HALAMAN

Wednesday, February 23, 2011

BENARKAH RASULULLAH MEMERINTAHKAN PENYIKSAAN KE ATAS KINANAH IBN RABI'?

Tentang isu penyiksaan ke atas Kinana ibnu Rabi’ yang sering dijaja oleh musuh-musuh Islam utk memojokkan agama islam ianya tidak mendatangkan kesan sedikit pun ke atas agama Islam.Ibaratnya seperti perbuatan memukul angin atau menembak dengan peluru kosong.Buktinya,orang-orang termasuk dari kalangan intelektual bertali arus memeluk Islam.Apakah mereka tidak mengetahui kisah ini?Mereka mengetahui bahkan karena mereka mengetahuilah mereka tetap memeluk Islam karena mereka mengetahui kisah tersebut adalah palsu.Sumber kepada riwayat tersebut adalah tidak sah bukan karena sumbernya lemah,tetapi karena memang karena tidak ada sumbernya!Kadang-kadang saya terfikir juga bisa bisa nya orang kristian mempercayai cerita yang seperti ini.Tapi bila dipikir-pikirkan ianya memang tidak mengherankan karena orang-orang kristian memang telah terbiasa menerima satu satu cerita tanpa menganalisa dengan lebih mendalam.Buktinya,mereka sih masih tetap mau mempercayai Bible walaupun ianya ditulis tanpa sanad (tidak diketahui penulisnya) di dalam keadaan kitab tersebut sarat memuatkan kisah kisah dongeng dan bermacam pertentangan yang tidak masuk akal.
Di sini tokoh yang diperdebatkan adalah Kinana Ibnu Rabi’ suami kepada Safiah anak kepada ketua suku Yahudi Bani Nadir yaitu Huyyai ibnu Akhtab.Allamah Shibli Nu’mani menulis di dalam kitabnya Sirat-un-Nabi juzuk 2 ms 106 mengatakan bahawa selepas Banu Nadir meninggalkan Madinah dan membuat penempatan dan bertinggal tetap di Khaibar mereka telah berusaha utk mengadakan konspirasi besar-besaran menetang Islam.Pemimpin –pemimpin mereka yaitu Sallam Ibn Abi Al Huquaiq,Huyyai Ibn Akhtab,Kinana Al Rabi(Ingat ya!Kinanah Ibn Rabi’ inilah yang sedang kita bahaskan) dan lain-lain telah datang ke Mekah utk menemui orang-orang Quraish dan memberitahu mereka tentang perlunya Islam itu dihapuskan.Jadi awal-awal lagi sudah menunujukkan bahawa Kinana adalah seorang penjenayah perang dan telah ikut serta mencetuskan peperangan Khandaq(perperangan parit) yang berlaku kelak yang mana Negara Islam madinah telah diserbu oleh ketumbukan seramai 10,000 tentera Musyrikin yang dipimpin oleh Abu Sufyan hasil dari hasutan orang-orang Yahudi tersebut yang termasuklah Kinanah Ibn Rabi’.
"Semasa menggambarkan pertempuran Khaibar, para penulis sejarah telah melakukan kesalahan serius dalam melaporkan laporan yang sama sekali tak berdasar, yang akhirnya telah menjadi pandangan umum Dikatakan bahawa Nabi Telah memberikan keamanan untuk orang Yahudi dengan syarat bahawa mereka tidak akan menyembunyikan apa pun. Ketika Kinana Ibnu Rabi 'menolak untuk memberikan petunjuk apapun kepada harta yang tersembunyi, Nabi memerintahkan Zubair untuk mengadopsi tindakan tegas untuk memaksa suatu pendedahan. Zubair menyelar dadanya dengan batu panas. Akhirnya ia memerintahkan Kinana untuk dihukum mati dan semua orang Yahudi menjadi budak.Kisah ini palsu samasekali.

Yang benarnya, Kinana memang dihukum mati tetapi bukan karena dia tidak menunjukkan hartanya yang disembunyikan bahkan karena dia telah membunuh Mahmud Ibn Maslamah saudara kepada Muhammad Ibn Maslamah. Tabari melaporkan dalam kata-kata yang jelas: "Kemudian Nabi memberikan Kinana kepada Muhammad bin Maslama (Muslima)," dan ia membunuhnya sebagai balasan atas pembunuhan saudaranya sendiri, Mahmud Ibn Maslama (Muslima).

Pada laporan selanjutnya, baik yang ditulis oleh Tabari atau Ibnu Hisyam adalah bersumber dari Ibnu Ishaq, tetapi Ibnu Ishaq tidak menyebut sebarang nama apapun tentang siapakah yang menceritakan kepadanya kisah tersebut yaitu kisah Kinana diselar dengan besi panas.Ahli-ahli hadis dalam buku-buku mereka berkenaan Rijal(para perawi atau periwayat), secara jelas menyatakan bahawa Ibnu Ishaq sebenarnya telah meminjam dari cerita orang Yahudi tentang pertempuran Khaibar tersebut. Karena Ibnu Ishaq tidak menyebut nama orang yang meriwayatkan kepadanya tentang kisah tersebut, maka sangat besar kemungkinan bahawa kisah tersebut diambil dari orang Yahudi sendiri yang direka untuk memfitnah nabi Muhammad dan agama Islam.

Monday, February 21, 2011

6) KATA KAMI DALAM AL QURAN

Mengapa Allah berfirman di dalam Al Quran kadang-kadang membahasakan diriNya dengan gantinama diri seorang (Aku) dan kadang-kadang dengan gantinama diri ramai (Kami).Adakah Allah itu satu atau banyak?
Allah subhanahu wataala terkadang membahasakan diriNya dengan lafaz jamak untuk menunjukkan keagungan.Atau untuk menunjukkan bahawa Dia melakukan sesuatu dengan menggunakan asbab makhluk –makhluk tertentu yang diciptakan untuk menjadi pegawai-pegawaiNya dan seumpama malaikat itu seperti malaikat Jibril yang ditugaskan menurunkan wahyu kepada para rasul.Misalnya firman Allah:
{إِ
نَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُون} [الحجر:9]
Ertinya:Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran itu dan sesungguhnya Kamilah yang akan memeliharanya.(Al Hijir:9).Di sini Allah menggunakan gantinama kami untuk menunjukkan keterlibatan pihak ketiga yang dijadikan asbab turunnya wahyu Al Quran iaitu malaikat Jibril.Bagi menghampirkan kepada kefahaman dapatlah dimisalkan jika seorang pakar bedah berkata “saya telah melakukan pembedahan itu..” kemudian dikali yang lain dia berkata “Kami telah melakukan pembendahan itu..” nescaya kedua-dua katanya itu benar kerana perkataannya yang pertama itu dimaksudkan kepada dirinya seorang sementara perkataan yang kedua itu dimaksudkan kepada dirinya dan doktor-doktor lain yang menjadi pembantunya.Adapun Allah subhanahu wataala itu sendiri tidak berhajat kepada sebarang pembantu.Hanya yang dimaksudkan adalah asbab-asbab yang dipakai Allah sesuai dengan sunnahnya yang berlaku di alam ini yang mana Allah subhanahu wataala mengadatkan setiap yang terjadi itu dengan asbab makhluk yang tertentu yang melakukan sesuatu dengan keizinan daripadaNya.Adapun pada tempat bagi menyatakan tauhid secara khusus Allah subhanahu wataala menggunakan gantinama mufrad(tunggal) iaitu “Aku” bagi menunjukkan keesaanNya kerana masalah tauhid berkehendak kepada penjelasan yang berterus terang sehingga tidak terjadi sebarang kekeliruan ke atas seseorang pun dari kalangan manusia.Misalnya firman Allah subhanahu wataala:

