Saturday, April 10, 2010

LAGI SAMBUNGAN MENJAWAB TULISAN MOHAMAD ABDUL KADIR SAHAK

Ramai pengkaji yang tersilap sangka dengan latar belakang Imam Al Ghazali yang merupakan seorang ahli tasawuf yang terulung kononnya oleh kerana beliau adalah seorang tokoh tasawuf maka beliau tidak mendalami ilmu hadis.Sama seperti.silap sangka kononnya Al Imam Al Syafii.yang oleh kerana seorang pakar hadis dan berkecimpung dalam fatwa dan hukum hakam maka beliau tidak mengetahui ilmu tasawuf malahan menentang ilmu tasawuf.Kebetulan pula barangkali ada satu dua pengamal tasawuf bid’i yang dikritik oleh Syafii lalu diheboh-hebohkan kononnya beliau menentang keras ilmu tasawuf.Sebenarnya ulama-ulama kita pada zaman dahulu.pakar dalam semua bidang agama.Pengkhususan hanyalah di bidang perjuangan.Kita ambil contoh katakanlah Al tabari walaupun perjuangannya lebih menonjol di bidang tafsir dan sejarah tetapi dalam masa yang sama beliau adalah pakar hukum, pakar bahasa,pakar akidah,pakar tasawuf akhlak dan budi pekerti dan lain-lain.Beliau mungkin tidak mengarang kitab nahu ,tetapi ini tidak bererti beliau tidak mengerti ilmu tersebut.Siapa lagi?Katakanlah,Ibnu Kathir yang sama minat perjuangannya dengan Al Tabari iaitu tafsir dan sirah dalam masa yang sama beliau adalah seorang ahli hadis,ahli qiraat,ahli tasawuf dan lain-lain.Keadaannya yang tidak pernah mengarang ilmu mustalah hadis tidak sesekali akan memberikan lesen kepada kita untuk menyimpulkan yang beliau tidak mendalami ilmu tersebut.Ulama-ulama lain pun demikian juga.Malah jika kita mencabut nama seribu ulama pun daripada ulama-ulama silam kita nescaya kita akan dapati ilmu mereka tidak tertumpu kepada bidang yang mereka berjuang dan mengajar sahaja malahan mereka boleh bercakap dan bersyarah di dalam apa bidang sekali pun di dalam lingkungan bidang-bidang agama.Lebih-lebih lagi dengan Imam Ghazali yang disenaraikan oleh para ulama sebagai mujaddid kurun kelima hijrah (Takrif Al Ahya)dan kebetulannya dia telah ditakdirkan Allah untuk membetulkan ilmu tasawuf dan mengembalikannya kepada neraca syariat Islam sesudah sebelumnya seolah-olah telah terlepas dari ikatan Al Quran dan Al hadis sehingga terdapat orang-orang yang cuba mengharamkan ilmu ini.Seperti juga ulama-ulama Islam yang lain sejarah pembelajaran Imam Al Ghazali dimulai dengan mempelajari Al Quran dan hadis dimana beliau telah mempelajari hadis secara taklik daripada Jarjan Abi Nasar Al Ismaili sebelum beliau menghafaz hadis-hadis tersebut dalam masa tiga tahun.(Lihat Ihya Ulum Al Din,Dar Al Kutub Al Ilmiah Juzuk 1 ms 4).Beliau sendiri meriwayatkan di dalam kitabnya Ihya ulumuddin kata-kata Imam Junaid iaitu hendaklah engkau menjadi seorang ahli hadis yang bertasawuf dan janganlah engakau menjadi seorang ahli tasawuf yang ahli hadis sebagai isyarat bahawa adalah sangat mustahak seseorang itu mendahulukan mempelajari hadis sebelum dia mengamalkan ajaran tasawuf.(Lihat Ihya Ulum Al Din Dar Al Kutub Al Ilmiah Sub Kitab,Kitab Al Ilm ms 28) Dan sudah pastilah nasihat Imam Junaid tersebut beliaulah orang yang pertama sekali mengamalkannya.Beliau mempelajari ilmu tasawuf daripada Abu Ali Al Farmadi Guru-gurunya yang lain termasuklah Abu Ishak Al Asfaraini(lihat Manhaj Al Abidin) dan Imam Haramain Al Juwaini.seorang tokoh agung mazhab Syafii dan merupakan Guru Besar dan tenaga pengajar di Madrasah Nizamiah dan daripada beliaulah Imam Ghazali mempelajari ilmu kalam dan falsafah (sebagai ilmu perbandingan)dan seterusnya menggunakan ilmu tersebut untuk untuk menolak fahaman falsafah.Jika melihat daripada sejarah hidup dan perjalanan beliau dalam menuntut ilmu serta pengakuan ulama-ulama yang sezaman dengannya seperti Ibnu Asakir dan lain-lain termasuklah guru-guru dan murid-muridnya sendiri yang ada di antaranya terdiri dari ulama-ulama besar ,sangat sukarlah kita terima dakwaan yang mengatakan Imam Ghazali tidak mendalami ilmu hadis.Bahkan itu semua cukup sebagai bukti beliau memang memiliki pengetahuan hadis yang memadai, hanya sanya beliau tidak berkecimpung di bidang tersebut sebagai medan perjuangannya kerana beliau telah ditakdirkan Allah Taala untuk membetulkan ilmu tasawuf dalam erti kata mengembalikannya kepada landasan Al Quran dan Al sunnah.Pendapat yang mengatakan bahawa Imam Al Ghazali tidak mempunyai keahlian di dalam membezakan antara hadis-hadis sahih,daif dan mauduk adalah pendapat yang sukar diterima kerana bukti-bukti yang ada pada kita tidak menyokong pendapat tersebut.Al Allamah Abdul Kadir bin Sheikh Al Idrus menyebutkan di dalam kitabnya Takrif Al Ahya Bi fadail Al Ihya dengan mengatakan, “Dan kesimpulan daripada pembelaan terhadap Imam Al Ghazali dan salah seorang dari yang membela itu ialah Al Hafiz Al Iraqi, sesungguhnya kebanyakan hadis-hadis yang disebutkan oleh Imam Al Ghazali itu bukanlah mauduk seperti yang dijelaskan oleh beliau (Imam Al Iraqi)di dalam Takhrijnya Adapun hadis-hadis mauduk yang ditulisnya itu adalah sangat sedikit.Itu pun dia (Al Ghazali) meriwayatkannya sebagai mutabaah dan dengan menggunakan lafaz ‘diriwayatkan’(untuk menunjukkan hadis tersebut tidak sabit tetapi dibawanya sebagai tambahan).Adapun kritikan tentang kitabnya yang mengandungi hadis-hadis daif itu adalah suatu kritikan yang gugur(tidak layak dipertimbangkan) kerana telah tetap (oleh kaedah ulama hadis)bahawa hadis daif itu adalah diamalkan di dalam perkara fadail al a’mal.Begitu juga dengan hal-hal yang bersangkutan dengan pembalasan hari akhirat ,merupakan dari sisi yang sama dengan fadail al a’mal.Dan lagi beliau Al Ghazali tidak terkeluar dari kebiasaan ulama huffaz yang menuliskan hadis-hadis daif di dalam kitab-kitab mereka kadang-kadang tanpa menyebutkan kedaifan sesuatu hadis itu sedangkan kitab tersebut merupakan kitab fikah yang ditulis oleh ulama-ulama mutakaddimin.Pada hal kitab yang ditulis oleh Imam Al Ghazali pula hanyalah sebuah kitab yang bertaraf fadail al a’mal.Sehinggalah datang Imam Al Nawawi dari kalangan ulama mutaakhirin yang menyebutkan kelemahan hadis-hadis tersebut...” (Takrif Al Ahya Bi Fadail Al Ihya Dar Al kutub Al Ilmiah ms 8)Demikianlah kata Al Allamah Abdul Kadir di dalam Takrif Al Ahya.
(BERSAMBUNG...)

SAMBUNGAN MENJAWAB TULISAN MOHAMMAD ABDUL KADIR SAHAK

Saudara Mohamad mengatakan bahawa tokoh-tokoh tasawuf telah mencetuskan banyak perkara-perkara pelik seperti kepercayaan wahdatul wujud dan ajaran mertabat tujuh yang berkeyakinan adanya penyatuan makhluk dengan Tuhan sehingga yang paling sempurna disebut sebagai mertabat ahadiat.Inilah yang dikatakan salah tanggap yang membawa kepada kekeliruan dan buruk sangka oleh Saudara Mohamad terhadap ulama dan ajaran tasawuf sehingga beliau membuat kesimpulan yang salah kononnya wahdatul wujud sama ertinya penyatuan makhluk dengan Tuhan.Ini adalah satu fitnah terhadap ajaran dan ulama tasawuf.Apakah fitnah yang lebih besar daripada ini.Untuk pengetahuan saudara Mohamad di dalam ajaran mertabat tujuh,makhluk tidak wujud pada peringkat ahadiah oleh itu bagaimana mungkin wujudnya penyatuan?Makhluk hanya wujud pada mertabat alam arwah apabila Allah menciptakan para ruh dan seterusnya ruh-ruh tersebut diberi misal pada mertabat alam misal kemudian barulah dijadikan dan diturunkan pada alam ajsam menurut misal yang telah ditetapkan oleh Allah.Kewujudan makhluk itu pula telah pun diketahui oleh Allah di dalam ilmunya yang azali dan ini dikatakan mertabat wahdah dan wahidiah.Ketiga-tiga mertabat yang teratas iaitu ahadiah ,wahdah dan wahidiah adalah mertabat qadim lagi azali dan ketiga-tiganya itu tidak berdahulu kemudian antara satu sama lain.Hanya sanya ditertibkan ahadiah itu yang pertama,wahdah yang kedua dan wahidiah yang ketiga hanyalah tertib aqli iaitu pada maqam syuhud dan fana dan bukan tertib yang hakiki kerana pada hakikatnya ketiga-tiganya itu adalah serentak iaitu qadim lagi azali.Pada mertabat ahadiah- wahdah dan wahidiah fana(daripada syuhud ahli sufi) di dalam zat yang aqdas tatkala seseorang sufi itu berada pada makam tauhid al zat.Ada pun makhluk tidak wujud malahan tidak mencium bau wujud sekali pun.Kewujudan makhluk hanya bermula pada mertabat alam arwah, alam misal, dan alam ajsam dan ketiga – tiga mertabat ini dinamakan mertabat hadith(baharu).Makhluk seperti yang ada sejak dari alam arwah hingga sekarang ini di alam ajsam hanyalah bekas dan hukum dari ilmu Allah yang azali itu.Apa yang cuba dihuraikan oleh para ulama tasawuf ialah sekelian makhluk yang ada tanpa kecuali sentiasa dan selama-lamanya berada di dalam ta’luk kudrat,iradat dan ilmu Allah Taala Yang Maha Esa.Dan sesungguhnya qayumiah(ingat!bukan zat) Allah Taala sentiasa dan selama-lamanya sari ke atas tiap-tiap zarratul wujud-samada dengan takluk ijad ataupun amdad? Jauh sungguh daripada apa yang dituduhkan oleh Saudara Mohamad iaitu makhluk bersatu dengan Tuhan.Nyatalah apa yang dihuraikan oleh para ulama tasawuf tersebut hanyalah tafsiran dari ayat 15 surah Al Faathir yang bermaksud, “wahai manusia kamu sekelian adalah fakir (bergantung dan berhajat kepada Allah selama-lamanya iaitu tatkala kamu belum jadi lagi,sedang dijadikan dan sesudah dijadikan) dan Allah itu Maha Kaya lagi Maha terpuji”Bukankah huraian tersebut selari dengan iktikad ahli sunnah wal jamaah.Tidak ada apa yang perlu dihairankan di dalam hal ini kecuali bagi orang-orang yang tidak memahami dengan sebenar-benarnya iktikad ahli sunnah wal jamaah dan tidak memahami penjelasan ahli-ahli tasawuf tentang perkara tersebut.
(bersambung...)

MENJAWAB TULISAN MOHAMAD ABDUL KADIR SAHAK

Berhubung dengan tulisan Mohamad Abdul Kadir Sahak,yang tersiar di dalam majalah ini keluaran November 2007 memaparkan kepada kita satu lagi contoh buruk fanatik jahil oleh golongan yang mendakwa kononnya sebagai pendokong aliran hadis dan sunnah berkisar isu-isu tasawuf,Al Ghazali dan sunnah.Persoalannya,adakah kekeliruan dan buruk sangka punca kepada salah tanggap,ataukah salah tanggap saudara Mohamad menjadi punca kepada kekeliruan dan buruk sangka?Bagi beliau oleh kerana berlaku penyelewengan di dalam tasawuf,maka tasawuf mesti dibuang dari agama Islam dan umat Islam mesti menjauhi amalan tersebut.Jika demikian di mana hendak diletakkan berpuluh-puluh ayat Al Quran dan juga hadis-hadis nabi yang menyarankan supaya kita mencintai Allah,mencintai akhirat,menjauhi sifat-sifat mazmumah dan menghiasi diri dengan sifat-sifat mahmudah serta berusaha menghampirkan diri kepada Allah dan lain-lain?Bukankah itu semua perintah Allah dan RasulNya didalam Al Quran dan sunnah dan seterusnya dihimpunkan oleh para alim ulama di dalam satu disiplin ilmu yang dinamakan ilmu tasawuf?Kita tidak menafikan bahawa ilmu tasawuf telah dimasukki unsur-unsur penyelewengan namun cuba kita renungi secara adil ilmu manakah di dalam ruang lingkup ajaran Islam yang tidak dimasukki penyelewengan.Penyelewengan yang paling hebat telah berlaku di dalam aqidah yang kerananya telah melahirkan fahaman muktazilah, khawarij, qadariah, jabariah, murjiah, rafidhah, mujassimah, musyabbihah, bahaiyah, batiniah, qaramitah, qadiani dan lain-lain yang mana proses penyelewengan terus berjalan sampailah sekarang dan kemungkinan juga sehinggalah hari qiamat.Sehingga hari ini tidak ada satu orang ulama pun yang bercakap untuk membuang terus ilmu aqidah.Malahan dengan wujudnya segala macam peyelewengan tersebut maka ilmu aqidah sebagai satu cabang ilmu yang khusus dan berasingan justeru adalah terlebih sangat diperlukan.Ilmu tasawuf juga turut mengalami nasib yang sama.Membuang ilmu ini dari sukatan ajaran Islam tidak akan dapat menyelesaikan masalah malahan masalah akan menjadi semakin parah.Sepatutnya apabila tejadinya kemasukan penyelewengan di dalam sesuatu ilmu itu,maka pengkhususan ilmu semakin diperlukan supaya kita lebih mudah memantau ilmu tersebut dan mudah membersihkannya daripada sebarang anasir yang tidak diingini Janganlah pula kita hendak menafikan bahawa ilmu aqidah sebagai satu disiplin ilmu dalam Islam adalah bid’ah yang dimulakan oleh para ulama bermula pada kurun yang ketiga hijrah ekoran timbulnya syubhat dalam aqidah akibat munculnya fahaman-fahaman yang menyalahi aqidah sunnah.Pembelajaran aqidah seperti yang kita pelajari pada hari ini pada zaman Rasulullah malahan pada zaman khulafa Al Rasyidin tidak wujud kerana yang wujud pada masa itu adalah semata-mata pembelajaran Al Quran dan sunnah.Begitu juga dengan ilmu fikah yang terpaksa disusun oleh Imam Al Syafii untuk mengahadapi golongan inkar al sunnah pada zamannya.Para ulama pendahulu kita kesemuanya bekerja keras untuk menyelamatkan ajaran Islam daripada dimasukki penyelewengan dengan cara menyusun sesuatu cabang ilmu itu untuk memudahkan mereka mengasingkan dan menyingkirkan perkara-perkara yang dikenalpasti sebagai penyelewengan dan supaya musuh-musuh tidak berpeluang untuk menyusupkan sesuatu yang tidak sesuai dengan ajaran Islam tanpa dapat dikesan.Mereka tidak mengambil sikap seperti kita marahkan nyamuk kelambu dibakar.Misalnya, apabila terdapat fahaman tasawuf yang menyeleweng sikap kita ialah menghapuskan ajaran tasawuf dan menganggapnya bukan dari ajaran Islam.Sepatutnya jika timbul kepincangan seperti misalnya ada golongan tertentu yang mendakwa sebagai pengikut tasawuf yang mengatakan kesatuan Allah dan makhluk maka yang diperangi adalah fahaman itu sahaja.Mengapa pula tasawuf hendak dimusuhi?....Bersambung...

