Kalian kaum Muslimin mengharamkan penyembahan berhala.Tetapi kalian sendiri menyembah batu.Tidakkah kalian sendiri tahu selama ini kalian bertawaf mengelilingi batu yang kalian namakan ka’bah?Kemudian kalian mencium batu yang dinamakan hajarul aswad?Jika demikian kalian juga merupakan penyembah berhala dari satu segi.
Jawab:Kami tidak menyembah ka’bah.Kami menyembah Tuhan kepada ka’bah.Adakah mereka-mereka yang sakit hati terhadap agama Islam itu pernah mendengar orang-orang Islam berdoa “Wahai ka’bah berilah aku rezeki,wahai ka’bah sembuhkanlah daku,wahai ka’bah berilah aku petunjuk…” dan seterusnya?Kesucian ka’bah itu bukan disandarkan pada batu-batunya tapi disandarkan kepada perintah Allah.Firman Allah di dalam surah Al Hajj ayat 29 yang berbunyi:
وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقErtinya:Dan hendaklah mereka tawaaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
Jika kami kaum Muslimin menyembah batu,nescaya kami akan menyembah semua batu.Tapi kami memuliakan sesuatu sesuai dengan perintah Allah.Buktinya kaum Muslimin melontar batu semasa melontar jamrah semasa haji.Jika kami memuliakan sesuatu,kami memuliakan kerana perintah Allah.Dan jika kami tidak memuliakan sesuatu pun kerana berdasarkan kepada perintah Allah.Maka sesungguhnya penghormatan itu bukan ditujukan kepada batu tetapi ditujukan kepada Tuhan yang memerintahkan hal yang tersebut.Batu hanya alat.Sesungguhnya Allah memerintahkan kami kaum Muslimim memuliakan masjid kerana masjid-masjid itu dikatakan rumah-rumah Allah dan yang paling mulia di antaranya ialah ka’bah itu sendiri.Mengapa?Kerana semua masjid itu dibina dengan perintah daripada Allah.Hanya tempatnya saja yang dipilih oleh manusia.Kecuali Kaabah maka ia dibina dengan perintah daripada Allah dan ditempat yang telah ditentukan oleh Allah.Jadi fikirkanlah manakah yang paling besar kemuliaannya.Tentunya kaabah kerana kaabah bukan saja dibina dengan perintah Allah malah tempatnya juga ditentukan oleh Allah.Dan di antara tanda-tanda rahmat Allah itu ialah Dia menjadikan kaabah itu sebagai kiblat (tanda arah beribadat)bagi kita.Jikalaulah tidak ada kiblat nescaya umat Islam akan berselisih semasa beribadat.Masing-masing akan beribadat mengikut arah yang disukainya sendiri-sendiri. Kami mencabar sesiapa yang menuduh umat Islam menyembah kaabah hanya semata-mata kami bersolat menghadap kaabah untuk membuktikan tuduhan palsu mereka yang tidak berasas bahawa kami kaum muslimin menyembah kaabah.Orang-orang yang membuat tuduhan itu patut tahu bahawa dengan semata-mata mengadap kaabah tidak boleh dijadikan bukti bahawa kaum muslimin menyembah kaabah.Kalaulah semata-mata mengadap dianggap menyembah berapa ramainya orang yang sembahyang mengadap sesuatu termasuklah orang Nasrani yang mengadap dinding gereja.Mengapa orang-orang ini tidak menuduh umat Islam menyembah dinding masjid sahaja? Sesungguhnya kami bersembahyang dengan mengadap kaabah tanpa mengira apakah kaabah itu diperbuat daripada batu atau