Sunday, April 18, 2010

MENJAWAB ANAK KENYALANG BAHAGIAN TUJUH(AKHIR)

Berhubung dengan amalan membaca Yassin pada malam Nisfu Syaaban sungguhpun tidak ada keterangan daripada samada Al Quran mahu pun hadis mengenainya namun amalan tersebut merupakan amalan yang baik dan termasuk di dalam kategori bid’ah hasanah berdasarkan kepada hukum asal membaca Yassin itu memang disuruh dan digalakkan tidak kira pada bila-bila masa pun.Kemudian selepas daripada itu samada dilakukan pada malam Nisfu Syaaban atau lainnya itu terpulanglah kepada masing-masing mengikut kelapangan dan keluasan masing-masing.Walaubagaimanapun ianya satu kesalahan jika pengamalnya menganggap bahawa itu adalah amalan nabi dan ini masuk di dalam bab berdusta atas nama Rasulullah.Jika yang demikian memanglah haram lagi berdosa.Saya yakin tidak ada seorang pun yang menjadikan amalan membaca Yassin pada malam Nisfu Syaaban yang mengatakan bahawa itu adalah perintah nabi.Lagi pun amalan membaca Yassin itu sendiri bukanlah bid’ah kerana ada nas yang menghendakki kita berbuat demikian.Apa yang menjadi pertikaian adalah pada sifat amalannya di mana kaedah-kaedah am syarak berluas-luasan di dalam hal ini.Mereka yang membaca Yasiin pada malam Nisfu Syaaban sebenarnya bertujuan mengambil berkat surah tersebut untuk berdoa beberapa perkara penting di dalam kehidupan mereka kerana ada hadis yang menyebut “Yasiin lima quri-a lahu”-Ertinya,surah Yasiin itu adalah bagi apa sahaja ia dibaca kerananya(bagi memohon hajat supaya lebih hampir kepada dikabulkan).Walau pun perkara tersebut tidak pernah dilakukan oleh nabi tidak semestinya ia dilarang.Misalnya,Nabi dan para sahabat tidak pernah bersolat hajat untuk lulus peperiksaan SPM untuk anak-anak mereka.Tetapi kita di hari ini melakukan.Adakah ini juga adalah bid’ah dalalah yang membawa ke neraka?Malang sungguh bagi para ibu bapa yang mengadakan solat hajat untuk anak mereka yang akan mengambil peperiksaan kerana mereka semua bakal ke neraka!!!Berkenaan dengan waktu membaca Yasiin iaitu pada malam Nisfu Syaaban pula adakah itu satu kesalahan?Adakah nabi ada mengatakan dituntut membaca Yasiin kecuali di malam Nisfu Syaaban?Ternyata bulan Syaaban juga turut terkena tempias kecurigaan Anak Kenyalang terhadap orang yang ‘menyalahi sunnah’ sehingga beliau mengharamkan orang membaca Yasiin di bulan berkenaan.Apakah dosanya bulan tersebut sehingga untuk membaca Yasiin di dalamnya pun turut diharamkan?Sebenarnya di dalam hal ini ada beberapa amalan para sahabat yang mendahului nas tetapi kemudiannya diikrarkan oleh Nabi sebagai baik dan tidak pula baginda membid’ahkannya seperti halnya nabi membenarkan perbuatan setengah sahabat yang menggunakan surah Al Fatihah sebagai ruqiyah di dalam merawat penyakit.Seperti juga nabi membenarkan amalan solat sunnat selepas wuduk yang diamalkan oleh Bilal yang kerananya baginda mendengar bunyi terompah kasut beliau radiallahu anhu di syurga pada malam mi’raj.Jikalau wujudnya peristiwa-peristiwa begini di zaman nabi,tidak dapatkah kita menjadikannya sebagai kaedah bahawa apa sahaja perbuatan baik yang tidak melanggar kaedah-kaedah umum syarak maka perbuatan tersebut adalah diberi pahala bagi yang melakukankannya walau pun ia tidak pernah dilakukan oleh nabi dan tidak boleh juga kita menganggapnya sebagai bid’ah dalam erti kata memasukkan pelakunya ke neraka?Sungguh aneh bagi seseorang yang apabila dikatakan agama itu telah sempurna maka dia memahamkannya dengan cara membataskan kebajikan itu hanya yang dilakukan oleh nabi sahaja.Pada hal setelah kewafatan baginda banyak perkara-perkara baru yang muncul dan para ulama telah menetapkan hukum samada wajib,haram,sunnat,makruh atau harus berdasarkan ijtihad dan bukan nas yang zahir.Bukankah yang dikatakan agama itu telah sempurna bererti kaedah-kaedah umum dan usul-usulnya telah sempurna sehingga tiada satu perkara pun di dalam alam ini yang tidak dapat diijtihadkan?Bukankah perkara yang haram itu adalah perkara yang dinaskan haram dan perkara yang tidak ada nasnya maka ianya terpulang kepada ruang lingkup ijtihad?Bukankah apabila orang yang mengatakan membaca Yasiin di malam nisfu Syaaban itu tidak pernah pernah dilakukan oleh nabi maka itu bermakna nabi tidak menganjurkannya dan tidak pula mengharamkannya lalu perkara itu kembali kepada persoalan ijtihadi?Apakah kita hendak menyempitkan agama setelah Allah meluaskannya?Adakah kita hendak menghukumkan seseorang yang membaca Yasiin itu ahli neraka hanya semata-mata ia membacanya di malam nisfu Syaaban!!!