Wednesday, April 7, 2010

NASIHAT UNTUK GOLONGAN ATEIS

Saya tertarik dengan isu bulan Jun yang diketengahkan oleh Mastika berkenaan dengan wujudnya segolongan manusia yang berfahaman ateis.Izinkan saya membuat komen di sini dan komen saya ini dalam format point-point secara ringkas.
1) Hidayah itu adalah milik Allah diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakkinya dan sesiapa yang dikehendakki oleh Allah untuk tersesat maka dia samasekali tidak akan dapat pertunjuk dan dia mungkin telah ditakdirkan untuk mati di dalam keadaan sesat.Apa sebab Tuhan mentakdirkan begitu hanya diketahui olehNya sahaja dan itu semua terpulang kepada rahsia dan hikmahNya yang maha tinggi kerana Allah Maha Bebas di dalam menentukan nasib hamba-hambanya dan hambanya pula maqhur lagi majbur menerima sahaja qadhak dari Allah.Namun dari segi ikhtiariah kita boleh katakan kepada orang-orang yang ateis itu,jika kalian tidak percaya kepada Allah kerana menurut kalian tidak ada bukti kewujudannya,maka kami akan membalas dengan soalan yang sama,iaitu apa pula buktinya bahawa Allah tidak wujud.Pasti kalian lebih-lebih lagi tidak akan dapat membuktikannya.Golongan ateis walaupun sehingga hari ini mengatakan Tuhan itu tidak wujud namun itu semua sekedar cakap sahaja.Mereka sendiri tidak dapat memberikan bukti konkrit yang menyokong dakwaan mereka.Allah berfirman yang bermaksud, "sesungguhnya orang-orang kafir itu tidak lain hanyalah menuruti sangkaan semata-mata sedangkan sangkaan tidaklah akan dapat membawa kepada kebenaran sedikit pun"
2) Alam ini bersifat binasa dan hancur dan tidak akan ada yang kekal.Ini dapat dilihat dengan mata kepala kita sendiri.Di samping itu juga alam ini mempunyai permulaan yang mana asalnya tidak wujud.Ini menunjukkan kewujudan alam ini merupakan kewujudan yang rendah.Apakah anda fikir kita yang wujudnya bersifat rendah ini lebih berhak untuk wujud daripada Allah sehingga kita tergamak untuk menafikan kewujudannya?Allah berfirman yang bermaksud, "Adakah pada kewujudan Allah itu terdapat syak?".Jawapannya pastilah tidak kerana jika kita syak dengan kewujudan Allah itu lebih baik kita syak dengan kewujudan diri kita sendiri.
3) Kita melihat dengan penglihatan.Jangan katakan kita melihat dengan mata kerana ramai yang ada mata tetapi tidak dapat melihat.Tetapi kita sendiri tidak dapat melihat apa yang dinamakan penglihatan itu apakah sebenarnya ia dan bagaimanakah rupanya.Tetapi kita tahu ia ada kerana jika tiada tentulah kita semua buta.Kita tahu penglihatan itu ada walaupun kita tidak dapat melihat apa yang dinamakan penglihatan itu kerana kita dapat merasakan kehadirannya semasa kita melihat sesuatu.Begitulah juga dengan pendengaran dan lain-lain.Ini bermakna bukanlah semua perkara yang kita tidak nampak itu tiada.Kerana di dalam diri kita sendiri pun sudah membuktikan bahawa memang ada sesuatu dalam diri kita yang kita tidak nampak tetapi kita tahu dia ada dan kita tidak mampu untuk menafikannya kerana kita dapat merasakannya.Firman Allah, "Dan pada diri kamu sendiri adakah kamu tidak memperhatikan?" Begitulah kita dapat merasakan kehadiran Allah itu walaupun kita tidak dapat melihatnya kerana kita dapat merasakan Dialah yang merancang hidup kita.Jangan kita mengatakan kita melakukan itu dan ini kerana kita sendirilah yang berkehendak.Jika itu yang kita percayai sebenarnya kita silap sebab kehendak itu bukan datang dari diri kita tetapi dijadikan Allah pada diri kita.Kita sebenarnya tidak berkehendak tetapi apa yang berlaku ialah kita hanya mengetahui yang kita berkehendak tatkala Allah menjadikan kehendak itu dalam diri kita.Kalau kita kata kehendak itu datangnya dari diri kita,maka kehendak itu tentulah berhajat kepada kehendak yang lain lalu kehendak untuk berkehendak itu pula datang dari mana?Kalau kita katakan kehendak itu datang dari diri kita tentulah kita telah mengetahui terlebih dahulu sebelum kita berkehendak.Tetapi apa yang berlaku kita hanya mengetahui setelah kita berkehendak.Ini menunjukkan ianya tidak datang dari diri kita tetapi datang dari Allah yang merancang dan memandu hidup kita.Begitulah juga dengan gerak hati yang lain-lain seperti cinta dan kasih kepada sesuatu termasuklah kepada ibu bapa dan anak-anak,benci dan lari dari bahaya dan sebagainya semuanya bukan terbit dari dari kita tetapi dijadikan oleh Allah yang merancang diri kita supaya kita berada di dalam keselamatan hinggalah ke suatu waktu yang ditentukanNya iaitu sampai ajal dan kita dikembalikan kepadaNya.Firman Allah yang maksudnya, "kamu tidak dapat berkehendak melainkan jika dikehendakki Allah" Berterimakasihlah kepada Allah yang merancang hidup kita dengan sebaik-baik perancangan.Cubalah rasai kehadiranNya.Firman Allah yang bermaksud, "Allah bersama kamu di mana sahaja kamu berada"
4) Alam ini tidak berlaku secara kebetulan kerana jika ia jadi secara kebetulan tentulah ia terjadi secara rawak.Tidak ada menafaat yang boleh kita ambil dari sesuatu yang terjadi secara rawak.Sedangkan kejadian alam ini penuh dengan hikmah dan menafaat yang berguna kepada manusia.Misalnya Tuhan menjadikan matahari kerana dengan tenaganya tumbuhan dapat melakukan proses fontosintisis dan seterusnya tumbuhan itu pula menjadi makanan kepada manusia dan haiwan.Adakah anda cuba mengatakan matahari berkata kepada dirinya sendiri bahawa "aku mesti jadi dan mewujudkan diriku sendiri supaya manusia dan tumbuhan dapat hidup?".Lalu matahari pun menjadikan dirinya sendiri.Beginikah yang kamu fikirkan wahai kaum ateis.Demikian juga panas yang berterusan tidak baik untuk manusia lalu dijadikan malam yang menutup alam dengan kegelapannya agar manusia menikmati suasana malam yang nyaman dan berehat setelah siangnya bekerja mencari rezki. Adakah kamu fikir manusia yang mengatur malam dan siang atau malam dan siang yang mengatur diri mereka sendiri.Dengan adanya bintang-bintang sebagai perhiasan langit manusia dapat mengira waktu dan kalendar dan mengetahui arah.Firman Allah yang bermaksud, "Maha suci Engkau (Allah) tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia"
5) Alam buana yang penuh berhikmah(bertujuan)ini adalah bukti nyata akan kewujudan Allah.Menurut sufi Allah itu dalil dan alam ini madlul.Allah yang membuktikan alam ini wujud dan bukannya alam yang menjadi bukti kepada wujud Allah.Oleh itu kewujudan Allah tidak perlu dibuktikan lagi kerana Allah sendiri adalah bukti dan bukti tidak perlu kepada bukti.Adalah diceritakan seorang lelaki tua sengaja membawa seorang lelaki yang berfahaman ateis ke dalam hutan yang banyak singa.Apabila melihat kepada tapak kaki singa yang terdapat di dalam hutan tersebut cepat-cepat lelaki ateis itu mengajak orang tua itu pulang lantas dikatakan kepadanya "kamu begitu yakin di dalam hutan ini terdapat singa hanya dengan melihat kepada kesan tapak kakinya sahaja sedangkan kamu belum pun betul-betul melihat singa tersebut.Tetapi mengapa kamu tidak dapat yakin kepada wujud Allah sedangkan kamu melihat kesan-kesan ciptaan Allah yang jelas di hadapan mata kamu?"Imam Abu Hanifah pernah ditanya tentang dalil wujud Allah lalu beliau menjawab, "sebentar, kerana aku sedang memikirkan tentang sebuah kapal yang penuh dengan barang-barang berharga dan berlayar dari satu pelabuhan kepada suatu pelabuhan tetapi tidak ada orang di dalamnya dan tidak ada yang mengemudikannya"Lalu orang yang bertanya merasa hairan dan mengatakan "ini adalah sesuatu yang mustahil!"Lalu Abu Hanifah menjawab "jika begitu alam yang penuh dengan barangan