HALAMAN

Friday, February 4, 2011

MUQADDIMAH MENJAWAB SYUBHAT.

Agama Islam telah dihadapkan dengan berbagai serangan dan tohmahan di berbagai laman web khususnya di laman-laman web yang mendakyahkan agama kristian.Jadi melalui blog ini saya merasakan sangat perlu untuk menjawab semua tohmahan-tohmahan tersebut demi untuk memelihara akidah Islam yang suci ini daripada dicemari dengan tuduhan-tuduhan palsu yang tidak berasas.Sebenarnya telah banyak juga laman-laman web Muslim yang telah mengambil inisiatif bagi usaha yang murni ini dan alhamdulillah kesemua kesemua jawapan yang diberikan adalah bagus-bagus belaka.Usaha saya ini hanyalah sekedar menambah dan membanyakkan lagi usaha-usaha yang telah sedia ada.Semua yang saya tuliskan ini saya ambil dan saya terjemahkan dari http://islamdefence.wordpress.com/.
Bagi saudara-saudara yang berminat membaca karya aslinya di dalam bahasa Arab bolehlah terus ke sana sahaja.Di samping itu juga saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan teguran yang membina dari sesiapa sahaja mudah-mudahan segala usaha kita semua sekelian diberkati Allah.Amin Ya Rabbal alamin.

Syubhat 1 :Ada Tuhan selain Allah.
Kalian kaum muslimin beriktikad sesungguhnya Tidak ada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah.Tidakkah berkemungkinan adanya tuhan-tuhan yg lain?

Jawab:Allah Subhanahu wa taala telah menyaksikan sesungguhnya Dialah Tuhan yang tidak ada Tuhan selain dari diriNya,dan sesungguhnya Dialah pencipta segala sesuatu.Pernahkah anda mendengar di dalam sejarah sesiapa yang mengaku bahawa dialah pencipta langit dan bumi?Tidak ada bukan?Maka itu bererti memang tidak ada Tuhan selain Allah.Inil samalah seperti seseorang yg mengakui memilikki sebidang tanah dan dipahatkan namanya di atas tanah tersebut dan tidak seorang pun menyangkal pemilikannya itu selama berpuluh-puluh tahun,maka itu berarti bahawa tanah tersebut memang benar miliknya.Atau pun jika kita menemui dompet yg berisi wang kemudian kita mengumumkan agar tuannya mengambil dompetnya kembali.Tiba-tiba datanglah seseorang mengakui bahawa itu adalah dompetnya sambil dia menyatakan ciri-ciri dan rupa dompet tersebut dengan tepat kemudian tidak ada seorang pun yang membantahnya bukankah itu menunjukkan memang benarlah dia pemilik dompet tersebut?Jikalaulah memang ada Tuhan selain Allah pasti tuhan itu akan membantah pemilikan Allah atas alam ini.
Jika dikatakan Tuhan itu tidak mengetahui maka yang demikian itu adalah perkara mustahil kerana yang namanya Tuhan itu pasti mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.Jika dikatakan Tuhan itu takut maka yang demikian juga mustahil kerana tidak mungkin Tuhan itu bersifat takut.Jika dia takut bererti dia bukan Tuhan.Firman Allah
{قُل لَّوْ كَانَ مَعَهُ آلِهَةٌ كَمَا يَقُولُونَ إِذاً لاَّبْتَغَوْاْ إِلَى ذِي الْعَرْشِ سَبِيلاً{42} سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوّاً كَبِيراً} [الإسراء:42-43]
Ertinya:Katakanlah!Kalaulah ada Tuhan selain Allah nescaya tuhan-tuhan tersebut akan mencari jalan kepada Allah yang memilikki arasy(42)Maha suci Ia lagi Maha Tinggi daripada apa yang mereka katakana dengan ketinggian yang agung.

No comments:

Post a Comment