Jika seseorang
bertanya apakah sebaik-baik tafsir itu?Maka jawapannya adalah sebaik-baik jalan
di dalam mentafsirkan itu adalah Al Quran sendiri yang mentafsirkan Al
Quran.Maka sebarang ayat Al Quran yang mujmal (bersifat umum) hendaklah dicari
maknanya di dalam ayat Al Quran yang lain.Jika tidak ditemui maka hendaklah
dirujuk kepada sunnah kerana sunnah adalah penjelas kepada Al Quran.Berkata Al
Imam Abu Abdillah Muhammad bin Idris As Syafii rahimahullahu taala “Setiap yang
dihukumkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam maka itu adalah hasil
kefahaman baginda daripada Al Quran” Firman Allah Taala:
Ertinya:Sesungguhnya
Kami telah menurunkan kepadamu sebuah kitab dengan sebenar-benarnya supaya
engkau menghukum di antara manusia berdasarkan kepada apa yang telah
diperlihatkan Allah bagimu dan janganlah engkau menjadi pembela kepada
orang-orang yang khianat (An Nisaa:105)
Firman Allah
lagi:
Ertinya:Dan
tidaklah Kami menurunkan ke atasmu kitab Al Quran itu melainkan supaya engkau
menjelaskan kepada mereka tentang perkara yang mereka perselisihkan di dalamnya
dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman (An Nahl:64)
Firman Allah
lagi:
Ertinya:Dan
Kami telah menurunkan kepadamu Al Quran ini supaya engkau memberi penjelasan
kepada mereka apa-apa yang diturunkan kepada mereka dan mudah-mudahan mereka
memikirkan (An Nahl :44)
Berhubung
dengan perkara inilah maka itulah sebabnya Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam bersabda:
Ertinya:Ketahuilah
sesungguhnya aku telah diberikan Al Quran dan yang seumpamanya bersertanya.
Baginda
maksudkan adalah Assunnah.Adalah Assunnah itu juga telah diturunkan ke atas
baginda dengan cara wahyu sepertimana diturunkan Al Quran.Bezanya hanyalah
Assunnah tidak dibaca sebagai ibadat sepertimana kita membaca Al Quran.Imam As
Syafii rahimahullahu taala dan lain-lain imam telah mengemukakan banyak dalil
yang menunjukkan yang demikian itu dan bukan tempatnya untuk kami bahaskan di
sini.
Maksud dari
semuanya itu hendaklah engkau mencari tafsiran Al Quran itu daripada Al Quran
sendiri dan sekiranya tidak diperolehi maka hendaklah dicari di dalam
Assunnah.Sepertimana sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam kepada Muaz
ketika baginda mengutusnya ke Yaman.
Ertinya:Dengan
apa engkau menghukum?Jawabnya dengan Kitab Allah (Al Quran).Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam jika engkau tidak menemui?Muaz menjawab: dengan
sunnah Rasulullah.Rasulullah bersabda:Jika engkau tidak menemui?Muaz menjawab:
Aku akan berijtihad dengan fikiranku.Perawi berkata:Maka Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam menepuk dada Muaz seraya bersabda:Segala pujian bagi Allah yang
telah memberi taufik kepada utusan Rasulullah dengan sesuatu yang diredai oleh
Rasululllah.
Hadis ini
terdapat di dalam catatan kitab-kitab musnad dan kitab-kitab sunan dengan sanad
yang jayyid sepertimana yang dinyatakan pada tempatnya.Apabila kita tidak
menemukan tafsiran di dalam Al Quran dan Assunnah,maka hendaklah kita merujuk
kepada perkataan para sahabat kerana mereka lebih mengetahui tentang tafsir Al
Quran disebabkan mereka menyaksikan sendiri sesuatu sebab dan hal ehwal yang
tertentu bagi sesuatu ayat Al Quran.Dan lagi kerana mereka juga mempunyai
kefahaman yang sempurna dan ilmu yang sahih serta amal yang saleh terutama para
ulama di kalangan mereka seperti para khalifah yang empat iaitu khulafa’
Arrasyidin serta Abdullah bin Mas’ud radhiallahu anhum.Berkata Al Imam Abu
Ja’far bin Jarir:Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib ,telah menceritakan
kepada kami Jabir bin Nuh,telah menceritakan kepada kami Al A’masy daripada Abi
Ad Dhuha daripada Masruq telah berkata Abdullah ibnu Mas’ud:
Ertinya:Demi
Tuhan yang tidak ada ilah selainNya tidaklah turun suatu ayat daripada
Kitabullah melainkan aku ketahui tentang berkenaan siapa ianya diturunkan dan
di mana ianya diturunkan.Dan seandainya aku mengetahui ada orang yang lebih
mengetahui tentang Kitabullah daripadaku yang aku boleh pergi kepadanya nescaya
aku pergi kepadanya.
...bersambung...
Rujukan:
1)Tafsir Ibnu Kathir
...bersambung...
2)http://tanzil.net/
No comments:
Post a Comment