marmar atau kayu adalah semata-mata kerana mengikut dan membesarkan perintah Allah yang telah menjadikan kaabah itu sebagai tanda arah sembahyang atau kiblat umat Islam.Demikian juga kami memuliakan al hajarul aswad pun semata-mata taat dan membesarkan perintah Allah yang memerintahkan supaya memuliakannya. Sayidina Umar Al Khatthab pernah berkata sewaktu akan mencium hajarul aswad: “Demi Allah sesungguhnya aku mengetahui bahawa engkau ini Cuma batu yang tidak dapat memberi menafaat mahupun memberi mudharat.Kalaulah tidak aku melihat bahawa Rasulullah sal lallahu alaihi wasalam menciummu nescaya aku tidak akan menciummu.” Subhanallah!Sesungguhnya hajarul aswad itu merupakan salah satu daripada tanda-tanda kebesaran Allah subhanahu wataala.Itulah satu-satunya batu yang mana semua jenis kuman dan kulat tidak dapat hidup di atasnya. Jika tidak demikian pastilah akan berpindah bermacam jenis penyakit berjangkit di antara berjuta-juta manusia yang menciumnya.Hal ini memang tidak menghairankan kerana ianya adalah batu daripada syurga.Sabda Rasulullah saw berkenaan hajarul aswad ini:
لولا ما مَسَّ الحجر من أنجاسِ الجاهلية ما مَسَّهُ ذو عاهةٍ إلا شُفِىَ, وما على الأرض شىء من الجنة غيره Ertinya:Kalaulah tidak kerana ianya disentuh oleh dosa-dosa jahiliah nescaya tidak akan menyentuhnya oleh orang yang lumpuh melainkan disembuhkan dan tidak ada sesuatu pun di atas dunia ini yang datang daripada syurga selainnya.(Sahihul jami’:5334)
Sabda Rasulullah saw lagi:
إن الرُّكن والمقام ياقوتتان من ياقوتِ الجنة طمسَ الله تعالى نورهما, ولو لم يطمس نورهما لأضاءتا ما بين المشرق والمغرب [صحيح الجامع:1633]Ertinya:Sesungguhnya rukun dan maqam itu merupakan dua permata yakut daripada permata yakut dari syurga.Allah menghapuskan cahaya keduanya.Kalaulah tidak dihapuskan cahaya keduanya nescaya akan bersinar sehingga antara timur dan barat.(Sahihul jami’:1633) Di sana ada lagi tanda-tanda kebesaran Allah iaitu arah tawaf umat Islam mengelilingi kaabah itu adalah menyamai arah putaran bumi dan lain-lain planet mengelilingi matahari.Juga menyamai arah putaran galaksi mengelilingi pusatnya.Dan menyamai arah putaran elekton mengelilingi nucleus dalam sebutir zarah iaitu dengan mengikut arah yang berlawanan dengan putaran jarum jam. Kepada orang-orang kristian dan Yahudi,sebelum kamu menuduh umat Islam dengan tuduhan yang bukan-bukan semata-mata kerana kami memuliakan kaabah berdasarkan kepada perintah Allah kamu patut bercermin dengan kitab kamu sendiri.Lihatlah dalam Kitab Keluaran, pasal 25 , Kitab Yosua, Bab 3 dan Samuel I, Bab 4 dan lain-lain bagaimana diceritakan bahawa Nabi Musa dan lain-lain nabi Bani Israel membesarkan dan memuliakan Tabut Perjanjian.Mereka membakar dupa dan berdoa meminta pertolongan Allah dengan berkatnya dan membawanya berkeliling kota seperti dinyatakan dalam nas yang berikut: Sifir Yosua:
6:11 Demikianlah Yosua menyuruh tentaranya membawa Peti Perjanjian mengelilingi kota itu satu kali, kemudian kembali ke perkemahan, dan bermalam di situ.