{
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا} [طه:14]
Ertinya:Akulah Allah tidak ada Tuhan selain Aku (Taha:14).

Thursday, February 10, 2011

MENGAPA KITA BERMAZHAB.

Terdapat seruan sejak akhir-akhir in supaya umat Islam tidak terikat hanya kepada satu-satu mazhab,sebaliknya hendaklah memilih dan mengamalkan pendapat yang terkuat dari kalangan semua mazhab.Mereka juga mendakwa bahawa beriltizam hanya kepada satu satu mazhab merupakan suatu sikap yang menunjukkan pelakunya adalah seorang yang taksub mazhab.Bagi saya taksub mazhab ialah seseorang yang menyalahkan mazhab lain dan menganggap mazhabnya sahaja yang betul.Seseorang yang hanya beriltizam kepada satu-satu mazhab yang tertentu tidak semestinya dia menganggap mazhab orang lain itu salah.Jadi tidak ada relevannya tuduhan yang mengatakan orang yang beriltizam itu mempunyai sikap taksub mazhab?Kita jangan menyangka mazhab-mazhab fekah dalam Islam itu sama seperti sekte-sekte dalam agama-agama yang lain seperti sekte-sekte Keristian,Yahudi,Budha dan lain-lain.Punca lahirnya sekte-sekte tersebut adalah ‘kekeliruan’ dan ini menyebabkan terdapatnya sekte-sekte yang salah samada sebilangan atau semua sedangkan punca lahirnya mazhab-mazhab fekah dalam Islam adalah ‘kefahaman’.Ini bererti kesemua mazhab fekah yang di dalam lingkungan ahli sunnah adalah benar belaka dan empat mazhab yang wujud di dalam lingkungan ahli sunnah memberi erti kepada kita bahawa terdapat empat kefahaman yang muktabar dalam mengaplikasikan nas-nas agama dan jika terdapat perbezaan di dalam aspek-aspek yang tertentu maka ianya adalah ikhtilaf yang mengandungi rahmat bukan bererti sebahagiannya salah atau lemah.Oleh itu tidak timbul soal ada mazhab yang lemah atau yang kuat atau betul dan salah.Dan kita semestinyalah membezakannya dengan ‘tafriq’ yang membawa azab.Kita juga mesti sedar dengan bersungguh-sungguh bahawa imam-imam Hanafi,Maliki,Syafii dan Hanbali bukanlah pencipta kepada mazhab-mazhab yang mereka anuti,tetapi hanyalah peng ‘istimbat’ kepada kaedah-kaedah yang sememangnya telah wujud di dalam Al Quran dan sunnah.Hakikatnya ‘rahsia’ empat mazhab memang telah wujud di dalam Al Quran dan sunnah dan telah pun diamalkan oleh para sahabat dan tabiin samada secara langsung mahupun tidak,cuma pengamalannya belum lagi teratur dan belum dibukukan.Para imam mujtahid yang tersebutlah yang mengaturkannya dan membukukannya secara sistematik lalu dinisbatkan mazhab-mazhab yang mereka persetujui itu kepada nama-nama mereka walaupun dalam masa yang sama pada hakikatnya mazhab yang mereka anuti itu adalah kesinambungan dari mazhab sahabat dan tabiin sebelumnya.Oleh itu kesemua mazhab yang empat adalah berdasarkan kepada Al Quran dan sunnah malahan merupakan kesinambungan dari mazhab sahabat yang diakui nabi.
Para sahabat semuanya adalah ahli-ahli ilmu yang layak untuk mengeluarkan fatwa sekurang-kurangnya untuk diri sendiri tanpa perlu mereka bertaklid kepada orang lain dengan dalil keadaan mereka itu yang telah mendapat keampunan dan keredaan dari Allah dengan umum ayat Al Quran di samping kelebihan dan keberkatan yang mereka perolehi hasil pergaulan mereka dengan baginda saw.Dengan sebab itu ulama-ulama usul menegaskan perkataan seorang sahabi tidak menjadi hujjah ke atas sahabi yang lain memandang mereka sekeliannya sama-sama mujtahid.Akan tetapi ada beberapa orang dari mereka yang terdiri dari sahabat-sahabat besar di mana fatwa mereka adalah diutamakan dan lebih afdal dari yang lain.Misalnya,Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “ikutilah sunnahku dan sunnah khulafa al rasyidin selepasku..”Baginda juga bersabda mengingatkan sahabat-sahabatnya yang lain, “ikutilah dua orang ini(merujuk kepada Abu Bakar dan Umar) di saat aku telah tiada bersama kalian.”Baginda juga mengisyaratkan Ali ra sebagai pintu ilmu.Baginda bersabda yang bermaksud “barangsiapa yang ingin membaca Al Quran seperti mana ia telah diturunkan kepada aku hendaklah ia mencontohi bacaan Ibnu Mas’ud” dan di dalam riwayat yang lain “Ubai bin Kaab”.Baginda juga mengingatkan sahabat-sahabat lain yang hidup pada waktu itu bahawa apa yang dikatakan oleh Abdullah bin Mas’ud hendaklah kalian benarkan.Baginda bersabda yang bermaksud “Zaid (bin Thabit) adalah orang yang paling alim dari kalangan kamu di dalam ilmu faraid”.Baginda juga mendoakan Abdullah ibnu Abbas supaya diberi kefahaman dalam agama dan kefahaman di dalam takwil.Baginda memuji Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan ke Yaman iaitu Muaz bin Jabal dalam memahami usul-usul fatwa.Demikianlah para sahabat akhirnya telah berpecah kepada beberapa mazhab sesama mereka seperti mazhab Ibnu Mas’ud,mazhab Ibnu Abbas,mazhab Sayidina Ali,mazhab Ubai bin Kaab,mazhab Abu Hurairah,mazhab Zaid bin Thabit,mazhab Muaz bin Jabal dan lain-lain.Maka Rasulullah saw bersabda:
ا
لله لا تسبوا أ صحابي فإنهم كالنجوم في السماء أيهم إقتديتم إنهديتم
Allah,jangan kalian mencaci sahabat-sahabatku,maka sesungguhnya mereka seumpama bintang-bintang di langit yang manapun kalian ikuti nescaya kalian akan mendapat petunjuk.
Rasulullah juga telah menyebut sebagai (tanbihat) kepada jenerasi akan datang kemunculan ulama-ulama selepas sahabat untuk diikuti kerana mereka adalah pewaris-pewaris sunnah baginda yang mulia dan pewaris ilmu para sahabat iaitulah Imam mazhab yang empat.Imam Abu Hanifah misalnya,maka dialah yang disebut oleh Rasulullah sebagai ‘lelaki Farsi yang mampu mencapai ilmu walaupun letaknya di bintang Thuraya’.Imam Malik dirujuk oleh Rasulullah sebagai ‘alim Madinah’ yang sesiapa yang hidup pada zaman itu tidak akan menemukan orang yang lebih alim dari beliau.Imam Syafii dirujuk oleh Rasulullah sebagai ‘alim Quraisy’ yang bakal lahir yang memenuhkan alam ini dengan ilmunya.Ada pun Imam Ahmad,memadailah beliau murid dan sahabat akrab Imam Syafii yang ilmu dan fatwanya tidak jauh berbeza daripada Imam Syafii.Tidak ketinggalan Rasulullah saw meramalkan datangnya seorang pembela Islam dan mengatakan “mereka adalah kaum(anak cucu) orang ini” sambil menunjukkan kepada Abu Musa Al Asy’ari sebagai isyarat kepada keimaman Abu Al Hassan Al Asy’ari ikutan di dalam akidah.Tujuan Rasulullah menyatakan ini semua adalah sebagai tanbih kepada umat Islam jenerasi selepas baginda termasuklah kita semua di hari ini supaya beriltizam dengan keempat-empat imam mazhab tersebut.
