Sunday, December 9, 2012

MENJAWAB TUDUHAN NABI BERKAHWIN ATAS DASAR NAFSU


Tuduhan yang mengatakan bahawa nabi berkawin atas dasar nafsu seperti yang didengung-dengungkan oleh orang-orang kafir adalah satu tuduhan yang melulu dan dapat dibantah dengan mudah.Hal ini dapat dilihat dari sejarah perjalanan hidup RasuluLlah sendiri yang mana baginda hanya berkawin dengan seorang wanita sahaja selama 25 tahun yaitu dengan istri pertama Sayidah Khadijah binti Khuwailid dan selama tempoh itu RasuluLlah tidak pernah menikah dengan mana-mana wanita padahal baginda bisa berbuat demikian kalau mereka mau.
Bukan rahasia lagi bahawa Sayidah Khadijah sangat menyintai nabi dan berkorban apa saja utk nabi dan agama Islam.Hal ini dapat dilihat yang mana beliau telah menggunakan segala pengaruh dan harta yang ada olehnya untuk mempertahan dan memperkuatkan perjuangan Rasulullah s.a.w. di saat-saat penuh dengan ketegangan dan penentangan orang-orang kafir mekah., Hinggalah disaat-saat genting perjuangan ini apabila suku-suku Quraisy sepakat untuk memulaukan dan mengenakan sekatan ekonomi yang amat dahsyat terhadap keluarga Nabi dan pengikutnya, dengan menggunakan kekerasan mereka telah menghimpunkan keluarga Nabi dan pengikutnya di satu wadi/lembah di tengah-tengah kota Mekah yang dipanggil ‘Sya’ba Hasyim’. Peristiwa pahit ini berlaku dan bermula pada malam pertama, bulan pertama, tahun ketujuh selepas ba’sah (kebangkitannya) sebagai Rasul s.a.w., sehingga tiga tahun lamanya. Dalam peristiwa ini, sebenarnya tidak ada sesiapa yang dapat memaksa Saidatina Khadijah untuk keluar rumahnya kerana kedudukannya dan hartanya, tetapi Saidatina Khadijah dengan kerelaan hatinya sendiri, demi kasihnya kepada suaminya, demi keimanannya kepada kerasulannya, ia keluar bersama-sama puterinya, mengikut Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan hidup, hinggalah apabila mereka dibebaskan oleh sebab ‘kertas pemasyhuran’ itu dimakan anai-anai kecuali perkataan Allah. Saidatina Khadijah telah dibawa keluar dalam usungan dari Sha’ba Hasyim itu kerumahnya, ia telah jatuh sakit kerana penderitaan-penderitaan yang dialami selama tiga tahun itu. Sejak didalam usungan sampailah di rumah mereka, Nabi Muhammad s.a.w. dan puterinya tidak pernah berenggang darinya, walaupun sakitnya semakin hari semakin tenat, namun demikian tiada keluhan, tiada rintihan, tiada penyesalan darinya malah api semangatnya terus membara memberi sumber kekuatan yang tidak ada taranya kepadanya dan para sahabat-sahabatnya berjuang mendaulatkan Allah Rabbul A’lamin.
Melihat kepada Sedemikian besar pengorbanan Khadijah kepada nabi tentulah tidak masalah jika Nabi meminta izin darinya utk berkawin lagi jika benarlah nabi adalah seorang kaki perempuan.Apa lagi amalan poligami masyarakat Arab pada waktu itu sudah berakar kuat dan merupakan satu perkara biasa sehingga seorang lelaki bisa mengawini hingga 10 orang perempuan dalam satu masa dan tidak dianggap satu kesalahan pada masa itu.
Malahan sewaktu Nabi melaksanakan dakwahnya orang-orang kafir Mekah pernah membujuk nabi dengan menawarkan harta dan wanita jelita asal sahaja nabi sanggup meninggalkan seruan Islam.Al-Tabari dan lbnu Kathir serta periwayat yang lain menceritakan: Beberapa orang musyrikin termasuk di antaranya Al-Walid Bin Al-Mughirah dan Al-’As bin Wail telah datang menemui Rasulullah saw di rumahnya di mana mereka sekelian telah menawar kepada baginda hendak menyerahkan wang kekayaan mereka kepada Baginda sehingga menjadi manusia yang paling kaya di antara yang lain dan menawarkan juga untuk mengahwinkannya gadis jelitawan ‘Arab. Kedua tawaran ditolak mentah mentah oleh RasuluLlah.Dapatkah dikatakan rasulullah adalah seorang kaki perempuan apabila baginda menolak tawaran utk dikawinkan dengan wanita yang paling cantik?