6:12 Besoknya, pagi-pagi sekali, Yosua bangun lalu untuk kedua kalinya para imam dan tentara berbaris mengelilingi kota itu dalam urutan barisan seperti hari sebelumnya: mula-mula barisan pengawal depan, kemudian ketujuh imam peniup trompet, disusul oleh imam-imam yang memikul Peti Perjanjian, dan akhirnya barisan pengawal belakang. Sementara itu trompet terus-menerus dibunyikan. 6:14 Pada hari kedua itu mereka mengelilingi kota satu kali kemudian kembali ke perkemahan. Begitulah mereka lakukan setiap hari selama enam hari. 6:15 Pada hari ketujuh mereka bangun pagi-pagi ketika matahari baru terbit, lalu berbaris tujuh kali mengelilingi kota Yerikho itu dengan cara yang sama. Hanya pada hari ketujuh itu saja, mereka mengelilingi kota itu tujuh kali. 6:16 Pada kali yang ketujuh, begitu para imam meniup trompetnya, Yosua memberi aba-aba kepada seluruh pasukan untuk bersorak. Yosua berkata, "TUHAN sudah menyerahkan kota ini kepadamu! 6:17. Seluruh kota dengan segala isinya harus dimusnahkan sama sekali sebagai persembahan untuk TUHAN. Hanya Rahab, wanita pelacur itu dengan kaum keluarganya saja boleh dibiarkan hidup, karena ia sudah menolong mata-mata kita.
Di dalam Kitab Yosua juga dinyatakan bahawa Nabi Yosua memuliakan sebuah batu karena kononnya batu itu mendengar Firman Tuhan dan menjadikannya sebagai saksi bagi umta Bani Israel.Lihat nas di bawah:
Yosua 24: 24Lalu jawab bangsa itu kepada Yosua: "Kepada TUHAN, Allah kita, kami akan beribadah, dan firman-Nya akan kami dengarkan." 24:25 Pada hari itu juga Yosua mengikat perjanjian dengan bangsa itu dan membuat ketetapan dan peraturan bagi mereka di Sikhem. 24:26 Yosua menuliskan semuanya itu dalam kitab hukum Allah, lalu ia mengambil batu yang besar dan mendirikannya di sana, di bawah pohon besar, di tempat kudus TUHAN.
24:27 Kata Yosua kepada seluruh bangsa itu: "Sesungguhnya batu inilah akan menjadi saksi terhadap kita, sebab telah didengarnya segala firman TUHAN yang diucapkan-Nya kepada kita. Sebab itu batu ini akan menjadi saksi terhadap kamu, supaya kamu jangan menyangkal Allahmu."
Dan orang-orang Yahudi memuliakan tembok ratapan (orang Islam mengenalinya sebagai tembok Buraq) sehinggalah hari ini dan mereka akan membaca kitab Taurat di hadapannya. Kita lihat pula bagaimana orang-orang Kristian memuliakan salib dan patung-patung yang kononnya mereka dakwakan sebagai patung Nabi Isa dan Maryam.Yang lucu patung-patung itu berlain-lainan pula bentuk dan rupanya mengikut negeri yang berlain-lainan.Sesetengahnya sujud kepada patung-patung itu untuk mencapai berkat (mengikut dakwaanmereka) dan mengiktikadkan bahawa memuliakan patung-patung itu samalah seperti memuliakan Allah.Mereka membesarkan salib-salib tersebut dan meletakkannya pada dahi mereka serta menciumnya di samping menganggapkan salib-salib itu sebagai symbol penyaliban Nabi Isa(mengikut dakwaan mereka) padahal secara logiknya mereka patut membenci salib tersebut dan bukan memuliakannya.Sebagai contoh:Kalaulah anak mereka disembelih dengan menggunakan pisau,adakah si bapa akan memuliakan pisau itu dengan alasan pisau itu adalah symbol penyembelihan anaknya?Ataukah yang sewajarnya dia membenci pisau tersebut.Tentulah pisau tersebut merupakan perkara yang paling dibencinya!Kalaulah benar Isa Al Masih telah disalib seperti yang mereka percayai,sepatutnya salib adalah benda yang paling dibenci sekali bukannya menjadi benda yang paling mereka cintai dan dimuliakan! Perhatikan pula bagaimana orang-orang kristian ini mengambil berkat daripada roti fathiir yang mereka buat daripada adunan tepung,minyak dan air kemudian dibakar.Selepas itu mereka melakukan ritual-ritual tertentu dan dalam upacara itu mereka memakan roti tersebut disertai dengan meminum sedikit arak dengan menganggapkan dengan memakan roti itu dan meminum arak tersebut seakan-akan memakan daging nabi Isa dan meminum darahnya dan dengan itu mendapatkan keberkatan daripadanya!Ini menurut mereka adalah perintah Tuhan mereka iaitu Nabi Isa sendiri.Ini di nyatakan dalam Injil Yuhana seperti nas berikut:
(53) Maka kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jikalau kamu tidak makan daging Anak Manusia dan minum darah-Nya, kamu tidak mempunyai hidup di dalam dirimu.