yang berharga dan berjalan dengan sempurna mengikut peraturan ini tentulah mustahil juga jika dikatakan tidak ada yang mencipta dan memandunya"Seseorang datang kepada Imam Malik dan bertanya dalil kewujudan Allah.Imam Malik menjawab, "adanya pelbagai bahasa di dunia ini itulah dalil kewujudan Allah"Hari ini jika seseorang bercakap bahasa Melayu yang salah ijmak seluruh orang Melayu akan mengatakan Bahasa Melayunya salah sebab di dalam bahasa Melayu itu ada peraturan nahu yang standard.Begitu juga dengan bahasa – bahasa yang lain.Siapakah yang menciptakan Bahasa Melayu itu wahai orang-orang ateis?Adakah kamu cuba mengatakan nenek moyang orang-orang Melayu dahulu belum mengerti apa-apa bahasa lalu mereka bermesyuarat sesama mereka dan berkata mari kita cipta satu bahasa untuk diri kita dan kita namakan bahasa itu bahasa Melayu.Inikah yang kamu fikirkan?Imam Al Syafii pernah ditanya tentang dalil wujud Allah.Beliau mengatakan, "lihatlah kepada daun tut dimakan oleh lebah menghasilkan madu.Dimakan oleh ulat menghasilkan sutera.Dimakan oleh kambing menghasilkan tahi.Daun yang sama ,warna yang sama dan rasa yang sama tetapi menghasilkan tiga perkara yang berbeza.Bukankah itu bukti kebijaksanaan Allah"Imam Ahmad berkata "lihatlah kepada telur yang diliputi oleh kulit cengkerang yang keras.Tidak ada pintu tidak ada tingkap.Di luarnya putih seperti perak.Di dalamnya kuning seperti emas.Tiba-tiba ia pecah dan menetas lalu keluarlah seekor anak ayam yang cantik hidup dan bergerak.Bukankah itu dalil kebijaksaan Allah yang menciptakannya?"Seorang yang warak pernah berkata "ambillah satu biji benih nangka dan potonglah dan lihatlah di dalamnya.Adakah padanya daun,batang dan buah?Tetapi benih yang sama apabila ditanam dan tumbuh maka keluarlah daripadanya batang,daun dan buah.Dari mana datangnya batang?Dari mana datangnya daun?Dari mana datangnya buah?Jawapannya satu iaitu dari Allah.
6) Segala bukti-bukti yang dinyatakan di atas hanyalah dapat dilihat oleh orang –orang yang berakal(ulul albab)dan orang-orang yang bertabiat baik dan itulah sebenarnya tujuan Allah melahirkan kita di dunia ini iaitu untuk menguji siapakah di antara kita yang berakal dan bertabiat baik.Jika tidak ,maka tidak ada masalah bagi Allah untuk menzahirkan ZatNya Yang Aqdas untuk dilihat oleh kita.Dan jika Allah berbuat demikian maka bererti tidak adalah ujian tersebut dan batallah tujuan dijadikan manusia itu.Begitu juga tidak ada masalah bagi Allah untuk memperlihatkan kepada kita alam akhirat yang dialami oleh orang-orang yang telah meninggal dunia kepada orang-orang yang hidup.Namun Allah dengan hikmahNya yang tinggi menyembunyikan perkara-perkara tersebut sebagi ujian keimanan dan kepatuhan dan Dia menuntut kita supaya beriman dan patuh kepadanya tanpa ragu-ragu.Orang-orang yang berakal mengenal Allah dengan ilmu dan dalil-dalil.Orang yang bertabiat baik pula mengenal Allah dengan jalan zauk dan perasaan seperti yang dicapai menerusi jalan kesufian.Sebab itulah kekufuran itu berpunca dari dua sebab yang utama iaitu kejahilan(tidak berakal) yang disebut kafir dhalalah dan akhlak yang buruk yang disebut kafir maghdhub.
7) Kita terhalang dari melihat nikmat dan siksaan yang dialami oleh orang-orang yang telah mati walaupun kita menggali kubur mereka kerana tujuan yang telah dinyatakan di atas.Di samping itu juga orang yang telah mati itu telah berada di alam yang lain iaitu alam ghaib sementara kita yang hidup ini pula berada di alam yang lain iaitu alam nyata.Kita yang berada di alam nyata ini tidak dapat melihat perkara-perkara yang di alami oleh mereka di alam ghaib.Ini samalah seperti orang yang bermimpi yang hanya melihat perkara-perkara yang dialami oleh mimpinya sahaja dan tidak dapat melihat perkara-perkara yang wujud di alam sedar.Rasulullah saw bersabda, "Manusia itu sekeliannya tidur.Apabila mereka mati barulah mereka terjaga"Perumpamaan ini tidak akan sempurna melainkan dengan suatu misal seperti berikut.Diumpamakan sepuluh orang sakit di dalam sebuah hospital diberitahu oleh doktor bahawa di dalam proses merawat mereka,mereka akan diberi suatu ubat yang unik yang akan membuatkan mereka tidur untuk sementara waktu.Semasa mereka tidur itu mereka akan mengalami mimpi yang sama dan akan bertemu di alam mimpi.Di alam mimpi itu pula mereka akan dapat bercakap-cakap seperti sewaktu jaga.Doktor akan mengejutkan mereka secara bergilir-gilir untuk dibawa ke suatu tempat khas untuk menerima rawatan.Pesakit yang telah dikejutkan oleh doktor itu akan kelihatan di alam mimpi keadaannya terbaring dan tidak bergerak-gerak.Apabila segala-galanya telah berjalan lancar dan mereka telah pun ditidurkan dan berada di alam mimpi,maka sampailah giliran pesakit yang pertama dikejutkan oleh doktor.Apabila pesakit tersebut berkelakuan terbaring dan tidak bergerak-gerak di alam mimpi maka pesakit-pesakit yang lain pun tahulah bahawa gilirannya telah sampai.Pesakit yang berkenaan pun dibawa ke bilik pembedahan untuk dibedah.Oleh kerana penyakitnya terlalu kronik ditambah pula oleh faktor-faktor usia dan lain-lain pesakit itu terpaksa dibedah tanpa dibius.Maka pesakit itu pun menjerit dan meraunglah sambil menangis kesakitan semasa dilakukan pembedahannya oleh doktor.Keadaannya yang tersiksa itu tidak diketahui oleh rakan-rakannya yang lain yang berada di dalam mimpi.Sebaliknya mereka hanya melihat teman mereka itu cuma terbaring sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang mengenainya walaupun pada hakikatnya ia sedang tersiksa!Kemudian sampailah giliran pesakit yang kedua.Sama seperti pesakit yang pertama,beliau kelihatan di alam mimpi dalam keadaan terbaring tidak bergerak-gerak apabila dikejutkan oleh doktor.Oleh kerana penyakitnya masih di tahap yang ringan dan terkawal,maka rawatannya adalah mudah iaitu hanya diberikan beberapa pil dan dibenarkan pulang di mana dia boleh menikmati kehidupannya seperti sedia kala.Dia pun pulang ke rumah dengan di temani isteri.Di rumah,dia menikmati kehidupan yang sejahtera di samping isteri dan menikmati makanan kegemarannya.Keadaannya itu juga tidak di ketahui oleh rakan-rakan yang lain yang masih lagi berada di alam mimpi.Mereka hanya melihatnya terbaring sedangkan realitinya dia sedang menikmati kehidupan yang damai sejahtera.Demikianlah perumpamaan antara alam dunia dan alam akhirat.Kita yang berada di alam dunia ini semua adalah seumpamakan pesakit-pesakit yang ditidurkan dan sedang menjalani kehidupan di alam mimpi.Pesakit yang menghidap penyakit kronik itu tadi adalah diumpamakan orang-orang yang bersalah yang tidak melakukan amal saleh di mana setelah meninggal dunia,walaupun ahli dunia hanya melihatnya terbaring dan tidak mengenainya oleh sesuatu apa pun pada hakikatnya menerima hukuman yang sangat dahsyat.Pesakit yang yang ringan tadi pula adalah diumpamakan orang-orang yang beriman dan beramal saleh.Dia menjalani kehidupan akhiratnya di dalam keadaan yang penuh nikmat.Apabila kita menggali perkuburan dan melihat mayat yang reput dengan tulang belulangnya,percayalah itu semua hanya mimpi dan ilusi dunia semata kerana pada hakikatnya si mati sedang berhadapan dengan salah satu daripada dua perkara samada mendapat nikmat atau azab.Oleh itu terpulang kepada kita masing-masing bagaimana kita mencorakkan mimpi dan ilusi kita semasa di dunia ini bagi menghadapi hari kebangkitan nanti.Kepada golongan yang mengaku ateis,sedarlah dari mimpi anda sebelum sampai masanya kamu 'dikejutkan'.Wallahu a'lam walahul mathalul a'la.

