan wujudnya kefahaman Islam yang demikian,menyebabkan tidak ada perbezaan antara Islam dan agama-agama lain.Saya cadangkan mereka yang menghalalkan kongsi raya dengan orang yang bukan Islam supaya belajar kembali tentang Islam yang benar.Sekian terimakasih.
No comments:
Post a Comment