Sekarang timbul satu soalan.Mengapa seseorang itu dimestikan melazimi hanya kepada satu-satu mazhab yang tertentu sahaja dan tidak dibenarkan melompat-lompat mazhab kalaulah kesemuanya benar dan mengikut sunnah?Jawabnya seperti berikut:
Manusia adalah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu mujtahid dan muqallid.Seorang mujtahid adalah wajib baginya berijtihad dan jika ijtihadnya betul maka baginya dua(saham) kebajikan dan jika ijtihadnya salah maka baginya satu saham kebajikan.Ini bermakna,jika dia tersalah di dalam berijtihad maka kesalahannya diampunkan oleh Allah kerana ijtihad yang dilakukan itu dibuat di dalam keadaan dia layak untuk itu.Ada pun muqallid haram atasnya melakukan ijtihad sendiri. Bertanya serta mengikuti mana-mana mujtahid adalah fardu atas dirinya dengan dalil Al Quran yang berbunyi:
فاسئلوا اهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Ertinya:Maka bertanyalah kepada ahli-ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui.
Jika dia berijtihad sendiri di dalam keadaan dia tidak layak berbuat demikian nescaya dia akan termasuk di dalam hadis Rasulullah saw yang berbunyi:
من فسر القرءان برأيه فليتبوأ مقعده في النار
Ertinya barangsiapa yang mentafsirkan Al Quran dengan fikirannya maka hendaklah dia menempah tempatnya di dalam neraka.
Di antara adab - adab seorang muqallid itu dia hendaklah beriltizam dengan mazhab yang ia ikuti.Misalnya orang yang bermazhab Syafii hendaklah ia beriltizam dengan mazhab Syafii.Sebagai seorang muqallid dia tidak mempunyai hujjah di hadapan Allah di akhirat kelak untuk mempertahankan dirinya.Dia hanya mengharapkan syafaat dari orang yang benarnya mendapat dua pahala dan tersalahnya mendapat satu pahala.Inilah yang dimaksudkan dengan syafaat para ulama sepertimana bunyi hadis:
يشفع يوم القيامة الأنبياء ثم العلماء ثم الشهداء
Termasuk di dalam syafaat ulama itu ialah syafaat yang diberikan ke atas orang-orang yang mengikuti mazhab mereka dan kemudiannya ada tersalah di dalam sesetengah fatwa mereka yang tentunya tidak disengajakan.
Dari sini timbul pula satu persoalan.Jika kesemua mazhab itu benar,mengapa pula kita tidak boleh berpindah-pindah mazhab?Maka di sinilah kita mesti benar-benar faham apa itu mazhab.Tetapi malangnya persoalan yang begitu penting ini sering diabaikan oleh kaum muda yang begitu sembrono dan bernafsu di dalam menyeru umat Islam supaya kononnya ‘memilih pendapat terkuat’dari mana-mana mazhab!Secara ‘simple’nya,mazhab bererti metod dan di dalam konteks perbincangan kita,mazhab bererti metod dalam pengistimbatan hukum.Metod yang digunakan oleh Imam Hanafi disebut mazhab Hanafi.Metod yang digunakan oleh Imam Malik disebut mazhab Maliki.Metod yang digunakan oleh Imam Syafii dipanggil mazhab Syafii dan metod yang digunakan oleh Imam Ahmad dinamakan mazhab Hanbali.Secara dasarnya keempat-empat mazhab bersepakat tentang empat dasar hukum Islam iaitu Al Quran,sunnah,ijmak dan qias.Keempat-empat dasar ini disebut usul dan usul-usul inilah yang membezakan antara mazhab ahli sunnah dengan mazhab-mazhab yang lain.Setiap mazhab dalam lingkungan ahli sunnah pula mempunyai kaedah dan prinsip yang berbeza di dalam memahami usul dan perbezaan di dalam kaedah itulah membawa kepada perbezaan dalam hukum-hakam atau furuk.Jumlah furuk ini pula adalah tersangat banyak dan tidak terbatas namun ia tetap berasal dari salah satu usul yang kita sebutkan.Di sinilah ramai dari kita yang tersilap memahamkan bahawa perbezaan mazhab adalah perbezaan furuk padahal perbezaan mazhab adalah perbezaan kaedah di dalam memahami usul yang mana perbezaan kaedah di dalam memahami usul itulah yang seterusnya membawa kepada perbezaan di dalan furuk.Sebagai contoh,Imam Al Syafii memfatwakan batal wuduk bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang halal nikah kerana berdasarkan ayat Al Quran:
.......أو لامستم النساء......
Di mana di dalam ayat di atas dinyatakan bahawa di antara perkara-perkara yang membatalkan wuduk itu ialah menyentuh perempuan yang halal nikah.Tetapi Hanafiah tidak beranggapan demikian kerana mereka mengertikan perkataan ‘laamasa’ di dalam ayat di atas dengan erti ‘bersetubuh’.Syafi’iah menjawab bahawa erti ‘laamasa’ dengan makna bersetubuh itu majazi bukan hakiki sedangkan telah maklum bahawa makna hakiki itu hendaklah didahulukan daripada makna majazi kecualilah kalau ada qarinah yang menghendakki supaya dipalingkan maknanya kepada makna yang majazi.Di sini Hanafiah mengemukakan hadis Aisyah sebagai qarinah yang mana Rasulullah saw pernah memegang kaki Sayiditina Aisyah sewaktu bersolat lalu baginda meneruskan solat.Tetapi Syafi’iah menjawab bahawa hadis tersebut mengandungi ‘ihtimal’(kebarangkalian) kerana di dalam hadis tersebut tidak dinyatakan adakah semasa Rasulullah saw menyentuh itu di dalam keadaan berlapik atau tidak.Barangkali semasa Rasulullah saw menyentuh kaki Aisyah, baginda menyentuhnya di dalam keadaan berlapik.Oleh kerana hadis tersebut mengandungi ihtimal maka ianya belum cukup kuat untuk dijadikan qarinah bagi mengatasi pengertian ayat Al Quran di atas.Hanafiah juga mengemukakan hadis yang diriwayatkan oleh Abi Daud dan Nasaai yang menyatakan Rasulullah saw pernah mencium salah seorang isteri baginda lalu baginda bersolat tanpa berwuduk.Dijawab oleh Syafi’iah,bahawa hadis tersebut mursal dan telah maklum bahawa Imam Al Syafii tidak berhujjah dengan hadis mursal kecuali mursal Hasan Al Basri dan mursal Said ibnu Al Musayib.Jadi nyatalah kedua-dua mazhab tersebut adalah benar kerana kedua-duanya mempunyai alasan dan prinsip yang tersendiri di dalam mengistimbat hukum dan asal khilaf keduanya terletak kepada penggunaan hadis mursal.Siapakah di kalangan kita yang berani mengatakan mazhab Syafii lebih kuat daripada mazhab Hanafi atau sebaliknya.Sekiranya seorang Syafii hendak mengamalkan mazhab Hanafi di dalam masalah di atas,maka dia juga wajib meraikan semua furuk masalah yang diasaskan berdasarkan hadis mursal.Jika tidak amalannya batal di sisi dua imam.Misalnya seperti batal wuduk disebabkan tertawa yang nyata suara,wajib mengkadhak puasa sunnat yang batal dengan sengaja,batal jual beli jika si pembeli muflis atau mati sebelum pembayaran dan sebagainya.Dengan sebab itulah kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya melompat-lompat mazhab.Mengamalkan mana-mana mazhab adalah harus dengan syarat iltizam tetapi adalah satu kesalahan jika kita merojakkan mazhab kerana ia akan membawa kepada terbatalnya kebanyakan hukum Islam.
