Apabila
tidak ditemui sesuatu tafsir dari Al
Quran atau sunnah atau dari sahabat-sahabat nabi maka para ulama ramai yang
merujukkan tafsirannya kepada para tabiin misalnya seperti Mujahid bin Jabbar
kerana sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat alim di dalam ilmu
tafsir.Sepertimana kata Muhammad Ibnu Ishak telah menceritakan kepada kami Aban
bin Saleh daripada Mujahid dia berkata:
عَرَضْتُ الْمُصْحفَ عَلَى ابْنِ عَبَّاسٍ ثَلَاثَ عَرَضَاتٍ مِنْ فَاتِحَةِ إلَى خَاتِمَتِهِ أُوَفِّقُهُ عِنْدَ كُلِّ
آيَةٍ مِنْهُ وَأَسْأَلُهُ عَنْهَا
Ertinya:Aku
membentangkan mushaf (Al Quran) atas Ibnu Abbas sebanyak tiga kali daripada
surah Al Fatihah sehingga surah yang penghabisan dan aku berhenti pada setiap
ayat dan bertanya kepadanya tentang setiap ayat tersebut.
Telah
berkata Ibnu Jarir,telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib ,telah
menceritakan kepada kami Tholaq bin Ghanam daripada Uthman Al Makki daripada
Abi Mulaikah katanya:
Ertinya:Aku
melihat Mujahid bertanya kepada Ibnu Abbas tentang tafsir Al Quran dan dia
membawa bersamanya beberapa papan loh lau berkata Ibnu Abbas kepadanya
“Tulislah!” sehingga dia berkata kepadanya tentang tafsir Al Quran sekeliannya.
Itulah
sebabnya adalah Sufyan Atthauri berkata:
Ertinya:Apabila
datang kepadamu tafsir Al Quran daripada Mujahid maka itu mencukupi bagimu.
Dan seperti
Mujahid juga ramai lagi para mufassirin dari kalangan tabiin seperti Said bin
Jubair,Ikrimah hamba kepada Ibnu Abbas,Atha’ bin Rabah,Al Hasan Al Basri,Masruq
ibnu Al Ajda’,Said bin Al Musayyib,Abu Al A’liah,Arrabi’ bin Anas,Qatadah,Al
Dhahak bin Muzaham dan lain-lainnya dari kalangan tabiin dan tabi’ al tabiin
dan orang-orang selepas mereka.Lalu disebutkan kesemua pendapat mereka tentang
ayat-ayat Al Quran dan terjadilah perbezaan pada lafaznya sehingga orang-orang
yang tidak mengerti menyangka itu adalah perselisihan padahal tidak sedemikian
kerana sebahagian musfassirin tersebut menerangkan sesuatu ayat dengan makna
yang melazimi atau yang serupa dengannya .Sebahagian lagi menunjukkan makna
ayat secara tepat padahal kesemuanya itu merujuk kepada makna yang satu jua
pada kebanyakan tempat.Maka hendaklah orang-orang yang berakal menyedari perkara
ini.Allah jualah yang memberi petunjuk.Menurut Syu’bah bin Al Hajjaj dan lain-lain,perkataan para
tabiin di dalam masalah furuk(cabang) tidak menjadi hujjah maka bagaimana pula
ia menjadi hujjah di bidang tafsir?Hal ini bermaksud perkataan seseorang tabiin
tidak menjadi hujjah ke atas seseorang tabiin yang lain yang berbeza pendapat
dengannya dan inilah pendapat yang sahih.Adapun sekiranya berijmak atas sesuatu
perkara maka tidak diragukan lagi bahawa persepakatan mereka itu menjadi
hujjah.Jika terdapat perbezaan pendapat di kalangan mereka maka perkataan
seseorang tabiin tidak menjadi hujjah ke atas tabiin yang lain atau atas orang
yang selepas mereka dan kembalilah penafsiran tersebut kepada bahasa Arab atau
sunnah atau kaedah-kaedah umum bahasa Arab atau perkataan para sahabat.
Rujukan:
Tafsir Ibnu Kathir
Tanzil net
No comments:
Post a Comment