Tuesday, April 6, 2010

CONTOH-CONTOH TAKWIL NAS YANG MUTASYABIHAT MENURUT AHLI SUNNAH ALIRAN SALAF DAN KHALAF.

Berikut adalah contoh-contoh takwil berdasarkan metod salaf dan khalaf.
i)Firman Allah
يَخَافُونَ رَ‌بَّهُم مِّن فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُ‌ونَ
Ertinya : Mereka (para malaikat) takut kepada Tuhan mereka Yang di atas mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa Yang diperintahkan.(Annahli16:50)


Takwil salaf – Kita tidak mengetahui maksud ‘di atas’ di dalam ayat tersebut.Kita serahkan maknanya kepada Allah dan maha suci Allah itu daripada keadaannya berpihak samada di atas atau di bawah.
Takwil khalaf – Maksud ‘di atas’ itu ialah ‘ketinggian dan kebesaran’.Maka jadilah maksudnya para malaikat takut dengan ketinggian dan kebesaran Allah.
ii)Firman Allah
الرَّ‌حْمَـٰنُ عَلَى الْعَرْ‌شِ اسْتَوَىٰ
Ertinya : Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.(Ta Ha 20:5)
Takwil salaf – Kita tidak mengetahui maksud ‘bersemayam’ tersebut dan kita serahkan maknanya kepada Allah.Akan tetapi mustahil Allah daripada mengambil tempat dan mustahil zatNya itu daripada bersentuh dengan arasy.
Takwil khalaf – Maksud bersemayam itu ialah memerintah dan menguasai.Maka jadilah makna ayat tersebut Allah itu memerintah dan menguasai arasy.
iii)Firman Allah Taala
وَجَاءَ رَ‌بُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا
Ertinya : Dan Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
Begitu juga disebut di dalam sebuah hadis
ﻴﻧﺯﻝ ﺍﷲ ﻋﺯ ﻭﺟﻝ ﻛﻝﻟﻴﻟﺔ ﺇﻟﻰ ﺳﻣﺎﺀ ﺍﻟﺩﻧﻴﺎ
Ertinya :Turun Tuhan kita pada setiap malam ke langit dunia….
Takwil salaf – Kita tidak mengetahui makna ‘datang’ dan ‘turun’ Tuhan di dalam ayat dan hadis tersebut dan kita serahkan maknanya kepada Allah.Akan tetapi mustahil Allah itu daripada sifat pergi datang dan berpindah – pindah.
Takwil khalaf - Yang dimaksudkan dengan datang Tuhan di dalam ayat tersebut ertinya telah ‘datang azab Tuhan’ atau ‘datang urusan Tuhan’ yang melengkapi azab dan rahmatNya dan yang dimaksudkan dengan ‘turun Tuhan’ di dalam hadis itu pula ertinya turun malaikat Tuhan kita.
iv)Firman Allah
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَ‌بِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَ‌امِ
Ertinya : Dan akan kekallah wajah Tuhanmu Yang mempunyai kebesaran dan Kemuliaan:(Ar-Rahman 55:27)
Takwil salaf – Kita tidak mengetahui maksud wajah Allah di dalam ayat di atas , dan kita serahkan maknanya yang sebenar kepada Allah , tetapi kita mengiktikadkan mustahil Allah itu daripada bersamaan dengan makhluk beranggota wajah dan bersuku - suku.
Takwil khalaf – Yang dimaksudkan wajah di dalam ayat di atas ialah zat Allah.Maka jadilah makna ayat tersebut “Dan kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”
v)Firman Allah
يَدُ اللَّـهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚ

Ertinya :Tangan Allah itu di atas tangan – tangan mereka....(Al Fath 48:10)
Takwil salaf – Kami tidak mengetahui erti tangan Allah akan tetapi mustahil bagi Allah itu beranggota tangan dan bersuku – suku.
Takwil khalaf – Yang dimaksudkan dengan tangan itu ialah kudrat (kuasa).Maka jadilah maksud ayat tersebut kuasa Allah itu mengatasi kuasa mereka (manusia).
vi)Sabda rasulullah saw
ﻗﻟﺏ ﺍﻟﻣﺅﻣﻦ ﺑﻴﻦ ﺇﺼﺑﻌﻴﻦﻣﻦ ﺃﺼﺎﺑﻊ ﺍﻟﺭﺣﻣﻦ
Ertinya :Sesungguhnya hati orang yang beriman itu berada di antara dua jari daripada jari – jari Tuhan yang bersifat Rahman.
Takwil salaf – Kami tidak mengetahui makna ‘jari’ di dalam hadis di atas.Tetapi mustahil Allah swt itu mempunyai anggota jari dan bersuku – suku.
Takwil khalaf – Maksud dua jari tuhan itu ertinya dua sifat Tuhan iaitu kudrat (kuasa) dan iradat (kehendak).Maksudnya hati manusia itu sentiasa di dalam taaluk kuasa dan kehendak Allah.
Demikianlah contoh – contoh ayat mutasyabihat dan contoh – contoh takwil oleh ulama – ulama salaf dan khalaf.Kedua – duanya bermaksud mensucikan Allah daripada sifat mustahil dan keduanya itu adalah pegangan ahli sunnah.Wajib atas kita,setiap kali berjumpa dengan nas-nas yang mutasyabihat seperti contoh di atas,mentakwilkannya samada dengan takwil khalaf iaitu dengan makna yang menasabah dengan ketinggian zat Allah seperti yang telah diketahui daripada huraian mukhalafatuhu lil hawadis atau mentakwilkannya dengan takwil salaf iaitu diserahkan maknanya yang sebenar kepada Allah di samping mengiktikadkan suci Allah daripada simaatul huduth (ciri-ciri baharu yang sepuluh perkara) yang telah lalu. Kata Syeikh Ibrahim Al Laqqani di dalam nazamnya:
وكل نص أوهم التشبيها*اوله أو فوض ورم تنزيها
Ertinya:Tiap-tiap nas Al Quran atau hadis yang memberi waham ia akan tasybih Allah itu dengan yang bahru,takwil olehmu atau serahkannya olehmu akan pengetahuan itu kepada Allah dan kasad olehmu akan suci Allah Taala daripada menyerupai dengan segala yang baharu.

Tuesday, March 2, 2010

DEMI NABI MUHAMMAD SAW ALLAH MENCIPTAKAN ADAM

Terdahulu telah saya nukilkan dalil-dalil tentang keabsahan nur Muhammad saw dari tulisan HMH Al-Hamid Al-Husaini yang dipetik dari buku beliau yang berjudul "Liku-Liku BID'AH ...dan masalah khilafiyah" terbitan Pustaka Nasional.Nukilan kali ini memaparkan pula bagaimana terdapatnya sumber-sumber agama yang mengesahkan adalah kewujudan sekelian alam adalah demi kerana baginda saw.Sesuatu yang ditolak oleh sebahagian ulama masa kini dengan alasan ianya merupakan pengagungan yang berlebihan ke atas Rasulullah saw.Melalui paparan ini kita akan mengetahui sejauh mana benarnya penolakan tersebut.Berkata HMH Al-Hamid Al-Husaini....





Dalam berbagai kitab Manaqib beberapa ulama menyebut sejumlah keistimewaan junjungan kita nabi Besar Muhammad saw,antara lain:Bahwa alam wujud ini diciptakan Allah swt demi beliau.Di antara para ulama yang menyebutkan hal itu ialah Al-Hafizh Jalaluddin As-Suyuthi,Al-Hafizh Al-Qasthalani dan Syekh Az-Zarqani.Hadis-hadis mengenai itu yang mereka kemukakan kemudian dibenarkan oleh Al-Hafizh Al-Hakim,As-Subuki dan Al-Balqini.