Cubalah para pembaca bayangkan misalnya seorang yang malas bersolat lalu dia mengamalkan mazhab Syafii serta hanya bersolat lima waktu sahaja dan meninggalkan solat ratibah dan solat witir kerana kerana katanya kedua-duanya tidak wajib di sisi Imam Syafii.Semasa bersolat pula dia menoleh ke kiri dan ke kanan dan kadang-kadang menyisir-nyisir rambutnya dengan pergerakan yang melebihi tiga kali berturut-turut kerana katanya tidak batal solat menurut fatwa Imam Hanbali.Begitu juga di dalam bab wuduk dia hanya menyapu sedikit rambut kerana katanya itulah had yang wajib di sisi Imam Syafii.Kemudian dia menyentuh isterinya dengan tidak perlu mengambil wuduk semula dengan alasan ianya diharuskan oleh Imam Abu Hanifah.Kemudian katakanlah dia minat melukis lalu dia pun berpegang pula kepada mazhab Maliki yang mengharuskan gambar-gambar yang bernyawa.Barangkali dia meminati sukan renang maka berseluar dalamlah dia di kolam renang kerana kononnya ada qaul dalam mazhab Maliki yang memfatwakan bahawa aurat lelaki itu hanyalah kemaluan depan dan kemaluan belakang.Dia juga mungkin tidak segan-segan menggunakan dan menyentuh produk dari bahan babi kerana katanya yang demikian diharuskan dalam mazhab Maliki.Sesekali dia teringin untuk menjamah daging anjing lalu dia pun bertaklidlah kepada qaul yang mengharuskan memakan daging anjing dari kalangan mazhab Maliki.Cubalah bayangkan apakah yang akan terjadi kepada agama orang itu.Dia akan menjadi zindik yang tak beragama sama sekali.Adakah ini yang kita inginkan berlaku di dalam masyarakat Islam?Walaupun nanti kita berkata bahawa bukan itu maksud kita di dalam mengharuskan melompat mazhab,tetapi sedarkah kita bahawa samada kita suka atau tidak sesungguhnya kitalah yang membuka pintu yang membolehkan perbuatan melompat mazhab itu disalah gunakan.Lebih-lebih lagi agama Islam di sepanjang sejarahnya sentiasa sahaja terdedah kepada musuh-musuh yang sentiasa mempunyai agenda-agenda jahat di dalam usaha untuk merosakkan ajarannya dan memporak perandakan kehidupan para penganutnya.Di dalam kebanyakan hal pula, ‘pendapat yang terkuat’ di kalangan ulama sebenarnya mengandungi takrif yang sangat subjektif dan hampir-hampir dapat dikatakan tidak ada satu pun piawai yang benar-benar dapat dipegangi untuk mengukur bahawa pendapat si anu itu kuat dan pendapat si fulan itu pula lemah.Di dalam masa yang sama kita juga sependapat bahawa imam-imam mazhab dan juga imam-imam di dalam sesebuah mazhab itu semuanya tidaklah maksum dan kemungkinan untuk mereka tersilap tetap ada,namun prinsip agama adalah jelas bahawa kesilapan para imam mujtahid adalah lebih baik dari benarnya orang-orang yang jahil.Ini ialah kerana kesilapan para mujtahid tetap diganjari pahala sedangkan benarnya orang yang jahil itu satu kesalahan.Salahnya terletak kepada keberaniannya mengeluarkan pendapat padahal dia tidak mempunyai kelayakan untuk itu.Al hasil yang dapat kita simpulkan adalah kesemua mazhab tersebut sama-sama kuat dan kesemuanya berdasarkan kepada Al Quran dan sunnah.Perbuatan merajihkan samada sesuatu mazhab itu betul atau salah pada dasarnya tidak menjadi satu kesalahan jika dilakukan dengan niat untuk ilmu dan perbandingan.Itu pun hendaklah dilakukan oleh orang yang benar-benar berwibawa dengan disertai kefahaman bahawa pentarjihan yang dilakukan itu bukanlah satu hujjah mutlak ke atas mazhab yang dirajihkannya dan adalah satu perkara yang tidak terpuji jika dilakukan dengan niat memaksa dan mempengaruhi orang awam supaya meninggalkan atau merojakkan mazhabnya di dalam juzuk-juzuk masalah kerana ia bakal menjuruskan kepada kerosakan yang tidak dapat kita bayangkan kesannya nanti.Faedah pentarjihan itu adalah untuk memudahkan seseorang membuat pilihan samada mahu beramal dengan sesuatu mazhab itu secara keseluruhan atau meninggalkannya secara keseluruhan bukannya menjadikan sesuatu mazhab sebagai mangsa cantas,tampal dan sunting oleh sebilangan manusia yang berkemungkinan besarnya tidak bertanggung jawab.
Golongan yang pro kepada ajaran lompat-melompat di dalam mazhab ini sering tersalah atau menyalahgunakan akan maksud kata-kata Imam Al Syafii yang masyhur yang mengatakan bahawa apabila pendapat beliau bertentangan dengan hadis yang sahih maka hendaklah dilontarkan (dibuang) pendapat beliau itu dan hendaklah dipegang hadis yang sahih tersebut.Saya katakan,benar Imam Al Syafii berkata demikian,tetapi kita mesti bertanya kepada diri kita sendiri dahulu,bahawa kata-kata beliau itu ditujukan kepada siapa?Kata-kata beliau itu bukan ditujukan kepada kita-kita ini semua.Kata-kata itu ditujukan kepada ashaab beliau seperti Imam Buwaiti,Imam Ahmad dan lain-lain serta kepada ulama-ulama mujtahid dalam lingkungan mazhabnya seperti Imam Nawawi,Imam Ghazali,Syeikh Ibnu Hajar,Imam Al Sayuti dan lain-lain.Adalah tidak masuk akal jika kita menyangka Imam Al Syafii meminta kita semua yang sesetengahnya Al Quran pun tidak hafal kecuali beberapa potong ayat,hadis empat puluh pun tidak hafal melainkan satu dua hadis itu pun dengan ditinggalkan sanadnya,Bahasa Arab pun tidak master belum lagi dikira penguasaan terhadap ilmu-ilmu alat untuk ijtihad yang sememangnya bersimpang siur,tiba-tiba hendak menyemak dan merajihkan pendapat beliau seenaknya.Semoga Allah memelihara kita dari ego dan hawa nafsu yang tersembunyi dan menganugerahkan kita sepenuh-penuh penghormatan dan ketaatan kepada para ulama pewaris nabi dan menyelamatkan kita dari tipu daya syaitan yang licik….Amin ya Rabbal alamin.
Akhirul kalam sebelum saya menutup tulisan ini saya suka menyeru kepada seluruh umat Islam samada yang ulama mahu pun di kalangan orang awam supaya sentiasa beriltizam dengan mazhab masing-masing dan janganlah terpedaya dengan seruan-seruan golongan yang menganjurkan lompat-melompat di dalam mazhab walaupun yang menganjurkannya itu bertaraf seorang Tantawi atau Qardhawi atau Zidani,kerana walau pun mereka itu lebih ilmunya daripada kita namun belum cukup mujtahid untuk merajihkan pendapat para ulama mujtahid.Sekian wassalam.

