Thursday, July 24, 2014

MUQADDIMAH TAFSIR IBNU KATHIR

-->

Segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah yang memulakan kitabNya dengan lafaz puji-pujian
1)Di dalam surah Al Fatihah ayat 2:
الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢
Ertinya:Segala puji-pujian bagi  Allah Tuhan yang mencipta sekelian alam.
2)Di dalam surah Al Kahfi ayat 1:
الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا ۜ ﴿١
Segala puji-pujian bagi Allah yang telah menurunkan ke atas hambaNya sebuah kitab dan tidak menjadikan di dalam kitab tersebut sebarang kebengkokan.
Allah Taala juga memulakan penciptaan dengan lafaz pujian.Ini adalah sebagaimana firmanNya yang berbunyi:
الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ ﴿١
Ertinya:Segala puji-pujian bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan kegelapan dan cahaya kemudian orang –orang kafir itu menyeleweng dari jalan Tuhan mereka(Surah Al An’aam:1)
Dan Allah mengakhiri penciptaan dengan lafaz pujian sepertimana firmanNya setelah masuknya ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka:
وَتَرَى الْمَلَائِكَةَ حَافِّينَ مِنْ حَوْلِ الْعَرْشِ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ ۖ وَقُضِيَ بَيْنَهُم بِالْحَقِّ وَقِيلَ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٧٥
Ertinya:Dan engkau melihat para malaikat meliputi sekeliling arasy mensucikan dengan memuji Tuhan mereka dan dihukum di antara mereka itu dengan sebenarnya dan dikatakan:Segala pujian itu adalah bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam.(Azzumar:75)

Kerana itulah Allah berfirman:
وَهُوَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَىٰ وَالْآخِرَةِ ۖ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ﴿٧٠
Ertinya :Dan Dialah Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia.BagiNyalah segala pujian pada permulaan dan akhir dan bagiNyalah segala hukum dan kepadaNyalah kalian semua akan dikembalikan(Al Qasas:70)

Pada frasa “BagiNyalah segala pujian pada permulaan dan akhir..”  bermaksud bagiNyalah segala pujian atas segala ciptaanNya samada yang telah diciptakan ataupun yang akan diciptakan sepertimana salah satu bacaan dalam solat yang berbunyi:
اللهم ربنا لك الحمد ملء السماوات والارض وملء ما شئت من شيء بعد
Ertinya :Ya Allah wahai Tuhan kami bagiMu lah segala pujian sepenuh-penuh langit dan sepenuh-sepenuh bumi dan sepenuh-penuh apa saja yang Engkau kehendakki daripada segala sesuatu selepasnya.
Dan dari kerana itu jugalah diilhamkan ke atas penghuni-penghuni syurga untuk membaca tasbih dan tahmid sepertimana mereka diilhamkan untuk bernafas.Yakni mereka bertasbih dan bertahmid sebanyak bilangan nafas mereka , setelah melihat besarnya nikmat-nikmat Allah dan betapa sempurnanya kekuasaan Allah dan kerajaanNya dan pertolonganNya yang berterusan dan ihsanNya yang berkekalan ke atas mereka seperti firmanNya:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ يَهْدِيهِمْ رَبُّهُم بِإِيمَانِهِمْ ۖ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ ﴿٩
Ertinya:Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh Tuhan mereka memberi petunjuk kepada mereka dengan sebab keimanan mereka dan mengalir di bawah mereka sungai-sungai di dalam syurga –syurga yang penuh dengan kenikmatan.Doa mereka di dalamnya adalah “Maha suci Engkau ya Allah” dan ucapan alu-aluan mereka pula adalah “salam” dan akhir doa mereka adalah “Segala pujian bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam” (Yunus:9)

 ...bersambung...


Rujukan:
1)Tafsir Ibnu Kathir
2)http://tanzil.net/







No comments:

Post a Comment