Monday, April 19, 2010

MENJAWAB KASSIM AHMAD BAHAGIAN 2

Berkenaan sunnah nabi, para ulama membahagikan sunnah kepada dua iaitu:
a) Sunan al huda(perkara-perkara sunat di dalam ibadat)
b) Sunan al zawaid(perkara –perkara sunat yang berhubung dengan perkara adat seperti cara berpakaian ,cara makan ,cara tidur dan lain-lain.)
Al hasil seperti yang disimpulkan oleh para ulama setelah mengkaji sekian banyak dalil, walaupun sunan al zawaid itu tidak diwajibkan untuk diamalkan namun sesiapa yang ingin mengamalkan dengan niat ittiba’(mencontoh nabi)kerana cinta kepada baginda, tetap akan diberi pahala yang sama ganjarannya seperti seratus kali mati syahid seperti yang disebut di dalam hadis.Tambahan pula kalau kita sudi untuk membuat kajian kita akan dapati yang dikatakan sunan al zawaid itu mempunyai menafaat yang sangat besar di dalam kehidupan manusia dan sesetengahnya dapat dibuktikan menerusi sains.Contohnya,cara
nabi buang air dengan bertinggung di atas kaki kiri dapat mengurangkan risiko penyakit buasir.Nabi menggunakan tangan untuk makan kebaikannya ialah ianya lebih aman daripada jangkitan penyakit berjangkit seperti hepatitis dan lain-lain.Nabi menjilat dan menghisap jari-jari selepas makan, kebaikannya ialah, pada jari-jari manusia rupa-rupanya mengandungi sejenis kimia yang berupa enzim yang dapat membantu menghadamkan makanan.Cara nabi tidur sangat baik untuk jantung dan perjalanan darah.Nabi bersugi dengan kayu arak,kebaikannya ialah, kayu tersebut mengandungi bahan semulajadi yang baik untuk gigi.Pada hari ini pun kayu siwak telah dijadikan salah satu ramuan di dalam sesetengah ubat gigi.Nabi melarang meniup minuman dan makanan kerana udara nafas manusia merupakan udara yang kotor.Nabi tidak makan hati haiwan walaupun halal.Jika kita renungkan,hati merupakan organ penapis dan biasanya mengandungi unsur-unsur yang tidak diperlukan oleh badan.Nabi gemar sos/cuka dalam makanan.Kebaikannya ialah, sos/cuka dapat membantu menghadam makanan.Baginda bersabda, sebaik-baik lauk itu ialah ‘khullah’(sos/cuka),dan seseorang itu tidak boleh dianggap kekurangan lauk selagi ada sos bersamanya.Nabi gemar sayur labu dan pernah mencari-cari labu dalam makanan.Kalau kita menganalisa zat-zat pemakanan daripada sayur labu,kita akan dapati sayur labu kaya dengan khasiat yang jarang terdapat pada sayur-sayur yang lain.Nabi gemar makan sayur, dan bersabda bahawa malaikat berselawat ke atas hidangan yang terdapat padanya sayur.Nabi gemar memakan tembikai dan bersabda ‘muliakanlah tembikai’.Di samping itu menurut kajian, tembikai mempunyai khasiat menambahkan air tukang belakang dan menolong mencuci buah pinggang.Nabi menggalakkan umatnya makan daging dan bersabda ianya adalah ‘tujuh puluh kekuatan’ tetapi menegah daripada memakannya sentiasa kerana menyebabkan keras hati.Di samping itu merbahaya juga untuk kesihatan.Nabi menggalakkan memakan jintan hitam sebagai ubat kerana di dalamnya terdapat ubat segala penyakit melainkan maut.Nabi juga diberi ilmu oleh Tuhan berkenaan khasiat pemakanan yang tertentu.Nabi bersabda makanlah buah zaitun dan berminyaklah dengan minyaknya kerana sesungguhnya ia adalah dari pokok yang diberkati.Minyak zaitun adalah minyak yang terbaik kerana ia mengandungi paras kolestrol yang sangat rendah.Nabi bersabda kalaulah aku hendak mengatakan adanya suatu buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah buahnya(merujuk kepada buah tin),hanya sesungguhnya buah di syurga itu tidak berbiji, sesungguhnya ia dapat menyembuhkan penyakit buasir dan memberi menafaat kepada orang yang sengal kakinya.Nabi bersabda barangsiapa yang menjilat madu tiga hari berturut-turut pada tiap-tiap bulan nescaya dia tidak akan ditimpa penyakit yang serius.Nabi mencicip garam sebelum makan dan bersabda mencicip garam sebelum makan adalah ubat kepada tujuh puluh jenis penyakit.Ini benar kerana garam mampu menseimbangkan elektrolit dalam badan kita.Di samping itu juga garam adalah kaedah semulajadi untuk meneutralkan keracunan dalam