Sunday, April 18, 2010

MENJAWAB ANAK KENYALANG BAHAGIAN 5

i) Hadis sahih seperti yang terdapat di dalam wasiat Amru bin Al Ash adalah jelas menunjukkan kepada makna talkin kerana Amru di dalam wasiatnya mengatakan, “setelah kalian meratakan tanah di perkuburanku hendaklah kalian berdiri dan menunggu sekedar masa seseorang menyembelih unta dan membahagi-bahagikan dagingnya supaya aku merasa tenteram dengan kehadiran kalian dan mengetahui apa yang akan daku jawabkan kepada utusan Tuhanku”.Ungkapan ‘dan aku mengetahui apa yang akan daku jawabkan kepada utusan Tuhanku’ adalah ataf kepada kalimah hatta yang mana adaatul atafnya adalah ‘wau’ yang bermakna ‘dan’.Oleh itu,percakapan Amru itu memberi faedah kepada yang mendengar bahawa tujuan beliau (Amru)meminta orang yang mengkebumikan jenazahnya untuk berdiri menunggu ialah selain untuk memberi ketenteraman kepadanya,juga supaya beliau mengetahui apakah yang akan dijawabkan terhadap fitnah kubur.Di mana logiknya dengan semata-mata berdiri dan menunggu di perkuburan dapat membantu beliau (Amru) menjawab soalan malaikat di dalam kubur melainkan apa yang dapat difaham dari ungkapan tersebut adalah membawa kepada makna talkin.Jika dikatakan,hadis tersebut tidak semestinya membawa kepada makna talkin,kerana dengan semata-mata ketenteraman sahaja pun akan membolehkan seseorang menjadi yakin kepada diri sendiri dan seterusnya mampu mengatasi kegawatan,maka kita katakan bahawa itu adalah satu kemungkinan,namun bukan demikian yang dimaksudkan Amru kerana perkataan “wa anzura” yang beliau gunakan adalah ataf kepada kalimah “asta’nisa” yang mansub dengan “hatta lil ghayah” yang memberi faedah ta’lil di mana mu’allilnya adalah fi’il amar “aqiimuu”.Jika beliau memaksudkan bahawa dengan menunggu sebentar di perkuburan, akan menjadikan beliau lebih tenteram dan kerana itu beliau akan menjadi yakin untuk menjawab soalan di dalam kubur tentulah beliau akan menggunakan perkataan “fa bi ma’na hatta” sebagai ganti wau ataf selepas perkataan asta’nisa supaya dengan yang demikian dapatlah perkataan anzura menjadi ma’lul kepada perkataan asta’nisa.Jika dikatakan pula bahawa beliau(Amru) memaksudkan kepada orang-orang yang menunggu itu supaya berdoa dan bukannya membaca talkin maka yang demikian tidak perlu menanti sehingga beliau dikebumikan kerana kesan doa dapat terhasil jika didoakan sebelum beliau meninggal dunia lagi dan oleh itu tidak perlu menunggu sehingga pengkebumian.Oleh itu,tersangat terang lagi bersuluh bahawa beliau (Amru) maksudkan dengan permintaannya agar orang yang mengkebumikan jenazahnya supaya menunggu adalah dimaksudkan supaya mereka melakukan sesuatu yang dapat membantunya menjawab fitnah kubur yang bakal dihadapinya.Apakah lagi yang dimaksudkan jikalau tidak talkin?Walaupun di sana perkataan talkin tidak disebutkan secara sarih namun bagi sesiapa sahaja yang biasa dengan pengucapan orang Arab tentu faham apabila seseorang berkata, “sohib ni hatta asta’nisa bi ka wa anzura ma za aruddu ala su-aali fulan” misalnya, adakah dia maksudkan supaya kita mengiringinya semata-mata atau dia meminta kita untuk membantunya memberikan jawapan terhadap soalan-soalan si penanya?Sudah tentu yang zahir daripada siaqul kalam mudah kita memahami bahawa beliau bermaksud supaya kita membantunya dengan memberi jawapan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan!Jika