HALAMAN

Monday, February 21, 2011

6) KATA KAMI DALAM AL QURAN

Mengapa Allah berfirman di dalam Al Quran kadang-kadang membahasakan diriNya dengan gantinama diri seorang (Aku) dan kadang-kadang dengan gantinama diri ramai (Kami).Adakah Allah itu satu atau banyak?
Allah subhanahu wataala terkadang membahasakan diriNya dengan lafaz jamak untuk menunjukkan keagungan.Atau untuk menunjukkan bahawa Dia melakukan sesuatu dengan menggunakan asbab makhluk –makhluk tertentu yang diciptakan untuk menjadi pegawai-pegawaiNya dan seumpama malaikat itu seperti malaikat Jibril yang ditugaskan menurunkan wahyu kepada para rasul.Misalnya firman Allah:
{إِ
نَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُون} [الحجر:9]
Ertinya:Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran itu dan sesungguhnya Kamilah yang akan memeliharanya.(Al Hijir:9).Di sini Allah menggunakan gantinama kami untuk menunjukkan keterlibatan pihak ketiga yang dijadikan asbab turunnya wahyu Al Quran iaitu malaikat Jibril.Bagi menghampirkan kepada kefahaman dapatlah dimisalkan jika seorang pakar bedah berkata “saya telah melakukan pembedahan itu..” kemudian dikali yang lain dia berkata “Kami telah melakukan pembendahan itu..” nescaya kedua-dua katanya itu benar kerana perkataannya yang pertama itu dimaksudkan kepada dirinya seorang sementara perkataan yang kedua itu dimaksudkan kepada dirinya dan doktor-doktor lain yang menjadi pembantunya.Adapun Allah subhanahu wataala itu sendiri tidak berhajat kepada sebarang pembantu.Hanya yang dimaksudkan adalah asbab-asbab yang dipakai Allah sesuai dengan sunnahnya yang berlaku di alam ini yang mana Allah subhanahu wataala mengadatkan setiap yang terjadi itu dengan asbab makhluk yang tertentu yang melakukan sesuatu dengan keizinan daripadaNya.Adapun pada tempat bagi menyatakan tauhid secara khusus Allah subhanahu wataala menggunakan gantinama mufrad(tunggal) iaitu “Aku” bagi menunjukkan keesaanNya kerana masalah tauhid berkehendak kepada penjelasan yang berterus terang sehingga tidak terjadi sebarang kekeliruan ke atas seseorang pun dari kalangan manusia.Misalnya firman Allah subhanahu wataala:

{
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا} [طه:14]
Ertinya:Akulah Allah tidak ada Tuhan selain Aku (Taha:14).

No comments:

Post a Comment