badan dan dapat menyembuhkan berbagai penyakit terutamanya dalam mencegah kencing manis di samping garam dapat menghapuskan bakteria dan kerana itulah ia digunakan sebagai bahan pengawet semulajadi. Nabi bersabda sebaik-baik minuman itu susu,kerana di dalamnya terdapat makanan minuman sekali gus.Lihatlah bagaimana baginda menganalisa susu sebagai minuman yang mempunyai khasiat pemakanan yang hampir lengkap.Nabi memerintahkan supaya dicelupkan lalat yang hinggap di dalam minuman kerana di dalam salah satu sayapnya mengandungi ubat yang dapat meneutralkan penyakit yang terdapat di dalam salah satu sayapnya yang lain.Ini telah dibuat kajian di Jerman dan didapati benar kerana di dalam salah satu sayapnya terdapat ‘bakteria baik’yang dapat membunuh bakteria yang membawa penyakit.Nabi tidak menyukai loceng dan berkata malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya loceng.Di samping itu juga, bunyi loceng mempunyai ‘frekuensi’ yang tinggi yang dapat mengganggu gelombang alfa otak manusia yang menyebabkan gangguan ke atas ketenangan jiwa serta menyakitkan dan merosakkan pendengaran.Demikianlah bagi setengah-setengah alat muzik seperti seruling dan sebagainya.Demikian juga nabi tidak menyukai warna-warna yang terang dan menyala.Kalau kita perhatikan warna-warna tersebut mengandungi gelombang(tenaga) yang mengganggu fungsi gelombang alfa otak manusia.Nabi memerintahkan umatnya membuang kuku kerana syaitan tinggal pada kuku yang panjang.Kalau kita perhatikan pada kuku yang panjang itu biasanya terdapat kekotoran dan kuman-kuman yang ianya adalah
‘syaitan dalam bentuk mithal’ kerana seperti mana syaitan hakiki membawa berbagai-bagai penyakit rohani demikian pula syaitan di dalam bentuk mithal iaitu kuman yang menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit jasmani, dan seperkara lagi yang perlu kita sedari ialah, di mana adanya syaitan hakiki, maka di situlah pula adanya syaitan dalam bentuk mithal iaitu kuman.Inilah sebabnya nabi melarang umatnya berlama-lama di dalam tandas sambil mengatakan bahawa tandas itu adalah rumah syaitan.Inilah juga sebabnya nabi menyuruh kita segera membasuh bekas makanan dan jangan ditinggalkan sisa makanan di dalam bekasnya kerana syaitan akan menjilat sisa makanan yang tertinggal di dalam bekas tersebut.Di dalam masa yang sama,syaitan yang di dalam bentuk misal iaitu kuman/bakteria akan menguraikan sisa makanan yang ditinggalkan dan seterusnya akan mendatangkan mudarat kepada manusia dari segi jasmani sementara syaitan hakiki mendatangkan mudarat dari segi rohani setelah mereka mendapat kekuatan dari makanan tersebut.Nabi menggalakkan umatnya berenang dan bersabda ajarlah anak-anak kamu berenang.Di samping itu berenang adalah riadah yang terbaik kerana ia melibatkan hampir kesemua otot-otot badan.Nabi menggalakkan umatnya berkuda dan bersabda tungganglah kuda sesungguhnya ia adalah warisan bapa kamu Ismail.Di samping itu dengan berkuda merupakan latihan yang baik untuk kecerdasan fizikal dan mental.Nabi menggalakkan umatnya memanah dan bersabda sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.Di samping itu memanah dapat menguatkan otot lengan dan melatih mental untuk fokus.Nabi tidak menggalakkan umatnya bermain catur dan bersabda sesiapa yang bermain catur seolah-olah melumurkan tangannya dengan darah dan daging babi.Mengaktifkan otak tanpa disertai kombinasi pergerakan fizikal sangat memudaratkan terhadap kesihatan seseorang dan menyebabkan seseorang itu menjadi malas,kerana dengan yang tersebut itu bererti seseorang itu memprogramkan otaknya cuma untuk berfikir tanpa bergerak dan ini menyebabkan neuron-neuron otak yang bersambung dengan pergerakan anggota badan mati satu demi satu dan seseorang itu akan menjadi lembab dan malas mengikut kadar kematian neuron-neuron tersebut.Nabi menganjurkan umatnya bersederhana dalam pemakanan dan bersabda kami tidak akan ditimpa penyakit selama-lamanya kerana kami hanya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.Hanya orang