tidak tentu dia akan berkata “sohib ni hatta asta’nisa bika fa anzura ma za aruddu ala su-aali fulan”.Dari sudut rahsia bahasa,sekiranya wau ataf digunakan,itu bermaksud si penutur mahukan si pengiring mengajarnya jawapan terhadap soalan yang dikemukakan, tiada lain.Tetapi jika huruf ‘fa’ digunakan,ianya boleh membawa kepada salah satu daripada dua maksud iaitu samada beliau mahukan si mukhatab mengiringinya sahaja atau mengiringi dan mengajar kedua-duanya sekali.Inilah faktor yang menyebabkan para ulama syafiiah mensunatkan pembacaan talkin selepas pengkebumian.Tetapi faktor ini telah diabaikan oleh sesetengah pihak yang kurang teliti dan cermat di dalam menyemak dalil-dalil agama lalu menyanggah golongan ulama yang mensunnatkannya secara jahil dan membuta tuli dan tanpa usul periksa.Dan adalah dibimbangi dengan tanpa mereka sedari mereka sebenarnya telah menyanggahi sunnah.Inilah bala yang mungkin menimpa ke atas orang yang membelakangkan pandangan ulama.Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim melalui Muhammad bin Muthanna Al Anazi,Abu Maan Arraqasyi dan Ishak bin Mansur ketiga-tiganya daripada Abu Asim daripada Haiwah Ibnu Syuraih daripada Yazid bin Abi Habib daripada Abdul Rahman bin Syammasah dan Ibnu Syammasah ini adalah salah seorang yang hadir pada hari kewafatan Amru bin Al Ash(Rujuk Sahih Muslim Syarah Nawawi Dar Al Ihya Al Turath Al Arabi Jilid 1 Juzuk 2 halaman 136 hingga 138)Ada pun kemauqufan hadis tersebut tidak mendatangkan kecacatan sebagai sumber hukum kerana Amru adalah salah seorang sahabat nabi dan sudah pasti bersifat adil dan mustahil akan berkata-kata sesuatu di dalam perkara agama dengan fikirannya sendiri melainkan sudah pasti beliau mendengar daripada nabi atau mempunyai pengalaman mengikuti talkin bersama-sama nabi.Sebab itulah ulama menjadikan hadis Amru ini sebagai salah satu hadis yang menguatkan hadis-hadis daif tentang talkin sehingga hadis-hadis daif tersebut menjadi hadis hasan li ghairihi.Antara hadis Abu Umamah dan hadis Amru pula,kedua-duanya tidak berdiri sendiri sebagai sumber hukum,sebaliknya yang satu menguatkan yang lain. Tambahan pula tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa apa yang dikatakannya adalah ijtihadnya sendiri seperti misalnya beliau membacakan ayat-ayat Al Quran atau hadis yang bersifat mujmal lalu beliau mengistimbat hukum talkin berdasarkan daripada ayat-ayat tersebut umpamanya.Jika ditakdirkan yang demikian itu merupakan ijtihad beliau sekalipun, maka perkaranya adalah jelas bahawa menuruti ijtihad seseorang sahabat tidak boleh dibangsakan kepada bid’ah seperti yang dituduh oleh Anak Kenyalang dan rakan-rakan sekeliruannya.Bukankah para sahabat itu seumpama bintang di langit sehingga yang mana satu pun dari mereka yang kita ikuti kita akan dapat petunjuk?Khusus bagi Amru pula,beliau bukan sahaja seorang sahabat dengan dalil kias dan sejarah malahan telah diiktiraf oleh Rasulullah sebagai lelaki yang soleh dengan nas hadis.Adakah orang yang seumpama beliau akan mengada-adakan bid’ah?Ada pun komentar Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani tidak perlu diperhatikan kerana beliau hanyalah seorang ulama biasa sahaja dan pandangannya bukanlah satu nas yang perlu diikuti sehingga dapat membatalkan pandangan dan ijtihad ulama-ulama lain.

MENJAWAB ANAK KENYALANG BAHAGIAN 6

No comments:

Post a Comment