Kita lihat lagi dalam hadis-hadis sahih menceritakan bahawa Asmah binti Abu Bakar pernah masuk ke tempat di mana Rasulullah sedang berada, waktu itu Asmah memakai pakaian yang nipis. Rasulullah pun memalingkan mukanya daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma, sesungguhnya seorang wanita itu apabila dia sudah cukup umur, maka dia tidak boleh menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini,” sambil beliau menunjukkan bahagian wajah dan telapak tangannya. – catatan ini terdapat dalam rekod hadith-hadith autentik koleksi Abu Dawud.
Adakah seorang yang memalingkan mukanya dari melihat aurat perempuan dan menasihati perempuan tersebut agar memelihara auratnya dapat disifatkan sebagai kaki perempuan?
Malahan RasuluLlah tidak pernah bersentuhan dengan tangan wanita yang bukan mahram seperti mana yang terbukti dalam riwayat hadis-hadis sahih.
“Sesungguhnya aku tidak menyentuh tangan wanita.”( Hadits riwayat Ath-Thabrani dalam Al-Kabir, 24/342, Shahihul Jami’, 70554, lihat Al-Ishabah, 4/354, cet Darul Kitab Al-Arabi.) Hadis yang lain menyebut
“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita.”( Hadits riwayat Ahmad, 6/357, dalam Shahihul Jami’ , hadits no. 2509.)Hadis yang lain pula menyebut Dan dari Aisyah radhiallahu ‘anha, dia berkata, Dan demi Allah, sungguh tangan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak (pernah) menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1489.)
Adakah seorang yang mengharamkan dirinya dari menyentuh tangan seorang perempuan dapat disifatkan sebagai kaki perempuan?
Berdasarkan kepada premis premis diatas selakali lagi kita ingin bertanya kepada sesiapa yang mempunyai akal yang sihat, seseorang yang pada usia mudanya menolak utk berkawin lebih dari satu padahal peluangnya utk berbuat demikian terbuka luas dapatkah disifatkan sebagai seorang kaki perempuan?Adakah seorang yang memalingkan mukanya dari melihat aurat perempuan dan menasihati perempuan tersebut agar memelihara auratnya dapat disifatkan sebagai kaki perempuan?Adakah seorang yang mengharamkan dirinya dari menyentuh tangan seorang perempuan dapat disifatkan sebagai kaki perempuan?
Nabi Muhammad barulah mempraktekkan poligami hanya ketika usianya menginjak 50 tahun ke atas yaitu disaat usianya telah lanjut dan rata-rata bagi orang yang seusia yang tersebut nafsu berkawin sudah tidak mengebu-gebu seperti dahulu ketika muda.Ini menunjukkan perbuatan Rasulullah berkawin lebih dari satu itu tidak didorong oleh hawa nafsu malah ada sebab-sebab lain yang lebih mulia dan mempunyai hikmah yang tinggi mengapa RasuluLlah berbuat demikian.
Caesar E. Farah menulis sebagai berikut:
“In the prime of his youth and adult years Muhammad remained thoroughly devoted to Khadijah and would have none other for consort”.
Caesar Farah pun berkesimpulan bahwa perkawinan Nabi Muhammad SAW lebih karena alasan politis dan alasan menyelamatkan para janda yang suaminya meninggal dalam perang membela Islam.
Sehingga memang jika melihat lagi ke sejarah, maka dapatlah diketahui apa alasan sebenarnya perkawinan nabi Muhammad SAW.
Berikut ini kita tampilkan nama-nama Istri Nabi Muhammad SAW beserta sekilas penjelasannya:
1. Khadijah : Nabi mengawini Khadijah ketika Nabi masih berumur 25 tahun, sedangkan Khadijah sudah berumur 40 tahun. Khadijah sebelumnya sudah menikah 2 kali sebelum menikah dengan Nabi SAW. Suami pertama Khadijah adalah Aby Haleh Al Tamimy dan suami keduanya adalah Oteaq Almakzomy, keduanya sudah meninggal sehingga menyebabkan Khadijah menjadi janda. Lima belas tahun setelah menikah dengan Khadijah, Nabi Muhammad SAW pun diangkat menjadi Nabi, yaitu pada umur 40 tahun. Khadijah meninggal pada tahun 621 A.D, dimana tahun itu bertepatan dengan Mi’raj nya Nabi Muhammad SAW ke Surga. Nabi SAW sangatlah mencintai Khadija. Sehingga hanya setelah sepeninggalnya Khadijah lah Nabi SAW baru mau menikahi wanita lain.
2. SAWDA BINT ZAM’A : Suami pertamanya adalah Al Sakran Ibn Omro Ibn Abed Shamz, yang meninggal beberapa hari setelah kembali dari Ethiophia. Umur Sawda Bint Zam’a sudah 65 tahun, tua, miskin dan tidak ada yang mengurusinya. Inilah sebabnya kenapa Nabi SAW menikahinya.
3. AISHA SIDDIQA : Seorang perempuan bernama Kholeah Bint Hakeem menyarankan agar Nabi SAW mengawini Aisha, putri dari Aby Bakrs, dengan tujuan agar mendekatkan hubungan dengan keluarga Aby Bakr.Tentu tidak pantas Nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam menolak usulan ini karena ini akan mengakibatkan Aisyah dan keluarganya mendapat aib yang besar. Orang-orang di Makkah tidaklah keberatan dengan perkawinan Aishah, karena walaupun masih muda, tapi sudah cukup dewasa untuk mengerti tentang tanggung jawab didalam sebuah perkawinan.
Walaupun ada riwayat yang menyatakan Aisyah berusia 6 tahun ketika menikah dengan nabi namun riwayat itu tidak bisa dipegang malah terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa umur Aisyah ketika menjadi isteri Rasulullah ialah sekurang-kurangnya 14 tahun dan bukan 6 tahun.
Hujahnya: Umur Siti Aisyah waktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan Mac tahun 625 Masihi. Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu’l-jihad wa’l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi’l-nisa’ wa qitalihinna ma`a’lrijal.
“Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud, Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak.”Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.
Diriwayatkan oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu’l-maghazi, Bab ghazwati’l-khandaq wa hiya’l-ahza’b,
” Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.
Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta didalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;
1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun. 2. Jika umur Aisyah pada 625 Masihi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun
Seterusnya: Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur kakaknya Asma`. Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan didalam kitab (Taqribu’l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654,” Dia (Asma`) hidup 100 tahun dan meninggal pada 73, 74 Hijrah ”
Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa’l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372,
” Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun. Asma` adalah 10 tahun lebeh tua dari Siti Aisyah.
{73 Hijrah = 695 Masihi} 695 Masihi/ 73 Hijrah umur Asma = 100 tahun maka 622 Masihi , 1 Hijrah umur Asma = 27 tahun (100 tahun – 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur Siti Aisyah – 17 tahun (10 tahun lebeh muda dari kakaknya Asma) 623 Masihi/2 Hijrah.
Oleh itu Siti Aisyah berkahwin dengan Nabi Muhammad saw pada umur 18 tahun.
Nabi Muhammad SAW bertunangan dulu selama 2 tahun dengan Aishah sebelum kemduian mengawininya.
4. HAFSAH BINT U’MAR : Hafsah adalah putri dari Umar, khalifah ke dua. Pada mulanya, Umar meminta Usman mengawini anaknya, Hafsah. Tapi Usman menolak karena istrinya baru saja meninggal dan dia belum mau kawin lagi. Umar pun pergi menemui Abu Bakar yang juga menolak untuk mengawini Hafsah. Akhirnya Umar pun mengadu kepada nabi bahwa Usman dan Abu Bakar tidak mau menikahi anaknya. Nabi SAW pun berkata pada Umar bahwa anaknya akan menikah demikian juga Usman akan kawin lagi. Akhirnya, Usman mengawini putri Nabi SAW yiatu Umi Kaltsum, dan Hafsah sendiri kawin dengan Nabi SAW. Hal ini membuat Usman dan Umar gembira.
5. ZAINAB BINT KHUZAYMA : Suaminya meninggal pada perang UHUD, meninggalkan dia yang miskin dengan beberapa orang anak. Dia sudah tua ketika nabi SAW mengawininya. Dia meninggal 3 bulan setelah perkawinan yaitu pada tahun 625 A.D.
6. SALAMA BINT UMAYYA : Suaminya, Abud Allah Abud Al Assad Ibn Al Mogherab, meninggal dunia, sehingga meninggalkan dia dan anak-anaknya dalam keadaan miskin. Dia saat itu berumur 65 tahun. Abu Bakar dan beberapa sahabat lainnya meminta dia mengawini nya, tapi karena sangat cintanya dia pada suaminya, dia menolak. Baru setelah Nabi Muhammad SAW mengawininya dan merawat anak-anaknya, dia bersedia.
7. ZAYNAB BINT JAHSH : Dia adalah putri Bibinya Nabi Muhammad SAW, Umamah binti Abdul Muthalib. Pada awalnya Nabi Muhammad SAW sudah mengatur agar Zaynab mengawini Zayed Ibn Hereathah Al Kalby. Tapi perkawinan ini kandas ndak lama, dan Nabi menerima wahyu bahwa jika mereka bercerai nabi mesti mengawini Zaynab (surat 33:37).
8. JUAYRIYA BINT AL-HARITH : Suami pertamanya adalah Masafeah Ibn Safuan. Nabi Muhammad SAW menghendaki agar kelompok dari Juayreah (Bani Al Mostalaq) masuk Islam. Juayreah menjadi tahanan ketika Islam menang pada perang Al-Mustalaq (Battle of Al-Mustalaq). Bapak Juayreyah datang pada Nabi SAW dan memberikan uang sebagai penebus anaknya, Juayreyah. Nabi SAW pun meminta sang Bapak agar membiarkan Juayreayah untuk memilih. Ketika diberi hak untuk memilih, Juayreyah menyatakan ingin masuk islam dan menyatakan bahwa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang terakhir. Akhirnya Nabi pun mengawininya, dan Bani Almustalaq pun masuk islam.
9. SAFIYYA BINT HUYAYY : Dia adalah dari kelompok Jahudi Bani Nadir. Dia sudah menikah dua kali sebelumnya, dan kemudian menikahi Nabi SAW. Cerita nya cukup menarik, mungkin Insha Allah disampaikan terpisah.
10. UMMU HABIBA BINT SUFYAN : Suami pertamanya adalah Aubed Allah Jahish. Dia adalah anak dari Bibi Rasulullah SAW. Aubed Allah meninggak di Ethiopia. Raja Ethiopia pun mengatur perkawinan dengan Nabi SAW. Dia sebenarnya menikah dengan nabi SAW pada 1 AH, tapi baru pada 7 A.H pindah dan tinggal bersama Nabi SAW di Madina, ketika nabi 60 tahun dan dia 35 tahun.
11. MAYMUNA BINT AL-HARITH : Dia masih berumur 36 tahun ketika menikah dengan Nabi Muhammad SAW yang sudah 60 tahun. Suami pertamanya adalah Abu Rahma Ibn Abed Alzey. Ketika Nabi SAW membuka Makkah di tahun 630 A.D, dia datang menemui Nabi SAW, masuk Islam dan meminta agar Rasullullah mengawininya. Akibatnya, banyaklah orang Makkah merasa terdorong untuk merima Islam dan nabi SAW.
12. MARIA AL-QABTIYYA : Dia awalnya adalah orang yang membantu menangani permasalahan dirumah Rasullullah yang dikirim oleh Raja Mesir. Dia sempat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim. Ibrahim akhirnya meninggal pada umur 18 bulan. Tiga tahun setelah menikah, Nabi SAW meninggal dunia, dan akhirnya meninggal 5 tahun kemudian, tahun 16 A.H. Waktu itu, Umar bin Khatab yang menjadi Iman sholat Jenazahnya, dan kemudian dimakamkan di Al-Baqi.
Kita juga harus mengerti bahawa sewaktu RasuluLlah berpoligami yang melebihi empat orang istri ayat-ayat yang membataskan perkawinan kepada empat orang istri itu masih belum diturunkan.Ini ialah karena istri terakhir yang dikawini oleh Rasulullah adalah maimunah binti Al harith yang dikawini pada tahun 7 hijrah sedangkan ayat-ayat yang membataskan istri kepada 4 orang baru diturunkan pada tahun 8 hijrah.Di dalam hal ini tentulah tidak pantas bagi RasuluLlah utk menceraikan mana-mana istrinya karena itu akan merupakan aib terhadap istri kepada seorang nabi.Apa lagi Selepas RasuluLlah mengawini Maimunah binti Al Harith telah turun ayat Al Quran yang melarang baginda menceraikan istri-istri yang sedia ada mahupun menambah dengan istri-istri yang lain.Firman Allah yang melarang baginda berbuat demikian terdapat dalam surah Al Ahzab ayat 52:
Tidaklah halal bagimu perempuan-perempuan sesudah yang sekarang ini (iaitu sembilan orang), dan tidak pula boleh menukarnya dengan isteri yang lain.” (Surah al-Ahzab, ayat 52)

No comments:

Post a Comment