Tuesday, February 8, 2011

5) ALLAH TIDAK PERNAH TIADA HINGGA PERLU KEPADA YANG MENJADIKAN

Kalian orang-orang Islam percaya bahawa segala sesuatu itu dijadikan oleh Allah maka siapakah yang menjadikan Allah?

Persoalan ini bukan saja timbul dari orang-orang yang kafir saja bahkan kadang-kadang syaitan mendatangkan was-was yang seperti itu ke atas orang-orang yang beriman juga.Jika datang was-was seperti itu kita tidak perlu gusar asal saja kita tidak redha dengan was-was tersebut dan hendaklah kita ketahui bahawasanya itu hanya was-was syaitan semata.Mintalah perlindungan Allah daripada syaitan tersebut.Adalah syaitan itu tidak mendatangkan was-was ke atas orang yang memang telah kafir kerana orang-orang kafir itu memang telah menjadi kuda tunggangannya maka tidak perlu dia mendatangkan was-was ke atas mereka.Adapun orang-orang yang beriman itulah yang menyusahkan syaitan,Sebab itulah syaitan sentiasa mendatangkan was-was ke atas orang-orang yang beriman dan menimbulkan syak wasangka orang-orang yang beriman terhadap Allah dan agama Islam dengan harapan dapat membujuk orang-orang yang beriman itu kepada kesesatan.Sabda Rasulullah sal lallahu alaihi wasallam:
: ((إن الشيطان يأتى أحدكم فيقول: من خلَقَ السماء؟ فيقول الله, فيقول: من خلَقَ الأرض؟ فيقول: الله, فيقول: من خلَقَ الله؟ فإذا وجد ذلك أحدكم فليقل: آمنتُ باللهِ ورسولهِ)) [صحيح الجامع:1656
Ertinya:Syaitan akan mendatangi seseorang lalu membisikkan:Siapakah yang menjadikan langit?Jika dijawab Allah maka syaitan akan berkata lagi:Siapakah yang menjadika bumi?Jika dijawab Allah maka syaitan akan berkata lagi:Siapakah yang menjadikan Allah?Jika seseorang mendapati akan yang demikian itu maka hendaklah dia berkata:Aku beriman dengan Allah dan RasulNya.(Sahihul Jami’:1656)
Sabda Rasulullah saw di dalam hadis yang lain:
((إن الشيطان يأتى أحدكم فيقول: من خلَقَ السماء؟ فيقول: الله, فيقول: من خلَقَ الأرض؟ فيقول: الله, فيقول: من خلَقَ الله؟ فإذا وجد ذلك أحدكم فليقل: آمنتُ باللهِ ورسولهِ)) [صحيح الجامع:1656] وقال: ((يوشكُ الناس يتساءلون حتى يقول قائلهم: هذا الله خلَق الخلْق فمن خَلَقَ الله؟ فإذا قالوا ذلك فقولوا {اللَّهُ أَحَدٌ{1} اللَّهُ الصَّمَدُ{2} لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ{3} وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ} ثم لِيَتْفُل عن يسارهِ ثلاثاً, وليستعذ من الشيطان))
[صحيح الجامع:8182
]
Ertinya:Hampir-hampir(Besar kemungkinan) manusia saling bertanya-tanya sehingga seseorang akan berkata Allah itulah yang menjadikan makhluk, tetapi siapa pula yang menjadikan Allah?Apabila manusia mulai berkata demikian maka hendaklah kalian katakan:
{اللَّهُ أَحَدٌ{1} اللَّهُ الصَّمَدُ{2} لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ{3} وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ}
Ertinya:Katakanlah Allah itu esa.Allah jua tempat dipohonkan segala hajat.Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan.Dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya.
Kemudian hendaklah dia meludah ke pihak kirinya tiga kali dan berlindunglah daripada syaitan (dengan mengucap tawwuz yakni auu zubillaahi minassyaithaanirrajiim)-Sahihul Jami’:8182.
Beberapa sahabat telah datang kepada Rasulullah sal lallaahu a’laihi wasallam dan berkata:Sesungguhnya kami telah mendapati di dalam diri kamii sesuatu(yang berupa was-was) yang sangat membimbangkan kami dan sangat takut untuk mengucapkannya.Rasulullah sal lallahu a’laihi wasallam bertanya pula:Benarkah kalian mendapatinya di dalam diri kalian?Mereka menjawab:Ya.Lantas baginda bersabda:Yang demkian itu adalah keimanan yang nyata.(Sahih Muslim).