Al-Hakim,Al-Baihaqi dan At-Thabarani mengenengahkan hadis mengenai itu berasal dari Umar bin Al-Khatthab ra.Demikian pula Abu Nu'aim dan Ibnu Asakir:Umar bin Al-Khatthab ra menuturkan,bahwasanya Rasulullah saw pernah menyatakan:(yang maksudnya seperti berikut)





"Setelah Adam as berbuat kesalahan (melanggar larangan Allah) ia mohon:'Ya Rabb (Ya Allah),Demi kebenaran Muhammad (bi haqqi Muhammad) mudah-mudahan engkau mengampuni dosa kesalahanku'.Allah bertanya:'Bagaimana engkau mengenal Muhammad?'Adam menjawab :'Ketika Engkau menciptaku dengan tanganMu dan setelah Engkau tiupkan bagian dari rohMu kepadaku, ku angkatlah kepalaku.Kemudian ku lihat kepada penyangga arasy tertulis:LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.Aku mengerti bahwa Engkau tidak akan menempatkan nama lain di samping asmaMu kecuali makhluk itu yang palin Engkau cintai'.Allah menjawab :'Hai Adam,engkau benar.Kalau bukan kerana Muhammad Aku tidak menciptamu!"





Al-Hakim menilai bahwa hadis tersebut berisnad shahih(benar),sedangkan Az-Dzahabi menilainya sebagai hadis maudhu'(tidak dapat dipercayai kebenarannya berasal dari Rasulullah).Penilaian Az-Dzahabi bahwa hadis tersebut maudhu' tidak mengherankan,kerana tiap hadis melalui ta'dil dan tajrih,yakni harus melalui proses penyaringan,pengecekan dan penelitian yang dilakukan oleh para ulama ahli hadis.Lagi pula Az-Dzahabi termasuk para ulama ahli hadis yang ketat dan keras.





Oleh Al-Baihaqi hadis tersebut diketengahkan dalam kitabnya yang amat terkenal,yaitu 'Dalaa'ilun-Nubuwwah'.Sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Hafizh As-Suyuthi di dalam kitabnya, 'Al-La'ali' Al-Mashunah' (kitab tentang Tauhid),bahwasanya Al-Baihaqi tidak akan mengenengahkan sebuah hadis yang diketahuinya hadis itu maudhu'.Al-Baihaqi mengemukakan hadis tersebut di dalam muqaddimah(pendahuluan) 'Dalaa'ilun-Nubuwwah', itu menunjukkan bahwa ia menerima baik hadis yang diketengahkannya,yakni ia memandangnya sebagai hadis shahih.Ia sendiri mengenai kitab 'Dalaa'ilun-Nubuwwah' menegaskan:"Engkau(muridnya) wajib menerima isinya,sebab semuanya adalah petunjuk (huda) dan cahaya(nur)".





Al-Hakim mengenengahkan sebuah hadis yang dinilainya sebagai hadis shahih,dan yang keshahihannya diakui oleh As-Subuki dan Al-Balqini.Yaitu sebuah hadis berasal dari Ibnu Abbas ra yang menuturkan sebagai berikut:Rasulullah saw pernah menerangkan:(yang maksudnya adalah seperti berikut)





"Allah swt mewahyukan kepada Isa as:Hendaklah engkau beriman kepada Muhammad,dan suruhlah orang-orang dari umatmu yang mengalami hidupnya supaya beriman kepadanya.Sebab, kalau bukan kerana Muhammad Aku tidak menciptakan Adam,tidak menciptakan syurga dan tidak pula menciptakan neraka.Telah ku ciptakan arasy di atas air,namun ia goncang,tetapi setelah Kutuliskan di atasnya LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH,tenanglah ia."





Al-Hakim menilainya sebagai hadis shahih,sedangkan Az-Dzahabi memandangnya sebagai hadis maudhu'.





Sebagaimana diketahui,hadis tersebut diketengahkan juga oleh Al-Imam Muhammad bin Yusuf As-Syami dalam kitabnya yang terkenal,di bawah judul 'As-Sirah As-Syamiyah'.Dinyatakan olehnya, bahwa hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Syekh dalam 'Thabaqatul-Ishfahaniyin',dan diriwayatkan juga oleh Al-Hakim serta dibenarkan olehnya.Kebenaran hadis tersebut diakui oleh As-Subuki dan oleh Syeikhul-Islam Al-Balqini di dalam 'Fatawa'nya.Az-Dzahabi mengatakan bahwa di antara isnadnya (para perawi sumber hadis) terdapat orang bernama Amru bin Aus.Akan tetapi tidak ada orang yang mengetahui siapa Amru bin Aus itu.





Ad-Dailami di dalam musnadnya meriwayatkan sebuah hadis berasal dari Ibnu Abbas ra yang menuturkan bahwasanya Rasulullah saw pernah memberitahu para sahabatnya:(yang bermaksud)





"Malaikat Jibril telah datang kepadaku,kemudian berkata:Hai Muhammad,Allah telah berfirman:Kalau bukan kerana engkau Aku tidak menciptakan syurga, dan kalau bukan kerana engkau Aku tidak menciptakan neraka."





As-Subuki mengemukakan juga hadis tersebut di di dalam Syifa'us Saqam dan menilainya sebagai hadis shahih.





Hadis semakna diketengahkan juga oleh Syeikhul-Islam Ibnu Taimiyah di dalam Al-Fatawa Al-Qubra.Ia mengatakan bahwa Abu Nuaim Al-Hafizh di dalam kitab Dalaa'ilun-Nubuwwah meriwayatkan hadis dari Syeikh Abul-Faraj dan berasal dari Umar bin Al-Khatthab ra yang menuturkan,bahwasanya Rasulullah saw menyatakan:(yang maksudnya kira-kira)





"Setelah Adam tertimpa musibah berbuat kesalahan (dosa) ia mengangkat kepala lalu berkata:'Ya Rabb (Ya Tuhan),dengan kebenaran Muhammad (bi haqqi Muhammad) mudah-mudahan Engkau telah mengampuni dosa kesalahanku!'Allah lalu mewahyukan kepadanya:'Apa dan siapakah Muhammad?'Adam menjawab:'Ya Rabb setelah Engkau menyempurnakan penciptaanku,ku angkat kepalaku ke arah arasyMu (singgahsanaMu).Ku lihat di atasnya tertulis LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.Sejak itulah aku mengetahui bahwa ia adalah makhluk ciptaanMu yang termulia di sisimu,kerana Engkau menyertakan namanya bersama asmaMu'.Allah menjawab:'Ya, engkau telah ku ampuni dan dia (Muhammad saw) adalah nabi terakhir dari keturunanmu.Jika bukan kerana dia engkau tidak ku ciptakan!"





Mengenai hadis tersebut Ibnu Taimiyah menyatakan:"Hadis itu memperkuat hadis sebelumnya dan dapat dipandang sebagai tafsir hadis-hadis lain yang semakna."





Hal itu menunjukkan bahwa menurut Ibnu Taimiyah hadis tersebut dapat dijadikan pembuktian dari bahan pemikiran (i'tibar).Sebab hadis yang maudhu' dan batil(palsu) samasekali tidak dapat dijadikan pembuktian atau kesaksian di kalangan para ulama ahli hadis.Jelaslah bahwa Syeikhul-Islam Ibnu Taimiyah menggunakan hadis tersebut sebagai bahan kesaksian atau pembuktian menafsirkan hadis-hadis lainnya yang semakna.Itu merupakan kenyataan yang menunjukkan, bahwa hadis tersebut dibenarkan oleh sekelompok (jamaah) ulama ahli hadis yang terutama,seperti Al-Hakim,As-Subuki,Al-Balqini dan Al-Baihaqi.Mereka sepakat tidak mau mengenengahkan hadis-hadis maudhu'.Selain mereka turut membenarkan juga Ibnu Katsir,Al-Qasthallani dan Az-Zarqani.Penilaian Az-Dzahabi yang menilainya sebagai hadis maudhu' tidak ada pengaruhnya.Pendapat Ad-Dzahabi tidak lebih baik daripada pendapat Al-Hakim dan Al-Baihaqi.Pihak mana saja yang berijtihad boleh saja menolak kebenaran hadis itu,dan pihak kami pun mempunyai penilaian sendiri sebagai hasil ijtihad.Pihak yang menolak berdasarkan penilaian Az-Dzahabi tentu berbeda pendapat dengan kami sebagai pihak yang menerima baik hadis tersebut berdasarkan penilaian Al-Hakim dan Al-Baihaqi.Jika ada pihak yang berpendapat Al-Hakim terlalu mudah membenarkan sebuah hadis,hendaklah ia mengerti juga bahawa Az-Dzahabi pun terlampau berlebih-lebihan dalam menetapkan maudhu'nya suatu hadis.Banyak di antara para ulama ahli hadis yang meleset dalam menetapkan maudhu'nya suatu hadis,seperti Ibnul jauzi,misalnya.Dalam kitabnya 'Al-Maudhu'atul-Kubra' ia mengenengahkan sejumlah hadis dha'if (lemah isnadnya),bahkan juga hadis-hadis hasan(baik) dan shahih (benar),padahal semuanya itu hadis-hadis yang terdapat di dalam 'Sunan Abi Daud',di dalam 'Mustadrak'nya Al-Hakim dan lain-lain kitab hadis sandaran.Bahkan ada pula hadis yang terdapat di dalam 'Shahih Muslim'