(?).Bukankah hadis yang berbunyi “Man ahdatha fi amrina…ila akhiril hadis”tertentu bagi perkara yang ada nas yang jelas halal haramnya atau bagi orang yang mengubah kaedah-kaedah agama?Cuba Anak Kenyalang tunjuk kepada saya dengan sebab membaca Yasiin di Bulan Syaaban itu yang mana satukah daripada kaedah agama yang telah berubah.Apakah salahnya orang yang hendak membaca Yasiin pada bila-bila yang disukainya dan di mana sahaja hatta di atas pokok kelapa sekali pun!Kenapa Anak Kenyalang begitu perihatin dengan orang yang membaca Yasiiin dan bertahlil.Bukankah lebih baik beliau perihatinkan terhadap orang yang membuang masa pada setiap malam termasuk pada malam-malam yang dimuliakan di dalam Islam?Berkenaan larangan menentukan malam-malam yang tertentu untuk beribadah maka jawapannya adalah seperti berikut:
i) Larangan tersebut adalah larangan yang makruh.(Baghiat Al Tullab halaman 174).Adalah maklum sesuatu larangan jika hanya makruh dapat hilang kemakruhannya oleh sesuatu sebab walaupun oleh sebab yang ringan umpama,seseorang itu terlalu sangat sibuk yang menghalangnya memperbanyak solat sunnat yang kebetulannya dia hanya ada masa lapang hanya pada malam Jumaat sahaja.
ii) Larangan tersebut khusus hanya bagi ibadat solat sahaja berdasarkan kepada lafaz hadis.
iii) Larangan tersebut tidak termasuk solat-solat fardu dan solat-solat sunnat yang mempunyai sebab berdasarkan bahawa Nabi pernah mengajarkan Sayidina Ali dengan satu solat khusus bagi menghafaz Al Quran yang dikhususkan hanya pada malam Jumaat sahaja seperti yang diriwayatkan oleh Al Hakim,Tirmizi dan lain-lain.
iv) Ada pun ibadat-ibadat lain selain solat seperti membaca Al Quran berzikir dan bersalawat tidaklah termasuk di dalam larangan nabi itu.Bahkan ada hadis yang menyebutkan bahawa disunnatkan membaca surah Al Kahfi pada tiap-tiap malam Jumaat.(Rujuk Tafsir Ibnu Kathir Maktabah Dar Al Fiha Jilid 3 halaman 98).
Sebagai kesimpulannya,hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh Anak Kenyalang tidak cukup kuat untuk membid’ahkan amalan talkin,tahlil dan bacaan Yasin malam Jumaat.Kesalahan paling besar bagi Anak Kenyalang dan orang-orang yang seumpamanya di dalam masalah ini ialah mereka mengabaikan dua hadis sahih yang berkaitan dengan masalah di atas iaitu hadis nabi menggunakan pelepah tamar bagi meringankan siksa bagi dua ahli kubur dan hadis wasiat Amru bin Al Ash.Kesalahannya yang kedua,ialah beliau terkeluar dari adab para ulama di dalam menilai sesuatu hadis.Sepatutnya beliau berusaha mencari jalan bagaimana sesuatu hadis itu dapat diamalkan di dalam bab yang tidak ada halal dan haram.Beliau malahan berusaha mencari jalan bagaimana untuk membuang hadis berkenaan dan ini bukanlah adab yang sewajarnya terhadap sesuatu riwayat yang disandarkan kepada Rasulullah.Kesalahannya yang ketiga,beliau gagal memahami bahawa hadis-hadis tentang talkin telah mencapai darjat “yufiidul ilma bizzon” di mana para ulama telah menetapkan kaedah bahawa adalah wajib menerima dalil-dalil zanniAkhir sekali beliau terlalu taksub kepada pendapat Imam Syatibi yang memang terkenal sangat keterlaluan di dalam menyempitkan konsep sunnah dan bid’ah.Kalaulah pendapat Imam Syatibi itu diikut dengan konsisten nescaya Kitab Al I’tisam itu sendiri adalah bid’ah kerana nabi tidak pernah menyuruh sesiapa pun mengarang kitab Al I’tisam.Sekian terimakasih.

No comments:

Post a Comment