yang telah bertahun-tahun bergelumang di dalam ilmu perubatan sahaja yang dapat mengeluarkan falsafah perubatan yang sebegitu tinggi seperti ini, namun hanya diungkapkan oleh seorang yang buta huruf seperti baginda.Bahkan petua-petua psikologi baginda tampak mengalahkan sekelian ahli-ahli psikologi di seantero alam ini.Baginda bersabda mahukah aku tunjukkan kamu suatu perkara jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang?Sebarkanlah salam antara kamu.Baginda bersabda berhadiah-hadiahlah kamu nescaya kamu akan berkasih sayang.Baginda bersabda bercakaplah kepada manusia sesuai dengan akalnya.Baginda bersabda tempatkanlah manusia sesuai dengan kedudukannya.Baginda bersabda mudahkanlah dan jangan kamu memayahkan gembirakanlah dan jangan kamu meliarkan.Baginda bersabda jika kamu marah dalam keadaan berdiri, hendaklah kamu duduk, dan jika kamu marah dalam keadaan duduk, hendaklah kamu baring, dan jika kemarahanmu masih kekal, hendaklah kamu berwuduk kerana sesungguhnya marah itu daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air.Teori-teori ekonomi yang dikeluarkan juga bersahaja, tetapi mengkagumkan.Baginda bersabda harta yang baik adalah sesuai untuk orang yang baik.Perkataan seperti ini nampak seolah-olah bersahaja,tetapi jika hendak dihuraikan akan memakan berjilid-jilid buku untuk dihuraikan kerana ia menyentuh soal-soal harta,pengurus harta dan pengurusan.Baginda bersabda dinar dan dirham itu adalah seumpama mohor Tuhan di atas muka bumi, barang siapa yang membawa mohor Tuhannya ke mana dia pergi nescaya segala hajatnya akan ditunaikan.Baginda bersabda tidak akan kecewa orang yang beristikharah,tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dan tidak akan papa orang yang berjimat cermat.Baginda bersabda sembilan persepuluh rezeki adalah datangnya dari perniagaan.Baginda bersabda murah dan mahal itu adalah setengah daripada tentera Tuhan.Apabila Dia berkehendak sesuatu barang itu menjadi mahal, dijadikannya orang ramai suka kepada barang tersebut, dan apabila Dia berkehendak sesuatu barang itu menjadi murah, dijadikannya hati orang ramai tidak suka kepada barang tersebut.Lihatlah bagaimana baginda mengungkapkan sistem pasaran bebas dengan cara yang cukup bersederhana dan menggalakkan sistem tersebut dalam dunia perniagaan daripada sistem-sistem lain, di samping membuat analisa tentang perkaitan antara harga dan permintaan.Masih banyak lagi sabdaan-sabdaan baginda yang begitu jitu yang keluar dari mulut baginda yang mulia yang mengandungi falsafah hidup yang cukup tinggi yang mana kalau hendak diucapkan oleh orang
yang biasa ia akan terpaksa menghabiskan masa bertahun-tahun untuk membuat pengkajian dan penyelidikan tetapi dituturkan oleh baginda dengan cara yang cukup spontan.Berdasarkan kepada semua contoh-contoh di atas nyatalah sunnah nabi itu adalah bersesuaian dengan kebaikan dan fitrah manusia dan tidak mungkin ianya lahir daripada kecenderungan baginda atas sifat nya sebagai manusia biasa melainkan itu semuanya adalah ilham dan wahyu daripada Allah belaka.Ataukah kita ingin memberikan alasan yang lebih tidak logik lagi misalnya bahawa para perawi hadis telah mencipta hadis-hadis tersebut?Siapakah perawi-perawi hadis itu yang dapat mencipta hadis-hadis yang sesuai dengan ilmu pengetahuan moden?Semua persoalan tersebut tidak akan dapat dijawab melainkan kita terpaksa mengakui sesungguhnya hadis adalah benar-benar berasal dari Allah dan dituturkan oleh nabi sendiri dan sesungguhnya perawi-perawi hadis yang muktabar telah mempersembahkannya kepada kita di hari ini secara jujur dan telus.Inilah sebenarnya makna ayat Al Quran yang berbunyi:
لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة
Ertinya:Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu.
Di dalam ayat lain Allah berfirman:
وما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحى
Ertinya:Tidaklah dia (nabi) mengatakan sesuatu daripada hawa nafsunya melainkan semuanya adalah wahyu daripada Allah yang diwahyukan kepadanya.