Hadis tersebut menunjukkan betapa tinggi kemuliaan dan kehormatan yang dianugerahkan Allah swt kepada junjungan kita Nabi Besar Muhammad saw.Sama sekali tidak mengandung unsur pengertian yang bertentangan dengan prinsip-prinsip tauhid,dan tidak pula mengurangi hak dan sifat ketuhanan yang mutlak ada pada Allah swt.Bahkan hadis tersebut dibuktikan kebenarannya oleh beberapa kenyataan yang termaktub dalam Al Quranul-Karim.Beberapa di antaranya adalah:





Allah swt dalam kitab sucinya -Al Quran-memberitahu bahwa Muhammad Rasulullah saw adalah rahmatan lil 'alamin (rahmat bagi alam semesta):





(FirmanNya yang bermaksud) "Kami tidak mengutusmu hanyalah rahmat bagi alam semesta" (Al-Anbiya':107)





Berdasarkan ayat tersebut maka pastilah bahwa beliau (Muhammad saw) adalah rahmat, dan rahmat itu bagi alam semesta.Jadi, alam semesta itu merupakan penampakan adanya rahmat.Kerana itu tidak ada salahnya jika dikatakan, bahwa alam semesta ini diciptakan demi rahmat yang terkait padanya.





Allah swt berfirman (yang maksudnya) "Tidaklah Ku ciptakan jin dan manusia kecuali agar mereka bersembah sujud kepadaKu."(Ad-Zariyat:56)





Dari firman Allah tersebut dapat ditarik pengertian,bahwa hikmah penciptaan bukan lain hanyalah untuk beribadah kepada Allah swt.Agar ibadah dapat terlaksana maka diciptakan alam dunia ini sebagai tempat ibadah.Kerana itu dapatlah kita katakan,bahwa dunia dan alam semesta diciptakan Allah swt demi pelaksanaan ibadah kepadanya.Oleh sebab itu tidak ada salahnya jika dikatakan,bahwa Allah swt menciptakan alam semesta demi hamba-hambanya yang denga ikhlas bersembah-sujud kepadaNya,taat dan patuh.Dalam hal itu Muhammad Rasulullah saw adalah penghulu dan pemimpin mereka semua,bahkan beliau adalah intisari,penuntun mereka dan hamba Allah yang paling istimewa di antara mereka semesta.Apakah salahnya jika dikatakan,bahwa alam semesta ini diciptakan demi beliau?




Abdurrazzaq meriwayatkan sebuah hadis berasal dari Jabir bin Abdullah ra yang menuturkan kesaksiannya sebagai berikut:Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw:(maksudnya kira-kira), Ya Rasulullah, bi abi anta wa ummi,beritahulah aku tentang sesuatu yang pertama-tama diciptakan Allah swt sebelum segala sesuatu lainnya!Rasulullah saw menjawab:'Hai Jabir,sungguhlah bahwa sebelum Allah menciptakan segala sesuatu,Dia telah menciptakan cahaya nabimu(nuru nabiyyika) dari nurNya (min nurihi)..."dan seterusnya.




Ibnu Asakir meriwayatkan sebuah hadis berasal dari salman Al-Farisi ra.Ia menuturkan penjelasan yang pernah didengarnya dari nabi saw sebagai berikut(yang maksudnya):



"Malaikat Jibril turun mendatangi nabi Muhammad saw kemudian berkata:Tuhanmu berfirman:Jika Aku dahulu telah mengangkat Ibrahim sebagai khalil,maka (sekarang) Aku telah mengangkatmu sebagai habib (kesayangan).Aku tidak menciptakan makhluk apa pun yang di sisiKu lebih mulia daripadamu.Dunia dan semua penghuninya Kuciptakan untuk memperkenalkan mereka akan kemuliaanmu dan kedudukanmu di sisiKu.Jika bukan kerana engkau dunia ini tidak kuciptakan!"



Dengan perkataan lain hadis tersebut bererti:Kalau bukan kerana kehendakKu alam semesta ini tidak tercipta,alam dunia ini tidak diciptakan dan kalau bukan kerana semua hamba Allah alam semesta ini tidak diciptakan,dan kalau bukan kerana Muhammad saw alam semesta ini tidak diciptakan.Kalimat tersebut mudah dimengerti,hanya saja menunjukkan derajat berbeda-beda,dan yang hanya difahami hakikat maknanya oleh orang yang berpandangan tajam.Mengingat keadaan atau kedudukan junjungan kita Nabi Muhammad saw dalam ibadah dan justru demi ibadah itulah alam semesta ini diciptakan demi kerana beliau (Muhammad saw) Allah swt telah berfirman:(yang bermaksud)


"Semua yang berada dibumi diciptakan bagi kalian" (Al-Baqarah:29)


"Dan Dia(Allah)menundukkan bagi kalian matahari dan bulan terus-menerus beredar,dan telah menundukkan bagi kalian malam dan siang(silih berganti)" (Ibrahim:33)


Jika semuanya itu diciptakan Allah swt demi ummat manusia,dan abul-basyar (Adam as) diciptakan Allah swt demi junjungan kita Nabi Muhammad saw,itu adalah penghormatan semata-mata.Sebab roh manusia yang pertama diciptakan Allah adalah roh Sayidina Muhammad saw.Hal itu dapat diketahui daripada sabda beliau:(yang bermaksud)


"Aku adalah manusia pertama yang diciptakan Allah dan aku pun manusia terakhir yang akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat."


Hadis tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Saad sebagai hadis mursal dengan isnad shahih.Kecuali itu diriwayatkan juga oleh Abu Nuaim dan Ibnu Abi Hatim di dalam Tafsirnya.Diketengahkan pula oleh Ibnu La'ali' dan Ad-Dailami.Semua hadis mereka itu berasal dari Said bin Basyir yang secara berangkai menerimanya dari Qatadah,dari Al-Hasan dan dari Abu Hurairah ra dengan lafaz,


"Kuntu awwalannabiyyiina fil khalqi wa aakhiruhum fil ba'thi" yang ertinya Akulah Nabi pertama yang diciptakan Allah dan aku pun terakhir dari mereka (para nabi) yang akan yang akan dibangkitkan-pada hari kiamat.

Hadis tersebut belakangan itu menafsirkan hadis tersebut pertama,yaitu bahwa yang dimaksud manusia pertama dalam hadis terdahulu ialah nabi yang 'pertama'.Yakni,beliau nabi pertama di alam arwah dan nabi terakhir di alam asybah(antara alam dunia dan alam akhirat).Hal itu telah diberitahukan Allah kepada beliau di alam arwah sebelum terciptanya arwah para nabi yang lain.Dengan demikian maka nubuwwah(kenabian) sudah terbuka sejak di alam arwah,dan dengan demikian pula nubuwwah akan berakhir di alam asybah.Tegasnya ialah,bahwa junjungan kita nabi Muhammad saw adalah pembuka dan beliau pun adalah penutup.