(54) Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman.
(55) Sebab daging-Ku adalah benar-benar makanan dan darah-Ku adalah benar-benar minuman dalam dia.
Cara-cara bagaimana mereka makan jasad Nabi Isa dan minum darahnya itu ada diceritakan dalam Injil Matius seperti berikut: Matius 26:26-29 Penetapan Perjamuan Malam
26:26 Dan ketika mereka sedang makan, Yesus mengambil roti, mengucap berkat, memecah-mecahkannya lalu memberikannya kepada murid-murid-Nya dan berkata: "Ambillah, makanlah, inilah tubuh-Ku."
26:27 Sesudah itu Ia mengambil cawan, mengucap syukur lalu memberikannya kepada mereka dan berkata: "Minumlah, kamu semua, dari cawan ini.
26:28 Sebab inilah darah-Ku, darah perjanjian, yang ditumpahkan bagi banyak orang untuk pengampunan dosa.
26:29 Akan tetapi Aku berkata kepadamu: mulai dari sekarang Aku tidak akan minum lagi hasil pokok anggur ini sampai pada hari Aku meminumnya, yaitu yang baru, bersama-sama dengan kamu dalam Kerajaan Bapa-Ku."
Lihat pula apa yang dikatakan dalam kitab Kejadian:
(18) Keesokan harinya pagi-pagi Yakub mengambil batu yang dipakainya sebagai alas kepala dan mendirikan itu menjadi tugu dan menuang minyak ke atasnya.
(19) Ia menamai tempat itu Betel; dahulu nama kota itu Lus.
(20) Lalu bernazarlah Yakub: "Jika Allah akan menyertai dan akan melindungi aku di jalan yang kutempuh ini, memberikan kepadaku roti untuk dimakan dan pakaian untuk dipakai,
(21) sehingga aku selamat kembali ke rumah ayahku, maka TUHAN akan menjadi Allahku.
(22) Dan batu yang kudirikan sebagai tugu ini akan menjadi rumah Allah. Dari segala sesuatu yang Engkau berikan kepadaku akan selalu kupersembahkan sepersepuluh kepada-Mu."
Lihat bagaimana diceritakan dalam kitab Kejadian di atas yang diakui oleh Yahudi dan Kristian sebagai Kitab yang datang dari Allah bagaimana Nabi Ya’kub diceritakan memuliakan batu,meminyakkinya dan bernazar di hadapannya.Dan dia menamakannya sebagai Betel(Bait El/Rumah Allah).Selepas itu tempat tersebut dinamakan Mizvah dan menjadi tempat orang-orang Yahudi bertawaf seperti yang terdapat di dalam nas Samuel berikut:
(15) Samuel memerintah sebagai hakim atas orang Israel seumur hidupnya.
(16) Dari tahun ke tahun ia berkeliling ke Betel, Gilgal dan Mizpa, dan memerintah atas orang Israel di segala tempat itu,
(17) lalu ia kembali ke Rama, sebab di sanalah rumahnya dan di sanalah ia memerintah atas orang Israel; dan di sana ia mendirikan mezbah bagi TUHAN.
Kesimpulannya tuduhan orang Kristian bahawa orang Islam menyembah Kaabah hanya semata-mata dijadikan Kiblat(arah solat) dan semata-mata kerana orang Islam bertawaf di sekeliling kaabah adalah satu tuduhan yang sangat dangkal dan jelas orang Keristian yang menuduh itu tidak bercermin dengan kitab-kitab suci mereka sendiri.Wallahu a’lam.