1)Mengucapkan dua kalimah syahadah iaitu pengakuan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah.
2)Mendirikan solat lima waktu di dalam sehari semalam.
3)Berpuasa di dalam bulan Ramadan.
4)Mengeluarkan zakat.
5)Menunaikan haji ke Mekah sekurang-kurangnya seumur hidup sekali.
Rukun Iman pula membahaskan dasar-dasar kepercayaan yang wajib dipercayai oleh umat Islam yang terkandung di dalam enam perkara seperti berikut:-
1)Percaya kepada Allah.
2)Percaya kepada para malaikat.
3)Percaya kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah
4)Percaya kepada para nabi dan rasul.
5)Percaya kepada hari kiamat iaitu hari pembalasan.
6)Percaya kepada kadak dan kadar iaitu semua perkara yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah .
Ihsan pula membahaskan tentang muroqabah hamba dengan Allah dan rukunnya ada satu iaitu yakin, yang terdiri pula kepada dua mertabat iaitu:-
1)Yakin kepada Allah seolah-olah melihat Allah.
2)Sekiranya kita tidak melihat Allah maka hendaklah yakin bahawa Allah melihat kita.
Untuk mencapai ihsan seseorang wajib mempelajari ilmu muroqabah seperti yang dihuraikan oleh ulama-ulama tasawuf di dalam kitab yang berjilid-jilid. Seperti yang telah diketahui rukun Islam yang pertama adalah mengucap syahadah yang terdiri daripada dua kalimah iaitu:-
1)ٲشهد أن لا ٳله ٳلا ٱلله
Ertinya:Aku naik saksi sesungguhnya tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah
2) وٲشهد أن محمدا رسول ٱلله
Ertinya:Dan aku naik saksi sesungguhnya Nabi Muhammad itu utusan Allah.
Kalimah yang pertama itu merupakan pengakuan terhadap uluhiah (ketuhanan dan keesaan Allah).Kalimah yang kedua pula merupakan pengakuan terhadap nubuwwah (kenabian) dan risalah (kerasulan) Nabi Muhammad saw.Inilah dua pokok besar yang dibahaskan di dalam pembelajaran ilmu tauhid.Oleh sebab itu wajib seseorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah itu mempelajari ilmu tauhid dengan sedalam-dalamnya sekira-kira dapat mengeluarkan dirinya daripada kejahilan kepada ilmu dan daripada syak kepada yakin untuk menjadikan ucapan syahadah yang diucapkannya itu sah di sisi Allah dan memberi menafaat kepadanya di dunia dan di akhirat.Mengucapkan dua kalimah syahadah tanpa mengetahui maknanya dan tidak mengerti akan maksud dan tujuannya adalah kurang sekali menafaatnya di dunia dan di akhirat.Oleh itu hendaklah tiap – tiap mukallaf bersungguh – sungguh mempelajari ilmu tauhid yang mana ianya adalah ilmu makna kalimah syahadah itu sendiri.Bagaimanakah kita hendak menyempurnakan Islam sekiranya kita jahil dengan makna rukun Islam yang pertama.
No comments:
Post a Comment