Segala
pujian juga bagi Allah telah mengutuskan rasul-rasulNya sebagai...
رُّسُلًا مُّبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّـهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ ۚ
Ertinya:Pemberi
khabar gembira dan pemberi khabar ancaman supaya manusia tidak mempunyai sebarang
hujjah (alasan) atas Allah setelah diutuskan para rasul.(An Nisaa :165)
Dan Allah
menutup kenabian itu dengan seorang nabi yang tidak tahu membaca dan menulis,
lagi berbangsa Arab ,dan berasal dari Mekah ,memberi petunjuk kepada jalan
kebenaran yang jelas nyata.Baginda diutuskan kepada semua makhluk samada
manusia mahupun jin dan perutusan baginda itu kekal sampailah hari
kiamat.Firman Allah Taala:
قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ
فَآمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي
يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Ertinya:Katakanlah
wahai manusia sesungguhnya aku adalah Rasulullah kepada kamu sekelian.Tuhan
yang memilikki kerajaan dan bumi yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang
menghidupkan dan mematikan.Maka berimanlah kalian semua kepada Allah dan
RasulNya iaitu nabi yang ummiy yang beriman dengan Allah dan perkataanNya dan
ikutilah dia mudah-mudahan kalian mendapat petunjuk.(Al A’raaf :158)
Firman Allah
lagi:
لِأُنذِرَكُم بِهِ وَمَن بَلَغَ ۚ
Ertinya:...Untuk
aku memberi peringatan kepada kalian dengan Al Quran ini dan kepada sesiapa
saja yang sampai kepadanya(Al An’aam:19)
Maka sesiapa
saja yang sampai kepadanya Al Quran ini samada dari kalangan Arab atau
bukan,berkulit putih,hitam atau merah,manusia atau jin maka Al Quran itu
menjadi peringatan kepadanya.Sebab itulah Allah berfirman dalam ayat yang lain:
وَمَن يَكْفُرْ بِهِ مِنَ الْأَحْزَابِ فَالنَّارُ مَوْعِدُهُ ۚ
Ertinya:..Sesiapa
saja yang kufur dengannya (Al Quran) dari kalangan puak-puak maka api nerakalah
balasannya(Hud:17)
Sesiapa saja
yang telah sampai kepadanya pengajaran Al Quran lalu ia kufur kepadanya maka
api nerakalah balasannya berdasarkan kepada nas Al Quran itu sendiri.
Di dalam
ayat yang lain Allah berfirman:
فَذَرْنِي وَمَن يُكَذِّبُ بِهَـٰذَا الْحَدِيثِ ۖ سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ
Ertinya:Maka
tinggalkanlah daku dan orang-orang yang mendustakan Al Quran ini.Kami akan
menjadikan mereka terpedaya dengan cara –cara yang mereka tidak ketahui.(Al
Qalam:44)
Rasulullah
sallallahu alaih wasallam bersabda “Aku diutuskan kepada yang merah dan yang
hitam” Kata Mujahid maksudnya ialah kepada sekelian manusia dan jin.Yakni Nabi
sallallahu alaihi wasallam adalah utusan Allah kepada sekelian manusia dan jin
untuk menyampaikan kepada mereka wahyu Al Quran yang sifatnya adalah :
لَّا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ ۖ تَنزِيلٌ مِّنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ
Ertinya:Tidak
dapat didatangi oleh kebatilan baik dari hadapan mahupun dari belakang
diturunkan oleh Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji(Fussilat:42)
Sesungguhnya
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah memberitahukan kepada umatnya yang
menggalakkan mereka supaya berusaha memahami Al Quran itu.Firman Allah Taala:
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّـهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
Ertinya:Adakah
mereka tidak memperhatikan Al Quran itu sekiranya datangnya dari yang selain
Allah nescaya mereka akan mendapati di dalamnya perselisihan yang
banyak.(Annisaa:82)
Firman Allah
lagi:
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
Ertinya:Inilah
kitab yang kami turunkan kepadamu yang diberkati supaya diperhatikan
ayat-ayatnya dan menjadi peringatan oleh orang-orang yang mempunyai akal
fikiran(Sad:29)
Firman Allah
lagi:
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Ertinya:Adakah
mereka tidak memperhatikan Al Quran atau adakah di atas hati-hati mereka itu
ada tutupan(Muhammad:24)
No comments:
Post a Comment