Monday, April 19, 2010

SAMBUNGAN HURAIAN MUKHALAFATUHU TAALA LI HAWADITH

Wahhabi dan salafi
Di sekitar kurun kedua puluh masihi muncul seorang tokoh dari Najed yang bernama Muhammad bin Abdul Wahhab.Beliau telah terpengaruh dengan pandangan – pandangan Ibnu Taimiyah dan berusaha gigih menyebarkan pandangan – pandangan tersebut di seluruh Tanah Arab dan dunia Islam.Gerakannya dikenali dengan gerakan Wahhabi.Hasil dari usahanya itu beliau berjaya membasmi Mazhab Syafii di Hijjaz dan menggantikannya dengan fahaman Wahhabi.Untuk makluman pembaca Tanah Hijaz yang merupakan Mekah , Madinah dan Taif suatu masa dahulu mengamalkan Mazhab Syafii yang merupakan Mazhab rasmi penduduk di sana.Sesungguhnya telah terjadi perdebatan di antara alim ulama ahli sunnah dengan fahaman Wahhabi ini samada secara lisan seperti yang dilakukan oleh Sulaiman bin Abdul Wahhab abang kepada Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri mahupun melalui penulisan kitab – kitab seperti yang dilakukan oleh Sayid Ahmad Zaini Dahlan mufti Mazhab Syafii di Makkatul Mukarramah ketika itu.Namun setelah tidak menang dengan perdebatan gerakannya itu dilakukan dengan keras yang mengakibatkan berlakunya peperangan dan pembunuhan di Semenanjung Tanah Arab sehinggalah tertegaknya kerajaan Saudi yang berfahaman Wahhabi yang merdeka dari kerajaan Uthmaniah dengan kerjasama dari pihak British.Sehinggalah sekarang Tanah Hijjaz termasuklah Mekah dan Madinah berada di bawah genggaman Wahhabi.Pengaruh Wahhabi terus berkembang hingga ke hari ini dengan dokongan kuat dari Arab Saudi sehingga menular ke institut – institut pengajian tinggi di seluruh dunia Islam.Pengikut – pengikutnya menggelarkan diri mereka sebagai salafi iaitu orang – orang yang mengikuti fahaman salaf.Malahan mereka mendakwa bahawa merekalah ahli sunnah yang sebenar.Namun setelah diteliti fahaman salaf yang mereka dakwakan itu hakikatnya adalah natijah dari kesalahfahaman Ibnu Taimiyah terhadap fahaman salaf yang sebenar dicampur dengan kesalahfahaman Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri sehingga akhirnya fahaman yang sudah sedia terpesong itu semakin jauh terpesong.Selain daripada melarang daripada mentakwilkan ayat – ayat mutasyabihat , mereka juga melarang manusia daripada mempelajari sifat dua puluh , melarang orang ramai daripada menyertai majlis – majlis tahlil dan zikir , melarang daripada membaca Al Quran di tanah perkuburan , melarang daripada membaca talkin , mengharamkan tawassul , menentang tariqat – tariqat sufiah , mengharamkan sambutan maulid nabi , melarang mengucapkan salawat dengan menyebut sayidina , mengharamkan berzanji , mencampur adukkan mazhab dan banyak lagi.Seruan mereka diiringi dengan slogan yang cukup manis iaitu memperjuangkan sunnah dan mengikuti salaf , namun ternyata istilah sunnah dan salaf yang mereka laung – laungkan hanyalah sunnah mengikut fahaman mereka sendiri.Malahan mereka bersikap biadap dengan mengatakan ada hukum – hakam yang diputuskan oleh para ulama terutama ulama mutaakhirin yang diputuskan berdasarkan kias menyalahi sunnah nabi dan merupakan bid’ah.Pendek kata mereka menolak kias ulama dan mensifatkannya bid’ah sebaliknya hanya berpegang dengan kias Ibnu Taimiyah atau Ibnu Jauzi atau kias Muhammad bin Abdul Wahhab atau kias Nasiruddin Albani.Orang Islam hendaklah menjauhkan diri daripada fahaman mereka yang sesat tersebut.Inilah salah satu daripada fitnah akhir zaman iaitu apabila orang jahil membid’ahkan ulama (orang alim) lalu pendapat mereka diikuti sehingga keluarlah fatwa – fatwa yang sesat lagi menyesatkan.