Bukannya maksud hadis tersebut bahawa was-was itu keimanan yang nyata.Bahkan barangsiapa yang tidak menganggap was-was itu sebagai sesuatu yang tidak baik,dan redha dengannya(was-was) itu maka berarti dia seorang munafik yang menyembunyikan kekufuran dan menyatakan diri sebagai orang yang beriman.Wal I’yaa zubillaah!Sikap yang seperti itu akan dipertanyakan nanti di akherat.Firman Allah :
: {يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ{9} فَمَا لَهُ مِن قُوَّةٍ وَلَا نَاصِرٍ} [الطارق:9-10]
Ertinya:Pada hari yang dibukakan segala rahsia(hari kiamat).Maka tiadalah baginya sebarang kekuatan dan pertolongan.(Surah Atthaariq 9-10)
(Termasuk juga dalam rahsia yang akan dibukakan pada hari kiamat itu ialah perasaan was-was yang dibenarkan oleh hati seseorang sehingga bertukar menjadi syak.)Firman Allah lagi:
{أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِي الْقُبُورِ{9} وَحُصِّلَ مَا فِي الصُّدُورِ{10} إِنَّ رَبَّهُم بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّخَبِيرٌ} [العاديات:9-11]
Ertinya:Apakah manusia itu tidak mengetahui apa yang akan berlaku apabila dikeluarkan semua yang di dalam kubur.Dan dikeluarkan apa yang tersirat di dalam dada.Sesungguhnya Tuhanmu pada hari ini sangat mengetahui akan keadaan mereka(hamba-hambanya).(Al A’diat 9-11).
Adapun yang dimaksudkan oleh nabi sebagai keimanan yang nyata di dalam hadis di atas adalah tidak lain perasaan benci dan takut terhadap was-was yang timbul serta tidak membenarkannya dan tidak berani untuk mengucapkannya.Itulah yang disifatkan sebagai keimanan yang nyata.Ini berbeda dengan orang yang kafir kerana mereka memperkatakannya terang-terangan tanpa perasaan takut kepada Allah Taala.
Di sini kami ingin mengatakan jika ditakdirkan ada yang menjadikan Allah nescaya orang-orang yang kafir itu akan terus bertanya siapa pula yang menjadikan dia yang menjadikan Allah itu?Dan pertanyaan ini tidak akan habis sehingga tiada kesudahan.Maka tidak boleh tidak seorang yang berakal akan sampai kepada kesimpulan akan wujudnya pencipta yang tidak diciptakan oleh sesiapa pun.Dialah Yang Maha Awwal(tidak ada permulaan bagi wujudNya) dan tidak ada sesuatu pun sebelumNya dan Dia itu pada iktikad kami adalah Allah subhaanahuu wa ta’aalaa yang menciptakan segala sesuatu.Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya.Wallahu a’lam.

Saturday, February 5, 2011

4)NAMA ALLAH MENJADI DALIL ATAS WUJUD ALLAH

Bagaimana kalian menetapkan lafaz Al Jalalah(Allah) itu menjadi dalil atas wujud Allah?

Jawab:Tidak ada penamaan melainkan setelah wujud yang dinamakan.Kita menyebut ‘matahari’ misalnya kerana adanya matahari itu.Demikian juga bulan,gunung,lautan dan seterusnya.Pernahkah anda mendengar nama bagi sesuatu yang tidak wujud?Sebagai contoh, adakah nama televisyen itu ada sebelum televisyen itu sendiri ada?Begitu juga dengan nama Allah.Adanya nama Allah itu membuktikan bahawa Allah itu ada.Di dalam tiap-tiap bahasa di dunia ini terdapat perkataan atau nama yang merujuk kepada Allah dan nama tersebut dimuliakan secara fitrah.Kekefuran itu sendiri adalah dalil adanya keimanan.Kerana makna kufur itu ialah ‘menutupi’.Apakah yang ditutupi?Adakah yang ditutupi itu suatu yang tidak wujud?Bahkan Allah itulah pencipta sekelian yang ada.Dan adalah lafaz aljalalah itu sendiri bukanlah satu-satunya dalil akan wujud Allah itu bahkan ianya adalah dalil atas kebenaran nabi Muhammad sal lallahu alaihiwasallam.Firman Allah subhanahu wataala:

هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيّاً} [مريم:65]ö
Ertinya:… Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?(Maryam:65)

Tidak yang namanya sama seperti nama Allah dan adalah nama Allah itu merupakan tanda/alamat bagi zat yang selayaknya disembah yang maha esa tidak ada sekutu bagiNya.Kami mencabar seluruh dunia untuk menunjukkan siapakah di antara makhluk yang dinamakan dengan nama Allah.Bahkan kami mencabar adakah sesiapa yang berani meletakkan atau memakikan nama Allah kepada mana-mana makhluk.Wallahu a’lam.

Friday, February 4, 2011

3)ADAKAH ALAM INI ADA SECARA KEBETULAN?MENGAPA KITA TIDAK DIIZINKAN MELIHAT ALLAH DI DUNIA?

Kami (non muslim) mengatakan Sesungguhnya alam ini terjadi secara kebetulan dengan tidak dirancang akibat dari letusan alam semesta yang hebat secara tabiat bukan bukan dengan kuasa Tuhan.Kami juga tidak akan sekali-kali beriman kepada Tuhan itu melainkan kami telah menyaksikanNya secara fizikal.Sedangkan Allah yang kalian percayai itu tidak dapat disaksikan secara fizikal.Kalau benar Allah itu ada mengapa Dia tidak menampakkan diriNya kepada kita?

