Ada pun pendapat para ulama yang dikemukakan oleh Anak Kenyalang itu adalah daif,kerana pendapat mereka itu tidak berdasarkan kepada nas yang jelas bahawa Allah atau rasulNya melarang amalan yang tersebut sebaliknya berdasarkan kepada semata-mata perkara tersebut tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat.Tentang Imam Al Syafii beristidlal dengan ayat Al Quran surah Al Najm maka ianya daif bila dipandang dari tiga sudut iaitu:
i)Di dalam ayat tersebut tidak mengandungi hukum samada suruh atau tegah hanya bersifat khabar semata-mata.Oleh itu ianya tidak cukup kuat untuk dijadikan landasan hukum di dalam masalah ini.
ii)Ayat tersebut didahului oleh ayat sebelumnya iaitu ayat 38 yang bermaksud, “seseorang yang berdosa itu tidak akan menanggung dosa orang lain”,kemudian barulah diikuti oleh ayat 39 yang bermaksud “dan tidaklah seseorang itu memperolehi (balasan)melainkan dengan sebab usahanya sendiri”.Ini menunjukkan ada kemungkinan ayat 39 itu ada hubungan(tafsiran) terhadap ayat 38 sehingga dapat diertikan bahawa yang dimaksudkan dengan “tidak memperolehi balasan melainkan dengan sebab usahanya itu” khusus untuk balasan kejahatan sahaja dan hal ini tidak menafikan bahawa seseorang boleh juga memperolehi kebajikan daripada amal orang lain seperti yang sabit di dalam hadis-hadis berkenaan adanya syafaat pada hari kiamat.
iii)Ada ihtimal(dapat berlaku kemungkinan) bahawa ayat tersebut menunjukkan taghlib(pada kebiasaan) seperti apabila dikatakan “seseorang itu tidak akan memperolehi harta melainkan daripada apa yang ia usahakan”- Maka ianya bererti bahawa kebiasaannya seseorang itu tidak akan memperolehi harta melainkan dari apa yang diusahakannya dan kata-kata itu tidak menafikan bahawa dia juga boleh memperolehinya melalui pewarisan, hibbah dan lain-lain.Oleh kerana ayat tersebut mengandungi ihtimal,maka ianya tidak cukup kuat untuk mensabitkan hukum.
MENJAWAB ANAK KENYALANG BAHAGIAN 3
No comments:
Post a Comment