Sunday, April 11, 2010

MENJAWAB ANAK KENYALANG BAHAGIAN 1

Merujuk kepada tulisan ANAK KENYALANG(PELITA ILMU,Majalah i Februari 2007), berkenaan talkin,tahlil dan bacaan Yaasin malam Jumaat saya berpendapat ada kekeliruan yang perlu diperbetulkan.Penulis dengan gigihnya menganut satu aliran fahaman tanpa dilandasi oleh kefahaman yang jitu dan tepat kononnya bahawa apa sahaja yang tidak dilakukan oleh nabi maka hukumnya haram.Kaedah yang dipegang oleh beliau ialah ibadat adalah perkara tauqifiah yang terhenti pengajarannya dari Allah dan Rasul,oleh itu penulis membuat kesimpulan bahawa talkin,tahlil untuk orang yang telah meninggal dunia begitu juga membaca Yaasin pada malam Jumaat hukumnya adalah haram kerana semua perkara di atas merupakan ibadat yang tidak pernah dikerjakan oleh nabi dan salafussoleh.Begitu mudah penulis membuat kesimpulan dan dengan itu juga beliau telah menafikan kewibawaan berpuluh-puluh ulama yang mengharuskan bahkan mensunatkan amalan-amalan tersebut.Jika kita berpegang kepada kefahaman Anak Kenyalang,secara konsisten,maka dapatlah dikatakan juga membaca Quran dengan menggunakan mashaf seperti yang ada pada hari ini hukumnya haram,kerana membaca Al Quran itu adalah ibadat sedangkan membaca Al Quran dengan menggunakan mashaf yang bentuknya sepertimana pada hari ini tidak pernah dilakukan oleh nabi dan tidak pernah juga diamalkan oleh para salaf.Benarkah begitu?Inilah akibatnya apabila wujud manusia seperti Anak Kenyalang yang tidak memahami,lalu membuat kefahaman sendiri atau bertaklid kepada satu kumpulan manusia yang tidak berwibawa serta menganutnya secara buta sehingga akhirnya diri sendiri terjerumus kepada dosa membid’ahkan orang lain dengan tidak sebenar.Pada hal khilaf tentang talkin dan menghadiahkan pahala bacaan Al Quran ke atas orang yang meninggal dunia masyhur di kalangan ulama dan tidak boleh kita menisbahkan bid’ah kepada pengamalnya atau pun orang yang meninggalkannya, apa lagi di dalam masalah talkin kerana telah ada hadis yang sahih mengenainya seperti yang masyhur di dalam wasiat Amru bin Al As seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.Berkenaan dengan menghadiahkan pahala bacaan Al Quran,Imam Al Syafii di dalam qaul qadimnya membolehkan tetapi kemudiannya menarik balik fatwa tersebut.Walaubagaimanapun ulama-ulama mutaakhirin di kalangan Syafiiah membolehkannya kerana dalil-dalil yang membolehkan itu adalah terlebih kuat dan terlebih aula untuk dipegangi.Ada pun pendapat para ulama yang dikemukakan oleh Anak Kenyalang itu adalah daif,kerana pendapat mereka itu tidak berdasarkan kepada nas yang jelas bahawa Allah atau rasulNya melarang amalan yang tersebut sebaliknya berdasarkan kepada semata-mata perkara tersebut tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat.

MENJAWAB ANAK KENYALANG BAHAGIAN 2

No comments:

Post a Comment