Dan kerana itulah baginda bersabda:
مَنْ رَغِبَ عَنْ سُنتِيْ فَلَيْسَ مِنِّيْ
Ertinya:Sesiapa yang benci dengan sunnahku maka ia bukan dari kalangan umatku.
Tidak mustahil juga kalau di dalam pemakaian jubah dan serban mempunyai menafaat yang tidak kita ketahui.Kita juga tidak boleh menafikan bahawa tidak semua budaya Arab itu tidak baik.Di samping itu juga bukan semua budaya Arab adalah diamalkan oleh
nabi kerana sepanjang yang kita ketahui banyak budaya Arab yang buruk dan tidak berfaedah yang ditinggalkan oleh baginda, bahkan sesetengahnya diharamkan terus samada menerusi Al Quran mahu pun sunnah.Oleh itu mana-mana budaya Arab yang telah diikrarkan oleh baginda dalam bentuk amalan,maka ia tidak boleh lagi dianggap budaya Arab,sebaliknya ia dikira sebagai budaya nabi dan budaya Islam.Keadaan yang sama akan berlaku jika ditakdirkan nabi berbangsa Melayu.Barangkali nabi akan mengekalkan sikap sopan santun bangsa Melayu dan sebaliknya menggantikan songkok hitam Melayu itu dengan serban Arab misalnya.Tidak ada apa yang hendak dihairankan di dalam hal ini.Sesungguhnya adalah harus hukumnya(secara akli)Nabi itu berbangsa apa sahaja.Yang ditekankan di sini ialah amalan baginda bukan bangsa baginda.Kalau ditanya jika nabi suka makan ketam adakah kita juga sunat makan ketam.Saya jawab ‘ya!’ dengan tanpa syak lagi kerana apabila nabi telah melakukan bermakna perkara itu baik.Jika ada saudara kita yang bertanya adakah ini juga bermakna kita disunnatkan menunggang unta dan diberi pahala kerananya?Saya tetap mengatakan ya! Begitulah menurut kaedah asalnya,dengan syarat kalau kita mampu dan diniatkan sebagai ittiba’.Kalau kita fikir-fikirkan satu-satunya alasan mengapa kita menaiki kereta pada zaman sekarang ialah semata-mata kerana darurat.Jika tidak, maka unta adalah seribu kali lebih baik daripada kereta.Ini ialah kerana unta adalah kenderaan hidup,sementara kereta adalah kenderaan mati.Pendekata apa sahaja yang diamalkan oleh baginda jadilah ia sunnah dan dituntut kita meneladaninya selama tidak ada nas yang menunjukkan bahawa perkara itu adalah khususiah baginda.Salman Al Farisi sewaktu menyampaikan hadis tentang fadilat solat yang dapat menggugurkan dosa-dosa(kecil) kepada Abu Usman telah menggoncangkan sebatang ranting sehingga daun-daun kering yang terdapat padanya gugur lalu menerangkan dia berbuat begitu(menggoncangkan ranting tersebut) kerana Rasulullah sewaktu menyampaikan hadis tersebut telah menggoncangkan sebatang ranting.Abdullah bin Maghfal sewaktu lalu di suatu tempat telah membongkokkan badannya lalu dia menerangkan bahawa di tempat tersebut dahulunya ada sebatang pokok yang mana dahannya rendah dan Rasulullah telah membongkokkan badannya untuk mengelakkan dahan tersebut lalu dia melakukan yang sama untuk mencontohi baginda walaupun pada ketika itu pokok tersebut telah tiada.Demikianlah contoh kelakuan dua orang sahabat yang benar-benar faham apa ertinya sunnah.Dengan sebab itu dua buah kuasa besar Rom dan Farsi tumbang di tangan orang-orang seperti mereka.Tetapi kita di hari ini telah tidak menghargai sunnah seperti yang sepatutnya maka kita dibuli oleh pula orang-orang kafir.Di dalam satu pertempuran tentera Islam telah gagal untuk menewaskan orang-orang kafir lalu mereka menulis surat kepada Khalifah Umar Al Khattab untuk meminta pandangan.Umar telah membalas surat mereka dengan meminta mereka memeriksa barangkali ada di antara sunnah nabi yang telah mereka tinggalkan.Tidak syak lagi meninggalkan sunnah bagi orang Islam samalah seperti membunuh diri.Al Quran tanpa sunnah samalah seperti pahlawan yang berjuang tanpa pedang. (bersambung...)

No comments:

Post a Comment