Dajal
Dajal adalah seorang lelaki dari bangsa Yahudi yang akan zahir pada akhir zaman dan kemunculannya itu merupakan salah satu daripada tanda – tanda hampirnya kiamat.Ia disebut dajal yang bererti pendusta kerana ia membawa perkhabaran yang dusta iaitu mengakui dirinya sebagai tuhan.Di antara ciri – ciri dajal yang disebutkan di dalam hadis – hadis ialah :-
i)Dari bangsa Yahudi
ii)Mempunyai sihir
iii)Buta sebelah matanya
iv)Mengaku dirinya tuhan
v)Zaman kemunculannya diiringi dengan ketiadaan hujan dan makanan di seluruh dunia.
vi)Kemunculannya merupakan ujian Allah ke atas umat manusia.
Di antara tentera – tentera dajal itu ialah :-
i)Para pemuzik yang mendendangkan lagu – lagu yang mengkhayalkan.
ii)Para ulama yang sesat.Contohnya seperti guru – guru yang mengajarkan ajaran sesat.
iii)Imam (Pemerintah) yang menggalakkan kemungkaran.
iv)Orang – orang Yahudi
v)Anak – anak zina.
Dajal menggunakan sihirnya bagi mengabui mata manusia dengan cara :-
i)Dapat menguasai dunia dalam masa empat puluh hari kecuali Mekah dan Madinah.
ii)Dia akan menghidupkan orang yang mati.
iii)Dia akan mengambil ikan di dasar laut lalu dipanggangnya di bawah matahari hanya dengan menggunakan tangan.Ini ialah kerana dengan sihirnya dia dapat membesarkan badannya sendiri sehingga badan dan tangannya menjadi tersangat besar yang ‘tidak sama dengan badan dan tangan makhluk yang lain’..
iv)Mempunyai syurga dan nerakanya sendiri.
v)Memerintahkan langit menurunkan hujan.
vi)Memerintahkan bumi menumbuhkan tanaman.
vii)Ada padanya makanan yang menimbun seperti bukit.
Semuanya dilakukan dengan perantaraan sihir dan ketika itu Allah Taala mengizinkan sihirnya berlaku untuk menguji keimanan manusia.
Manusia yang lemah imannya ketika itu akan terpedaya dan menuruti seruannya.Adapun orang – orang yang kuat imannya mereka tetap mengingkari seruan dajal itu kerana mengetahui bahawa ia hanyalah salah satu makhluk dari makhluk - makhluk Allah kerana ada padanya ‘simat al huduth’ iaitu ciri - ciri baharu iaitu berjisim , beraradh , berada pada pihak tertentu , ada baginya pihak , bertempat , di dalam masa , dan lain - lain.Semoga kita semua tepelihara dari fitnah dajal yang tersebut dan dapat berpegang dengan sekuat – kuatnya akan dalil mukhalafah.Amin Ya Rabbal alamin.Di antara yang dapat mencegah dari fitnah dajjal itu dan semua perkara itu boleh diusahakan ialah :-
i)Berpegang kuat kepada ajaran Al Quran
ii)Mengamalkan sunnah nabi sepanjang hidup
iii)Mengikuti ajaran ulama yang muktabar yang bersih dari sebarang kekeruhan dan pertikaian.
iv)Mempelajari ilmu tauhid bersungguh – sungguh berdasarkan ajaran ulama yang muktabar.
v)mengamalkan membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat atau siangnya.
vi)Mengamalkan doa supaya diselamatkan dari fitnah dajal seperti doa yang diajarkan oleh nabi yang dibaca selepas tahiyat akhir di dalam solat.
vii)Ikhlas dengan Allah dan rasulNya.

No comments:

Post a Comment