Termizi meriwayatkan sebuah hadis berasal dari Abu Hurairah ra yang menuturkan:Beberapa orang sahabat bertanya:"Ya Rasulullah,bilakah kenabian(mulai)diwajibkan(dipikulkan) kepada anda?"Beliau menjawab:"Ketika Adam masih di antara roh dan jasad." Termizi menilai hadis tersebut sebagai hadis hasan (baik) dan gharib (tidak dikenal sebelumnya).Sedangkan Abu Nu'aim,Al-Baihaqi dan Al-Hakim,selain mengenengahkan,juga menilai hadis tersebut shahih.Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Al-Bazzar,Thabarani dan oleh Abu Nu'aim juga,dari sumber lain,iaitu Ibnu






















Monday, March 1, 2010

Dalil-dalil kebenaran Nur Muhammad

Kebenaran tentang keabsahan Nur Muhammad kini menjadi pertikaian hangat di kalangan para ulama.Kebanyakan ulama-ulama sufi mempertahankan keabsahan adanya Nur Muhammad sementara sesetengah ulama menyanggahnya dan memperlihatkannya sebagai suatu kemasukan atau tambahan baru di dalam ajaran Islam yang suci.Masing-masing pihak mempunyai dalil yang tersendiri.Berikut akan saya kemukakan dalil-dalil tentang adanya Nur Muhammad berdasarkan kepada Al Quran, hadis dan keterangan para ulama.Dalil-dalil tersebut saya petik sepenuhnya dari tulisan HMH Al-Hamid Al-Husainidi dalam buku beliau yang berjudul "Liku-Liku Bid'ah....dan masalah khilafiyah" terbitan PUSTAKA NASIONAL PTE LTD SINGAPURA.Beliau berkata....
Abdurrazzaq telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir bin Abdullah Al- Anshari yang menuturkan sebagai berikut: "Aku bertanya:Ya Rasulullah,beritahulah aku tentang apa yang mula pertama diciptakan Allah swt sebelum segala sesuatu".Beliau menjawab: "Hai Jabir,sebelum Allah menciptakan segala sesuatu Dia menciptakan nur Nabimu dari nurnya,kemudian dengan kudrat kekuasaanNya Dia menjadikan nur itu berputar (berproses) menurut kehendaknya.Pada waktu itu belum ada lauh,belum ada qalam,belum ada syurga,belum ada neraka,belum ada malaikat,belum ada langit,belum ada bumi,belum ada matahari,belum ada bulan,belum ada jin dan belum ada manusia.Ketika Allah swt hendak menciptakan makhluk,Allah membagi nur tersebut menjadi empat bagian.Dari bahagian yang pertama Allah menciptakan qalam,dari bagian yang kedua Allah menciptakan lauh dari bagian yang ketiga Allah menciptakan arasy.Kemudian bagian yang keempat Allah membaginya menjadi empat bagian.Dari bagian pertama Allah menciptakan para malaikat penjunjung arasy,dari bagian kedua Allah menjadikan kursi dan dari bagian yang ketiga Allah menciptakan para malaikat lainnya.Kemudian bagian yang keempatnya Allah membaginya lagi menjadi empat bagian. Dari bagian yang pertama Allah menciptakan,dari bagian yang kedua Allah menciptakan penghuni bumi (ardhiyin) dan dari bagian yang ketiga Allah menciptakan syurga dan neraka.Kemudian bagian yang keempatnya Allah membaginya lagi menjadi empat bagian.Dari bagian yang pertama Allah menciptakan nur absharil mukminin (nur penglihatan kaum mukminin),dari bagian kedua Allah menciptakan nur hati mereka,yaitu kesedaran mengenal (ma'rifat) Allah swt.Dari bagian yang ketiga Allah menciptakan nur ucapan mereka,yaitu tauhid 'Laa ilaha illallah Muhammadur Rasulullah' (Al-Hadis).Sanad dari Jabir adalah shahih,tiada perubahan apa pun.Namun para ulam berbeda pendapat mengenai mati (susunan kalimat)hadis tersebut kerana gharib(mereka tidak pernah mengenal hadis tersebut sebelumnya).Hadis semakna dengan itu diriwayatkan juga oleh Al-Baihaqi dengan beberapa kelainan.Hadis tersebut tidak berlawanan pula dengan hadis Termidzi yang meriwayatkan bahawa "Yang diciptakan Allah mula pertama ialah qalam".Bahkan kedua hadis itu dapat disatukan (dipadukan),iaitu dengan pengertian bahwa kecuali nur Muhammad,qalam merupakan ciptaan Allah yang pertama (yakni sesudah nur Muhammad).Dapat juga dikatakan bahwa qalammerupakan ciptaan yang pertama di samping ciptaan lainnya yang sejenis.Yakni nurku (nur Muhammad saw)adalah nur pertama dari berbagai nur yang diciptakan Allah.

Kebenaran hadis mengenai nur Muhammad saw itu diperkuatkan oleh hadis lain yang diriwayatkan oleh Ali bin Al-Husain ra yang berasal dari ayahnya (Imam Ali bin Abu Thalib ra) dan dari datuknya (Muhammad Rasulullah saw).Hadis tersebut menuturkan bahwasanya Rasulullah saw menerangkan "kuntu nuuran baina yadai rabbi" yang bererti dahulu aku adalah nur di sisi Tuhanku.Hadis tersebut disebut oleh Al-Hafizh Abul-Hasan Ali bin Muhammad Al-Qaththan di dalam Al-Ahkamnya.Ibnul Qaththan termasuk jajaran kritikus (naqqad) hadis yang terkenal dengan teknik pembahasannya, dan termasuk juga sejumlah ulama yang sangat teliti dan ketat menjaga riwayat-riwayat hadis dan penghafalannya.

Mengenai kebenaran hadis tentang nur Muhammad saw ,Allah berfirman di dalam Al Quran (yang berbunyi) "qad jaa akum minallaahi nuurun wakitaabun mubiin" (yang bererti) sesungguhnya telah datang kepada kalian nur (cahaya) dari Allah dan Kitab (Al-Quran) yang menerangkan (Al-Maidah:15).

Banyak ulama mengatakan bahwa yang dimaksud 'nur' adalah Muhammad saw.Demikianlah di dalam 'Tafsir At-Thabari',Ibnu Abi Hatim dan Al- Qurthubi.Qatadah mengatakan bahwa 'nur' pada ayat tersebut bermakna Muhammad saw.Demikian pula di dalam Tafsir Ibnul-Jauzi.

Pembuktian lain yang menunjukkan kebenaran soal nuraniyah itu ialah berita-berita riwayat dari berbagai sumber,yang menuturkan,bahwa pada saat kelahiran Muhammad saw bundanya melihat cahaya (nur) dan bersama nur yang dilihatnya itu cahaya yang menerangi gedung-gedung di negeri Syam.Ibnu Hajar mengenengahkan riwayat tersebut dan membenarkannya.Demikian pula Ibnu Hibban dan Al-Hakim.
Di antara hadis-hadis yang menunjukkan nur Muhammad sebagai ciptaan Allah yang pertama ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-Ash,berasal dari Rasulullah saw,bahwasanya beliau pernah menyatakan:Allah Azza wa jalla telah menetapkan (menyuratkan) ukuran-ukuran (maqadir) makhluk-makhluk ciptaanNya limapuluh ribu tahun sebelum menciptakan (tujuh petala) langit dan bumi,dan ketika itu arasynya berada di atas air.Di antara yang termaktub di dalam Dzikr,yakni Ummul-Kitab,ialah bahawa Muhammad saw adalah khatamun- nabiyin (nabi terakhir).Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw menyatakan:(yang bunyinya) "innii 'abdullaahi wa khaatamun nabiyyiin,wa inna Aadama lamunjadilun fii thiinatihi"(yang bererti) Aku hamba Allah penutup para nabi,sedangkan Adam masih berupa gumpalan keras pada tanah liatnya.
Hadis tersebut diriwayatkan oleh Ahmad (bin Hanbal),Al-Baihaqi dan Al-Hakim menilainya sebagai hadis berisnad shahih.Hadis yang lain lagi menuturkan,ketika Rasulullah saw ditanya:Bilakah nubuwwah (kenabian) itu ditetapkan bagi anda?,beliau menjawab:(yang bunyinya) "wa Aadamu bainarruuhi wal jasad"(yang ertinya) ketika itu Adam masih berupa antara roh dan jasad.Allah menempatkan nur Muhammad saw di atas punggungnya Adam,kemudian dipindahkan ke dalam tulang-tulang sulbi dan rahim-rahim yang serba suci hingga pada akhirnya beliau tampak di dalam bentuk yang sempurna.Wallahu a'lam.
Tamat petikan bicara HMH Al-Hamid Al-Husaini.Akan bersambung salinan berikutnya di bawah tajuk "DEMI NABI MUHAMMAD ALLAH MENCIPTAKAN ADAM AS"