Jawab:Pertanyaan di atas adalah pertanyaan yang muncul dari orang yang tidak berakal.Adakah dapat wujud sesuatu di dalam alam ini tanpa ada yang mewujudkan?Adakah kebetulan dengan tidak dirancang dapat mengatur sebuah system yang tetap dan konsisten?Kalaulah alam ini tersistem secara tabii maka siapkah yang menciptakan komponen-komponennya?Firman Allah swt:
{أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُون} [الطور:35]
Ertinya:Atau adakah mereka terjadi dari tanpa sesuatu atau adakah mereka yang menjadikan?
Kalaulah seseorang menceritakan kepada anda bahawa dia melihat sebuah kapal yang penuh dengan barang-barang yang berharga terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang membuatnya dan kapal itu belayar dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan tanpa ada yang mengemudinya …adakah anda akan mempercayainya?Kalaulah sebuah mangkuk kaca yang besar dicampakkan sehingga pecah berderai adakah daripadanya dapat tercipta sebuah gelas yang lebih kecil?

Kalaulah ditumpahkan berbagai-bagai jenis cat warna di atas sekeping kanvas lukisan secara rawak bolehkah menjadi sebuah lukisan pemandangan yang cantik?Jadi fikirkanlah kejadian alam ini yang berjalan tiap-tiap sesuatu daripadanya secara teratur dan bersistematik yang sekiranya sedikit saja terganggu nescaya punahlah segala kehidupan.Firman Allah swt:
{إِ
نَّ اللَّهَ يُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ أَن تَزُولَا وَلَئِن زَالَتَا إِنْ أَمْسَكَهُمَا مِنْ أَحَدٍ مِّن بَعْدِهِ إِنَّهُ كَانَ حَلِيماً غَفُوراً} [فاطر:41]
Ertinya: Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun lagi Maha Pengampun” Al-Fathir:41
Fikirkan juga jika ditakdirkan anda mengembara seorang diri di tengah-tengah padang pasir yang tandus dan kering kontang dan tidak berpenghuni,kemudian anda tidur sebentar untuk berehat.Apabila anda terjaga dalam keadaan lapar yang amat sangat dengan tidak semena-mena sudah sedia terhidang makanan dan minuman yang lazat-lazat di hadapan anda tanpa anda tahu dari mana datangnya.Adakah anda akan memakan makanan tersebut sebelum anda bertanya kepada diri anda sendiri dari mana makanan itu datang?


Maka bagaimanakah dengan alam ini sekeliannya yang telah tersedia di hadapanmu sebelum anda dilahirkan lagi yang terdiri daripada mataharinya dan bulannya dan bintangnya..buminya dan langitnya dan seterusnya.Tiap-tiap sesuatu daripadanya mempunyai system dan peraturan yang tetap dan konsisten.Adakah system dan peraturan ini terjadi secara kebetulan dengan tidak dirancang?Tentang melihat Allah keterangannya adalah seperti berikut.Kita tahu elektrik itu ada.Tapi adakah kita pernah melihatnya?Pergilah ke mana saja yang terdapat lampu yang menyala atau penyaman udara yang berfungsi atau kipas yang berpusing.Jika ada orang yang berkata , “Adakah elektrik itu wujud?”Apakah agaknya akan dikatakan pada orang tersebut?Nescaya mereka akan mengatakan “Anda ini gilakah?Anda tidak nampakkah lampu yang menyala itu dan kipas yang berpusing itu?”Dia mungkin akan bertanya dari mana datangnya elektrik itu?Jika dikatakan elektrik itu datang dari arus yang mengalir melalui wayar yang dibungkus pembalut dia mungkin akan membuka pembalut wayar tersebut untuk melihat sendiri.Tetapi adakah dia dapat melihat elektirk tersebut?Kalau dia meletakkan tangannya pada arus yang mengalir itu apa yang akan terjadi kepadanya?
Kita mengetahui bahawa penggunaan perkakas-perkakas elektronik merupakan suatu revolusi dalam bidang sains yang menggemparkan yang belum pernah terjadi sebelumnya termasuklah kemajuan di dalam dunia satelit dan pengkomputeran serta perhubungan telefon dan internet dan lain-lain lagi.Tapi adakah kita dapat melihat tenaga elektrik itu?Adakah kita melihat yang namanya gravity bumi?Adakah kita juga melihat yang namanya kuasa magnet?Adakah kita juga melihat sinar x atau laser atau gelombang bunyi?Bukankah kita mengetahui adanya semua perkara yang tersebut itu hanya dengan berdasarkan kepada bekas dan kesan yang ditunjukkan sahaja?Seorang badwi sederhana yang buta huruf yang tidak bersekolah dan tidak pernah memanjat tangga-tangga universiti dan mendengar dari syarahan-syarahan dari professor sekalipun mengetahui hanya dengan fitrah sihatnya bahawa tahi unta itu adalah bukti adanya unta,dan bekas tapak kaki itu adalah bukti adanya kaki yang memijak.Fikirkanlah bagaimana dengan langit yang dihiasi bintang-bintang,bumi yang bergunung-ganang,bintang-bintang yang berkelipan,lautan yang bergelombang tidakkah itu semua menunjukkan adanya pencipta Yang maha teliti lagi bijaksana?Mahasuci Allah yang berfirman:
لا تدركه الأبصار وهو يدرك الأبصار وهو اللطيف الخبير [الأنعام:103]
Ertinya: Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dialah yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.
Sabda Rasulullah sal lallahualaihi wasallam:
((إن الله تعالى لا ينام, ولا ينبغى له أن ينام, يخفضُ القسطَ ويرفعه, ويُرفَعُ إليه عمل الليل قبل عمل النهار, وعمل النهار قبل عمل الليل, حجابه النور, لو كشفه لأحرقت سُبُحات وجههِ ما انتهى إليه بصره من خلقهِ)) [صحيح مسلم]
Ertinya:Sesungguhnya Allah itu tidak tidur dan tidak seyogianya Allah itu tidur.Dia meletakkan neraca keadilan dan mengangkatnya.Diangkat kepadaNya amalan pada waktu malam sebelum amalan pada waktu siang dan amalan waktu siang sebelum amalan waktu malam.DindingNya nur(cahaya).Jika tersingkap nescaya membakarlah sinaran wajahNya akan segala makhluk yang memandangNya.(Sahih Muslim).Di dalam riwayat yang lain dinyatakan dindingNya api.
Adalah nabi Musa alaihissalam tatkala memohon untuk melihat Allah Azza wajalla maka Allah berfirman kepadanya:
: {
لَن تَرَانِي وَلَـكِنِ انظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكّاً وَخَرَّ موسَى صَعِقاً} [الأعراف:143
Ertinya:Engkau tidak akan dapat melihat Aku.Tetapi lihatlah kepada gunung itu sekiranya ia tetap pada kedudukannya engkau akan dapat melihat aku.Dan apabila Allah menampakkan kebesaranNya kepada gunung tersebut gunung itu pun menjadi samarata dengan bumi maka Musa pun tersungkur pengsan.(Surah Al A’raaf:143)
Kalian menuntut untuk melihat Allah.Kalaulah kalian diizinkan melihat Allah maka di manakah letaknya ujian keimanan itu?Adalah beriman kepada yang ghaib itu merupakan tulang belakang keimanan bagi orang-orang mukmin.Kalaulah semua perkara dapat dilihat dan disaksikan apa faedahnya beriman?Pernahkah anda mendengar seseorang mengatakan aku beriman dengan adanya matahari dan bulan?Atau aku beriman dengan datangnya siang dan malam?

