Bagaimana kalian menetapkan lafaz Al Jalalah(Allah) itu menjadi dalil atas wujud Allah?
Jawab:Tidak ada penamaan melainkan setelah wujud yang dinamakan.Kita menyebut ‘matahari’ misalnya kerana adanya matahari itu.Demikian juga bulan,gunung,lautan dan seterusnya.Pernahkah anda mendengar nama bagi sesuatu yang tidak wujud?Sebagai contoh, adakah nama televisyen itu ada sebelum televisyen itu sendiri ada?Begitu juga dengan nama Allah.Adanya nama Allah itu membuktikan bahawa Allah itu ada.Di dalam tiap-tiap bahasa di dunia ini terdapat perkataan atau nama yang merujuk kepada Allah dan nama tersebut dimuliakan secara fitrah.Kekefuran itu sendiri adalah dalil adanya keimanan.Kerana makna kufur itu ialah ‘menutupi’.Apakah yang ditutupi?Adakah yang ditutupi itu suatu yang tidak wujud?Bahkan Allah itulah pencipta sekelian yang ada.Dan adalah lafaz aljalalah itu sendiri bukanlah satu-satunya dalil akan wujud Allah itu bahkan ianya adalah dalil atas kebenaran nabi Muhammad sal lallahu alaihiwasallam.Firman Allah subhanahu wataala:
هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيّاً} [مريم:65]ö
Ertinya:… Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?(Maryam:65)
Tidak yang namanya sama seperti nama Allah dan adalah nama Allah itu merupakan tanda/alamat bagi zat yang selayaknya disembah yang maha esa tidak ada sekutu bagiNya.Kami mencabar seluruh dunia untuk menunjukkan siapakah di antara makhluk yang dinamakan dengan nama Allah.Bahkan kami mencabar adakah sesiapa yang berani meletakkan atau memakikan nama Allah kepada mana-mana makhluk.Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment