Sunday, December 9, 2012

MENJAWAB SYUBHAT PERKAHWINAN NABI DENGAN SAFIYAH BINTI HUYYAY


Sebelum kita membahaskan tentang perkawinan nabi dengan Safiyah binti huyyay kita mesti terlebih dahulu sebab musabab terjadinya kematian atas bekas suaminya yaitu kinanah bin Rabi’.
Allamah Shibli Nu’mani menulis di dalam kitabnya Sirat-un-Nabi juzuk 2 ms 106 mengatakan bahawa selepas Banu Nadir meninggalkan Madinah dan membuat penempatan dan bertinggal tetap di Khaibar mereka telah berusaha utk mengadakan konspirasi besar-besaran menetang Islam.Pemimpin –pemimpin mereka yaitu Sallam Ibn Abi Al Huquaiq,Huyyai Ibn Akhtab,Kinana Al Rabibe(mantan suami Safiyah yang dibicarakan) dan lain-lain telah datang ke Mekah utk menemui orang-orang Quraish dan memberitahu mereka tentang perlunya Islam itu dihapuskan.Jadi awal-awal lagi sudah menunujukkan bahawa Kinana adalah seorang penjenayah perang dan telah ikut serta mencetuskan peperangan Khandaq(perperangan parit) yang berlaku kelak yang mana Negara Islam madinah telah diserbu oleh ketumbukan seramai 10,000 tentera Musyrikin yang dipimpin oleh Abu Sufyan hasil dari hasutan orang-orang Yahudi tersebut yang termasuklah Kinanah Ibn Rabi’.
Selepas berlakunya peperangan dan Banu Nadhir dikalahkan oleh tentra Islam Kinanah bin Rabi’ adalah termasuk sebagai orang yang ditawan.Musuh-musuh Islam telah membuat fitnah ke atas nabi Muhammad dengan mengatakan bahawa Kinanah kemudiannya dibunuh karena RasuluLlah berhasrat mengambil istrinya Safiyah
Yang benarnya, Kinanah dihukum mati karena dia telah membunuh Mahmud Ibn Maslamah saudara kepada Muhammad Ibn Maslamah. Tabari melaporkan dalam kata-kata yang jelas: “Kemudian Nabi memberikan Kinana kepada Muhammad bin Maslama (Muslima),” dan ia membunuhnya sebagai balasan atas pembunuhan saudaranya sendiri, Mahmud Ibn Maslama (Muslima).
Musuh-musuh Islam juga menuduh bahawa Kinanah telah diselar dengan besi panas sebelum dibunuh dengan berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang tidak jelas.Padahal menyiksa dengan api bukan tabiat Rasulullah dan orang-orang islam.Buktinya terdapat hadis yang melarang menyiksa dengan api.
Rosululloh shollallhu alaihi wa sallambersabda:
إِنَّهُ لَا يَنْبَغِي أَنْ يُعَذِّبَ بِالنَّارِ إِلَّا رَبُّ النَّارِ
“Sesungguhnya tidak boleh menyiksa dengan api kecuali penguasa api (yakni Alloh, pent).”[HR. Abu Dawud no. 2675, dishohihkan syaikh al-Albani dalam ash-Shohihah no. 487]
Tuduhan yang mengatakan bahawa Kinanah disiksa dengan besi panas adalah bersumber dari Ibnu Ishaq, tetapi Ibnu Ishaq tidak menyebut sebarang nama apapun tentang siapakah yang menceritakan kepadanya kisah tersebut yaitu kisah Kinana diselar dengan besi panas.Ahli-ahli hadis dalam buku-buku mereka berkenaan Rijal(para perawi atau periwayat), secara jelas menyatakan bahawa Ibnu Ishaq sebenarnya telah meminjam dari cerita orang Yahudi tentang pertempuran Khaibar tersebut. Karena Ibnu Ishaq tidak menyebut nama orang yang meriwayatkan kepadanya tentang kisah tersebut, maka sangat besar kemungkinan bahawa kisah tersebut diambil dari orang Yahudi sendiri yang direka untuk memfitnah nabi Muhammad dan agama Islam.
Selepas kematian Kinanah RasuluLlah telah memberikan pilihan kepada Safiyah bahawa beliau boleh bebas kembali kepada kaumnya atau memeluk Islam dan menjadi istri RasuluLlah.Martin Lings didalam bukunya Muhammad: His Life Based On The Earliest Sources menulis:
Beliau(nabi Muhammad) berkata kepada Safiyah bahawa beliau bersedia membebaskannya dan kembali kepada kaumnya atau memluk Islam dan menjadi istrinya.Lantas Safiyah mengatakan “Saya memilih Allah dan RasulNya” dan akhirnya perkawinan dilangsungkan sewaktu perjalanan kembali ke Madinah. (Martin Lings, Muhammad: His Life Based On The Earliest Sources (George Allen & Unwin, 1983), p. 269, Cited
Di sini saya ingin bertanya kepada sesiapa yang berfikiran waras andaikata memang RasuluLlah bertujuan utk mengawini Safiyah dan karena itulah mengapa baginda membunuh Kinanah maka masuk akalkah RasuluLlah memberikan pilihan kepada Safiyah antara bebas kembali kepada kaumnya atau berkahwin dengan baginda?
Setelah memeluk Islam dan berkawin dengan nabi Muhammad Safiyyah sangat mencintai nabi Muhammad. Salah satu bukti cinta Hafshah kepada Muhammad terdapat pada hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Saad dalarn Thabaqta-nya tentang istri-istri Nabi yang berkumpul menjelang beliau wafat. Shafiyyah berkata, “Demi Allah, ya Nabi, aku ingin apa yang engkau derita juga menjadi deritaku.”
Safiyah akhirnya wafat pada masa kekhalifahan Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Marwan bin Hakam menshalatinya, kemudian menguburkannya di Baqi’.

No comments:

Post a Comment