Sesungguhnya melihat Allah subhanahu wataala itu merupakan nikmat yang paling agung di syurga nanti.Adakah menasabah kalau nikmat yang sebesar itu dikongsi oleh semua manusia termasuklah orang-orang jahat,orang-orang kafir dan orang-orang fasik?Firman Allah di dalam Al Quran:
{كَلَّا إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ} [المطففين:15
Ertinya:Tidak sekali-kali!Sesungguhnya mereka(orang-orang kafir itu)akan terhalang daripada melihat Tuhan mereka.(Surah Al Muthaffifin:15)
Sesungguhnya nikmat melihat Allah itu hanya terbatas kepada ahli-ahli syurga.Mereka akan merasakan nikmat tersebut berkadar dengan kedudukan mereka di syurga nanti.Darjat yang paling tinggi ialah mereka yang dapat melihat Allah pada waktu pagi dan petang.Firman Allah :
{وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ{22} إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ} [القيامة:22-23]
Ertinya:Muka-muka(orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri.Mereka melihat kepada Tuhan mereka.(Surah Al Qiamah:22-23).
Wahai Allah!Kurniakanlah kami nikmat melihat wajahMu yang mulia.Dan anugerahilah kami kerinduan untuk bertemu denganMu di dalam keadaan tidak ada bahaya yang membahayakan,tidak ada fitnah yang menyesatkan.Ya Allah,hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami pemberi petunjuk yang mendapat petunjuk.Perkenankanlah Ya Allah.Wallahu a’lam.


2)ADAKAH TUHAN SELAIN ALLAH DI ALAM YANG LAIN PULA.?

Kalian kaum muslimin mengatakan kalaulah ada Tuhan selain Allah nescaya akan rosaklah peraturan alam ini.Adakah tidak berkemungkinan bahawa di sana tuhan-tuhan selain Allah dan mempunyai alam ciptaan masing-masing selain daripada alam ciptaan Tuhan kalian?

Jawab:Allah swt telah berfirman di dalam kitabNya yang mulia:
{اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ} [الزمر:62
Ertinya:Allah itulah yang menciptakan segala sesuatu.
Ini bererti jika ada alam yang lain selain daripada alam kita ini ianya termasuk juga dalam ertikata sesuatu.Tidak ada satu ‘tuhan’ pun yang mengemukakan bantahan ke atasNya dengan mengatakan “Engkau tidak meciptakan tiap-tiap sesuatu tapi Engkau meciptakan alam yang lain dan aku menciptakan alam yang lain”.Tidak ada.Oleh itu sabitlah tidak ada Tuhan selain Allah.

MUQADDIMAH MENJAWAB SYUBHAT.

Agama Islam telah dihadapkan dengan berbagai serangan dan tohmahan di berbagai laman web khususnya di laman-laman web yang mendakyahkan agama kristian.Jadi melalui blog ini saya merasakan sangat perlu untuk menjawab semua tohmahan-tohmahan tersebut demi untuk memelihara akidah Islam yang suci ini daripada dicemari dengan tuduhan-tuduhan palsu yang tidak berasas.Sebenarnya telah banyak juga laman-laman web Muslim yang telah mengambil inisiatif bagi usaha yang murni ini dan alhamdulillah kesemua kesemua jawapan yang diberikan adalah bagus-bagus belaka.Usaha saya ini hanyalah sekedar menambah dan membanyakkan lagi usaha-usaha yang telah sedia ada.Semua yang saya tuliskan ini saya ambil dan saya terjemahkan dari http://islamdefence.wordpress.com/.
Bagi saudara-saudara yang berminat membaca karya aslinya di dalam bahasa Arab bolehlah terus ke sana sahaja.Di samping itu juga saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan teguran yang membina dari sesiapa sahaja mudah-mudahan segala usaha kita semua sekelian diberkati Allah.Amin Ya Rabbal alamin.

Syubhat 1 :Ada Tuhan selain Allah.
Kalian kaum muslimin beriktikad sesungguhnya Tidak ada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah.Tidakkah berkemungkinan adanya tuhan-tuhan yg lain?

Jawab:Allah Subhanahu wa taala telah menyaksikan sesungguhnya Dialah Tuhan yang tidak ada Tuhan selain dari diriNya,dan sesungguhnya Dialah pencipta segala sesuatu.Pernahkah anda mendengar di dalam sejarah sesiapa yang mengaku bahawa dialah pencipta langit dan bumi?Tidak ada bukan?Maka itu bererti memang tidak ada Tuhan selain Allah.Inil samalah seperti seseorang yg mengakui memilikki sebidang tanah dan dipahatkan namanya di atas tanah tersebut dan tidak seorang pun menyangkal pemilikannya itu selama berpuluh-puluh tahun,maka itu berarti bahawa tanah tersebut memang benar miliknya.Atau pun jika kita menemui dompet yg berisi wang kemudian kita mengumumkan agar tuannya mengambil dompetnya kembali.Tiba-tiba datanglah seseorang mengakui bahawa itu adalah dompetnya sambil dia menyatakan ciri-ciri dan rupa dompet tersebut dengan tepat kemudian tidak ada seorang pun yang membantahnya bukankah itu menunjukkan memang benarlah dia pemilik dompet tersebut?Jikalaulah memang ada Tuhan selain Allah pasti tuhan itu akan membantah pemilikan Allah atas alam ini.
Jika dikatakan Tuhan itu tidak mengetahui maka yang demikian itu adalah perkara mustahil kerana yang namanya Tuhan itu pasti mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.Jika dikatakan Tuhan itu takut maka yang demikian juga mustahil kerana tidak mungkin Tuhan itu bersifat takut.Jika dia takut bererti dia bukan Tuhan.Firman Allah
{قُل لَّوْ كَانَ مَعَهُ آلِهَةٌ كَمَا يَقُولُونَ إِذاً لاَّبْتَغَوْاْ إِلَى ذِي الْعَرْشِ سَبِيلاً{42} سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوّاً كَبِيراً} [الإسراء:42-43]
Ertinya:Katakanlah!Kalaulah ada Tuhan selain Allah nescaya tuhan-tuhan tersebut akan mencari jalan kepada Allah yang memilikki arasy(42)Maha suci Ia lagi Maha Tinggi daripada apa yang mereka katakana dengan ketinggian yang agung.